Sabtu, 9 Mac 2019

b.Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli Zaman Khalifah Umayyah.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli zaman Khalifah Umayyah di Andalusia pada abad ke 11 - 13M :
      Sebagaimana kerajaan Abbasiyah, kerajaan Islam di Andalusia sekitar abad ini juga berada dalam era kemerosotan dari sudut politik, pemerintahan serta  kekuasaan di bumi Sepanyol. Walau bagaimanapun kerajaan ini masih beruntung kerana wujud banyak institusi pengajian serta perpustakaan di Andalusia seperti di Cordova, Seville, toledo dan Granada. Kelahiran ramai ilmuan yang menguasai ilmu naqli dan ilmu aqli juga telah menyelamatkan kerajaan Umayyah di Andalusia daripada terus malap dalam bidang intelektual.[1]

a. Pada abad ke-I1 hingga 13M, kerajaan Umayyah di Andalusia berada di bawah pemerintahan kerajaan Muluk al-Tawa'if khususnya kerajaan Murabitun dan Muwahiddun.
b. Kegiatan keilmuan berkembang pesat pada zaman Muluk alTana'if. Zamankeemasan keilmuan Andalus berlaku pada zaman kerajaan Muwahiddun.
c. Kemasukan aliran Asya'irah di Andalus pada era kerajaan Muwahiddun secara tidak langsung mengembangkan aliran ilmu kalam. Lahirnya tokoh ilmuan terkemuka seperti ibn Tufayl dan Ibn Rushd,Ibn Zuhr dan lain-lain.

Faktor perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli :
a. Kerajaan Muwahiddun mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersikap lebih demokratik bagi menyemaakkan perkembangan naqli dan aqli berbanding kerajaan seberumnya (Murabitun) yang lebih fokus pada fahaman dan fiqh alMaliki.
b. Galakan pemerintah terhadap kegiatan keilmuan termasuk penulisan dan terjemahan karya-karya bahasa Arab dan Yunani ke bahasa Eropah. Ledakan ilmu era ini menjadikan Andalus pusat pengaliran ilmu terkemuka ke Eropah.
c. Dasar pemerintah membangunkan pelbagai institusi pengajian dan kecintaan mereka terhadap ilmu dan ulama.
. Masjid dan istana menjadi pusat utama pengajian dan tenaga pengajar terdiri daripada khatib, imam dan ulama yang diberi gaji.Cordova muncul kota ilmu dengan kewujudan banyak istana,
sekolah, universiti dan perpustakaan.

Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu tafsir - Ibn 'Atiyyah seorang mufassir terkemuka – Kitab al-Muharrar al-Wajiz. Menggunakan pendekat an Tafs ir bi al-Ma'athur. Ibn al-'Arabi dengan karyanya Tafsir al-quran al-Karim dengan memuatkan aliran tafsir al-Sufi.Imam al-Qurtubi dengan karyanyaAl-Jami'li Ahknm al-Qur'an dengan memuatkan aliran fiqh al-Maliki. Ibn Rushd mengemukakan aliran tafsir bi al-Ra'yat-Fatsafi di dalam karyanya Al-fasl at-Maqal.

b. Ilmu hadis - Ibn Hazam yang dikaitkan dengan penghasilan kitab-kitab fekah dan ilmu hadis. Ibn Ubd al-Barr dengan karya agungnya al Isti'ab li Sahabah. Qadi Iyad menghasilkan 20 buah kitab yang berkaitan fekah, hadis dansejarah. Karyanya al-Shifa bi Ta'rif Huquq al-Mustafa yang
mengandungi pujian-pujian terhadap Nabi Muhammad SAW,akhlak dan mukjizat baginda.

c. Ilmu fiqh - era kerajaan Muwaahiddun memperlihatkan senario keterbukaan masyarakat dalam berpegang pada mazhab tertentu. Ulama fiqh terkenal - Ziyadlbn AbdulRahman,Ibn Yahya dan lain-lain.

d. Ilmu tasawuf - Muhyidin (Ibn Arabi), iaitu seorang ulama Sufi yang terkenal dan banyak menghasilkan tulisan seperti alFutuhat al-Makkiyah dan terkenal dengan fahaman Wahdat al- wujud.

Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah dan ilmu - Ibn Tufail yang menulis buku Hayy lbn Yaqzan (novel Arab pertama dan novel falsafah pertama).Karya beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.Ibn Bajjah - merupakan komentator karya-karyaAristotle, ahli muzik dan fizik. Karyanya- Tadbir al- Mutawahhid.lbnu Ruysd - penafsir karya Aristotle, mengharmoni antara falsafah dan agama. Karyanya - Thahafutut Thahafut. Pengaruhnya yang besar telah menyebabkan munculnya aliran falsafah di Eropah yang dikenali dengan nama Averoisme.

b. Perubatan - Ibn Rusyd dengan karyanya Kulliyahfit-Thibb yang menjadi sumber rujukan untuk berabad-abad lamanya di Eropah.

c. Sains dan teknologi - Abbas Ibn Firnas (ahli kimia, fizik danastronomi). Ibn Yahya al-Naqqash (ahli astronomi). Abu Abdullah Muhammad Al-Idrisi (ahli sains dan geografi) dan Said al-Andalusi (ahli astronomi dan matematik).

d. Sejarah - Ibn Khaldun dengan karyanya Mukhadimmah dan Ibn Hazm dengan karyanyalamharah al-Ahsab dan Rasailfi Fadl Ahlal Andalus.
e. Geografi - Ibn Jubair dan Ibn Batutta
f. Perubatan - Ibn Zuhr dengan karyarrya Kitab al-Taysirfi alMudawat wa al-Tadbir, Kitab al-Iqtisadfi Islah al-Anfus waal-Ajsad dan Kit ab al-Aghaziyah. Kary a beliau diterjemah ke dalam pelbagai bahasa.

Muzik dan kesenian - al-Hasan Ibn Nafi'
Bahasa dan sastera - Muhammad Ibn Malik dengan karyanya Affiyah lbnu Malik dan lain-lain.
Penubuhan Institusi Pendidikan di Eropah :
a. Falsafah Kristian (Eropah) dipengaruhi oleh falsafah Islam sejak abad ke-12M.
b. Kerajaan Islam yang memerintah Eropah telah mendirikan sekolah, institusi pendidikan dan universiti sebagai pusat penyebaran ilmu.
c. Toledo merupakan pusat peradaban dan kebudayaan Islam terbesar
d. Cordova merupakan pusat pentadbiran dan intelektual utama di Andalus dan sering dikunjungi pelajar dari pelbagai negeri Eropah.
e. Andalus merupakan sumber ilmu bagi Eropah selama hampir tiga abad.
f. Penubuhan universiti-universiti diteruskan oleh orang-orang Eropah selepas kejatuhan Andalus.
. Perkembangan Ilmu Islam mempengaruhi peradaban Eropah
a. Pengaruh ilmu Islam ke Eropah sejak abad ke-12M melahirkan gerakan kebangkitan bangsa Eropah (renaissance) pada abad ke-14M.
b. Renaissance - kebangkitan kembali minat bangsa Eropah untuk mengkaji ilmu yang berkembang dalam bangsa Yunani (falsafah).
c. Bangkitnya kembali pemikiran Yunani di Eropah kali ini adalah melalui terjemahan-terjemahan Arab yang dipelajari dan kemudian disalin kembali dalam bahasa Latin.
d. Andalus merupakan tempat paling utama untuk menyerap peradaban Islam bagi bangsa Eropah.
e. Pengaruh peradaban Islam dapat dilihat di universiti Eropah dan, tradisi keilmuan yang terkandung di dalamya serta melalui buku-buku atau karya ilmiah yang telah diterjemahkan tokoh Eropah.[2]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,139.
[2] “Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2,78.,

2.3.1 Perkembangan ilmu naqli dan aqli zaman khalifah Abbasiyah.

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi ilmu menurut Islam / tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali
      Dari segi bahasa, perkataan ilmu berasal daipada ‘ilm ang bemaksud ahu. Kalimah ‘ilm ini membawa kepada kata terbitan alim dan ulama ang membeikan pengertian orang  yang berilmu. Syed Muhammad Naquib al-Attas pula membeikan definis ilmu sebagai suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau jiwa manusia. Ilmu dianggap sebagai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah dan keimanan. Oleh sebab ituIslam menyarankan umatnya menuntut ilmu kerana ia akan dapat mengukuhkan akidah dan keimanan.[1]
Jenis - jenis ilmu :
a. Berdasarkan sumber - terbahagi kepada dua :
. Ilmu yang diterima secara langsung daripadaAllah swt ilmu bersumberkan kepada wahyu atau kasyaf
, Ilmu kasbi - ilmu yang perlu diusahakan untuk dicapai seperti diperoleh melalui pengajaran,pembelajaran dan pengalaman menerusi akal dan pancaindera. Merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu keagamaan dan keduniaan.
b. Ilmu Naqli (ilmu bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan Hadis) dan Ilmu Aqli (ilmu bersumberkan akal, pancaindera, sejarah, pengalaman dan lain-lain )
Ilmu naqli bertaraf fardu ain - wajib dipelajari oleh semua umat Islam mukhallaf kerana ilmu ini mengandungi ajaran akidah,syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan perantaraan wahyu.

Perkembangan Ilmu Naqli dan Aqli zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke 11 - l3M:
a. Kerajaan Abbasiyah telah muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum.

b. Abad ke 11 hingga 13M, kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu wazir Nizam al-Mulk.[2]
c.Nizam al-Mulk bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah –al-Quran,hadis, fiqh dan bahasa Arab.

d.Galakan pemerintah terhadap perkembangan ilmu merahirkan
      Ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf) dan Imam al_Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).

Faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah :
a.Faktor dalaman umat Islam - semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir umat Islam.
b.Faktor luaran umat Islam - tradisi keilmuan wilayah parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).

Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu al-euran - tafsir dan qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat, muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf

b. Sunnah / hadis
– disiplin ilmu hadis, sanad, Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya al-Faiq
c. Ilmu kalam - pemikiran ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah

Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah - induk kepada ilmu aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani. Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al -FaIasifah
b. Seni sastera – antara tokoh ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
c. Perubatan
- perkembangan ilmu kedoktoran zamanAbbasiyah mengalami tiga peringkat:. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran. Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kit ab al Manazir danRisalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
d. Astronomi - antara tokohnya ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu Wafa' -pakar trogonometri.
e. Matematik - antara tokohnya ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa alMuqabila)[3]




[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,136.
[2] “Perkembangan ilmu naqli dan aqli” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,75.

Jelaskan sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah.20m

Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Muhammad al-Thusi al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. Beliau dilahirkan di Thus pada tahun 1058M. Antara guru yang pernah mengajar beliau ialah Imam al-Radzakani, Imam al-Abi Nash al-Ismaili, dan Imam al-Haramain Abu Ma’ali al-Juwaini.
       Sebagai individu yang tekun menuntut dan ilmu pengetahuan, beliau telah berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu seperti usuluddin, usul fiqh, mantik, membaca hikmah dan yang
paling terkenal ialah falsafah. Kelebihan tersebut membolehkan beliau menulis dan menyusun kitab-kitab daripada pelbagai aspek ilmu yang telah dipelajarinya.

      Imam al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan falsafah kepada tiga, iaitu ateis,natural. dan teologi. Golongan pertama, iaitu ateis ialah golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan kedua, iaitu natural ialah golongan ilmuwan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta haiwan. Golongan ketiga ahli teologi, iaitu ahli yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle, dan Socrates. Golongan ini membahaskan perkara-perkara berkaitan tuhan dengan bersumberkan akal.

      Imam al-Ghazali merupakan orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian, iaitu matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah, dan akhlak.Matematik menurut Imam al-Ghazali adalah berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. Ia tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut agama.

      Mantik pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun hujah-hujah yang dikemukakan.Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam, langit, bintang, air, udara, dan alam seluruhnya.

      Ilmu ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan daripada perspektif akal. Ilmu ketuhanan ini didasari perbincangan mantik dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah ketuhanan yang sebenar.

     Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah perkara yang berkaitan dengan unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.Ilmu yang terakhir dalam falsafah menurut beliau ialah akhlak. Akhlak merupakan ilmu yang berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.

     Metodologi yang diasaskan oleh Imam al-Ghazali adalah lebih jelas dan terperinci. Antara
penulisan beliau yang terkenal dalam bidang falsafah ialah Maqasid al-falasifuh, al-Munqiz min aldhalal, dan Tahafut al-falasifah.

      Imam al-Ghazali memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu falsafah Islam.Beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah ketuhanan Yunani yang tidak bertauhid kepada agama yang suci, iaitu Islam. Imam al-Ghazali berjaya mempertahankan kemurnian Islam sekali gus mengelak amalan mengagung-agungkan falsafah Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

Kesimpulannya,kemampuan Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta kebijaksanaan beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh umat Islam.Gelaran hujjatul Islam yang diberikan kepada beliau sememangnya amat tepat berdasarkan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau.
Sumber rujukan-Mohd Zaki Ahmad,Score in STPM Penggal 2 Sejarah Islam (500-1918) Kertas2 940/4 Kertas Model, (Shah Alam: Oxford Fajar.2013)  ,76-77.


Ahad, 3 Mac 2019

SUMBANGAN AL-GHAZALI

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang al-Ghazali.
Nama Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.Imam Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H besamaan dengan 1058M di desa Ghazalah, dipinggir Kota Thus, yang terletak di Bahagian timur Laut Iran. Menurut Ibn Atsir, beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal).[1]Al-Ghazali pernah memegang jawatan ketua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi.Dalam dunia Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam ) kerana kepetahan beliau berhujah membela Islam.
Sumbangan Al-Ghazali :
      Dunia amat mengagumi al-Ghazali melalui penulisannya di mana beliau merupakan pengarang yang amat hebat dan berada dalam kelas yang tersendiri. Kebolehan beliau mengarang tidak dapat disangkal lagi terutamanya oleh sarjana Barat dan sepanjang hayatnya, beliau telah mengarang lebih daripada 300 buku.Penulisan al-Ghazali meliputi skop ilmu yang sangat luas iaitu merangkumi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan tanggungjawab seorang ketua negara.[2]

Bidang Falsafah.
      Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah dan kitab Tahafut al-Falasifah yang membincangkan penyelewengan falsafah Barat tentang fizik dan metafrzik daripada sudut pandangan Islam.

      Al-Ghazali lantang menegur falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al-Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Kesan kritikan al-Ghazali tersebut, tidak muncul seorang pun ahli falsafah terkenal selama 100 tahun selepas beliau.

      Ibn al-Ghazali berjasa dalam membela Islam daripada pengaruh bidaah dan aliran rasionalisme Yunani (Hujjatul Islam). Ini dapat dilihat dalam penulisannya apabila beliau banyak mematahkan hujah pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya perbincangan ilmu kalam. Al-Ghazah membahaskan ilmu kalam menurut methodologi Rasulullah SAW dan para sahabat serta menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat. Menurut al-Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam. Perbahasan al-Ghazali mengenai masalah-masalah falsafah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli falsafah sendiri.

Al-Ghazali membahagikan 3 golongan yang membahaskan
falsafah :
a. Atheis - golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam.
b. Natural - golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Golongan ini mendakwa apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
c. Teologi - golongan yang membincangkan soal-soal ketuhan seperti Plato, Aristotle dan Socretus. Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan akal.

      Al-Ghazali adalah orang pertama yang mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian iaitu matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak.Kitab al-Ma'riful' Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan YangRasional) memaparkan tentang hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan penghasilannya.

      Sumbangan al-Ghazali yang paling terkenal ialah dalam bidang keagamaan dan kitabnya lhya' Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama). Kitab tersebut dikarang ketika beliau berumur 50 tahun menjadi jalan keluar kepada pelbagai fahaman dan aliran. Kitab ini yang merangkumi ilmu akidah, fiqah, falsafah, akhlak dan tasawuf masih menjadi rujukan umat Islam masa kini.

      Kitab Ayytha al-Walad (Aduhai Anakku) pula sangat penting kerana mempunyai nasihat beliau kepada anak muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada lapan perkara dan
diterjemah ke dalam bahasa Turki.

     Al-Ghazali terkenal dalam bidang sains politik di mana penulisannya terbahagi kepada 2 perkara iaitu teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Buku-bukunya iaitu Mustazh-hiri, alMunqiz Minad Dhalal, Al-Iqtishad Jil I'tiqad (Kesederhanaan Dalam Kepercayaan ) membincangkan soal kepimpinan bagi sesebuah negara Islam.


      Al-Ghazali juga banyak memberi pandangan dalam bidang pendidikan berdasarkan pengalamannya sebagai seorang pelajar, guru dan ketua di Madrasah Nizamiyah. Al-Ghazali merupakan pemikir Islam yang meninggalkan jasa yang dapat dinilai melalui hasil-hasil karyanya. Beberapa karyanya telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa Eropah untuk dijadikan rujukan di pusat-pusat pengajian tinggiHasil-hasil tulisan al-Ghazali telah mempengaruhi ahli fikir Islam selepasnya seperti Jalaluiddin ar-Rumi, Ibn Rusyd dan Syah Waliyullah.[3]




[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 289.
[2] “Sumbangan tokoh”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),84.
[3] Ibid,86

Rabu, 27 Februari 2019

Soalan: Bincangkan sumbangan al Khwarizmi dalam bidang matematik.

Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al Khwarizmi merupakan nama sebenar al Khwarizmi. Beliau merupakan tokoh ilmuan Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, lojik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan serta sejarah Islam. Sumbangan beliau mula terserlah semasa pemerintahan Khalifah al Makmun di Baghdad khasnya dalam bidang matematik dan dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.
                Kepakaran beliau dalam bidang matematik mendapat pengiktirafan Khalifah Abasiyyah. Khalifah Harun al Rasyid misalnya melantik beliau sebagai pakar matematik di Baitul Hikmah. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al Makmun.
                Beliau juga telah memperkenalkan sistem nombor. Simbol-simbol tertentu digunakan untuk mewakili nilai-nilai tertentu. Al Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam matematik. Melalui angka sifar akan terbit nombor yang mencapai infiniti.
               Seterusnya beliau memperkenalkan sistem angka yang sistematik. Sistem ini membolehkan operasi pengiraan matematik diperluas meliputi operasi kuasa, log dan kosinus. Sistem ini juga membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang pesat. Angkasifar yang beliau perkenalkan telah dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan ‘cifre’, ‘chiffre’ dan ‘zero’.
              Al Khwarizmi turut memperkenalkan sistem al-jabar (algebra). Penggunaan symbol yang mewakili nombor, nilai atau pembolehubahmembolehkan banyak masalah pengiraan diselesaikan. Buku yang memperkenal kaedah aritmetik algebra ini telah diterjemah ke bahasa Latin dan menjadi rujukan pelbagai universiti di Eropah mulai abad ke12M hinggan abad ke16M.
             Selain itu, beliau juga telah memperkenalkan istilah baru dalam ilmu matematik yang digunapakai hingga ke hari ini. Antaranya ialah pemboleh ubah (x), pemboleh ubah kuasa dua (x²) dan pemalar (c). Kitab yang beliau hasilkan mengandungi bab-bab tentang pelbagai topic seperti pengiraan darab, campur, tolak, bahagi, persamaan, timbangan dan ukuran, luas bulatan dan segi tiga serta isi padu piramid dan  kon.
           Al Khwarizmi juga telah menghasilkan ‘al Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah’ yang digunakan dalam urusan pengiraan pembahagian harta pusaka. Masalah pengiraan yang rumit dan kompleks yang tidak dihurai dalam al Quran dan hadis dapat diselesaikan dengan mudah.

          Memang tidak dapat dinafikan Al Khwarizmi memberi sumbangan besar dalam bidang matematik. Sumbangan besar ini menyebabkan beliau bukan sahaja disanjung oleh umat Islam sahaja malah juga dikagumi sarjana-sarjana Barat yang menggunapakai idea-idea beliau.

Sabtu, 23 Februari 2019

Nilaikan sumbangan pemikiran Ibnu Khaldun tentang peradaban manusia. 20m


Pendahuluan
Nama sebenar Ibn Khaldun ialah Waliud-Din Abu  Zaid Abdul Rahman Ibn Muhammad Ibn Khalid : Ibn al-Khattab. Beliau dilahirkan pada tahun 1332 Hijrah di Tunisia.

      Ibn Khaldun merupakan seorang yang tekun  dalam menuntut ilmu. Walaupun beliau sibuk dengan tugas-tugas pentadbiran, namun tidak menghalangnya untuk menuntut ilmu. . Beliau juga merupakan individu yang kreatif  Pemikirannya dalam al- Muqaddimah merupakan hasil daripada pengalaman dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah sebagai bidang ilmu yang tersendiri.

Isi-isi Penting .
Ibn Khaldun telah memperluaskan ruang lingkup kajian sejarah dengan melihat sejarah dalam konteks yang lebih luas, iaitu melalui perubahan-perubahan sosial yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. At- Muqaddimah metvpakan sebuah karya agung dalam bidang persejarahan yang dihasilkan olehnya bagi memahami corak perubahan organisasi dalam politik dan sosioekonomi sesuatu masyarakat. Karya ini telah memberikan suatu konsep sejarah yang merangkumi keseluruhan kegiatan manusia.

  Al-Muqaddimah memapatkan suatu prinsip asas dalam pengkajian sejarah, iaitu hukum-hukum yang menguasai proses perubahan-perubahan sesuatu masyarakat manusia seperti hubungan antara sebab dan akibat. Sumbangannya dalam bidang teori dan pendekatan sejarah agak jelas apabila ia memperkenalkan pendekatan multidiscip linary  kajian sejarah dibantu oleh sosiologi dan geografi. Oleh sebab itu, Ibn Khaldun dianggap sebagai pengasas pensejarahan dan sosiologi moden.

      Beliau juga merupakan ahli sejarah yang pertama mengkaji segala aspek kehidupan sosial orang Islam dan melihat sejarahnya dari perspektif sosiologi masyarakat yang dapat memberikan keterangan-keterangan yang relevan kepada semua tindakan sosial manusia.Ia menunjukkan kepentingan sikap yang kritis yang telah berjaya menggabungkan pelbagai disiplin dalam pengkajian sejarah.

      Ideanya yang menarik dalam al-Muqaddimah mendorong para pengkaji dan pehikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al-Tabari dan al-Mas'udi' Teori pensejarahan Ibn Khaldun juga telah dikembangkan oleh ahli sejarah Barat melalui penterjemahan karya beliau ini.

      Ibn Khaldun dikenali juga sebagai bapa ekonomi Islam kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang dikemukakannya jauh lebih awal daripada teoriteori ekonomi yang dikemukakan oleh Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (l772-1823) Beliau telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (fairness), rajin (hardworking), kerjasama (co-op eration), dan kesederhanaan (moderation).

      Berhubung dengan keadilan (fairness),Ibn Khaldun menekankan bahawa keadilan merupakan tulang : belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi : Sekiranya keadilan tidak dapat dilaksanakan, , sesebuah negara akan hancur dan musnah.

      Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia , dalam aktiviti ekonomi seumpama haiwan ekonomi, sebaliknya beliau menanggap manusia itu sebagai manusia Islam yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di ata muka bumi. Dalam hal ini , Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan   keutamaan kepada kehidupan akhirat.

      Kesimpulannya idea-idea yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun jelas menggambarkan beliau merupakan individu yang layak digelar sebagai  tokoh pemikiran moden terutamanya kemampuan menguasai ilmu sosiologi sehingga mampu menghasilkan karya atau idea pensejarahan dan ekonomi.[1]


[1]Mahyuddin Hj. Yahaya et, al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Ketiga, (Shah  Alam: Oxford Fajar Sdn. bhd .2017,),335.

Sabtu, 9 Februari 2019

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Al-Khawarizmi
     Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Selain dipanggil al-Khawaizmi, beliau terkenal juga dengan gelaran Abu Abdullah. Namun di Barat, Al-Khawarizmi dikenali sebagai al-Cowarizmi, al-Ahawizmi al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lain.Beliau dilahirkan pada tahun 780M di daerah Khawarizmi yang sekarang dikenali sebagai Khiwa. Ibu bapa beliau berhijrah ke sebuah kawasan di Selatan Baghdad. Beliau meninggal dunia pada tahun 840 Masihi.[1]

     Kepakaran beliau dalam ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik belaiu sebagai pengarah arkib di perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja penterjemahan buku-buku Matematik daldm bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.Al-Khawarizmi seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.[2]

 Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
      Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab) yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.
      Beliau memperkenalkaan beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra danmatematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

      Memperkenalkan penggunaan angka dalam karyanya DeNumero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang angka sifar. Dengan adanya angka sifar, operasi tambah, tolak, darab, bahagi, kuasa, log, kosinus dan lain-lain dapat diselesaikan dengan mudah,malah membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka sifar akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti.

     Sistem angka juga dapat dikaitkan dengan bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana,menentukan planet-planet atau planet-palent dan lain-lain.

      Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah penyelesaian tersusun dan sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau - Hisab al-Jabal wa al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam bahasa Latin dan menjadi rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.

      Beliau orang pertama yang mengajar algebra dalam bentuk mudah dan menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.

      Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.Beliau menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai konsep perbezaan.Karya beliau yang lain - Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindiberkaitan dengan konsep aritmetik.

Geografi :
      Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah saintis pertama melakar peta dunia pada tahun 830M.Menghasilkan karya geografi - Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah diterjemahkan bersama petanya ke dalam bahasa lain.

Menulis tentang takwim Yahudi yang berjudul Istikhraj Tarikh al-Yahudi.
c. Astronomi:
      Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh AlKhawarizmi memberi sumbangan besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerja-kerja berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.

      Beliau banyak menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan ke pelabagai bahasa asing. Antaranya Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat (buku berkenaan alat yang menunjukkan waktu dengan baay arragan matahari).Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[3]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 284.
[2] “Sumbangan tokoh” , dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3] Ibid,82.