Selasa, 14 Mac 2017

PERANAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakatelah disyariatkan pada tahun kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
      Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]

c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
      Zakat harta terbahagi kepada zakat pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan kepada lapan golongan asnaf.[4]

d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang  kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras, gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut. Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20 jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil

f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.

Khalifah Abu bakar al-Siddiq bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar  tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak  tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui pembentukan 11  buah pasukan tentera. Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.

Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah Umar.  Rakyat Parsi dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya.

Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan  jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah Umar.

      Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti biasa.[6]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford Fajar.2015)  ,103
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,208.
[3] Ibid,209.
[4]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[5] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,210.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.

Isnin, 13 Mac 2017

CUKAI

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Khulafah al-Rasyidin.
Tiga cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam iaitu kharaj, jizyah dan usyur.
Peranan dan pelaksanaan kharaj.
a.Definisi kharaj.
b.Jenis tanah dikenakan cukai kharaj.
c.Dua cara pungutan kharaj.
d.Kharaj Muqasamah dan Kharaj Wazifah.
e.Pelaksanaan kharaj zaman Khalifah Abu Bakar
f. Pelaksanaan kharaj zaman Khalifah Khalifah Umar
tanah tidak bertuan
Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj
Sistem kharaj di Iraq Mesir, Syria.
Kharaj tetao

Peranan dan pelaksanaan jizyah
Definisi jizyah
Jenis jizyah
Kadar jizyah
Kadar tahunan  jizyah zaman Khulafah al-Rasyidin.
Cara bayaran cukai jizyah
pelaksanaan jizyah zaman khalifah Umar.

Peranan dan pelaksanaan usyur
Definisi usyur
Usyur zaman Khalifah Umar
Kadar usyur

Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Abbasiyah.
Peranan dan pelaksanaan kharaj
Peranan dan pelaksanaan jizyah
Peranan dan pelaksanaan usyur.

C.ZAKAT
PERANAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
a.Definisi zakat
b.Syarat wajib zakat
c.Jenis zakat
d.Kadar zakat
e.Asnaf zakat
f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar
Khalifah Uhman
Khalifah Ali

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Abbasiyah
Tafsiran zakat mengikut mazhab.
Pelaksanaan zakat fitrah dan harta
Ketua Kadi-menasihati sultan dalam urusan zakat.
Kadar zakat
Harta yang dikenakan zakat
Golongan penerima zakat

Zakat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Ahad, 12 Mac 2017

Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Ekonomi saradiri dan  ekonomi perdagangan
      Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan  wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.

2.Pertanian-becucuk tanam ,penanaman padi
      Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang- kerbau,lembu dan kambing.
     Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]  
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
     Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah jelutung.

      Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]    
6.Memburu-kegiatan tradisi Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
      Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti  menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.[5]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 189
[4] Ibid, 188.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 168.

Jumaat, 10 Mac 2017

SKEMA UJIAN BULA N MAC 2017

1.Bincangkan struktur masyarakat jahiliah sebelum kedatangan Islam. 20m
Jahiliah  berasal  daripada  perkataan jahala  yang bermaksud  bodoh. Ungkapan perkataan  ini dikaitkan  dengan masyarakat  yang muncul di Semenanjung  Tanah Arab yang mempunyai akidah yang  sesat serta akhlak  yang amat buruk. Keadaan  ini berlangsung kira-kira 30 tahun, iaitu selepas runtuhnya  Empangan Ma'arib hingga  kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610. Sejarawan Islam mencatatkan  terdapat  empat ciri umum masyarakat  pada tempoh masa tersebut,  iaitu masyarakat yang tidak mempunyai  nabi dan rasul serta  kitab suci sebagai panduan,  berakhlak  buruk, tidak  berperadaban  (bertamadun),  dan majoriti  masyarakatnya buta huruf.

      Masyarakat Arab pada  zaman tersebut  terbahagi kepada  dua kelompok utama, iaitu masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. Masyarakat Arab Badwi tinggal di kawasan  pedalaman  berhampiran dengan sumber air di oasis atau wadi. Mereka mengamalkan kehidupan bercorak  nomad iaitu berpindah-randah dari  satu tempat  ke tempat  yang lain. Aktiviti masyarakat Arab Badwi ini lebih tertumpu kepada penternakan  dan pertanian di kawasan  yang terdapat sumber  bekalan air. Hal ini kerap menjadi rebutan  sesama  mereka hingga mencetuskan ketegangan.

      Namun  berbeza  dengan  masyarakat  Arab Hadhari yang tinggal  kekal di bandar-bandar besar seperti Makkah, Yathrib, dan Yaman. Kegiatan harian masyarakat Arab  bandar  dikaitkan dengan aktiviti perdagangan  sama  ada secara  kecil-kecilan atau merentasi  sempadan  geografi. Contohnya,  kabilah Quraisy menjalankan  aktiviti  perdagangan ke Syam  pada musim  panas manakala  pada musim  dingin, aktiviti tersebut  beralih  keYaman.

      Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan  kehidupan  bercorak  kabilah. Anggota dalam sesebuah kabilah mempunyai pertalian darah antara satu  sama lain. Seandainya ada individu yang berhasrat menganggotai  kabilah  lain, ia perlu bersumpah  di hadapan patung  berhala.
Setiap kabilah akan diketuai  oleh pemimpin  bergelar  syeikh yang mempunyai kuasa mutlak.Walaupun dinasihati  oleh Majlis Kabilah, kuasa tetap di tangan syeikh.  Ahli-ahli  kabilah wajib mencurahkan kesetiaan  sepenuhnya  kepada kabilah  masing-masing.

      Setiap kabilah akan memegang  suatu fahaman yang  dinamakan  'asabiyyah  bagi menjamin kekuatan  dan  keutuhan  kabilah tersebut  serta kesetiaan  yang tidak berbelah  bahagi oleh anggota dalam sesuatu  kabilah. Fahaman  'asabiyyah berperanan menghidupkan aktiviti sosioekonomi  dan politik  sesebuah kabilah. Fahaman inilah juga yang sering mencetuskan  keadaan  huru-hara;  tanpa mengira  benar atau salah  setiap  individu dalam  sesuatu perkara, kabilah akan mempertahankannya.

      Keadaan bertambah  buruk apabila  peperangan yang dilancarkan semata-mata mahu menunjukkan kemegahan  dan kekuatan kabilah serta menjadikan  tawanan-tawanan perang  sebagai hamba.

      Dalam masyarakat jahiliah, wujud juga jurang  sosial yang luas antara golongan bangsawan dengan golongan bawahan  khasnya  hamba.  Susun lapis atau organisasi  sosial  yang wujud begitu tegar.

      Bagi kaum  wanita, mereka langsung tidak mendapat tempat  sama ada dalam keluarga  apatahlagi dalam  kabilah. Kelahiran bayi-bayi  perempuan  dianggap  menjatuhkan  maruah keluarga.  Oleh sebab itu, timbul amalan membunuh  bayi-bayi  perempuan. Pendek kata, kaum wanita pada zaman tersebut  hanya dianggap sebagai objek untuk memuaskan  hawa nafsu.

      Berhubung dengan nilai mulia dan hina, ukurannya dinilai berdasarkan  kekayaan,  kemahiran dan ilmu yang dimiliki  serta  keturunan yang diwarisi. Individu  yang kaya seperti  pedagang, ahli sihir, dan pahlawan akan disanjung  dan dipandang mulia, sedangkan  mereka yang miskin dan hamba  dipandang hina oleh masyarakat.


      Kesimpulannya,  struktur  masyarakatArab sebelum Islam  jelas mencerminkan  masyarakat yang ketinggalan atau mundur,  berpecah belah  dan mengamalkan  diskriminasi.  Namun senario tersebut mula berubah  apabila  Nabi Muhammad SAW membawa  nur yakni  agama Islam yang mengubah peradaban masyarakat Arab menjadi lebih mementingkan keadilan, persaudaraan dan persamaan, sekali gus merealisasikan  konsep  ummah.
2.Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang pemerintahannya, 20m
      Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan kerajaan Umayyah pada tahun 750N dan bertahan sehingga tahun 1258M. Sepanjang pemerintahan kerajaan ini, terdapa beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid . Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi. Sebelum menaiki takhta baginda memegang jawatan Gebenor sehinggalah dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M. Keperibadiannya yang bijaksana . berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda menuju era kegemilangan.

      Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negara lain seperti Byzantine, Perancis dan andalus bagi meluaskan syiar Islam yang sekali gus mengukuhkan kerajaan. Hubungan antara kerajaan tersebut dengan Perancis dijalin kerana Perancis juga bermusuhan dengan kerajan Umayyah di Andalus. Hubungan Khalifah Harun al_Rasyid dengan Charlemagne amat erat, malah sering bertukar cenderahati antara satu sama lain.

      Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya memaksa Byzantine membua perdamaian dengan kerajaan Abbasiyah berikutan tindakan tentera kerajaan tersebut yang menyerang wilayah Islam di Asia Minor. Melalui perjanjian tersebut, Byzantine bersedia membayar 90 000 dirham kepada Khalifah Harun al_Rasyid dan membenarkan Islam berkembang di Byzantine. Keengganan Nicephorus menepati perjanjian awal yang telah dimeterai menyebabkan Khalifah Harun al-Rasyid memimpin tentera Islam menuju Asia Monor . Baginda berjaya menawan beberapa buah wilayah seperti Heraclen, Tyans, Iconium dan Emphesus sehingga memaksa Nicephorus tunduk semula serta sanggup membayar ufti kepada kerajaan Islam.

      Khalifah Harun telah mengehadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin kukuh. Antara tindakan yang dilakukannya ialah dengan mengahwini puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Barmaki dalam kerajaan baginda. Baginda juga telah menghantar Ibrahim Aghlabiah untuk menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia dan Afrika Utara.

      Khalifah Harun juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di lautan dan pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah, sekali gus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri.

      Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan perdagangan .Baginda menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta memberikan bekalan benih secara percuma kepada para petani . Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan.

      Khalifah Harun juga telah memajukan Baghdad sebagai pusat perdagangan dengan meluaskan hubungannya ke Eropah , China dan India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah , Laut Mediterranean , Tunisia dan Maghribi.

      Khalifah Harun juga mencintai ilmu pegetahuan, Sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan. Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab. Buku-buku asing juga turut diterjemah dalam bahasa Arab. Oleh itu beginda telah membina Baitul Hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi , perubatan, falsafah, sejarah dan geografi.

      Bandar-bandar Islam seperti Madinah, Kufah dan Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan. Pada zaman ini, muncul beberapa orang cendikiawan Islam terkenal seperti Imam Muhammad, al-Hajjaj bin Matar, Yuhanna Musawaih dan Sufian al-hauri. Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu kegiatan pembukuan, penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang daripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahan.

      Kesumpulannya, zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyah  kerana baginda bukan sahaja berjaya menghapuskan atau memadam apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang teguh.
        
3.Buktikan kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih pada zaman keagungannya. 20m
Permusuhan kerajaan Islam dengan Byzantine telah berlaku sejakzaman Nabi Muhammad SAW. Kewujudan dan gerakan tentera Byzantine merupakan suatu ancaman yang perlu dibendung oleh pemimpin kerajaan Uthmaniah bagi mengelak belakunya musibah. Kekuatan kerajaan Uthmaniah begitu terserlah sewaktu pemerintahan Sultan Mehmed II atau Sultan Muhammad al-Fatih. Baginda memerintah kerajaan Uthmaniah sebanyak dua kali, kali pertama pada tahun 1444-1446 dan kali kedua pada tahun 1451-1481 M.Baginda digelar al-Fatih yang bermaksud pembuka atau penakluk iaitu hasil kejayaannya membentuk angkatan tenteran yang mantap  serta membuka kota Constantinople.

      Kejayaan kepimpinannya yang pertama ialah membuka Koa Constaninople. Sebelum bertindak menyerang Kota Constantinople, baginda telah melakukan kajian terperinci. Baginda juga sering berbincang dengan para panglimanya serta menyediakan angkatan tentera yang terlibat dalam serangan tersebut dengan semangat jihad. Baginda juga menyediakan peralatan perang moden seperti meriam. Setelah 53 hari mengepung kota  tersebut , akhirnya kota tersebut berjaya dikuasai oleh umat Islam.

      Bukti kempimpinan baginda yang kedua ialah menambah bilangan penduduk Kota Constantinople. Bagi menambah bilangan penduduk Kota ini, baginda telah mengarahkan orang-orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka supaya kembali semula ke Kota Konstanttinople. Selain itu baginda juga mengarahkan negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil-wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya. Galakkan tersebut menyebabkan, orang Islam dari Asia berpindah secara beramai-ramai untuk menjalankan aktiviti perniagaan memandangkan kedudukan kota tersebut yang strategik.

      Bukti ketiga ialah baginda berjaya menyatukan empayar Utara Balkan. Tujuannya untuk menyekat serangan kaum Magyar. Bagi merealisasikannya baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan Serbia. Sultan Muhammad al-Fatih juga berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya. Kesannya, kekuatan kerajaan Uthmaniyah semakin berkembangan di Eropah.

      Bukti kepimpinan Sultan Muhammad al-Fatih yang keempat ialah baginda berjaya menghapuskan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah. Antara kerajaan tersebut ialah Trebizond, iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil.Baginda juga berjaya mengalahkan tentera Venice serta menamatkan kebangkitan kaum Venetian  pada kali kedua.

      Bukti kelima,baginda mendirikan masjid. Contohnya, Gereja St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang Islam. Pada hari ini gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia. Seni bina bangunan tersebut dibuah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah, manakala pada bahagian luar masjid dibina sebuah menara. Pada zaman sultan berikutnya, bilangan menara bertambah menjadi tiga buah.

      Bukti kepimpinan keenam ialah, baginda mendirikan bangunan-bangunan lain. Sultan Muhammad telah mendirikan institusi pendidikan seperti masrasah dan perpustakaan. Tindakan ini menggambarkan baginda seorang pemerintah yang amat mementingkan aspek pendidikan. Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda telah mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah untuk orang fakir dan miskin serta kemudahan telaga. Bagi menjamin keselamatan negara dan rakyat pula, baginda telah membina limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara kawalan.

      Kesimpulannya, kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menguasai ibu kota kerajaan Byzantine, iaitu Kota Constantinople merupakan catatan sejarah terpenting  dalam perjuangan umat Islam. Kejayaan ini telah membolehkan Islam berkembang pesat dan diterima sebagai pedoman hidup oleh pelbagai bangsa. Malah kemenangan ini bolehlah dibaratkan sebagai kemenangan mutlak kerana Byzantine kini telah hampir dapa dilenyapkan.
2.Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]
Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.

      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi       
4.Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]
Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.

      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi
5.Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani  antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]
Pendahuluan
Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.

Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.