Selasa, 28 April 2015

SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P2 SMKJ2 2015


1.Bincangkan struktur masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.[20m]
Jahiliah  berasal  daripada  perkataan jahala  yang bermaksud  bodoh. Ungkapan perkataan  ini dikaitkan  dengan masyarakat  yang muncul di Semenanjung  Tanah Arab yang mempunyai akidah yang  sesat serta akhlak  yang amat buruk. Keadaan  ini berlangsung kira-kira 30 tahun, iaitu selepas runtuhnya  Empangan Ma'arib hingga  kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610. Sejarawan Islam mencatatkan  terdapat  empat ciri umum masyarakat  pada tempoh masa tersebut,  iaitu masyarakat yang tidak mempunyai  nabi dan rasul serta  kitab suci sebagai panduan,  berakhlak  buruk, tidak  berperadaban  (bertamadun),  dan majoriti  masyarakatnya buta huruf.

      Masyarakat Arab pada  zaman tersebut  terbahagi kepada  dua kelompok utama, iaitu masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari. Masyarakat Arab Badwi tinggal di kawasan  pedalaman  berhampiran dengan sumber air di oasis atau wadi. Mereka mengamalkan kehidupan bercorak  nomad iaitu berpindah-randah dari  satu tempat  ke tempat  yang lain. Aktiviti masyarakat Arab Badwi ini lebih tertumpu kepada penternakan  dan pertanian di kawasan  yang terdapat sumber  bekalan air. Hal ini kerap menjadi rebutan  sesama  mereka hingga mencetuskan ketegangan. 

      Namun  berbeza  dengan  masyarakat  Arab Hadhari yang tinggal  kekal di bandar-bandar besar seperti Makkah, Yathrib, dan Yaman. Kegiatan harian masyarakat Arab  bandar  dikaitkan dengan aktiviti perdagangan  sama  ada secara  kecil-kecilan atau merentasi  sempadan  geografi. Contohnya,  kabilah Quraisy menjalankan  aktiviti  perdagangan ke Syam  pada musim  panas manakala  pada musim  dingin, aktiviti tersebut  beralih  keYaman.

      Kedua-dua masyarakat ini mengamalkan  kehidupan  bercorak  kabilah. Anggota dalam sesebuah kabilah mempunyai pertalian darah antara satu  sama lain. Seandainya ada individu yang berhasrat menganggotai  kabilah  lain, ia perlu bersumpah  di hadapan patung  berhala.
Setiap kabilah akan diketuai  oleh pemimpin  bergelar  syeikh yang mempunyai kuasa mutlak.Walaupun dinasihati  oleh Majlis Kabilah, kuasa tetap di tangan syeikh.  Ahli-ahli  kabilah wajib mencurahkan kesetiaan  sepenuhnya  kepada kabilah  masing-masing.

      Setiap kabilah akan memegang  suatu fahaman yang  dinamakan  'asabiyyah  bagi menjamin kekuatan  dan  keutuhan  kabilah tersebut  serta kesetiaan  yang tidak berbelah  bahagi oleh anggota dalam sesuatu  kabilah. Fahaman  'asabiyyah berperanan menghidupkan aktiviti sosioekonomi  dan politik  sesebuah kabilah. Fahaman inilah juga yang sering mencetuskan  keadaan  huru-hara;  tanpa mengira  benar atau salah  setiap  individu dalam  sesuatu perkara, kabilah akan mempertahankannya.

      Keadaan bertambah  buruk apabila  peperangan yang dilancarkan semata-mata mahu menunjukkan kemegahan  dan kekuatan kabilah serta menjadikan  tawanan-tawanan perang  sebagai hamba.

      Dalam masyarakat jahiliah, wujud juga jurang  sosial yang luas antara golongan bangsawan dengan golongan bawahan  khasnya  hamba.  Susun lapis atau organisasi  sosial  yang wujud begitu tegar.

      Bagi kaum  wanita, mereka langsung tidak mendapat tempat  sama ada dalam keluarga  apatahlagi dalam  kabilah. Kelahiran bayi-bayi  perempuan  dianggap  menjatuhkan  maruah keluarga.  Oleh sebab itu, timbul amalan membunuh  bayi-bayi  perempuan. Pendek kata, kaum wanita pada zaman tersebut  hanya dianggap sebagai objek untuk memuaskan  hawa nafsu.

      Berhubung dengan nilai mulia dan hina, ukurannya dinilai berdasarkan  kekayaan,  kemahiran dan ilmu yang dimiliki  serta  keturunan yang diwarisi. Individu  yang kaya seperti  pedagang, ahli sihir, dan pahlawan akan disanjung  dan dipandang mulia, sedangkan  mereka yang miskin dan hamba  dipandang hina oleh masyarakat.


      Kesimpulannya,  struktur  masyarakatArab sebelum Islam  jelas mencerminkan  masyarakat yang ketinggalan atau mundur,  berpecah belah  dan mengamalkan  diskriminasi.  Namun senario tersebut mula berubah  apabila  Nabi Muhammad SAW membawa  nur yakni  agama Islam yang mengubah peradaban masyarakat Arab menjadi lebih mementingkan keadilan, persaudaraan dan persamaan, sekali gus merealisasikan  konsep  ummah.

Isnin, 13 April 2015

Falsafah Pendidikan Islam

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Falsafah pendidikan yang berteraskan roh Islam – falsafah Islam untuk pendidikan.
Falsafah pendidikan Islam bertujuan menyediakan  manusia dengan  ilmu pengetahuan  yang  cukup  agar ia kenal akan dirinya,  tugas dan tanggungjawabnya  serta mengetahui  cara untuk melaksanakan tanggungjawabnya  sebagai hamba dan khalifah  Allah di muka bumi ini.

Falsafah pendidikan Islam - satu usaha berterusan untuk menyampaikan  ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan hadis bagi membentuk  hamba Allah sejati demi mencapai kebaikan  di dunia  dan akhirat.

Definisi pendidikan Islam - tarbiah,  taklim, ta'dib, irsyad dan tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan tulus ikhlas kepada Allah SWT.

Taalim dikaitkan dengan pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.   Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk berasaskan syariah.[1]

Takrif umum Pendidikan Islam - suatu proses pembentukan  keperibadian  manusia berlandaskan  al-Quran dan as-Sunnah  supaya menjadi hamba Allah SWT yang beriman,  bertaqwa  dan beramal  soleh.[2]

Surah al-Alaq  ayat I hingga 5 membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah  terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk  fardu ain dan fardu kifayah  di samping tidak mengetepikan  pengetahuan lain.
Berbeza dengan  pendekatan sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang  berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah  dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam  :
a. Mencari  keredhaan Allah
b. Membentuk  akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri (sempurna  kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam menekankan  keseimbangan  antara roh,jasad  dan akal.
Lima punca pengetahuan yang diakui oleh falsafah  Islam -deria,  akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam  punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat  Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika masyarakat  (sejarah)
f. Para pemikir Islam

Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan  tanggungjawab  peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat  dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah Umayyah mencapai  tahap kecemerlangan.
 Faktor-faktor  yang mendorong  peningkatan kemajuan pendidikan  pada zaman  kerajaan Umayyah  :
a. Perkembangan  kerajaan  Islam itu sendiri
b. Perkembangan  ilmu
c. Perkembangan  masyarakat  Islam.
Faktor-faktor  yang menyumbang  kepada perkembangan pendidikan  pada zaman Umayyah 
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan  sejarah.[3]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012)  ,112.
[2]“Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
[3]Ibid, 61.

Ahad, 5 April 2015

ANALISA SEJARAH ISLAM P2 TAHUN 2013,2013U DAN 2014, 2014U

oleh-AHMAD BIN YAAKOB
SEJARAH  ISLAM (500 - 1918)
1 Masyarakat, Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1  Masyarakat jahiliah
1.2  1.Bincangkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW-STPM 2013
1.3  Masyarakat Islam
1.4  Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW (abad ke.7)
Tindakan Nabi Muhammad SAW di Madinah
1.Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas baginda berjaya menubuhkan negara Islam di Madinah. STPM 2013
1.5  Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW abad ke 7
Pemilihan khalifah
Bincangkan pelaksanaan syura dalam pemilihan Khalifah al-Rasyidin STPM2014U
1.Bincangkan kemunculan golongan baharu dalam masyarakat Islam pada zaman khulafa al-Rasyidin.STPM 2013U
Sumbangan khalifah
i.Khalifah Abu bakar
ii.Khalifah Umar al-Khattab
iii.Khalifah Umar Abdul Aziz-STPM 2014
iv.Khalifah Harun al-Rasyid.
1.6  Bentuk pemerintahan
1.6.1        Pemerintahan pusat dan wilayah
Menjelaskan sistem pemerintahan raja/sultan dan amir.
Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh Maharaja Akbar bagi memantapkan sistem pemeintahannya. STPMU 2014.
1.7  Pertahanan dan pembukaan wilayah
Jihad
Peperangan-strategi perang  Khandak, Badar–STPM 2014
Kepimpinan
1.Salahuddin al-Ayyubi
2.Sultan Muhammad al-Fatih. STPM2013U.
1.8  Perhubungan luar
Diplomatik
Bincangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW STPM U2014
Naungan
Perjanjian
2.Pembangunan dan penerokaan
2.1 Ekonomi-
Sistem ekonomi Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7
Konsep ekonomi Islam zaman Nabi STPM2014
Sistem ekonomi Abbasiyah abad ke-11-12
Sistem ekonomi Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 –STPM 2013
2.1.2 Institusi ekonomi
i.baitulmal
ii.cukai
iii.zakat
2.2 Pendidikan
2.2.1 Falsafah pendidikan Islam.
2.2.2 Perkembangan pendidikan
2.3 Perkembangan intelektual
2.3.1 Perkembangan ilmu
Peranan Acheh sebagai pusat ilmu di Nusantara abad ke-16 STPM2013U
2.3.2 Sumbangan tokoh
b)menilai sumbangan
i.al-Khwarizmi
ii.Ibn Sina –STPM 2013
iii.al-Ghazali
iv.Ibn Khaldun
Nilaikan sumbangan pemikian Ibn Khaldun tentang peradaban manusia.STPMU 2014.
2.4 Penerokaan
Menilai sumbangan tokoh
i.al-Masudi
ii.Ibn Majid STPM U 2013
iii.Ibn Battutah STPM 2014
2.5 Seni bina
Seni bina Andalusia abad ke-13
Seni bina India abad ke-16-17
a.menghuraikan ciri-ciri seni bina.
3 Nasionalisme dan pembentukan Negara Bangsa.
3.1 Perluasan kuasa Barat
Khalifah Uthmaniyah abad ke 18-20
a)membincangkan faktor-faktor perluasan kuasa Barat
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
Reaksi masyarakat tempatan di Mesir
Reaksi masyarakat tempatan di Algeria
a)Menjelaskan reaksi masyarakat tempatan
3.3 Gerakan nasionalisme abad ke 20
Gerakan nasionalisme di Mesir ke 20 STPM U -2013
Gerakan nasionalisme di Syria abad ke 20
a)analisis faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria –STPM 2013
menerangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir
i.Pengaruh agama
ii.Peranan bahasa dan kesusasteraan
iii.Pengaruh kewartawanan
iv.Peranan pendidikan
v.Peranan golongan intelektual
Peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisma di Mesir STPM2014
vi.pengaruh luar
3.4 Perang Dunia Pertama
Khalifah Uthmaniyah abad -20
a)Membincangkan penglibatan Khalifah Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. STPM U-2013
Kejatuhan kerajaan Turki
Faktor politik dan pengaruh luar yang menjatuhkan kerajaan Turki –STPM 2013
3.5 Pembentukan negara bangsa.
Pembentukan negara bangsa di Turki abad ke- 20-STPM 2014
Pembentukan negara bangsa di Mesir abad ke- 20
Bincangkan peranan gerakan Islah dalam membangkitkan kesedaran politik di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi. STPMU 2014
a)      Menghuraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa.
Faktor dalaman mempercepatkan negara bangsa di Turki 1856-1918 STPM 2014

Bincangkan faktor luaran yang mempercpatkan kemunculan negara bangsa di Turki. STPMU 2014.

Rabu, 1 April 2015

Unit 1.8- Perhubungan luar-Naungan

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.8.2 Hasil Pembelajaran
Membincangkan bentuk perhubungan  luar - naungan melalui pembayaran  jizyah
Khalifah al-Rasyidin  abad ke-7M (601 - 699 M) dan Khalifah Umayyah abad ke-7-8M
Maksud naungan.
Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh kerajaan yang lebih kuat dan berpengaruh terhadap kerajaan yang lemah atau yang berjaya dikuasai melalui kempen ketenteraan.[1]
1.Naungan-Zaman Khulafa al-Rasyidin,  naungan melalui  pembayaran jizyah ke
Atas kafir  zimmi dan al-Mustakim
. Definisi jizyah
Kadar jizyah - jizyah secara baik dan jizyah secara paksaan
Syarat-syarat jizyah
Naungan  yang berhak  diterima melalui  pelaksanaan  jizyah
a. Hak mendapat perlindungan
- ancaman luar, kezaliman,nyawa  dan harta benda
b. Hak mendapat  kehormatan  diri
c. Hak kebebasan beragama
d. Hak memperolehi perlindungan (kebajikan)  waktu miskin dan pada hari tua
e. Hak kebebasan  bekerja dan memegang jawatan  dalam kerajaan
f Kafir  zimmi dan al-Mustakimberkewajipan menunaikan tanggungiawab  terhadap negara  Islam :
a. Menghormati  undang-undang  Islam
b. Menghormati  syiar dan umat  Islam
c. Bersama-sama mempertahankan  negara Islam
d. Bersama-sama membangunkan  negara Islam.[2]
Perubahan dasar pelaksanaan  jizyah zamanNabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar
- jizyah diambil daripada wilayah  bukan Islam yang bernaung  di bawah negara Islam.
Perubahan dasar pelaksanaan  jizyah zaman Khalifah  Umar – jizyah diambil daripada orang kafir  zimmi yang tinggal dalam negara Islam.

Perubahan  dasar pelaksanaan  jizyah pada zaman Umaiyyah
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan) - jizyah diwajibkan ke atas kafir zimmi (Mawali)  yang memeluk Islam dan golongan  agama (rahib)
- satu bentuk diskriminasi Arab dan bukan Arab – jizyah sumber  kewangan  penting  negara - penubuhan  Diwan al-Kharaj
Perubahan  dasar pelaksanaan jizyah pada zaman  pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz
 - jizyah ke atas kafir zimmi  dihapuskan untuk menarik mereka  memeluk  Islam, menghapuskan  amalan diskriminasi terhadap  golongan Mawali  dan menggalakkan asimilasi  golongan Mawali  dan bukan  Arab. Kadar jizyah dikurangkan.
Namun khalifah-khalifah Umayyah  seterusnya telah mengembalikan  dasar diskriminasi terhadap  golongan Mawali  -dikenakan jizyah.[3]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,94.
[2] “Perhubungan Luar, Naungan ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),40.
[3]Ibid,41. 

Unit 1.8 Perhubungan luar –Diplomatik

 1.8.1Hasil Pembelajaran
Membincangkan  bentuk perhubungan  luar – diplomatik Khalifah  al-Rasyidin  abad  ke-7M (601-699M)
BENTUK HUBUNGAN LUAR
1.Diplomatik-perutusan ke luar negara
2.Penguasaan wilayah.
PERHUBUNGAN LUAR
Kewujudan sesebuah negara tidak akan berertiseandainya negara berkenaan mengamalkan sikap pasif atau memencilkan diri. Apabila negara Islam ditegakkan oleh Nabi Muhammad SAW baginda telah mengadakan hubungan luar dengan negara lain bukan sahaja untuk menyebarkan agama Islam malah paling penting sebagai negara yang berdaulat serta diiktirafoleh negara-negara lain. Hubungan boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah diplomatik, naungan ataupun melalui perjanjian persahabatan.[1]
Hubungan diplomatik  zaman Khulafa al-Rasyidin 
a)Zaman Khulafa  al-Rasyidin,  hubungan  negara Islam dengan negara luar, khasnya  Rom /Byzantine  dan parsi agak tegang.
b)Khalifah Abu Bakar meneruskan  perancangan menghantar tentera ke Syam bagi melindungi  ancaman Rom.Hubungan diplomatik dengan Syria, Parsi, Rom.
Rom/Byzantine-misi Islamkan Rom-hubungan diplomatik dengan penganut Islam
Syria-Misi ketenteraan
1.Abu Ubaidah al-Jarrah, Amr al-As ke Palestine
2.Yazid Abu Sufyan ke Damsyik.
3.Syurahbil ke Jordan
4.Khalid al-Walid ke Syria
Raja Syria Hercules lari ke Antioch /Antakiah.
c)Kerajaan Islam Madinah  terus menyebarkan  sayap perhubungan  dengan negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan  wilayah.
d)Zaman Khalifah Umar al-Khattab,  empayar  Islam semakin luas melalui dasar hubungan  diplomatik dan  ketenteraan.-luaskan syiar Islam
1.Hubungan diplomatik-Saad Abi Waqas dan Muthana Harith- ke Parsi
Berlaku peperangan kerana enggan memeluk Islam- 19H-20H/640m/641M. Yazdager III lari dari Parsi. Parsi jadi taklukan Islam.
2.Pelestine- Perjanjian damai Umar dan Artibun. Tujuan Kuasai Baitulmuqaddis.
3.Mesir-tujuan sbarkan syiar Islam 639M Amr al-As dan Abu Ubaidah ke Mesir.
    Kedegilan pemerintah Mesir menyebabkan berlaku ketegangan. Akibatnya Mesir diserang.
Perjanjian damai ditandtangani antara Ubaidah Sami dan al-Muqauqis.

e)Zaman Khalifah Uthman  644-656M  juga bejaya membina empayar Islam yang luas melalui dasar hubungan  diplomatik dan ketenteraan - menubuhkan  pasukan tentera laut.

f)Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib -pergolakan  dalaman menghalang  beliau meluaskan  wilayah Islam.[2]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,91.
[2]Perhubungan Luar, Diplomatik ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),38.