Ahad, 6 Januari 2019

Bincangkan pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. 20m

  Khalifah Umar bin al-Khattab merupakan khalifah kedua kerajaan Khulafa' al-Rasyidin.Khalifah Umar bin al-Khattab memerintah selama 10 tahun (634-644 M). Dalam jangka masatersebut, perkembangan bukan sahaja berlaku terhadap agama Islam malah ekonomi negaraturut berkembang berikutan wujudnya kepelbagaian sumber pendapatan.
      Antara sumber pendapatan negara ialah daripada cukai. Cukai seperti jizyah, kharaj, dan usyurtelah dikenakan ke atas wilayah kerajaan Islam. Selain itu, terdapat juga sumber pendapatanlain seperti zakat dan harta rampasan perang, iaitu ghanimah dan al-fay .

      Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir zimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir zimmi dikenakan jizyah. Mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.

      Secara amnya jizyahterbahagi kepada dua kategori,iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan Islam.Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun. Kadar yang paling minima ialah 1 dinar. Namun,bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorang individu.

      Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan harta benda orang kafir zimmi. . Sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Keadaan ini berlaku disebabkan banyak kejayaan telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di Iraq, Syria, Jordan, dan Mesir.

      Sumber jizyah yang dikutip dimasukkan ke dalam baitulmal. Sumber berkenaan akan dimanfaatkan demi kepentingan negara Islam seperti membiayai kemudahan-kemudahan awam dan membayar gaji kakitangan kerajaan termasuk gaji tentera.

      Pemimpin Baitulmuqaddis juga telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab. Pemimpin tersebut menyatakan persetujuan untuk membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa mereka.

      Di Syam pula, kadar jizyah yang dikenakan antara 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status individu.Penduduk Qibti di Mesir yang menjemput Amru bin al-As untuk menghalau orang Rom juga bersetuju membayar jizyah kepada kerajaan Islam dengan kadar 2 dinar setahun. . Di Asia Tengah, penduduk Azerbaijan telah diberi kelonggaran untuk tidak membayar jizyah pada tahun 22 H. Namun pada tahun berikutnya mereka perlu membayar jizyah dengan kadar tertentu.


      Kesimpulannya, zakat yang merupakan satu kewajipan menjadi sumber pendapatan yang penting pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Bantuan yang diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dilihat sebagai usaha pemerintah untuk menunaikan tanggungjawab sosial demi kemakmuran negara.

Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. 20m

Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta.benda mereka.
. Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Isi-isi Penting
(a) Zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
. Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman NabiMuhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum berperang, panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah.
. Pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar I dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
(b) Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab
. Sumber pendapatan daipada jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
. Pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. '
. Penduduk Qibti di Mesir menjemput Amru bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah 2 dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per
individu bergantung kepada status individu.
. Penduduk Azerbaijan pula walaupun dilerikan kelonggaran membayar jizyah pada tahtn 22 H,
namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
(c) Zaman Khalifuh Uthman bin Affan
. Susulan kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini.
. Jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya perjanjian damai.
(d) Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib
. Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.

Kesimpulannya,peningkatan sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanafaatkan untuk memajukan negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.



CUKAI

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Khulafah al-Rasyidin.
Tiga cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam iaitu kharaj, jizyah dan usyur.
Peranan dan pelaksanaan kharaj.
a.Definisi kharaj.
b.Jenis tanah dikenakan cukai kharaj.
c.Dua cara pungutan kharaj.
d.Kharaj Muqasamah dan Kharaj Wazifah.
e.Pelaksanaan kharaj zaman Khalifah Abu Bakar
f. Pelaksanaan kharaj zaman Khalifah Khalifah Umar
tanah tidak bertuan
Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj
Sistem kharaj di Iraq Mesir, Syria.
Kharaj tetao-dikenakan kepada pemilik yang sengaja tidak menguahakan tanahnya. Hasil pungutan kharaj diletakkan di bawah Baitulmal.

Peranan dan pelaksanaan jizyah
Definisi jizyah
Jenis jizyah
Kadar jizyah
Kadar tahunan  jizyah zaman Khulafah al-Rasyidin.
Cara bayaran cukai jizyah
pelaksanaan jizyah zaman khalifah Umar.

Peranan dan pelaksanaan usyur
Definisi usyur
Usyur zaman Khalifah Umar
Kadar usyur

Peranan dan pelaksanaan cukai zaman Abbasiyah.
Peranan dan pelaksanaan kharaj
Peranan dan pelaksanaan jizyah
Peranan dan pelaksanaan usyur.

C.ZAKAT
PERANAN DAN PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
a.Definisi zakat
b.Syarat wajib zakat
c.Jenis zakat
d.Kadar zakat
e.Asnaf zakat
f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar
Khalifah Uhman
Khalifah Ali

Peranan dan pelaksanaan zakat zaman Abbasiyah
Tafsiran zakat mengikut mazhab.
Pelaksanaan zakat fitrah dan harta
Ketua Kadi-menasihati sultan dalam urusan zakat.
Kadar zakat
Harta yang dikenakan zakat
Golongan penerima zakat

Zakat digunakan untuk pembangunan dan kemajuan negara.

Sabtu, 5 Januari 2019

a.Baitumal.-Sejarah penubuhan Baitulmal.

Baitulmal merupakan institusi yang menyelenggarakan sumber-sumber pendapatan negara serta tempat menyimpan barangan berharga dan harta amanah. Sejarah pembentukan Baitulmal dikatakan telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW. Namun institusi ini tidak berfungsi secara formal disebabkan pendapatan negara masih terhad. Lagi pun baginda tidak suka menyimpan barang amanah terlalu lama.

      Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pelaksanaan baitulmal masih terbatas. Meskipun begitu pengurusan harta baitulmal telah menampakkan perubahan ke arah lebih sistematik berikutan perlantikan Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai pemegang kunci instititusi tersebut.

      Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, baitulmal berperanan sebaga institusi kewangan yang penting . Malah dikatakan fungsinya kian formal dan pengurusannya menjadi lebih sistematik.[1]     
Enyelenggarakan harta negara , In
PERANAN BAITULMAL
a.Sumber perbelanjaan kerajaan pusat di Madinah zaman Khulafa al-Rasidin dan Baghdad zaman Abbasiyah.
b.Membantu perkembangan ekonomi umat Islam.
c)Memperkasa angkatan tentera seperti zaman Khalifah Umaral-Khattab. Menggunakan harta baitulmal bagi memeperkukuhkan angkatan tentera Islam dalam menghadapi ancaman tentera Byzantin.
d)Menyelaras pungutan dan agihan harta-harta umum berasaskan syariat Islam . Khalifah Umar memeperkenalkan buku kira-kira.
e.Pembangunan negara seperti pendidikan, kesihatan dan prasarana.
f.Mengurangkan kadar kemiskinan.
g.menyimpan dan  menyelenggarakan haeta negara. Institusi Kewangan Negara.[2]


[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga,(Shah Alam:Oxford Fajar.2017),114.
[2]‘” Institusi Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,50.

Institusi ekonomi Zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7-8M.


2.1.2 Institusi ekonomi Zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7-8M.
Hp Menganalisis peranan institusi ekonomi dan pelaksanaannya Zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7-8M.
a.Baitumal.
Baitulmal merupakan institusi yang menyelenggarakan sumber-sumber pendapatan negara serta tempat menyimpan barangan berharga dan harta amanah. Sejarah pembentukan Baitulmal dikatakan telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW. Namin institusi ini tidak berfungsi secara formal disebabkan pendapatan negara masih terhad. Lagi pun baginda tidak suka menyimpan barang amanah terlalu lama.

      Sewaktu pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pelaksanaan baitulmal masih terbatas. Meskipun begitu pengurusan harta baitulmal telah menampakkan perubahan ke arah lebih sistematik berikutan perlantikan Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai pemegang kunci instititusi tersebut.

      Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, baitulmal berperanan sebaga institusi kewangan yang penting . Malah dikatakan fungsinya kian formal dan pengurusannya menjadi lebih sistematik.[1]     


[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga,(Shah Alam:Oxford Fajar.2017),114.

Isnin, 31 Disember 2018

Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan.
1.Ekonomi saradiri
      Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan  wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.

2.Pertanian-bercucuk tanam ,penanaman padi
      Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang- kerbau,lembu dan kambing.
     Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]  
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
     Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah jelutung.

      Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]    
6.Memburu-kegiatan tradisi Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
      Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti  menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.[5]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 189
[4] Ibid, 188.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 168.

Sistem ekonomi- zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
      Ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan Abbasiyah juga menumpukan kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama  iaitu pertanian, perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi . Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad,Basrahdan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana  terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian  adalah sumber penting kerajaan.

      Pemerintah berperanan memajukan sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi meningkatkan pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan. Dengan ini, lahir ramai tokoh cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara kawasan pertanian zaman kerajaan Abbassiyah ialah Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]

Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]    

c.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4] 
      Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri  yang terkenal pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.

      Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang  sampai ke Sepanyol. Mereka menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.

      Baghdad merupakan  kota dagangan terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,103.
[4]“Sisem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
[5]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 187.