Isnin, 17 April 2017

2.3.2 Sumbangan tokoh Al-Khawarizmi

 oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1. Al-Khawarizmi
Nama sebenar al-Khwarizmi iaah Muhammad bin Musa al-Khwarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah. Dalam kalangan orang Barat, beliau dikenali dengan nama A-Goritmi, Al-Cowarizmi atau Al-Gorism. Mendapat gelaran al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi atau Khuway, sebuah tempat di selatan Tasik Aral di Turkistan atau kini dikenali sebagai Republik Urbekistan, bekas jajahan Soviet Union.[1]

      Al-Khwarizmi berbangsa Parsi dan dilahirkan pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 846 Masihi. Beliau berhijrah ke KotaBaghdad dan menghabiskan lebih dari separuh  usianya di kota tersebut.[2]

Latar belakang Al-Khawarizmi
Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.
Al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

SUMBANGAN
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angkaArab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yangmewakili nilai-nilai tertentu.

      Beliau memperkenaran beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.[3]
. Memperkenalkan penggunaan angka dMemperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya De Numero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log,kosinus dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero.
      Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.
.
     Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), al-Khawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya
algebra beliau - Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah.Bukl beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di
universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya. Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.

      Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membanfunya menguasai konsep perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindi berkaitan dengan konsep aritmetik.[4]

Geografi :
        Dalam bidang Geografi beliau pernah menghitung Garisan Khatulistiwa bumi pada tahun 830 Masihi dan mendapati ukurannya ialah 40.248 km berbanding dengan penemuan masa sekarang 40.070 km.[5] Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.

 c. Astronomi:
. Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh Al-Khawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.Hasil kerjaya beliau turut meliputi ke{a-kerja berkaitan dengan jam, alatyangmenunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

     Beliau banyak menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan bayagan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[6]




[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014),254.
[2] Ibid,
[3] “Perkembangan intelektual Sumbangan tokoh Al-Khawarizmi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),80.
[4] Ibid, 81.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2,256
[6] “Perkembangan intelektual Sumbangan tokoh Al-Khawarizmi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,82 

Tiada ulasan: