Masyarakat Islam Madinah
dibentuk melalui dakwah oleh golongan penghijrah dari Makkah, iaitu golongan
Muhajirin dengan sokongan penduduk tempatan, iaitu orang Ansar.Nabi Muhammad
SAW bukan sahaja mempunyai pertalian langsung di Madinah dari segi hubungan
kekeluargaan, tetapi juga hubungan dari segi ekonomi dan keagamaan.
Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama
Islam kepada penduduk Madinah yang mengerjakan haji selama tiga musim haji
berturut-turut.Pada tahun ke-ll kerasulan baginda, rombongan daripada kaum
Khazraj telah datang menunaikan fardu haji di Makkah.
Nabi Muhammad SAW telah menemui mereka
di Bukit Aqabah dan memberikan penerangan tentang Islam.Pada musim haji
berikutnya, mereka sekali lagi datang untuk menemui baginda. Rombongan ini
terdiri daripada 10 orang daripada kaum Khazraj dan dua orang daripada kaum
Aus.Dalam pertemuan ini, terbentuklah perjanjian yang dinamakan Perjanjian
Aqabah I. Dalam perjanjian ini, mereka berjanji tidak menyekutukan Allah SWT.[1]
Selepas Perjanjian Aqabah I, Nabi
Muhammad SAW telah menghantar Mus'ab bin Umayr ke Madinah untuk menyebarkan
Islam dan mengajar ayat-ayat al-Quran. Misi ini telah mencapai kejayaan yang
besar.
Pada tahun ke-13 kerasulan baginda,
seramai 73 orang yang terdiri daripada kaum Aus dan Khazraj (termasuk dua orang
wanita) telah datang menemui baginda. Pertemuan ini telah menghasilkan
Perjanjian Aqabah II.Perjanjian ini juga dipanggil Perjanjian Peperangan kerana
menyentuh hal-hal Peperangan.
Selepas itu, Nabi Muhammad SAW telah
melantik 12 orang naqib (ketua), sembilan orang daripada kaum Khazraj dan tiga
orang daripada kaum Aus untuk menyebarkan Islam di Madinah.Pelantikan mereka
merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka panjang untuk
kemenangan Islam.Kesetiaan yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi
Muhammad SAW merupakan satu jaminan terhadap kejayaan Islam di Madinah.[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan