1 Masyarakat,
Pemerintahan,Pertahanan, dan Perhubungan Luar
1.1 Masyarakat jahiliah Semenanjung Tanah Arab (abad ke-6)
STPM 2013
( a)
menjelaskan konsep
dan struktur masyarakat jahiliah.
MASYARAKAT JAHILIAH
AI-Quran tidak membatasi masa bagi zaman
jahiliah, tetapi hanya sekadar menyatakan secara umum ruang lingkup zaman
tersebut dengan ungkapan,Jahiliah yang dahulu. Dalam kamus-kamus Arab juga
hanya menyatakan bahawa zaman Jahiliah ialah zaman sebelum Islam, iaitu zaman
sebelum turunnya al-Quran .Dalam konteks masyarakat Arab, zaman yang dipanggil
zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba'. Pada masa itu tiada
nabi yang diutus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT untuk dijadikan petunjuk
pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau pembangunan fizikal yang
melambangkan peradaban yang tinggi. Lebih tepat, zaman jahiliah bermula selepas
kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir pemerintahan
Himyar pada tahun 300 M dan berakhir setelah turunnya kitab suci
al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam tempoh
kira-kira tiga abad iatu masyarakat Arab pada amnya, telah.mengalami zaman keruntuhan
bukan sahaja dari segi agama dan akhlak tetapi juga dari segi politik, ekonomi,
sosial dan ilmu pengetahuan.[1]
Konsep Jahiliah.[Hasil pembelajaran:menjelaskan konsep jahiliah]
Jahiliah berasal daripada akar
kata jahala dan kata terbitan jahlun atau jahlatun yang bererti bodoh dan
sesat.
Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri
jahiliah dapat dirumuskan kepada empat, iaitu:
(a)zaman yang tidak mempunyai
nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
(b) masyarakatnya tidak
mempunyai peradaban dan tamadun.
(c ) masyarakatnya tidak
berakhlak, bersikap angkuh dan bongkak.
(d )masyarakatnya jahil kerana
tidak boleh menulis dan membaca.
Jika satu daripada sifat-sifat
tersebut terdapat pada sesuatu zaman atau masyarakat tersebut boleh dianggap
masyarakat jahiliah.Berdasarkan pengertian tersebut, kebenaran pendapat
orientalis Barat seperti P. K. Hitti tentang makna jahiliah boleh
disangkal.Menurut P. K. Hitti, masyarakatArab jahiliah hanya jahil dari segi
agama dan kepercayaan tetapi maju dari segi ilmu pengetahuan dan mempunyai
tamadun yang tinggi.[2]
Pendapat P. K. Hitti tentang makna
jahiliah dari segi ketepatan sejarah juga boleh dipersoal. Ini kerana kerajaan
Saba' pada Zaman kegemilangannya (pada zaman Ratu Balqis) telah menerima ajaran
Nabi Sulaiman a.s. dan Allah SWT menganugerahkan kerajaan Saba' sebagai
"negeri yang makmur dan mendapat pengampunan Tuhan". Setelah kerajaan
ini ingkar kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menurunkan bala dan kerajaan
ini mengalami keruntuhan.Di Semenanjung Tanah Arab, zaman yang paling layak
digelar zaman jahiliah ialah zamaln selepas keruntuhan kerajaan Saba', iaitu
sekitar tahun 300 M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610 M. Dalam
tempoh masa ini, tiada rasul dan tiada kitab suci diturunkan sebagai
petunjuk.Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab berada dalam kekufuran,
kemaksiatan, keangkuhan dan kejahilan dalam ilmu pengetahuan.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan