Sabtu, 9 Mac 2019

Al-Masudi merupakan ahli pelayaran Islam yang menghasilkan bahan-bahan penyelidikan. Bincangkan sumbangan beliau dalam bidang geografi. [20m]

Nama penuh Al-Mas'udi ialah Abu al-Hassan Ali bin Husayn binAli al-Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad pada 283 H. atau 895 M.. Beliau berketurunan Arab. Beliau pernah menjelajah ke seluruh pelosok dunia. Penjelajahan beliau bermula dari Parsi pada tahun 914 M.. Kemudian beliau meneruskan pelayaran ke India, Sri Lanka, Indo-China hingga ke China. Dalam perjalanan pulang,beliau pemah singgah di Madagascar, Zanzibar,Sudan, Oman dan Basrah. Semasa beliau berada di Fustat, beliau telah mengarang Akhbar al-Zaman yang mengandungi 30 jilid.Kandungan kitab ini adalah tentang cerita-cerita sejarah. Berdasarkan pengalaman dan pengembaraan, beliau telah banyak membuat penyelidikan. Hasil penyelidikannya dapat dilihat dalam bidang geografi.

      Antara sumbangan beliau yang amat terkenal ialah karya agungnya, iaitu kitab Muruj al-Dhahab.Kitab ini boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia geografi. Kitab ini turut menggabungkan geografi fizikal dengan geografi manusia. Beliau cuba menggabungkan disiplin geografi dengan disiplin sejarah agar kajiannya lebih menarik dan relevan. Beliau juga memberikan gambaran tentang gempa bumi, perairan Laut Mati dan tajuk-tajuk geologi yang lain.

      Sumbangan Al-Mas'udi yang seterusnya ialah sokongannya untuk teori Determinisme Alam Sekitar. Beliau menyokong tanggapan bahawa faktor persekitaran, iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yangrapat dengan sikap manusia. Menurut beliau, matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib atau jalan hidup orang dari utara dan merupakan sebab mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dalam peperangan manakala orang dari selatan mempunyai sifat yang lebih tafakur dan sederhana.

      Beliau juga membahagikan dunia kepada dua bahagian, iaitu bahagian Barat di kawasan
garis lintang tinggi yang dipengaruhi oleh bulan.Penduduk di kawasan ini juga dikatakan panjang umur. Bahagian yang satu lagi ialah bahagian Timur, iaitu di garis lintang pertengahan.

       Al-Mas'udi juga menerangkan perkaitan antara sikap dengan penghidupan manusia. Beliau juga mengaitkan fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Penyelidikannya adalah tentang perwatakan dan gaya hidup puak Arab Badwi. Beliau mengatakan ketegasan dan kecergasan tubuh badan orang Arab Badwi adalah dikaitkan dengan kualiti alam sekitar dan tempat tinggal mereka. Beliau juga berpendapat bahawa iklim juga memainkan pengaruh yang penting. Misalnya, kulit orang Turki yang tinggal di India tidak serupa dengan kulit orang Turki yang tinggal di Turki.

      Al-Mas'udi juga membuat kajian tentang tanah fay. Tanah fay ialah tanah yang diperoleh oleh orang Islam tanpa peperangan. Beliau cuba mengkaji perbezaan wilayah-wilayah ini. Beliau
juga mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India, iaitu kawasan di tepi Laut Combay.Dalam aspek geografi kawasan, beliau cuba menerangkan secara terperinci tentang beberapa kawasan di India seperti wilayah Sind dan Makran.

      Aspek penting dalam sumbangan al-Mas'udi ialah metodologi beliau dalam kajian geografi.
Pendekatan beliau berbeza daripada pengkajipengkaji yang lain. Beliau menggabungkan disiplin
geografi dengan disiplin sejarah atau disiplin sosiologi. Beliau juga menggunakan pengetahuan geografinya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelaut.

      Kesimpulnnya,Al-Mas'udi bukan sahaja memberikan sumbangan yang besar dalam bidang geografi tetapi juga dalam bidang pelayaran dan sejarah. Sumbangan beliau secara tidak langsung memberikan manfaat kepada orang Islam serta memberikan gambaran tentang kemajuan umat Islam.

SUMBANGAN IBN SINA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibn Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau dilahirkan pada tahun 980 di Bukhara, Turkestan. Ibn Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Umpamanya beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.[1]

      Beliau seorang yang taat beragama. Buktinya beliau sering berdoa kepada Allah SWT apabila menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan seorang yang berinovatif. Buktinya, beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu, terutama dalam bidang perubatan.[2]

      Semasa berusia 16 tahun, beliau telah dapat menguasai ilmu perubatan. Berkat kesungguhan beliau yang tidak mengenal jemu, akhirnya Ibn Sina telah muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.Beliau meninggal dunia pada tahun 1037 di Hamazan ketika berumur 58 tahun.[3]

Sumbangan lbn Sina
BIDANG PERUBATAN
Pengiktirafan dan penghargaan
(a) Beliau merupakan tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke-ll. Beliau mendapat sanjungan di Barat sehinggakan lukisan wajahnya masih tergantung di Dewan Besar Fakulti Perubatan, Universiti Paris.
(b) Para penulis Barat telah menganggap Ibn Sina sebagai 'Bapa Doktor Perubatan' kerana Ibn Sina telah berjaya menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi di samping pengalaman beliau sendiri.
(c) Ibn Sina pemah diberi gelaran sebagai "Medicorum Principal' atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik.
(d) Gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. (e) Dalam dunia Islam, beliau dianggap sebagai "Zenith", iaita tahap tertinggi dalam ilmu kedoktoran. (-
f) Khidmat Ibn Sina yang berjaya menyembuhkan Sultan Nuh , bin Mansur di Bukhara pada tahun 997 menyebabkan beliau diangkat sebagai doktor diraja.
(g) Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan beliau tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).[4]

 Penghasilan karya teragung, Qanun fi al-Tibb
 (a) Merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai dan menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di Eropah. Segala rumusan yang terdapat di dalam karya tersebut masih diterima dalam dunia perubatan moden pada hari ini. Gerard Cremona telah menterjemahkan buku Ibn Sina ke dalam bahasa Latin.

(b) Buku yang menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga tahun 1500 ini telah dicetak sebanyak 16 kali; 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).
(c) Di samping itu, buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
(d) Karya ini juga membincangkan mengenai penyakit saraf yang menjadi punca manusia menjadi lumpuh.[5]
Penghasilan ensiklopedia perubatan
(a) Pada usia 2l tahun, ketika berada di Kawara.an, beliau mula menulis karya pertamanya berjudul al-Majmu yang mengandungi pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang lengkap dan diikuti dengan buku-buku lain.
 (b) Segala karya atau cetusan idea Ibn Sina termasuk berbentuk risalah berukuran kecil, dimuat dan dihimpun dalam satu buku besar yang berjudul Essai de Bibliographie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Cairo.
(c) Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah sebuah karyayang amat terkenal, iaitu al-Qanunfi al-Tibb.[6]

Teori anatomi dan fisiologi.
(a) Ibn Sina merupakan individu terawal yang mengemukakan teori-teori anatomi dan fisiologi. Teori-teori yang terdapat di dalam buku beliau menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam semesta sebagai makro kosmos (dunia besar).
(b) Misalnya, digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi. Dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun. Dengan itu, manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) ialah raja tubuh manusia, sementara paru-paru ialah menterinya. Leher merupakan jendela badan, manakala hempedu sebagai markas pusatnya. Limpa dan perut sebagai bumbung sementara usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
(c) Pengetahuan anatomi Ibn Sina jelas dilihat dalam karyanya yang menggambarkan keterangan-keterangan yang lengkap di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa tertentu.
(d) Melalui pengetahuan dalam bidang anatomi, Ibn Sina mendapati jantung manusia mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.
Impak penyelidikan yang dilakukannya
(a) Ibn Sina menemui penyakit baharu serta puncanya dan pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi, penyakit rubella, alahan (allerg), cacar (smallpox), penyakit jiwa dan seumpamanya.
(b) Ibn Sina mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air ialah pembawa segala kuman yang berbahaya dan menganggap ia menjadi punca penularan kebanyakan penyakit.
(c) Ibn Sina juga telah mengajarkan cara-cara pembedahan yang mana telah menekankan keperluan pembersihan luka.
(d) Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau telah mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lainlain.
(e) Hasil daripada penyelidikannya, Ibn Sina telah menjelaskan simpton-simpton penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.

Memperkembangkan ilmu psikologi
(a) Ibn Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan kesihatan.
(b) Ibn Sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi'
(c) Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.

BIDANG FALSAFAH
Pandangan falsafah Ibn Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama, iaitu logik, psikologi dan metafizik.Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya untuk dimuatkan bersama-sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa'.

      Pandangannya itu mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal oleh ilmu kalam. Kitab ini amat berpengaruh dalam kalangan para sarjana dalam bidang falsafah di Eropah. Ibn Sina cuba mengharmonikan antara falsafah dengan agama. Beliau menjelaskan dogma-dogma agarna dengan menggunakan akal dan yakin bahawa roh tidak pernah musnah.

BIDANG GEOGRAFI
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari zaman Heredotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibn Sina, kesan daripada hakisan aliran sungai terhadap kawasan berbukit/bergunung-ganang telah menyebabkan terbentuknya kawasan lembah sungai yang produktif.

BIDANG GEOLOGI DAN KIMIA
 Sumbangan Ibn Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan lagi. MenurutA. M. A. Shushtery karangan Ibn Sina mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia, ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut Reuben Levy, Ibn Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis.
Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu "Bapa Kimia Muslim.”[7]


MEMPERKENALKAN ILMU PSIKOLOGI
Ibnu Sina telah menemui ilmu yang dikenali sebagai psikosomatis, iaitu perkaitan antara psikologi dengan kesihatan. Ibnu sina juga telah menjelaskan pentingnya emosi dalam memulihkan individu yang mengalami gangguan psikologi.Minatnya yang mendalam dalam bidang yang berkaitan dengan kesan akal ke atas jasad menyebabkan banyak banyak daripada karyanya berkisarkan gangguan psikologi.[8]



[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,(Shah Alam:Oxford Fajar,2013),129.

[2] Ibid,129.
[3] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini(Shah Alam:Oxford Fajar,2014),139.
[4] Ibid,139.
[5] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga (Shah Alam:Oxford Fajar,2017),154.
[6] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,140
[7] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,131
[8] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga,156.

AL MASUDI


SUMBANGAN AL-MAS’UDI KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA PENGENALAN Al-Mas’udi atau Abu Hassan Ali Bin Hussain bin Ali Al-Mas’udi dilahirkan pada tahun 895 Masihi di Baghdad. Beliau berbangsa Arab dari keturunan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Abdullah bin Masud. Al-Mas’udi merupakan seorang pengembara dan  ahli pelayaran yang banyak berjasa dan beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang sejarah, geografi, muzik, ilmu fizik, pelayaran dan lain-lain. Beliau telah mengembara hampir ke seluruh dunia. Pada tahun 915 Masihi, Al-Mas’udi memulakan pengembaraan ke Parsi, kemudiannya ke India, Sri Lanka, Indo China dan China. Dalam perjalanan pulang dari negara-negara berkenaan, beliau telah singgah di Pulau Madagaskar, Zanzibar dan Oman.
Sumbangan  Al-Mas’udi  Terhadap  Perkembangan Tamadun Manusia:
Bidang Geografi
Beliau telah menghasilkan karya agung – Muruj al – Dhahab Wa – Maadin al – Jawahar yang boleh dianggap sebagai sebuah ensikopedia geografi. Buku ini merupakan gabungan geografi fizikal dengan geografi kemanusiaan. Beliau telah menggabungkan ilmu geografi dengan ilmu sejarah agar karyanya itu dapat dimanafaatkan oleh orang ramai. Karya beliau menjadi rujukan penting di kalangan penuntut-penuntut akademi di Eropah. Pandangannya mengenai iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia.

Pandangan al-Masudi ini adalah mengukuhkan teorinya iaitu teori Determinisme Alam Sekitar. Al-Masudi berpendapat, iklim pertama dipengaruhi oleh Venus (Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh Bulan. Jesteru itu, matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib orang. Orang sebelah utara mempunyai bakat dalam peperangan manakala orang di bahagian selatan pula bersifat lebih tafakur kerana aman damai. Al-Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan garisan lintang. Penentuan garis-garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu pelayaran. Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup orang-orang Arab Badwi adalah berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. Al-Masudi juga berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di Utara India. Beliau membincangkan dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan antropoligikal. Dengan ini beliau turut menyumbang kepada asas ilmu sosiologi dan antropologi.
Ilmu Pelayaran
Al-Masudi juga turut memberikan sumbangan dalam bidang Ilmu pelayaran. Misalnya beliau menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelaut serta ahli pelayaran mengenai nama-nama laut yang ditemui ketika mereka belayar. Dalam hal ini, beliau telah memberi gambaran dan fakta sebenar mengenai lautan dari Teluk Parsi ke Laut China. Beliau juga membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang beranggapan bahawa setiap laut adalah terpisah dan berasingan. Al-Masudi menegaskan bahawa lautan adalah bersambungan antara satu sama lain seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain. Seterusnya al-Masudi berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dengan negara China adalah setengah lingkungan bumi. Pendapat beliau diterima. Menggabungkan ilmu sejarah dan geografi sebagai disiplin ilmu. Membuat penekaan kepada geografi tempatan khasnya di India mengenai kehidupan masyarakat dan tumbuh-tumbuhan.

KESIMPULAN Al-Mas’udi merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang geografi dan pelayaran. Dalam bidang sejarah, beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai Herodotus dan Plinius kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah. Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli geografi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyum­bang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut.



b.Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Khalifah Umayyah.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli zaman Khalifah Umayyah di Andalusia pada abad ke 11 - 13M :
      Sebagaimana kerajaan Abbasiyah, kerajaan Islam di Andalusia sekitar abad ini juga berada dalam era kemerosotan dari sudut politik, pemerintahan serta  kekuasaan di bumi Sepanyol. Walau bagaimanapun kerajaan ini masih beruntung kerana wujud banyak institusi pengajian serta perpustakaan di Andalusia seperti di Cordova, Seville, toledo dan Granada. Kelahiran ramai ilmuan yang menguasai ilmu naqli dan ilmu aqli juga telah menyelamatkan kerajaan Umayyah di Andalusia daripada terus malap dalam bidang intelektual.[1]

a. Pada abad ke-I1 hingga 13M, kerajaan Umayyah di Andalusia berada di bawah pemerintahan kerajaan Muluk al-Tawa'if khususnya kerajaan Murabitun dan Muwahiddun.
b. Kegiatan keilmuan berkembang pesat pada zaman Muluk alTana'if. Zamankeemasan keilmuan Andalus berlaku pada zaman kerajaan Muwahiddun.
c. Kemasukan aliran Asya'irah di Andalus pada era kerajaan Muwahiddun secara tidak langsung mengembangkan aliran ilmu kalam. Lahirnya tokoh ilmuan terkemuka seperti ibn Tufayl dan Ibn Rushd,Ibn Zuhr dan lain-lain.

Faktor perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli :
a. Kerajaan Muwahiddun mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersikap lebih demokratik bagi menyemaakkan perkembangan naqli dan aqli berbanding kerajaan seberumnya (Murabitun) yang lebih fokus pada fahaman dan fiqh alMaliki.
b. Galakan pemerintah terhadap kegiatan keilmuan termasuk penulisan dan terjemahan karya-karya bahasa Arab dan Yunani ke bahasa Eropah. Ledakan ilmu era ini menjadikan Andalus pusat pengaliran ilmu terkemuka ke Eropah.
c. Dasar pemerintah membangunkan pelbagai institusi pengajian dan kecintaan mereka terhadap ilmu dan ulama.
. Masjid dan istana menjadi pusat utama pengajian dan tenaga pengajar terdiri daripada khatib, imam dan ulama yang diberi gaji.Cordova muncul kota ilmu dengan kewujudan banyak istana,
sekolah, universiti dan perpustakaan.

Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu tafsir - Ibn 'Atiyyah seorang mufassir terkemuka – Kitab al-Muharrar al-Wajiz. Menggunakan pendekat an Tafs ir bi al-Ma'athur. Ibn al-'Arabi dengan karyanya Tafsir al-quran al-Karim dengan memuatkan aliran tafsir al-Sufi.Imam al-Qurtubi dengan karyanyaAl-Jami'li Ahknm al-Qur'an dengan memuatkan aliran fiqh al-Maliki. Ibn Rushd mengemukakan aliran tafsir bi al-Ra'yat-Fatsafi di dalam karyanya Al-fasl at-Maqal.

b. Ilmu hadis - Ibn Hazam yang dikaitkan dengan penghasilan kitab-kitab fekah dan ilmu hadis. Ibn Ubd al-Barr dengan karya agungnya al Isti'ab li Sahabah. Qadi Iyad menghasilkan 20 buah kitab yang berkaitan fekah, hadis dansejarah. Karyanya al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa yang
mengandungi pujian-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW,akhlak dan mukjizat baginda.

c. Ilmu fiqh - era kerajaan Muwaahiddun memperlihatkan senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab tertentu. Ulama fiqh terkenal - Ziyadlbn AbdulRahman,Ibn Yahya dan lain-lain.

d. Ilmu tasawuf - Muhyidin (Ibn Arabi), iaitu seorang ulama Sufi yang terkenal dan banyak menghasilkan tulisan seperti alFutuhat al-Makkiyah dan terkenal dengan fahaman Wahdat al- wujud.

Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah dan ilmu - Ibn Tufail yang menulis buku Hayy lbn Yaqzan (novel Arab pertama dan novel falsafah pertama).Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.Ibn Bajjah - merupakan komentator karya-karyaAristotle, ahli muzik dan fizik. Karyanya- Tadbir al- Mutawahhid.lbnu Ruysd - penafsir karya Aristotle, mengharmoni antara falsafah dan agama. Karyanya - Thahafutut Thahafut. Pengaruhnya yang besar telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali dengan nama Averoisme.

b. Perubatan - Ibn Rusyd dengan karyanya Kulliyahfit-Thibb yang menjadi sumber rujukan untuk berabad-abad lamanya di Eropah.

c. Sains dan teknologi - Abbas Ibn Firnas (ahli kimia, fizik danastronomi). Ibn Yahya al-Naqqash (ahli astronomi). Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi (ahli sains dan geografi) dan Said al-Andalusi (ahli astronomi dan matematik).

d. Sejarah - Ibn Khaldun dengan karyanya Mukhadimmah dan Ibn Hazm dengan karyanyalamharah al-Ahsab dan Rasailfi Fadl Ahlal Andalus.
e. Geografi - Ibn Jubair dan Ibn Batutta
f. Perubatan - Ibn Zuhr dengan karyarrya Kitab al-Taysirfi alMudawat wa al-Tadbir, Kitab al-Iqtisadfi Islah al-Anfus waal-Ajsad dan Kit ab al-Aghaziyah. Kary a beliau diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Muzik dan kesenian - al-Hasan Ibn Nafi'
Bahasa dan sastera - Muhammad Ibn Malik dengan karyanya Affiyah lbnu Malik dan lain-lain.
Penubuhan Institusi Pendidikan di Eropah :
a. Falsafah Kristian (Eropah) dipengaruhi oleh falsafah Islam sejak abad ke-12M.
b. Kerajaan Islam yang memerintah Eropah telah mendirikan sekolah, institusi pendidikan dan universiti sebagai pusat penyebaran ilmu.
c. Toledo merupakan pusat peradaban dan kebudayaan Islam terbesar
d. Cordova merupakan pusat pentadbiran dan intelektual utama di Andalus dan sering dikunjungi pelajar dari pelbagai negeri Eropah.
e. Andalus merupakan sumber ilmu bagi Eropah selama hampir tiga abad.
f. Penubuhan universiti-universiti diteruskan oleh orang-orang Eropah selepas kejatuhan Andalus.
. Perkembangan Ilmu Islam mempengaruhi peradaban Eropah
a. Pengaruh ilmu Islam ke Eropah sejak abad ke-12M melahirkan gerakan kebangkitan bangsa Eropah (renaissance) pada abad ke-14M.
b. Renaissance - kebangkitan kembali minat bangsa Eropah untuk mengkaji ilmu yang berkembang dalam bangsa Yunani (falsafah).
c. Bangkitnya kembali pemikiran Yunani di Eropah kali ini adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian disalin kembali dalam bahasa Latin.
d. Andalus merupakan tempat paling utama untuk menyerap peradaban Islam bagi bangsa Eropah.
e. Pengaruh peradaban Islam dapat dilihat di universiti Eropah dan, tradisi keilmuan yang terkandung di dalamya serta melalui buku-buku atau karya ilmiah yang telah diterjemahkan tokoh Eropah.[2]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,139.
[2] “Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2,78.,

2.3.1 Perkembangan ilmu naqli dan aqli zaman khalifah Abbasiyah.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi ilmu menurut Islam / tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali
      Dari segi bahasa, perkataan ilmu berasal daipada ‘ilm ang bemaksud ahu. Kalimah ‘ilm ini membawa kepada kata terbitan alim dan ulama ang membeikan pengertian orang  yang berilmu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula membeikan definis ilmu sebagai suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia. Ilmu dianggap sebagai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah dan keimanan. Oleh sebab ituIslam menyarankan umatnya menuntut ilmu kerana ia akan dapat mengukuhkan akidah dan keimanan.[1]
Jenis - jenis ilmu :
a. Berdasarkan sumber - terbahagi kepada dua :
. Ilmu yang diterima secara langsung daripadaAllah swt ilmu bersumberkan kepada wahyu atau kasyaf
, Ilmu kasbi - ilmu yang perlu diusahakan untuk dicapai seperti diperoleh melalui pengajaran,pembelajaran dan pengalaman menerusi akal dan pancaindera. Merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu keagamaan dan keduniaan.
b. Ilmu Naqli (ilmu bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan Hadis) dan Ilmu Aqli (ilmu bersumberkan akal, pancaindera, sejarah, pengalaman dan lain-lain )
Ilmu naqli bertaraf fardu ain - wajib dipelajari oleh semua umat Islam mukhallaf kerana ilmu ini mengandungi ajaran akidah,syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu.

Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke 11 - l3M:
a. Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum.

b. Abad ke 11 hingga 13M, kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu wazir Nizam al-Mulk.[2]
c.Nizam al-Mulk bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah –al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.

d.Galakan pemerintah terhadap perkembangan ilmu merahirkan
      Ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam al_Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).

Faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah :
a.Faktor dalaman umat Islam - semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.
b.Faktor luaran umat Islam - tradisi keilmuan wilayah parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).

Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu al-euran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf

b. Sunnah / hadis
– disiplin ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq
c. Ilmu kalam - pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah

Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah - induk kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al -FaIasifah
b. Seni sastera – antara tokoh ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
c. Perubatan
- perkembangan ilmu kedoktoran zamanAbbasiyah mengalami tiga peringkat:. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran. Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kit ab al Manazir danRisalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
d. Astronomi - antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
e. Matematik - antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila)[3]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,136.
[2] “Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,75.

Jelaskan sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah.20m

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 1058M. Antara guru yang pernah mengajar beliau ialah Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Ismaili, dan Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini.
       Sebagai individu yang tekun menuntut dan ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah falsafah. Kelebihan tersebut membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab daripada pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajarinya.

      Imam al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga, iaitu ateis,natural. dan teologi. Golongan pertama, iaitu ateis ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua, iaitu natural ialah golongan ilmuwan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ketiga ahli teologi, iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle, dan Socrates. Golongan ini membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

      Imam al-Ghazali merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah, dan akhlak.Matematik menurut Imam al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ia tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.

      Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang, air, udara, dan alam seluruhnya.

      Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan daripada perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

     Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.Ilmu yang terakhir dalam falsafah menurut beliau ialah akhlak. Akhlak merupakan ilmu yang berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.

     Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara
penulisan beliau yang terkenal dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-falasifuh, al-Munqiz min aldhalal, dan Tahafut al-falasifah.

      Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam.Beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu Islam. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus mengelak amalan mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

Kesimpulannya,kemampuan Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh umat Islam.Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat tepat berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau.
Sumber rujukan-Mohd Zaki Ahmad,Score in STPM Penggal 2 Sejarah Islam (500-1918) Kertas2 940/4 Kertas Model, (Shah Alam: Oxford Fajar.2013)  ,76-77.


Ahad, 3 Mac 2019

SUMBANGAN AL-GHAZALI

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang al-Ghazali.
Nama Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H besamaan dengan 1058M di desa Ghazalah, dipinggir Kota Thus, yang terletak di Bahagian timur Laut Iran. Menurut Ibn Atsir, beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal).[1]Al-Ghazali pernah memegang jawatan ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi.Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam ) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.
Sumbangan Al-Ghazali :
      Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat disangkal lagi terutamanya oleh sarjana Barat dan sepanjang hayatnya, beliau telah mengarang lebih daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab seorang ketua negara.[2]

Bidang Falsafah.
      Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafrzik daripada sudut pandangan Islam.

      Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Kesan kritikan al-Ghazali tersebut, tidak muncul seorang pun ahli falsafah terkenal selama 100 tahun selepas beliau.

      Ibn al-Ghazali berjasa dalam membela Islam daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme Yunani (Hujjatul Islam). Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al-Ghazah membahaskan ilmu kalam menurut methodologi Rasulullah SAW dan para sahabat serta menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat. Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam. Perbahasan al-Ghazali mengenai masalah-masalah falsafah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli falsafah sendiri.

Al-Ghazali membahagikan 3 golongan yang membahaskan
falsafah :
a. Atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam.
b. Natural - golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
c. Teologi - golongan yang membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus. Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.

      Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.Kitab al-Ma'riful' Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan YangRasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan penghasilannya.

      Sumbangan al-Ghazali yang paling terkenal ialah dalam bidang keagamaan dan kitabnya lhya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman dan aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih menjadi rujukan umat Islam masa kini.

      Kitab Ayytha al-Walad (Aduhai Anakku) pula sangat penting kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan
diterjemah ke dalam bahasa Turki.

     Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada 2 perkara iaitu teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, alMunqiz Minad Dhalal, Al-Iqtishad Jil I'tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.


      Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyah. Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa karyanya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggiHasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.[3]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 289.
[2] “Sumbangan tokoh”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),84.
[3] Ibid,86