SEJARAH ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan,
dan Perhubungan Luar
1.1 Masyarakat jahiliah
Menjelaskan konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
SEJARAH ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan
Luar
1.1 Masyarakat
jahiliah Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6) STPM 2013
( a) menjelaskan
konsep dan struktur masyarakat jahiliah.
MASYARAKAT JAHILIAH
AI-Quran tidak
membatasi masa bagi zaman jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum
ruang lingkup zaman tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam
kamus-kamus Arab juga hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman
sebelum Islam, iaitu zaman sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat
Arab, zaman yang dipanggil zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan
kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada nabi yang diutus dan tiada kitab suci
daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk pada masa yang sama, tiada
ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradaban yang
tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah bermula selepas kejatuhan kerajaan Saba’
peringkat ketiga atau peringkat akhir pemerintahan Himyar
pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci al-Quran dan
kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh kira-kira tiga abad
iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman keruntuhan bukan sahaja
dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi, sosial dan
ilmu pengetahuan.[1]
Konsep Jahiliah.[Hasil
pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Jahiliah berasal daripada akar kata jahala dan kata
terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan sesat.
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri jahiliah dapat dirumuskan
kepada empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai
petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak berakhlak, bersikap angkuh dan
bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan
membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat tersebut terdapat pada
sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap masyarakat
jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat orientalis Barat
seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh disangkal.Menurut P. K. Hitti,
masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi agama dan kepercayaan tetapi maju
dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai tamadun yang tinggi.[2]
Pendapat P. K.
Hitti tentang makna jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal.
Ini kerana kerajaan Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis)
telah menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan
Saba' sebagai "negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan".
Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan
bala dan kerajaan ini mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman
yang paling layak digelar zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan
kerajaan Saba', iaitu sekitar tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW
pada tahun 610 M. Dalam tempoh masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci
diturunkan sebagai petunjuk.Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam
kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.[3]
Ciri-ciri masyarakat jahiliah
a)Politik
Darul Nadwah, 15 Majlis, al-Mala’ dan Hilf al-Fudul.
b)Sosial
Sistem kabilah, assabiyah, kedudukan wanita, hamba dan
akhlak.
c)Ekonomi
Perdagangan, perniagaan pertanian, penternakan, merompak,
pertukangan.
d)Kepercayaan dan agama
kepercayaan beragama.
Penyembahan berhala/Wathani,
Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif dan kepercayaan animisme dan penyembahan
unsur alam.
e)Ilmu pengetahuan dan
intelektual.
f)Kesusasteraan
Karya ilmiah
(al-Muallaqat), sajak, syair dan khutbah.
g)Sifat-sifat positif
Semangat kejiranan,hormat
tetamu dan tuan rumah, tepati janji, pemurah dan setia kepada kaum.[4]
[4] “Masyarakat
Jahiliah”, dalam. dalam Modul Pengajaran
dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1 , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013)2.