OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Definisi ilmu menurut Islam /
tokoh Islam seperti Imam al-Ghazali
Dari segi bahasa, perkataan ilmu berasal
daipada ‘ilm ang bemaksud ahu. Kalimah ‘ilm ini membawa kepada kata terbitan
alim dan ulama ang membeikan pengertian orang yang berilmu. Syed Muhammad Naquib al-Attas
pula membeikan definis ilmu sebagai suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau
jiwa manusia. Ilmu dianggap sebagai cahaya yang mempunyai kaitan dengan akidah
dan keimanan. Oleh sebab ituIslam menyarankan umatnya menuntut ilmu kerana ia
akan dapat mengukuhkan akidah dan keimanan.[1]
Jenis - jenis ilmu :
a. Berdasarkan sumber -
terbahagi kepada dua :
. Ilmu yang diterima secara
langsung daripadaAllah swt ilmu bersumberkan kepada wahyu atau kasyaf
, Ilmu kasbi - ilmu yang perlu
diusahakan untuk dicapai seperti diperoleh melalui pengajaran,pembelajaran dan pengalaman
menerusi akal dan pancaindera. Merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu
keagamaan dan keduniaan.
b. Ilmu Naqli (ilmu
bersumberkan wahyu daripada Allah SWT iaitu al-Quran dan Hadis) dan Ilmu Aqli
(ilmu bersumberkan akal, pancaindera, sejarah, pengalaman dan lain-lain )
Ilmu naqli bertaraf fardu ain -
wajib dipelajari oleh semua umat Islam mukhallaf kerana ilmu ini mengandungi
ajaran akidah,syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan perantaraan
wahyu.
Perkembangan Ilmu Naqli dan
Aqli zaman kerajaan Abbasiyah pada abad ke 11 - l3M:
a. Kerajaan Abbasiyah telah
muncul sebagai pusat perkembangan ilmu sejak zaman pemerintahan Kharifah Abu Jaafar
al-Mansur dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman pemerintahan
Khalifah al-Makmum.
b. Abad ke 11 hingga 13M,
kerajaan Abbasiyah berada di bawah kekuasaan Saljuk. Ilmu pengetahuan dan agama
berkembang pesat dan mencapai kemuncak pada zaman Sultan Malik syah dan dibantu
wazir Nizam al-Mulk.[2]
c.Nizam al-Mulk
bertanggungiawab membangunkan Madrasah Nizamiyah dan Madrasah Hanafiyah di
Baghdad. Lima bidang keilmuan diajar di Madrasah Nizamiyah –al-Quran,hadis, fiqh
dan bahasa Arab.
d.Galakan pemerintah terhadap
perkembangan ilmu merahirkan
Ramai ilmuan Islam dalam bidang ilmu
naqli seperti az-Zamakhsyri (tafsir dan teologi), al-Qusyairy (tafsir dantasawuf)
dan Imam al_Ghazali (teologi dan falsafah) dan ilmu aqli seperti Ibn al-Haytham
dan Ibnu Sina (perubatan), Umaral-Khayyam (mathematik) dan Nasaruddin at-Thusi (astronomi).
Faktor kemajuan ilmu naqli dan aqli zamanAbbasiyah :
a.Faktor dalaman umat Islam -
semangat keilmuan, kesedaran yang tinggi dari pembesar kerajaan, wujudnya
pelbagai pusat kajian dan penterjemahan dan peningkatan kematangan berfikir
umat Islam.
b.Faktor luaran umat Islam -
tradisi keilmuan wilayah parsi sebelum perkembangan Islam, adaptasi terhadap
budaya asing terutama ilmu dan falsafah yunani, gerakan penterjemahan karya
asing dan kecenderungan baharu dalam tradisi berfikir(pemikiran rasional-analisis).
Perkembangan ilmu naqli (keagamaan) :
a. Ilmu al-euran - tafsir dan
qiraat. Kajian al-quran tertumpu pada teks (Tafsir bil Ma'tsur) dan pada
kontekstual (Tafsir Birra'yi - (Tafsir Maudhu,i, Tafsir Adaby, Tafsir Nuzuli
dan Tafsir Ilmi). Kandungan ilmu al-quran,ilmu akidah, akhlak dan syariat (ibadat,
muamalat). Tokoh ulama –Zamakhsyui dan karyany a, al_Khosysyaf
b. Sunnah / hadis
– disiplin ilmu hadis, sanad,
Nasakh wa Mansukh, dan rain-lain. Tokoh ilmu hadis - Zamakhsyari dan karyanya
al-Faiq
c. Ilmu kalam - pemikiran
ketuhanan (teologi) ekoran berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional
sehingga kajian ketuhanan tidak lagi berdasarkan pada dalil agama tetapi telah
mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap dogma. Tokoh ilmu kalam ,Imam al-Ghazali
dan karyanya, Maqasid al-Falasifah dan tahafut al-Falasifah,Imam al-Qusyairy an-Naisabury
dengan karyanya RisaIatul Qusyairiyah
Perkembangan ilmu aqli :
a. Falsafah - induk kepada ilmu
aqli kerana daripada falsafah ini,maka berkembanglah ilmu-ilmu lain. Zaman
Abbasiyah berlaku perkembangan ilmu falsafah akibat pengaruh Parsi dan Yunani.
Tokoh ilmu falsafah - Imam al-Ghazali dengan karyany a Tahafut al -FaIasifah
b. Seni sastera – antara tokoh
ialah Farid al-Din al-'Aththar dengan karyanya Manthiq al-Thayr dan Umar
Khayyam dengan karyanya Rubaiyat.
c. Perubatan
- perkembangan ilmu kedoktoran
zamanAbbasiyah mengalami tiga peringkat:. Zaman permulaan, kemajuan dan kemunduran.
Tokoh perubatan Islam antaranya Jabir Ibn Hayyam (Kitab al-Kimya),Ikhwan
as-Safa (Rasa'il lkhwanas - Safa'wa Khullan al-Wafa), Ibn al-Hayth am (Kit ab
al Manazir danRisalafil-Daw') dan Ibnu Sina (al-Qanun FiTibb).
d. Astronomi - antara tokohnya
ialah Nasiruddin Ath-Thusi (AlMutawassithat Bain Al-Handasa wal Hai'a) dan Abu
Wafa' -pakar trogonometri.
e. Matematik - antara tokohnya
ialah Umar Khayyam yang terkenal dalam bidang algebra ('Mazalatfi al-Jabr wa
alMuqabila)[3]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2016) ,136.
[2] “Perkembangan
ilmu naqli dan aqli” , dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah Penggal 2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),73.
[3]
Ibid,75.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan