MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN
EXAMINATIONS COUNCIL)
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA
HIGHER SCHOOL CERTIFICATE
EXAMINATION)
Manual
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah
Kerja Kursus
Sejarah
Kertas 4 (940/4)
Penggal 2 Tahun 2015
PERINGATAN:
Manual ini khusus kegunaan
guru
atau
pemeriksa dan calon sahaja.
Manual ini terdiri daripada 19
halaman bercetak.
© Majlis
Peperiksaan Malaysia
2014
KANDUNGAN
|
|
Halaman
|
|
1
|
Pengenalan
|
3
|
|
2
|
Objektif
|
3
|
|
3
|
Pelaksanaan Kerja Kursus Esei Ilmiah
Sejarah
|
3-8
|
|
|
3.1
|
Arahan Kerja Kursus Sejarah
|
|
|
3.2
|
Tanggungjawab Pengetua
|
|
|
3.3
|
Tanggungjawab Guru
|
|
|
3.4
|
Tanggungjawab Pemeriksa
|
|
|
3.5
|
Tanggungjawab Guru
Sekolah Swasta
|
|
|
3.6
|
Tanggungjawab Calon
Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Sekolah Swasta
|
|
|
3.7
|
Tanggungjawab Calon
Persendirian Individu
|
|
|
3.8
|
Kes Plagiat PBS
|
|
4
|
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
|
9-12
|
|
5
|
Format Penulisan
|
12-13
|
|
6
|
Struktur Penulisan
|
13
|
|
7
|
Borang PBS
|
14-17
|
|
8
|
Kertas 940/4
|
18-19
|
BAHAGIAN I: GURU
DAN PEMERIKSA
1 PENGENALAN
Kerja kursus
bagi kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Sejarah STPM
(940/4)
merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940).
Kerja kursus ini
memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah.
Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah,
graf,
dan bibliografi.
2 OBJEKTIF
Kerja kursus ini dilaksanakan dengan
tujuan
untuk menilai keupayaan calon
(a) memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah
(b) mengembangkan
kemahiran insaniah
(c) menganalisis dan merumuskan fakta
sejarah
secara kritis dan
rasional
(d) menghayati kepentingan
peristiwa,
tokoh, isu,
dan perubahan sosial dalam masyarakat.
3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS
Calon
dikehendaki
memilih satu tajuk daripada empat tema yang ditentukan
pada tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut terdiri daripada senarai
di bawah:
Sejarah ekonomi
Sejarah kehakiman dan perundangan
Sejarah ketenteraan
Sejarah kulinari dan
makanan
Sejarah kumpulan
etnik/kaum/klan/suku kaum
Sejarah pendidikan
Sejarah perubatan
dan kesihatan
Sejarah politik
Sejarah sains dan
teknologi Sejarah seni dan
kebudayaan Sejarah sukan
Sejarah tempat
Sejarah tokoh
Calon boleh memilih mana-mana tajuk
daripada kajian Sejarah Malaysia, Sejarah Asia
Tenggara, Sejarah Islam, dan Sejarah Dunia bermula dari tahun 500 Masihi hingga tahun 2000 Masihi.
Pemilihan tajuk tidak terikat dengan kandungan pelajaran yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran
Sejarah
STPM 940.
3.1
Arahan
kerja kursus
(a) Tajuk kajian hendaklah dipilih daripada empat tema yang ditentukan oleh MPM. Calon dikehendaki membina
tajuk kajian berdasarkan
tema
yang
dipilih itu.
(b) Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus dalam tempoh daripada bulan Januari hingga bulan Mac dan membentangkan
kerja kursus pada bulan
April.
(c) Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 10 minit dan sesi soal jawab selama 5 minit.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
(a) Memastikan semua calon yang
menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat
bimbingan
daripada guru
(b) Memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran teori dan kaedah penyelidikan
sejarah dilaksanakan
oleh
guru
di
dalam kelas.
(c) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(d) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan
(e) Memastikan guru menghantar markah
penulisan
esei ilmiah calon
kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(f) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang
diperoleh
calon dengan
menandatangani borang rumusan markah
yang
dicetak daripada perisian e-submission
(g) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah
(h) Memastikan guru menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah calon dari
tarikh
penghantaran hingga tarikh keputusan
STPM diumumkan markah melalui e-submission
(i) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM
diumumkan
3.3 Tanggungjawab Guru
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh
MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada
calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing
calon untuk memilih tajuk
penulisan
esei
ilmiah
berdasarkan empat
pilihan tema
yang
ditetapkan oleh MPM
(d) Melaksanakan
proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P)
bagi penulisan esei ilmiah
(e) Membimbing calon
sepanjang tempoh
penulisan esei ilmiah
(f) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti penulisan masing-
masing
(g) Memastikan semua calon menghantar penulisan
esei ilmiah untuk disemak dan dinilai
(h) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
(i) Mengadakan sesi pembentangan penulisan
esei
ilmiah
(j) Menilai pembentangan
calon secara individu
(k) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(l) Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, dan borang markah kerja
kursus calon
(m) Menguruskan penyediaan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh Ketua
Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(n) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah dari tarikh penghantaran markah melalui
e-submission hingga keputusan
STPM diumumkan
(o) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan
STPM diumumkan.
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa
kerja kursus calon
sekolah swasta dan calon persendirian
individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal
MPM
untuk
memuat turun Manual PBS
Sejarah
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru,
pemeriksa, dan calon
(b) Menandatangani borang rumusan markah
kerja
kursus calon (Borang 7b)
(c) Menyemak dan
menilai penulisan
esei
ilmiah calon
berdasarkan rubrik yang ditetapkan
oleh
MPM
(d) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon
kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(e) Menyediakan
sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan
markah oleh Ketua
Penyelaras Kebangsaan
(KPK)
(f) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang
tidak dibenarkan untuk
menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah sahaja)
(g) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk
menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah sahaja)
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon
Persendirian Individu
(a) Melayari portal
MPM
untuk
memuat turun Manual PBS
Sejarah
yang disediakan
oleh MPM untuk
guru,
pemeriksa, dan calon
(b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang
pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek
pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan
tugasan
(c) Menyerahkan tema esei ilmiah kepada calon
(d) Memastikan calon menulis esei ilmiah tanpa meniru,
menyalin,
atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber
(e) Memastikan calon
menghantar esei ilmiah untuk disemak dan dinilai.
Sekiranya calon tidak menghantar esei ilmiah, calon akan diberikan gred
X.
(f) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon berdasarkan rubrik
yang ditetapkan oleh MPM.
(g) Menandatangani borang
perakuan calon (Borang
7d) yang telah ditandatangani oleh calon
dan borang markah
kerja kursus calon (Borang 7b)
(h) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon
kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(i) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan
markah oleh Ketua
Penyelaras Kebangsaan (KPK)
(j) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(k) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
keputusan STPM
diumumkan
3.5 Tanggungjawab Guru
Sekolah
Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan
penerangan kepada calon
tentang
pelaksanaan penulisan
esei ilmiah dari
aspek tugasan
(c) Menjalankan
P&P bagi kaedah penyelidikan
dan penulisan esei Sejarah
(d) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei ilmiah
(e) Memastikan calon menulis esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber
(f) Menandatangani borang perakuan calon (Borang 7d) yang telah ditandatangani oleh
calon
(g) Memastikan semua calon
menghantar esei ilmiah untuk
disemak dan dinilai oleh
pemeriksa yang dilantik oleh MPM.
Sekiranya calon tidak menghantar esei ilmiah,
calon akan diberikan gred X
(h) Menyerahkan
penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM
untuk disemak dan dinilai.
BAHAGIAN II: CALON
3.6
Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Sekolah
Swasta
(a) Mengikuti penerangan
guru mengenai pelaksanaan
penulisan
esei ilmiah
(b) Merancang jadual kerja
(c) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan
empat pilihan
tema
yang ditetapkan
oleh MPM
(d) Mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kaedah penyelidikan dan penulisan esei
sejarah
(e) Menghasilkan
penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang dipilih
(f) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja
kursus calon
(g) Mengelakkan
diri
daripada
membincangkan hal-hal sensitif
dalam
penulisan esei ilmiah, seperti hal-hal sensitif yang berkaitan dengan
agama, perkauman, politik, dan budaya
(h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan kerja kursus daripada
syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua
sekolah
(jika berkaitan)
(i) Melampirkan borang soal selidik (jika
berkaitan)
(j) Menghantar penulisan esei ilmiah
kepada guru sebelum tarikh
akhir
penyerahan tugasan
(k) Membentangkan
penulisan esei ilmiah
secara individu
(l) Mengadakan pembentangan termasuk sesi soal jawab selama sepuluh hingga lima belas minit bagi setiap calon
(m) Menjawab
soalan
yang
dikemukakan oleh
guru
dan rakan semasa
sesi pembentangan
(n) Menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, dan lain-lain untuk memaparkan
isi
penting sahaja
(o) Mengelakkan diri daripada membaca
keseluruhan esei ilmiah sewaktu sesi pembentangan
(p) Menandatangani borang rekod
kerja kursus calon dan borang perakuan
calon
3.7 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh
MPM untuk guru,
pemeriksa, dan calon
(b) Bertemu
dengan pemeriksa
untuk
mendapatkan maklumat
tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek pelaksanaan
tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh
akhir penyerahan tugasan.
(c) Mendapatkan tema penulisan esei
ilmiah daripada pemeriksa
(d) Menulis
esei
ilmiah secara individu
(e) Menulis esei ilmiah tanpa
meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana- mana sumber
(f) Menghantar penulisan esei ilmiah kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan
untuk disemak dan dinilai
(g) Menambah baik penulisan esei ilmiah dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(h) Menandatangani borang perakuan calon (Borang 7d). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah
selesai semua
penulisan esei ilmiah
3.8 Kes Plagiat Kerja Kursus
(a) Calon mestilah menulis esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang disediakan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada
mana-mana sumber
(b) Jika calon didapati meniru, menyalin,
atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan
diberikan 0 markah
pada bahagian berkenaan.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber,
calon akan
diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.
4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
Tempoh
|
Perkara
|
Tindakan Guru
|
Tindakan Calon
|
Catatan
|
19
Disember
2014
|
Manual kerja
kursus: Penulisan
esei ilmiah
Ø MPM muat
naik Manual Kerja Kursus dan tema kerja
kursus pada
19
Disember
2014
|
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei
Ilmiah berserta dengan tema yang disediakan
oleh
MPM untuk calon
Menghubungi
calon persendirian individu yang
telah
ditetapkan oleh JPN untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu
|
Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei
Ilmiah berserta dengan tema yang
disediakan
oleh
MPM
|
Tarikh pertemuan
akhir antara
guru
dengan calon sekolah
swasta dan
individu adalah pada
16
Februari 2015.
|
4 Januari hingga
8 Januari
2015
|
Pengenalan kepada ilmu
sejarah, kaedah
penyelidikan,
dan penulisan sejarah
|
(a) Menjelaskan
konsep dan teori ilmu sejarah
(b) Menghuraikan kaedah
penyelidikan
(c) Menunjukkan langkah-langkah dalam penulisan
sejarah
|
(a) Memahami
konsep dan teori ilmu sejarah
(b) Memahirkan diri dengan
tatacara dalam
penyelidikan
sejarah
(c) Mengenal
pasti langkah-langkah yang perlu
dilaksanakan dalam penulisan
sejarah
|
|
Tempoh
|
Perkara
|
Tindakan Guru
|
Tindakan Calon
|
Catatan
|
9 Januari hingga
19 Januari
2015
|
Penyediaan Cadangan Penyelidikan
|
(a) Membimbing
pemilihan tajuk oleh calon
(b) Menerangkan
cara menulis tujuan dan
menunjukkan contohnya
(c) Membimbing
calon mengenal pasti isu-isu
yang hendak dikaji
(d) Membimbing calon mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan dengan
tajuk
(e) Menunjukkan contoh esei
ilmiah
(f) Menerangkan kepelbagaian kaedah
yang sesuai dalam penyelidikan
sejarah
(g) Menerangkan
pembahagian struktur esei berdasarkan
contoh-contoh penulisan yang
baik
(h) Menerangkan
teknik membuat rumusan
dan kesimpulan
(i) Menerangkan format menulis bibliografi dan memberi contoh yang sesuai
|
(a) Memilih tajuk yang sesuai
(b) Menulis
tujuan kajian berdasarkan
tajuk yang
dipilih
(c) Membina permasalahan
kajian
(d) Mengenal pasti bahan
rujukan yang berkaitan
dengan tajuk
(e) Mencari sorotan kajian (literature
review) yang sesuai dengan
tema
yang
dipilih
(f) Menggunakan
pelbagai kaedah yang sesuai dalam
penyelidikan
sejarah
(g) Merangka struktur esei
(h) Mengaplikasikan
teknik membuat rumusan
dan kesimpulan
(i) Mengaplikasikan format
penulisan bibliografi
|
|
10
TERHAD
Tempoh
|
Perkara
|
Tindakan Guru
|
Tindakan Calon
|
Catatan
|
20 Januari hingga
28 Mac
2015
|
Menjalankan
penyelidikan
|
Membimbing
calon menjalankan penyelidikan
|
(a) Menjalankan
penyelidikan
(b) Menyaring dan mengklasifikasi- kan maklumat
yang didapati
(c) Menulis esei
|
|
31 Mac
hingga
12 April
2015
|
(a) Penyerahan
tugasan
Ø Tarikh
Akhir
31 Mac
2015
|
(a) Mengarahkan calon
membuat semakan
terakhir kerja
kursus
(b) Menerima kerja kursus daripada
calon
|
(a) Membuat semakan
terakhir kerja
kursus
(b) Menghantar
kerja
kursus
kepada guru/ pemeriksa
|
Sekiranya
pemeriksa mendapati
bahawa calon mendapat
markah yang baik dan tidak
perlu dibaiki, pemeriksa tidak
perlu memulangkan
hasil penulisan
kepada calon.
|
|
(b) Pembentangan
Ø 31 Mac hingga
12 April
2015
|
(a) Mengadakan
sesi pembentangan kerja kursus
(b) Menilai hasil
kerja
kursus
(c) Menghantar
markah kepada
MPM
|
Membentang- kan
kerja
kursus
|
Calon boleh
menambah baik markah masing-
masing dengan
membaiki semula
esei ilmiah yang
telah
disemak
oleh pemeriksa.
|
15 April
hingga
13 Mei
2015
|
Penghantaran markah
esei ilmiah kepada
MPM
|
Menghantar
markah calon
kepada MPM melalui perisian e-submission
|
Tidak berkenaan
|
|
11
TERHAD
Tempoh
|
Perkara
|
Tindakan Guru
|
Tindakan Calon
|
Catatan
|
||
15 April
hingga
16 Mei
2015
|
Penyelarasan markah kerja
kursus
(penulisan esei ilmiah) oleh Ketua
Penyelaras Kebangsaan
(KPK)
|
Menyediakan calon untuk
membentang
esei ilmiah
(calon yang
dipilih sahaja jika
diminta oleh KPK)
Menyediakan sampel esei
ilmiah calon yang
dipilih/diminta oleh KPK untuk
tujuan
penyelarasan
markah
|
Membentangkan esei ilmiah
dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang
dikemukakan
oleh KPK dalam masa
10 hingga 15 minit
pada tarikh
dan masa yang ditetapkan
|
|
||
Enam bulan selepas pengumuman keputusan
STPM
|
Penyimpanan
evidens
|
Menyimpan evidens
|
Tidak berkenaan
|
|
5 FORMAT PENULISAN
Esei hendaklah ditulis atau ditaip
atas kertas saiz A4. Bersama-sama dengan esei ini, calon
hendaklah melampirkan cadangan penyelidikan dan
senarai bibliografi yang telah disediakan. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan,
tidak
termasuk
kertas cadangan,
nota
kaki, jadual, rajah,
graf, dan bibliografi.
Jika esei ditaip, penaipannya hendaklah menggunakan jarak dua baris, saiz font 12,
font Times
New Roman. Penulisan senarai bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikut gaya Chicago
yang
boleh dirujuk pada
halaman web berkenaan, iaitu,
http://www.chichagomanualofstyle.org
Format muka depan esei ilmiah adalah seperti grafik di bawah.
|
2.2 inci
|
|
1 inci
|
(1 inci) TAJUK ESEI ( )
(1.5 inci)
NAMA PELAJAR:
(1.5 inci)
NO. KAD PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN: NAMA
SEKOLAH:
NO PUSAT:
|
1 inci
|
|
2.5 inci
|
|
Penerangan
grafik muka hadapan
esei ilmiah
adalah seperti berikut:
(a)
Muka
depan tidak perlu bergambar atau bergrafik
(b) Muka
depan menggunakan kertas keras berwarna biru muda sahaja
(c) Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding
(d) Senarai kandungan tidak perlu dimasukkan dalam penulisan esei ilmiah
6 STRUKTUR PENULISAN
Esei ilmiah hendaklah berstruktur seperti berikut:
(a) Pengenalan esei diperuntukkan ¾ muka
halaman sahaja.
(b) Badan esei hendaklah
mengandungi perenggan
yang signifikan dengan subtopik
yang ditulis.
(c) Bahagian kesimpulan diperuntukkan
½ halaman.
(d) Semua esei menggunakan kaedah
nota akhir atau nota kaki.
(e) Penulisan rujukan/bibliografi hendaklah menggunakan kaedah Chicago (minimum bilangan
rujukan ialah lima
bahan).
(f) Kertas
cadangan esei ilmiah hendaklah dilampirkan pada
bahagian lampiran.
7 Borang
yang digunakan
(a) Contoh Kulit Luar Kerja Kursus
MAJLIS
PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL
TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
SEJARAH
KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4
TAHUN 20XX
|
TAJUK
NAMA CALON
NOMBOR KAD
PENGENALAN
ANGKA GILIRAN
NAMA DAN ALAMAT
SEKOLAH
PENGAKUAN CALON:
SAYA MENGAKU
BAHAWAKAJIAN INI
|
ADALAH HASIL KERJA
SAYA SENDIRI.
NAMA GURU PENILAI
TANDATANGAN
GURU PENILAI
TARIKH
(b) Borang Markah Kerja Kursus
Calon
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
2015
SEJARAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS
CALON
Nama Calon : ……………………………………… Angka Giliran : …………………….……… No.
Kad Pengenalan : …………………………….
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
Dimensi Penilaian
|
Markah
Penuh
|
Markah
Guru
|
Markah Ketua
Penyelaras
Kebangsaan (KPK)
|
1. Pengetahuan
|
10
|
|
|
2. Organisasi
|
10
|
|
|
3. Komunikasi
|
10
|
|
|
4. Gaya,
Mekanik dan
Dokumentasi
|
10
|
|
|
5. Cadangan
Kajian
|
07
|
|
|
6. Pembentangan
|
08
|
|
|
Jumlah Markah
|
55
|
|
|
PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN KETUA
PENYELARAS KEBANGSAAN
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.
Saya memperakui bahawa markah
dan
Butiran di atas adalah
benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:…………………… Tandatangan KPK : ………………….…………
Nama
: …………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………
No.
Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………..
Tarikh : …………………………………………
No.
Telefon (sekolah) : …………………………
(bimbit) : …………………………
No. Telefon (pejabat) : ………………………. (bimbit) : ……………………….
(c) Borang Rekod
Kerja Kursus
Calon
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL
TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
2015
SEJARAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON
No. Pusat/Angka
Giliran : …………………………
No.
Kad Pengenalan : …………………..…
Tarikh
Aktiviti
|
Aktiviti dalam
Penghasilan Kerja
Kursus
(Untuk
diisi oleh
calon)
|
Ulasan Guru
|
Tandatangan
Calon
|
Tandatangan
Guru
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)
Pengesahan Guru Sejarah
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM 2015 mengikut peraturan yang ditetapkan
oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ………………..……………………………… Nama Guru:
……….……………………………………………….
Tarikh
: …………………............................................................
Cop Sekolah:
Catatan: Borang
ini
hendaklah dibawa
setiap kali pertemuan
antara guru-pelajar dan
dilampirkan
pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada
guru untuk dinilai.
(d) Borang Perakuan Calon
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(STPM)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Borang Perakuan
Calon
Mata pelajaran:
Sejarah
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama
dengan kerja
kursus
yang
dihantar kepada
guru/pemeriksa.
Kegagalan
calon
menandatangani
borang
perakuan
ini
akan menyebabkan
calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja
kursus yang dihasilkan.
Nama
Calon
|
|
No. Kad
Pengenalan Calon
|
|
Angka
Giliran Calon
|
|
Nama
Pusat PBS Calon
|
|
Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk
dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon
boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain
untuk meniru kerja
kursus yang
dihasilkan oleh
calon
sendiri, atau
calon didapati menipu
dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus
Calon:
Saya telah
membaca
dan
memahami
makluman
di
atas. Saya
telah menghasilkan
kerja
kursus
(esei ilmiah) Sejarah
(940) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh
pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan
calon sekolah bantuan kerajaan).
Tandatangan
Calon
|
|
Tarikh
|
|
Perakuan
oleh
Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus
(esei
ilmiah) Sejarah
(940)
telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (esei ilmiah) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya kerja kursus (esei ilmiah) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh
calon.
Tandatangan
Guru/Pemeriksa
|
|
Nama Guru/Pemeriksa
|
|
Tarikh
|
|
Alamat
|
|
|
|
8 Kertas 940/4
|
|
19
|
Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya
antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di bawah
ini.
Tema 1
Sejarah kehakiman dan perundangan
Tema 2
Sejarah ketenteraan
Tema 3
Sejarah pendidikan
Tema 4
Sejarah sains dan teknologi