OLEH-AHMAD YAAKOB
Selepas pemerintahan Nabi Muhammad
s.a.w, umat Islam diperintah oleh para khalifah yang dikenali sebagai Khulafah
al-Rasyidin. Dasar-dasar pemerintahan dan pentadbiran baginda masih diguna
pakai di samping berlaku penambahan disebabkan negara dan wilayah Islam yang
semakin luas dan kompleks terutamanya ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin al-Khattab. Impak perluasan wilayah, pemerintah kerajaan Islam telah
menggubal dasar-dasar pemerintahan pada peringkat wilayah yang selari dengan
pemerintahan dan pertadbiran peringkat pusat bermula zaman Khulafa' al-Rasyidin
sehingga zaman kerajaan Uthmaniyah.[1]
1.6.1Pemerintahan pusat dan wilayah khalifah al-Rasyidin
abad ke-7
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin
terbentuk secara rasmi pada tahun 632, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq
dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin
diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu:
(a) Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq.
(b) Khalifah Umar bin
al-Khattab.
(c) Khalifah Uthman bin Affan.
(d) Khalifah AIi bin Abi Talib.
Gelaran Khulafah al-Rasyidin
digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Pentadbiran pusat
zaman Khulafa al-Rasyidin :
a) Madinah sebagai
pusat pemerintahan.
b) Masjid Nabawi
sebagai pusat pentadbiran negara,pusat ibadat dan kegiatan
dakwah Islamiah.
c) Khalifah sebagai
ketua badan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa
tetapi kekuasaan tidak berbentuk
mutlak dan terikat dengan al-Quran dan sunnah yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan
penasihat Khalifah).
f) Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan
negara untuk menguruskan harta rakyat
dan negara.[2]
Pentadbiran pusat
zaman Khulafa al-Rasyidin :
Pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq tidak banyak berbeza dengan zaman Rasulullah SAW kerana tempoh
pemerintahannya yang singkat. Tambahan pula beliau sibuk memerangi gerakan
murtad secara besar-besaran dan golongan yang enggan membayar zakat selepas
sahaja kewafatan Rasulullah SAW. Pentadbiran Khalifah Abu Bakar berpusat di
Madinah.
Pentadbiran
wilayah zaman Khulafa al-Rasyidin
:
a) Semasa pemerintahan khalifah Abu Bakar,pemerintahan wilayah
dibahagikan kepada 10
wilayah - Makkah, Taif, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund,
Nazran, Zabid, Bahrain dan Jarsh.
b)Pentadbiran perigkat wilayah telah
diperkemaskan Pada zaman pemerintahan
khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen perluasan kuasa.
c) Negara Islam dibahagikan kepada 8 wilayah utama iaitu Madinah,Mekah, Syam, Mesopotamia, Iraan,
Iraq, Mesir dan Palestin.[3]
d) Setiap wilayah mempunyai ibu negeri dan pusat pentadbiran
masing-masing.
e) Khalifah Umar bin
al-Khattab telah membentuk sistem
birokrasi yang sistematik.
f) Setiap wilayah diketuai oleh gabenor (amil) dan dibantu oleh setiausaha dan pegawai lain seperti :setiausaha tentera, pegawai cukai (Sahib al-Kharaj)' pegawai
polis (Sahib al- Syurtah), pegawai perbendaharan (Sahib
Bait al-Mal) dan kadi'
g) Setiap wilayah didirikan sebuah
Baitul Mal untuk menguruskan
pendapatan dan perbelanjaan
negara.[4]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,
(Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,58.
[2]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,61.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan