Pendahuluan
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah
Waliud-Din Abu Zaid Abdul Rahman Ibn
Muhammad Ibn Khalid : Ibn al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 1332 Hijrah
di Tunisia.
Ibn Khaldun merupakan seorang yang tekun dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk
dengan tugas-tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu.
. Beliau juga merupakan individu yang kreatif Pemikirannya dalam al- Muqaddimah merupakan
hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah
sebagai bidang ilmu yang tersendiri.
Isi-isi Penting .
Ibn Khaldun telah memperluaskan
ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat sejarah dalam konteks yang lebih
luas, iaitu melalui perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu
masyarakat. At- Muqaddimah metvpakan sebuah karya agung dalam bidang
persejarahan yang dihasilkan olehnya bagi memahami corak perubahan organisasi
dalam politik dan sosioekonomi sesuatu masyarakat. Karya ini telah memberikan
suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.
Al-Muqaddimah memapatkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah,
iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat
manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat. Sumbangannya dalam bidang
teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan pendekatan
multidiscip linary kajian sejarah
dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun dianggap
sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.
Beliau juga merupakan ahli sejarah yang
pertama mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat
sejarahnya dari perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan
yang relevan kepada semua tindakan sosial manusia.Ia menunjukkan kepentingan
sikap yang kritis yang telah berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam
pengkajian sejarah.
Ideanya yang menarik dalam al-Muqaddimah
mendorong para pengkaji dan pehikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh
sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti
al-Tabari dan al-Mas'udi' Teori pensejarahan Ibn Khaldun juga telah
dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan karya beliau ini.
Ibn Khaldun dikenali juga sebagai bapa
ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan
realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih awal daripada teoriteori
ekonomi yang dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo
(l772-1823) Beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi
seperti keadilan (fairness), rajin (hardworking), kerjasama (co-op eration),
dan kesederhanaan (moderation).
Berhubung dengan keadilan (fairness),Ibn Khaldun
menekankan bahawa keadilan merupakan tulang : belakang dan asas kekuatan
sesebuah ekonomi : Sekiranya keadilan tidak dapat dilaksanakan, , sesebuah negara
akan hancur dan musnah.
Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama
manusia , dalam aktiviti ekonomi seumpama haiwan ekonomi, sebaliknya beliau menanggap
manusia itu sebagai manusia Islam yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk
memenuhi misinya di ata muka bumi. Dalam hal ini , Ibn Khaldun menekankan
perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti
ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.
Kesimpulannya idea-idea yang dikemukakan
oleh Ibn Khaldun jelas menggambarkan beliau merupakan individu yang layak
digelar sebagai tokoh pemikiran moden
terutamanya kemampuan menguasai ilmu sosiologi sehingga mampu menghasilkan
karya atau idea pensejarahan dan ekonomi.[1]
[1]Mahyuddin
Hj. Yahaya et, al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga, (Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. bhd .2017,),335.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan