OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Khamis, 27 April 2017
Rabu, 26 April 2017
2.JELASKAN KONSEP DAN PERANAN JIHAD DALAM PERKEMBANGAN ISLAM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW PADA KURUN KE-7 MASIHI.
Pendahuluan
1.
Konsep ketahanan
dalam Islam dilihat pada Islam itu sendiri. Agama Islam yang datangnya
daripada Allah S.W.T telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk
membawa manusia ke arah kesejahteraan,
dan keamanan sebagai khalifah Allah di muka bumi. Konsep pertahanan dalam Islam ialah bagaimana umat Islam mempertahankan
kedudukan dan kesucian agama Islam daripada dicabul oleh musuh-musuh Islam.
2.
Islam berasaskan
dua prinsip yang utama. Pertama, yang berkaitan akidah, iaitu kepercayaan
kepada Allah S.W.T dan mentauhidkanNya dan kedua, syariah, iaitu undang-undang
yang diwahyukan.
3.
Konsep ketahanan
dan pertahanan dalam Islam dimantapkan lagi dengan pengenalan jihad bagi
menyemarak semangat tentera Islam dalam menyebarkan agama Islam.
ISI
A.
Konsep Jihad
§ Perkataan jihad berasal dari kata akar ‘jahada’
bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam istilah syarak,
bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa
nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan kalimah
Allah. Dari sudut bahasa pula, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan
usaha untuk mencapai satu cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam. Menurut Abu’
a’la al-Maududi, erti jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia
adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah merupakan syarat utama bagi
jihad dalam Islam. Jihad
memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal
Islam.
§ Menurut Abdul
Aziz Mat Zin dalam bukunya ‘Penghantar Dakwah Islamiah’, walaupun jihad itu
adalah pelbagai jenis dan pengertian, namun selalunya ia dirujuk khusus kepada
peperangan melawan musuh untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan ini, beliau
menegaskan bahawa jihad merupakan satu kemuncak kepada usaha dakwah iatiu
menyebarkan syiar Islam terutama semasa zaman Nabi s.a.w. dan zaman sahabat
yang dapat disaksikan dalam perang Badar, Perang Uhud, Ahzab, pembukaan Makkah.
Dengan itu jihad telah memperkukuhkan ketahanan dan
pertahanan umat Islam.
B. Peranan Jihad
1.
Pengabdian kepada Allah SWT.
Islam menekankan
perang jihad fisabilillah semata-mata satu pengabdian kepada Allah, suatu
perang untuk memenuhi tuntutan syariat Islam seperti mana dalam perang Badar
bilamana tentera Islam telah berjuang bersungguh-sunguh dengan mengenepikan
segala kesenangan. Maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan
pertahanan tentera Islam.
2. Sebahagian
daripada tuntutan agama.
Golongan ulama
berpendapat bahawa ia adalah satu tuntutan sama ada fardu ‘ain mahu pun fardu
kifayah. Jika tujuan jihad adalah untuk mempertahankan diri daripada serangan
orang bukan Islam, maka hukumnya fardu’ ain, sementara jika ia bertujuan untuk
menyebarkan Islam ia adalah fardu kifayah. Justeru jihad berperanan dalam
memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan Islam seperti yang terdapat dalam Surah
At-Taubah ayat 73.
2. Menjadi daya pendorong dan iltizam
dalam menghadapi musuh
Semangat jihad menuntut supaya tentera Islam melawan musuh yang bilangannya
besar tanpa rasa takut dan gentar. Sikap jihad, keberanian dalam kebenaran dan
taktik peperangan yang baik membolehkan mereka mendapat kejayaan dalam perang
Badar walaupun bilangan musuh tiga kali ganda seperti yang
terkandung dalam Surah Faathir ayat
6.
.
3. Ganjaran syurga
Kematian dalam
satu perang jihad membolehkan mereka syahid, satu ketetapan dan jaminan hidup
bahagia di akhirat kelak seperti yang dinyatakan al-Quran dalam Surah Ali-Imran ayat 169-170. Malah orang yang
mati syahid kerana jihad fisabilillah menentang orang kafir bagi menegakkan
kalimah Allah tidak dimandikan dan disembahyangkan, tetapi cukup dengan pakaian
yang dipakai semasa berperang dan dikebumikan di tempat berlakunya peperangan
tersebut. Dalam Surah at-Taubah ayat
111, Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang berjuang kepada jalan
Allah. Kesemua perkara ini telah menjadi pendorong dan penguat
semangat tentera –tentera Islam bagi melaksanakan jihad.
4.
Mempertahankan Islam, maruah diri dan negara.
Dalam zaman Nabi S.A.W berlaku pelbagai peristiwa peperangan terutama
menentang golongan kaum Quraisy dan Yahudi. Tentera Nabi s.a.w. dapat
menewaskan mereka dengan semangat jihad yang tinggi. Jihad berjaya menanam
semangt perjuangan yang tinggi bukan sahaja untuk mempertahan diri malah untuk
agama dan negara. Konsep
jihad fisabillah turut dapat diperhatikan semasa dan selepas zaman Nabi
Muhammad. Umt Islam hanya boleh mengangkat senjata untuk membela diri untuk
mereka yang terlebih dahulu menyerang dan apabila umat Islam terttindas dan
teraniaya seperti dalan Surah al-Hajj
ayat 39.
6. Memastikan perjuangan umat Islam sentiasa
berteraskan kehendak agama.
Menerusi jihad
umat Islam memahami bahawa Jihad itu ialah mencurahkan segala usaha dan
pengorbanan untuk membentuk masyarakat Islam agar agama Islam berada di tempat
tertinggi dan syariat Allah menguasai seluruh alam.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa Jihad memainkan peranan penting dalam perkembangan syiar
Islam dan pembentukan umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman
selepasnya.
1. MASYARAKAT ARAB JAHILIAH TERKENAL DENGAN AGAMA SAMAWI DAN WATHANI. JELASKAN.
Pendahuluan
-Jahiliah berasal dari perkataan "jahil"
yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of
the Arab's", jahiliah bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana
pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang boleh dijadikan
sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu
pengetahuan kerana mereka telah mempunyai tamadun yang tinggi.
-Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman
jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum
Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran.
-Menurut Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira
300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., iaitu selepas kejatuhan
Kerajaan Sabak.
- Sebelum kedatangan agama Islam, masyarakat
Jahiliah sememangnya terkenal dengan agama Samawi iaitu agama langit seperti
agama Nasrani dan Hanif. Manakala agama wathani pula adalah amalan penyembahan
berhala.
Isi Jawapan
A. Wathani
1. Agama Berhala
Agama berhala merupakan agama yang mempunyai
pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut diperbuat daripada batu, kayu dan
kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala
masing-masing. Antara berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza,
al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab tidak menganggap berhala
Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk
antara percaya kepada Allah dan percaya berhala. Mereka ini dikenali sebagai
golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.
2. Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan
manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang
ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi
mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap
ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
3. Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur
karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik nasib.
Apabila memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling
bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka akan melihat arah burung terbang. Jika
burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
B.
SAMAWI
4. Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang
Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya mengalahkan Habsyah di
Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai
objek ketuhanan mereka. Di antara penganut agama ini yang terkenal ialah
Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya
mempunyai hubungan dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu
Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
5. Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang
dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat. Agama ini tersebar
luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab,
iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan Yathrib. Orang-orang Yahudi berasal dari
Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama
Masihi. Mereka telah menjadi kaya-raya dan berjaya menarik perhatian
orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi menganggap
diri mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak
tuhan. Di antara tokoh terkenal yang menganut agama ini ialah Yusof Zu Nuwas.
6. Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada
ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi. Ia dibawa ke
Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan
oleh tentera Rom atau Habsyah atas tanah jajahan mereka. Agama ini dapat
sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama ini termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith.
Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab Nestorian yang berkembang di kawasan
Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan
kabilah-kabilah lain di sempadan Syria / Syam. Pusat agama Kristian yang utama
di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi bandar
Nasrani hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi
Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan pedalaman Timur Hijaz.
7. Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai konsep keesaan Allah
ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid
b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt, juga kedua-dua ibu bapa nabi sendiri. Walau
bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu
seperti juga agama Yahudi dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang
korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.
Kesimpulan
-Ringkasnya masyarakat Arab Jahiliah mempercayai
pelbagai agama Samawi dan Wathani sebelum kedatangan Islam. Hampir semua agama yang
wujud itu bertentangan dengan agama Islam kecuali agama Hanif yang ada sedikit
persamaan. Turunnya Al Quran telah memberi nafas baru kepada masyarakat
Jahiliahsumber-SKEMA PERCUBAAN SEJARAH STPM P2 PAHANG
Soalan Percubaan Sejarah STPM P2 Pahang.
Jawab
tiga
soalan
sahaja.
1. Masyarakat Arab Jahiliah terkenal
dengan agama Samawi dan Wathani. Jelaskan. [20]
- Jelaskan konsep dan peranan Jihad dalam perkembangan Islam pada
zaman Nabi Muhammad SAW. pada kurun
ke-7 Masihi. [20]
- Bincangkan sumber ekonomi dan kepentingannya kepada masyarakat pada
zaman pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah. [20]
4.
Huraikan sumbangan Al
Khwarizmi dalam bidang matematik. [20]
- Peluasan kuasa
barat di Mesir pada abad ke-19 dan abad ke-20 telah menyebabkan kebangkitan
masyarakat tempatan. Bincangkan.
[20]
sumber-Soalan Percubaan Pahang.
Rabu, 19 April 2017
JIHAD ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan
orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan
penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama
Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban
atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan
al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab
adalah pengerahan segenap tenaga manusia untuk
mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah
perang dan membantu semua persiapan perang. Setiap mazhab
mempunyai pandangan yang berbeza tentang
jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak
orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi mereka jika
mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula,jihad adalah
mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan
melakukan perkara perang fi sabilillah baik dengan diri,
harta,mahupun lidah.
Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai
berperang dijalan Allah SWT dan
mengerahkan segala kemampuan untuk
memerangi orang-orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata
yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang
menegakkan kebenaran melalui cara yang diredai-Nya,
diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]
PERANAN JIHAD ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu
melalui pengorbanan jiwa dan
raga.Lazimnya jihad sebegini ialah jihad di
medan perang dan mereka yang
terkorban diistilahkan sebagai syahid.Contohnya, Saidina Hamzah
telah gugur atau syahid di medan Perang Uhud.
b) Jihad mempertahankan kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan
kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan.Oleh sebab itu, segala kebatilan
yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama
ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati.Terdapat dalil
daripada al-Quran yang menggesa umat manusia
melakukan kebaikan, iaitu surah
al-Baqarah ayat l12,"Tidak, barang siapa yang
menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik
akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa
takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
c Mempertahankan kesucian agama daripada tindakan musuh Isam
Peranan jihad juga untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada
tindakan musuh. Contohnya golongan al-Riddah. Golongan ini perlu diperangi untuk
mempertahankan kedudukan Islam.Ada yang dihapuskan dan ada yang
kembali ke jalan Allah. SMT.[4]
d) Jihad menentang golongan munafik
Jihad dalam kategori ini bermaksud
menentang golongan yang berselindung di
sebalik nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan
berkenaan golongan munafik ini.
Misalnya, dalam surah ol-Munafiqun yang
menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan
golongan ini.Antara dalil al-Quran yang terdapat surah
at-Taubah ayat73 yang menyeru kepadajihad ke atas orang kafir dan munafik
ialah"WahaiNabi, berjihadlah menentang
orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak
keras terhadap mereka".
e)Melambangkan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Jihad melambangkan pengabdian diri terhadap Allah SWT. Penglibatan dalam
peperangan secara tidak langsung
menggambarkan bahawa individu tersebut berusaha memenuhi tuntutan syariat
Islam. Apabila seorang individu mengetepikan kesenangan dan berjuang dengan bersungguh-sungguh
, maka peranan jihad telah memperkasakan ketahanan dan pertahanan tentera Islam.
f)Ganjaran syurga.
Kepentingan jihad juga ialah ganjaran dan jaminan syurga kepada orang yang
syahid dalam peperangan. Memang dinyatakan dalam al-Quran bahawa orang yang
syahid kerana jihad fisabillillah menentang orang kafir demi menegakkan syiar
Islam dijanjikan balasan syurga kepada mereka. Perkara ini menjadi peluang dan
pendorong penguat semangat tentera Islam bagi melaksanakan jihad.
g)Mempertahan Islam maruah dan negara.
Konsep jihad juga digunakan untuk mempertahankan maruah diri dan negara.
Pada zaman Rasulullah SAW tentera Islam menghadapi golongan musyrikin Quraisy
dalam beberapa siri peperangan. Dalam kebanyakan pertempuran, tentera Islam
dapat mengalahkan musuh dengan berpegang kepada konsep jihad yang tinggi. .[5]
[1Mahdi Shuid,
Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U
Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi
Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj.
Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2
Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,75.
[3]“Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4]Skor A Dalam STPM Sejarah Islam Penggal 2 (940/2),(Petaling Jaya:
Penerbitan Ilmu Bakti Sdn Bhd,2015), ,43
[5]Ibid.43
Unit 3.4 Penglibatan Kerajaan Utmaniah Dalam Perang Dunia Pertama
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan Perang Dunia Pertama.
Perang Dunia Pertama
(1914-1918) berlaku antara dua pihak, iaitu Jerman, Austria-Hungary dan Turki
Uthmaniyah yang dikenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan
pihak yang satu lagi, iaitu Rusia, Britain serta Perancis yang dikenali sebagai
Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang kemudiannya disertai Itali pada tahun
1907.
Perang Dunia Pertama meletus
disebabkan berlakunya persaingan politik dan ekonomi antara perikatan
negara-negara di Eropah. Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah
membunuh waris takhta kerajaan Austria-Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand
di Sarajevo, ibu negeri Bosnia. Peristiwa ini menjadi sebab serta-merta
meletusnya The Great War atau Perang Dunia Pertama dan membawa kuasa-kuasa
besar di Eropah melibatkan diri dalam kancah Perang Dunia Pertama.[1]
Penglibatan kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama signifikan
terhadap dunia Islam. Ini kerana kerajaan Utmaniyah merupakan kuasa Islam
tunggal yang teribat dalam peperangan tersebut. Perang Dunia Pertama berlaku di
antara kuasa besar seperti British, Perancis, Rusia dan Itali sebagai Kuasa
Bersekutu manakala Jerman dan kerajaan Uthmaniyah sebagai kuasa Pusat.[2]
Faktor Perang Dunia
Pertama
Peranan tiga pemimpin tertinggi Persatuan Kesatuan dan
Kemajuan (CUP) dalam Perang Dunia Pertama
Faktor penglibatan kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama
a. Usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah jajahan kekal dalam
kekuasaan Uthmaniyyah -ancaman Pakatan Bertiga (British, Perancis dan Rusia).
b. Mempertahankan wilayah Uthmaniyyah di kawasan Balkan - majoriti penduduk
Kristian - desakan kuasa autonomi - berhadapan dengan percaturan politik
daripada negara-ne g ara jiran di Balkan. Menyebelahi Jerman dalam Perang Dunia
Pertama unfuk mengatasi ancaman Rusia yang ingin menguasai wilayah Balkan.
c.Hubungan tegang dengan British
Mendapatkan kembali wilayah Uthmaniyyah -Mecedonia, Thrace, Selatan
Anatolia, Mesir dan Cyprus. Membebaskan rakyatnya di Caucasus dan Asia Tengah
daripada kekuasaan Rusia dan Armenia.
Mengukuhkan kekuasan khilafah
Uthmaniyyah ke seluruh dunia, membebaskan pemerintahan daripada dominasi
ekonomi dan politik kuasa Eropah.
Pengisytiharan jihad - reaksi dunia Islam – gagal mencapai sasaran kerana
bangsa berperang dengan tentera Uthmaniyyah atas dasar nasionalisme yang ditaja
British. Kegagalan turut disebabkan kelemahan struktur ketenteraan Uthmaniyyah.[3]
Perjanjian Sykes-Picot -
wilayah Uthmaniyyah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Rusia dan Itali. Gencatan
Senjata Mudros.
[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna
@ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2,
(Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014),304.
[2] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Ketga, (Shah Alam: Oxford
Fajar.2017) ,8
[3]“Perang Dunia Pertama”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,129.
Isnin, 17 April 2017
2.3.2 Sumbangan tokoh Al-Khawarizmi
oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1. Al-Khawarizmi
Nama sebenar al-Khwarizmi iaah
Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah.
Dalam kalangan orang Barat, beliau dikenali dengan nama A-Goritmi, Al-Cowarizmi
atau Al-Gorism. Mendapat gelaran al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi
atau Khuway, sebuah tempat di selatan Tasik Aral di Turkistan atau kini
dikenali sebagai Republik Urbekistan, bekas jajahan Soviet Union.[1]
Al-Khwarizmi berbangsa Parsi dan
dilahirkan pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 846
Masihi. Beliau berhijrah ke KotaBaghdad dan menghabiskan lebih dari separuh usianya di kota tersebut.[2]
Latar belakang Al-Khawarizmi
Kepakaran beliau dalam ilmu
matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid
yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul
Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai pengarah arkib di
perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan
menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau
turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik
dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.
Al-Khawarizmi seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
SUMBANGAN
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor
India (kini dikenali angkaArab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga
9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yangmewakili nilai-nilai
tertentu.
Beliau memperkenaran beberapa proses
pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan
algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau
seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.[3]
. Memperkenalkan penggunaan
angka dMemperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya De Numero Indorum yang
berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan
adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log,kosinus
dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam
oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero.
Melalui angka sifar akan terbitkan nombor
yang mencapai infiniti.Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk
astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan planet-planet atau
planet-palent dan lain-lain.
.
Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu
persamaan), al-Khawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan
sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya
algebra beliau - Hisab al-Jabal
wa al-Muqabalah.Bukl beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan
dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di
universiti-universiti Eropah
sejak abad ke 12 hingga 16M.
Beliau orang pertama yang mengajar
algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan,
pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya. Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu
ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi
sin.
Beliau menyempurnakan teori geometri yang
mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membanfunya menguasai
konsep perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindi berkaitan
dengan konsep aritmetik.[4]
Geografi :
Dalam bidang Geografi beliau pernah
menghitung Garisan Khatulistiwa bumi pada tahun 830 Masihi dan mendapati
ukurannya ialah 40.248 km berbanding dengan penemuan masa sekarang 40.070 km.[5] Al-Khawarizmi
telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar
peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan
karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama
petanya ke dalam bahasa lain.Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul
Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
. Pembangunan ilmu kaji bintang
dan ilmu falak oleh Al-Khawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam
bidang sains astronomi.Hasil kerjaya beliau turut meliputi ke{a-kerja berkaitan
dengan jam, alatyangmenunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji
bintang.
Beliau banyak menghasilkankarya astronomi
dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab
al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan bayagan matahari).Khalifah
al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas
di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[6]
[1]
Mahdi Shuid,
Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah
Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,
2014),254.
[2] Ibid,
[3] “Perkembangan intelektual Sumbangan
tokoh Al-Khawarizmi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),80.
[4] Ibid, 81.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna
@ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2,256
[6] “Perkembangan intelektual Sumbangan
tokoh Al-Khawarizmi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,82
UNIT 2.3 Perkembangan intelektual
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
2.3.2 Sumbangan tokoh
hp Menilai sumbangan tokoh -
al-Khawarizmi, Ibn Sina, al-Ghazali dan Ibn Khaldun.
1. Al-Khawarizmi
Nama sebenar al-Khwarizmi iaah
Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah. Dalam
kalangan orang Barat, beliau dikenali dengan nama A-Goritmi, Al-Cowarizmi atau
Al-Gorism. Mendapat gelaran al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi atau
Khuway, sebuah tempat di selatan Tasik Aral di Turkistan atau kini dikenali
sebagai Republik Urbekistan, bekas jajahan Soviet Union.[1]
Al-Khwarizmi berbangsa Parsi dan
dilahirkan pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 846
Masihi. Beliau berhijrah ke KotaBaghdad dan menghabiskan lebih dari
separuh usianya di kota tersebut.[2]
Latar belakang Al-Khawarizmi
Kepakaran beliau dalam ilmu
matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid
yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul
Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai pengarah arkib di
perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan
menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau
turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik
dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.
Al-Khawarizmi seorang tokoh
Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
SUMBANGAN
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor
India (kini dikenali angkaArab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga
9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yangmewakili nilai-nilai
tertentu.
Beliau memperkenaran beberapa proses
pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan
algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau
seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
. Memperkenalkan penggunaan
angka dMemperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya De
Numero Indorum yang berkaitan
dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka
sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log,
Ahad, 16 April 2017
AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
OLEH-AHMAD YAAKOB
Kepercayaan kepada agama terbahagi kepada dua, iaitu agama samawi (agama langit) yang diturunkan Allah SWT melalui nabi-nabi dan mempunyai kitab dan agama ciptaan yang direka oleh menusia sendiri.[1]
Kesesatan agama dalam kalangan masyarakat jahiliah mempunyai hubungan rapat dengan ketiadaan petunjuk dan pedoman daripada kitab suci dan rasul pada waktu itu sehingga mereka tunduk kepada kuasa berhala dan menganut agama berhala (wathani).
Di samping agama berhala, terdapat juga agama-agama lain seperti agama Majusi, Nasrani dan Yahudi yang telah diselewengkan,tetapi bilangan penganutnya amatlah kecil.
Pengaruh asing menjadi faktor pendorong penyebaran pelbagai agama di Semenanjung Tanah Arab kerana hubungannya dengan dunia luar melalui perdagangan, hubungan diplomatik dan
kegiatan-kegiatan agama. Dua kuasa besar, iaitu Parsi dan Byzantine berlumba-lumba untuk menyebarkan agama masing-masing. Parsi menyebarkan agama Majusi sementara Byzantine menyebarkan agama Nasrani.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar kaum Badwi di kawasan tengah Semenanjung Tanah Arab masih menyembah berhala. Terdapat lima golongan beragama dalam kalangan masyarakat
Arab, iaitu:
(a) menyembah berhalal wathani.
(b) menyembah api/Majusi.
(c) Nasrani/Kristian.
(d) Yahudi.
(e) Hanif/Samawi.Pengikut agama Hanif, iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.[2]
Agama menyembah berhala merupakan agama yang dominan dalam kalangan masyarakat Arab.Orang yang mula-mula memperkenalkan agama menyembah berhala ialah Umar bin Luai. Berhala tersebut dibawa dari Syam lalu diletakkan di sekeliling Kaabah dan disembah. Berhala-berhala yang disembah diperbuat daripada batu, kayu dan logam sama ada berbentuk asli atau replika.Pusat agama berhala terletak di kota Makkah. Pada waktu itu di sekeliling Kaabah terdapat kira-kira 360 buah berhala.Berhala-berhala yang terkenal di Makkah ialah al-Uzza, al-Latta dan al-Manat.
Agama Majusi berasal dari Parsi.Mereka tidak mempunyai kitab dan tidak mengakui nabi yang diutus oleh Allah SWT.Penganut agama Majusi mempercayai dua tuhan, iaitu tuhan yang baik dan tuhan Yang jahat.Mereka juga percaya kepada dua konsep api, iaitu api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab yang besar, iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradusshitiyah.
Agama Yahudi ialah agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. yang diutus kepadanya kitab Taurat.penganut agama Yahudi, iaitu Bani Israel telah mengubah isi kandungan kitab Taurat dan Allah SWT telah melaknat mereka.
Agama Nasrani (Kristian) dibawa oleh Nabi Isa a.s. yang diturunkan kepadanya kitab suci Injil.Kaumnya juga telah mengubah isi kandungan kitab ini.Agama Nasrani dikembangkan ke utara Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah, di sebelah selatan pula menerusi penduduk Habsyah pada abad ke-6 M.
Segelintir orang Arab menganut agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s.. Mereka digelar Hunafa (Muslim) dan mentauhidkan Allah SWT.
Kepercayaan animisme
Bentuk kepercayaan masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan beragama dan kepercayaan animisme.Sebahagian masyarakat jahiliah yang tidak beragama mengamalkan kepercayaan animisme.Antara amalan animisme masyarakat jahiliah ialah memuja roh, penunggu atau kuasa ghaib, menyembah objek-objek seperti batu atau pokok-pokok yang besar, api dan sebagainya.
Masyarakat jahiliah juga memuja matahari, bulan dan bintang kerana menganggap cakerawala mempunyai kuasa dalam kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa matahari membolehkan tumbuh-tumbuhan hidup, manakala bulan dan bintang pula menjadi petunjuk dalam perjalanan pada waktu malam.
Golongan masyarakat jahiliah yang menyembah Tuhan Padang Pasir pula dikenali sebagai ahl al-Saf.Amalan yang dilakukan oleh golongan ini ialah berjalan-jalan di padang pasir pada waktu malam sambil menyanyi, bergendang dan membawa unggun api.
Selain itu, terdapat juga masyarakat jahiliah yang mengamalkan ajaran sihir dengan menyembah jin dan dewa-dewa.Manakala ada pula segolongan masyarakat jahiliah yang
menyembah malaikat lelaki dan perempuan kerana dianggap sebagai perantara.Masyarakat jahiliah juga mempunyai kepercayaan tradisi yang berunsur tahayul seperti menilik nasib,sangka baik dan sangka buruk dengan isyarat-isyarat tertentu, mempercayai kuasa azimat tangkal dan ahli nujum.Kedatangan Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat jahiliah bukan sahaja dari segi agama tetapi juga dari segi ketamadunan fizikal dan mental.
Langgan:
Catatan (Atom)