Kuasa dan pengaruh yang
dipegang selama ini berhubung dengan kepimpinan kota Makkah perlu
dikekalkan.Agama Islam mementingkan persamaan taraf sesama manusia. Konsep ini
sangat bertentangan dengan konsep sistem sosial masyarakat jahiliah.
Pusaka nenek moyang mereka juga perlu
dipertahankan. Mereka bimbang akan hilang punca pendapatan daripada penjualan
berhala yang telah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang mereka.
Takut akan hari pembalasan
kerana mereka telah banyak melahrkan dosa di dunia.Iri hati dengan kedudukan
Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Nabi dan Rasul.Kematian Abu Talib dan Siti
Khadijah menyebabkan tiada perlindungan kepada Nabi Muhammad SAW. Hal ini
memberikan kekuatan kepada kaum Quraisy untuk menentang.[1]
Proses Penentangan
Selepas kematian Abu Talib dan Siti
Khadijah, penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi Muhammad SAW semakin kuat.
Keadaan ini memaksa baginda mencari perlindungan di Ta'if kerana di Makkah,
baginda tiada lagi tempat bergantung.Nabi Muhammad SAW telah pergi ke Ta'if
secara bersendirian untuk meneruskan usaha dakwah di samping mendapatkan
pertolongan daripada pemimpin Ta'if namun usaha ini gagal.Kegagalan tersebut
tidak melemahkan usaha baginda untuk meneruskan perjuangan menegakkan agama
Islam. Baginda terus menyeru kepada kabilah-kabilah Arab yang datang ke Makkah
untuk menunaikan haji agar menerima Islam.
Nabi Muhammad SAW berasa tersisih
daripada masyarakat Makkah setelah seruannya ditolak oleh kaum Quraisy dan Bani
Thaqif di Ta'if.Kaum Quraisy tidak senang melihat orang Islam berhijrah ke
Madinah kerana dikhuatiri mereka akan mewujudkan kuasa baharu di sana.
Satu komplot untuk membunuh Nabi
Muhammad SAW telah diusulkan oleh Abu Jahal. Dengan ini, mereka berharap ajaran
Islam akan terkubur dan mereka yang berhijrah ke Madinah akan pulang semula ke
Makkah. Nabi Muhammad SAW telah mengetahui tentang komplot pembunuhan tersebut.
Oleh itu, Ali binAbi Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur
baginda. Baginda telah berhijrah bersama-sama Abu Bakar secara senyap-senyap.
Berita tentang kegagalan menangkap Nabi
Muhammad SAW telah menggemparkan seluruh penduduk Makkah.Dalam suasana yang
tertekan akibat ancaman kaum Quraisy itu, berlaku peristiwa yang menakjubkan,
iaitu Israk dan Mikraj pada 27 Rejab tahun ke-ll kerasulan baginda. Peristiwa
ini merupakan mukjizat yang amat besar ke atas Nabi Muhammad SAW.
Peristiwa Israk dan Mikraj telah
menggemparkan masyarakat Quraisy Makkah. Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW
sebagai pembohong.Namun, keadaan tersebut tidak menggugat iman orang Islam dan
Abu Bakar merupakan orang yang pertama meyakini peristiwa Israk dan Mikraj.
Disebabkan itu, beliau mendapat gelaran al-Siddiq (yang membenarkan).[2]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan