Soalan: Bincangkan sumbangan al
Khwarizmi dalam bidang matematik.
Abu Abd Allah Muhammad Ibn
Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh
ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula
terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam
bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
Kepakaran beliau dalam bidang
matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid
misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga
dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al
Makmun.
Beliau juga telah
memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili
nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka
sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang
mencapai infiniti.
Seterusnya beliau memperkenalkan
sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan
matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga
membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau
perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’,
‘chiffre’ dan ‘zero’.
Al Khwarizmi turut memperkenalkan
sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau
pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang
memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan
menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad
ke16M.
Selain itu, beliau juga telah
memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke
hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan
pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai
topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan
ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan kon.
Al Khwarizmi juga telah menghasilkan
‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam
urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan
kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan
mudah.
Memang tidak dapat dinafikan Al
Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini
menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga
dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan