Ahad, 18 Januari 2015

Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Sejarah Kertas 4 (940/4)



MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)













PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)





Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Kerja Kursus Sejarah
Kertas 4 (940/4)


Penggal 2 Tahun 2015






















PERINGATAN:

Manual ini khusus kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.



Manual ini terdiri daripada 19 halaman bercetak.
©  Majlis Peperiksaan Malaysia 2014



KANDUNGAN
       
       


Halaman
1
Pengenalan
3
2
Objektif
3
3
Pelaksanaan Kerja Kursus Esei Ilmiah Sejarah
3-8

3.1
Arahan Kerja Kursus Sejarah


3.2
Tanggungjawab Pengetua


3.3
Tanggungjawab Guru


3.4
Tanggungjawab Pemeriksa


3.5
Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta


3.6
Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Sekolah Swasta


3.7
Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


3.8
Kes Plagiat PBS

4
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
9-12
5
Format Penulisan
12-13
6
Struktur Penulisan
13
7
Borang PBS
14-17
8
Kertas 940/4
18-19































BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA


1    PENGENALAN

Kerja  kursus  bagi  kertas  Pentaksiran  Berasaskan  Sekolah  (PBS)  Sejarah  STPM  (940/4) merupakan salah satu komponen sukatan pelajaran Sejarah STPM (940). Kerja kursus ini memerlukan calon menjalankan penyelidikan sejarah berdasarkan tajuk pilihan mereka sendiri. Pada akhir kerja kursus, calon dikehendaki membentangkan esei ilmiah.   Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.

2    OBJEKTIF

Kerja kursus ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keupayaan calon

(a)   memperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai, dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarah

(b)   mengembangkan kemahiran insaniah

(c)   menganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional

(d)   menghayati kepentingan peristiwa, tokoh, isu, dan perubahan sosial dalam masyarakat.

3    PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Calon  dikehendaki  memilih  sattajuk  daripada  empat  tema  yang  ditentukan  pada  tahun berkenaan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia. Tema-tema tersebut terdiri daripada senarai di bawah:

 Sejarah ekonomi

 Sejarah kehakiman dan perundangan

 Sejarah ketenteraan

 Sejarah kulinari dan makanan

 Sejarah kumpulan etnik/kaum/klan/suku kaum

 Sejarah pendidikan

 Sejarah perubatan dan kesihatan

 Sejarah politik

 Sejarah sains dan teknologi  Sejarah seni dan kebudayaan  Sejarah sukan
 Sejarah tempat

 Sejarah tokoh

Calon boleh memilih mana-mana tajuk daripada kajian Sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Islam, dan Sejarah Dunia bermula   dari tahun 500 Masihi hingga tahun 2000 Masihi. Pemilihan tajuk tidak terikat dengan kandungan pelajaran yang telah dipelajari dalam sukatan pelajaran Sejarah STPM 940.





3.1    Arahan kerja kursus

(a)  Tajuk kajian hendaklah dipilih daripada empat tema yang ditentukan oleh MPM. Calon dikehendaki membina tajuk kajian berdasarkan tema yang dipilih itu.

(b) Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus dalam tempoh daripada bulan Januari hingga bulan Mac dan membentangkan kerja kursus pada bulan April.

(c)  Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan ialah 10 minit dan sesi soal jawab selama 5 minit.

3.2    Tanggungjawab Pengetua

(a)  Memastikan   semua   calo yang   menghasilkan   penulisa ese ilmiah   mendapat bimbingan daripada guru

(b) Memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran teori dan kaedah penyelidikan sejarah dilaksanakan oleh guru di dalam kelas.

(c)  Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan

(d) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan

(e)  Memastikan  guru  menghantar  markah  penulisan  esei  ilmiah  calon  kepada  MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan

(f)  Mengesahkan    markah    penulisa esei    ilmiah    yang   diperoleh    calon    dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

(g) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon di sekolah

(h) Memastikan   guru   menyimpan   evidens   penulisan  ese ilmiah   calon   dari  tarikh penghantaran hingga tarikh keputusan STPM diumumkan markah melalui e-submission

(i)  Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3    Tanggungjawab Guru

(a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh
MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)  Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c)  Membimbing  calon  untuk  memilih  tajuk  penulisan  esei  ilmiah  berdasarkan  empat pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(d)  Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi penulisan esei ilmiah

(e)  Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(f)  Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti penulisan masing- masing

(g)  Memastikan semua calon menghantar penulisan esei ilmiah untuk disemak dan dinilai

(h)  Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan

(i Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah

(j Menilai pembentangan calon secara individu



(k)  Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(l Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, dan borang markah kerja kursus calon

(m) Menguruskan penyediaan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(n)  Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah dari tarikh penghantaran markah melalui
e-submission hingga keputusan STPM diumumkan

(o)  Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

3.4    Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)


3.4.1   Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a)  Melayari  portal  MPM  untuk  memuat  turun  Manual  PBS  Sejarah  yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)   Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Borang 7b)

(c)   Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon berdasarkan rubrik yang ditetapkan oleh MPM

(d)   Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(e)   Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(f)    Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

(g)   Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)


3.4.2   Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a)       Melayari  portal  MPM  untuk  memuat  turun  Manual  PBS  Sejarah  yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)   Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan

(c)    Menyerahkan tema esei ilmiah kepada calon

(d)    Memastikan   calon   menuli ese ilmiah   tanp meniru,   menyalin atau
        menciplak esei daripada mana-mana sumber

(e)    Memastikan   calon   menghanta ese ilmiah   untu disemak   dan   dinilai.
        Sekiranya calon tidak menghantar esei ilmiah, calon akan diberikan gred X.




(f)    Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah calon berdasarkan rubrik   yang ditetapkan oleh MPM.

(g)    Menandatangani borang perakuan calon (Borang  7d) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang markah kerja kursus calon (Borang 7b)

(h) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(i)    Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

(j)   Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(k)   Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5    Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

(a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)   Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek tugasan

(c)        Menjalankan P&P bagi kaedah penyelidikan dan penulisan esei Sejarah

(d)        Membimbing calon menghasilkan penulisan esei ilmiah

(e)  Memastikan calon menulis esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber

(f)  Menandatangani borang perakuan calon (Borang 7d) yang telah ditandatangani oleh calon

(g)   Memastikan semua calon menghantar esei ilmiah untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.  Sekiranya calon tidak menghantar esei ilmiah, calon akan diberikan gred X

(h)   Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai.




BAHAGIAN II: CALON


3.6    Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan Sekolah
Swasta

(a)   Mengikuti penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(b)   Merancang jadual kerja

(c)   Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan guru berdasarkan empat pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(d)   Mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi kaedah penyelidikan dan penulisan esei sejarah

(e)   Menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang dipilih

(f)   Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon

(g)  Mengelakkan  diri  daripada  membincangkan  hal-hal  sensitif  dalam  penulisan  esei ilmiah, seperti hal-hal sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman, politik, dan budaya

(h)   Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan penyelidikan kerja kursus daripada syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah (jika berkaitan)

(i)    Melampirkan borang soal selidik (jika berkaitan)

(j)    Menghantar  penulisan  esei  ilmiah  kepada  guru  sebelum  tarikh  akhir  penyerahan tugasan

(k Membentangkan penulisan esei ilmiah secara individu

(l)    Mengadakan pembentangan termasuk sesi soal jawab selama sepuluh hingga lima belas minit bagi setiap calon

(m)  Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dan rakan semasa sesi pembentangan

(n)   Menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, dan lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja

(o)   Mengelakkan   dir daripada   membaca   keseluruha esei   ilmiah   sewaktu   sesi pembentangan

(p)   Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon

3.7    Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

(a)   Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Sejarah yang disediakan oleh
MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)  Bertemu  dengan  pemeriksa  untuk  mendapatkan  maklumat  tentang  pelaksanaan penulisan esei ilmiah dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan.

(c)   Mendapatkan tema penulisan esei ilmiah daripada pemeriksa

(d)   Menulis esei ilmiah secara individu

(e)   Menulis esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada                 mana- mana sumber




(f)    Menghantar   penulisan esei ilmiah kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai

(g Menambah baik penulisan esei ilmiah dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir penghantaran

(h)   Menandatangani borang perakuan calon (Borang 7d) Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei ilmiah

3.8    Kes Plagiat Kerja Kursus


(a)   Calon mestilah menulis esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang disediakan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber

(b)   Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan diberikan 0 markah  pada bahagian berkenaan.

(c)   Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.




4    JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN



Tempoh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

19
Disember
2014

Manual kerja kursus: Penulisan esei ilmiah








Ø MPM muat naik Manual Kerja Kursus dan tema kerja
kursus pada
19
Disember
2014

Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei Ilmiah berserta dengan tema yang disediakan oleh MPM untuk calon

Menghubungi calon persendirian individu yang telah ditetapkan oleh JPN untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu

Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus: Penulisan Esei Ilmiah berserta dengan tema yang disediakan oleh MPM

Tarikh pertemuan akhir antara guru dengan calon sekolah swasta dan
individu adalah pada 16
Februari 2015.

4 Januari hingga
8 Januari
2015

Pengenalan kepada ilmu sejarah, kaedah penyelidikan, dan penulisan sejarah

(a)      Menjelaskan konsep dan teori ilmu sejarah

(b)   Menghuraikan kaedah penyelidikan
(c)  Menunjukkan langkah-langkah dalam penulisan sejarah

(a)    Memahami konsep dan teori ilmu sejarah

(b)     Memahirkan diri dengan tatacara dalam penyelidikan sejarah

(c)    Mengenal pasti langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam penulisan sejarah







Tempoh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

9 Januari hingga
19 Januari
2015

Penyediaan Cadangan Penyelidikan

(a)  Membimbing pemilihan tajuk oleh calon

(b) Menerangkan cara menulis tujuan dan menunjukkan contohnya

(c)  Membimbing calon mengenal pasti isu-isu yang hendak dikaji

(d) Membimbing calon mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk

(e)  Menunjukkan contoh esei ilmiah

(f)  Menerangkan kepelbagaian kaedah yang sesuai dalam penyelidikan sejarah

(g) Menerangkan pembahagian struktur esei berdasarkan contoh-contoh penulisan yang baik

(h) Menerangkan teknik membuat rumusan dan kesimpulan

(i)  Menerangkan format menulis bibliografi dan memberi contoh yang sesuai

(a) Memilih tajuk yang sesuai

(b) Menulis tujuan kajian berdasarkan tajuk yang dipilih

(c) Membina permasalahan kajian

(d) Mengenal pasti bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk

(e) Mencari sorotan kajian (literature review) yang sesuai dengan tema yang
dipilih

(f)  Menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dalam penyelidikan sejarah

(g)    Merangka struktur esei

(h)    Mengaplikasikan teknik membuat rumusan dan kesimpulan

(i) Mengaplikasikan format penulisan bibliografi







10                                                              TERHAD





Tempoh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

20 Januari hingga
28 Mac
2015

Menjalankan penyelidikan

 Membimbing calon menjalankan penyelidikan

(a)  Menjalankan penyelidikan

(b) Menyaring dan mengklasifikasi- kan maklumat yang didapati

(c)  Menulis esei


31 Mac hingga
12 April
2015

(a) Penyerahan tugasan

Ø Tarikh
Akhir
31 Mac
2015

(a)  Mengarahkan calon membuat semakan terakhir kerja kursus

(b)  Menerima kerja kursus daripada calon

(a)  Membuat semakan terakhir kerja kursus

(b)  Menghantar kerja kursus kepada guru/ pemeriksa

Sekiranya pemeriksa mendapati bahawa calon mendapat markah yang baik dan tidak perlu dibaiki, pemeriksa tidak perlu memulangkan hasil penulisan kepada calon.


(b) Pembentangan
Ø 31 Mac hingga
12 April
2015

(a)  Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus

(b)  Menilai hasil kerja kursus

(c)  Menghantar markah kepada MPM

   Membentang- kan kerja kursus

Calon boleh menambah baik markah masing- masing dengan membaiki semula esei ilmiah yang telah disemak oleh pemeriksa.

15 April hingga
13 Mei
2015

Penghantaran markah esei ilmiah kepada MPM

 Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission

Tidak berkenaan


















11                                                              TERHAD






Tempoh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

15 April hingga
16 Mei
2015

Penyelarasan markah kerja kursus (penulisan esei ilmiah) oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

Menyediakan calon untuk membentang esei ilmiah (calon yang dipilih sahaja jika diminta oleh KPK)

Menyediakan sampel esei ilmiah calon yang dipilih/diminta oleh KPK untuk tujuan penyelarasan markah

Membentangkan esei ilmiah dan menjawab secara lisan beberapa soalan yang dikemukakan oleh KPK dalam masa
10 hingga 15 minit pada tarikh dan masa yang ditetapkan


Enam bulan selepas pengumuman keputusan STPM


Penyimpanan evidens
  Menyimpan evidens
 
  Tidak berkenaan


5    FORMAT PENULISAN

Esei hendaklah ditulis atau ditaip   atas kertas saiz A4. Bersama-sama dengan esei ini, calon hendaklah melampirkan cadangan penyelidikan dan senarai bibliografi yang telah disediakan. Panjang esei tersebut adalah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan, tidak termasuk kertas cadangan, nota kaki, jadual, rajah, graf, dan bibliografi.

Jika esei ditaip, penaipannya hendaklah menggunakan jarak dua baris, saiz font 12, font Times New Roman. Penulisan senarai bibliografi dan nota akhir esei hendaklah mengikut gaya Chicago yang boleh dirujuk pada halaman web berkenaan, iaitu, http://www.chichagomanualofstyle.org

Format muka depan esei ilmiah adalah seperti grafik di bawah.


2.2 inci

1 inci


(1 inci)        TAJUK ESEI (                          )



(1.5 inci)    NAMA  PELAJAR:                                                 (1.5 inci) NO. KAD PENGENALAN:
ANGKA GILIRAN: NAMA SEKOLAH: NO PUSAT:
1 inci



2.5 inci




Penerangan grafik muka hadapan esei ilmiah adalah seperti berikut: (a)   Muka depan tidak perlu bergambar atau bergrafik
(b)   Muka depan menggunakan kertas keras berwarna biru muda sahaja

(c)   Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding

(d)   Senarai kandungan tidak perlu dimasukkan dalam penulisan esei ilmiah


6    STRUKTUR PENULISAN

Esei ilmiah hendaklah berstruktur seperti berikut:

(a)   Pengenalan esei diperuntukkan ¾ muka halaman  sahaja.

(b)   Badan esei hendaklah  mengandungi  perenggan  yang  signifikan  dengan  subtopik  yang ditulis.

(c)   Bahagian kesimpulan diperuntukkan ½  halaman.

(d)   Semua esei menggunakan kaedah nota akhir atau nota kaki.

(e)   Penulisan rujukan/bibliografi hendaklah menggunakan kaedah Chicago (minimum bilangan rujukan ialah lima bahan).

(f)   Kertas cadangan esei ilmiah hendaklah dilampirkan pada bahagian lampiran.



7    Borang yang digunakan

(a)  Contoh Kulit Luar Kerja Kursus

 


         


MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SEJARAH
KERJA KURSUS ESEI ILMIAH 940/4
TAHUN 20XX

TAJUK:
 
 


         TAJUK

 

NAMA CALON

NOMBOR KAD
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

 

NAMA DAN ALAMAT
SEKOLAH



PENGAKUAN CALON:
SAYA MENGAKU                           
BAHAWAKAJIAN INI
Tandatangan Calon dan Tarikh
 
ADALAH HASIL KERJA
SAYA SENDIRI.
 

NAMA GURU PENILAI

 

TANDATANGAN
GURU PENILAI
 

TARIKH





(b) Borang Markah Kerja Kursus Calon








MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
SEJARAH
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ………………………………        Angka Giliran : ………….……… No. Kad Pengenalan : ………………….


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)



Dimensi Penilaian


Markah
Penuh


Markah
Guru
Markah Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)
1.   Pengetahuan
10


2.   Organisasi
10


3.   Komunikasi
10


4.   Gaya, Mekanik dan Dokumentasi
10


5.   Cadangan Kajian
07


6.   Pembentangan
08


Jumlah Markah
55




PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA                       PENGESAHAKETUA PENYELARAS KEBANGSAAN



Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan
Butiran di atas adalah benar.




Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………      Tandatangan KPK : …………….……… Nama : ………………………………      Nama : ……………………………. No. Kad Pengenalan : …………………      No. Kad Pengenalan : ……………….
Tarikh : …………………………………..       Tarikh : …………………………………



No. Telefon (sekolah) : ………………
(bimbit : ………………

No. Telefon  (pejabat) : ………………. (bimbit) : ……………….



(c)  Borang Rekod Kerja Kursus Calon






MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015
SEJARAH
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……………………          No. Kad Pengenalan : ………………..



Tarikh
Aktiviti

Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus
(Untuk diisi oleh calon)


Ulasan Guru


Tandatangan
Calon


Tandatangan
Guru




































(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Sejarah

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah STPM 2015 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.



Tandatangan Guru: ………..…………………Nama Guru: ……….………………………………. Tarikh : ……………............................................................
Cop Sekolah:

Catatan:  Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-pelajar dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.



(d) Borang Perakuan Calon







MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Borang Perakuan Calon


Mata pelajaran:  Sejarah


Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,  dan  dilampirkan  bersama  dengan  kerja  kursus  yang  dihantar  kepada  guru/pemeriksa. Kegagalan  calon  menandatangani  borang  perakuan  ini  akan  menyebabkan  calon  tidak  diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon

No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

Nama Pusat PBS Calon


Makluman kepada calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri.  Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya  telah  membaca  dan  memahami  makluman  di  atas.    Saya  telamenghasilkan  kerja  kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Sejarah di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon

Tarikh


Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (esei ilmiah) Sejarah (940) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.   Saya telah memeriksa kerja kursus (esei ilmiah) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya kerja kursus (esei ilmiah) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat



TERHAD
 
TERHAD
 
8    Kertas 940/4
Description: F:\K 940.jpg











 
 





































































18
 
19


TERHAD
 
Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500 hingga 3000 patah perkataan berdasarkan satu daripada tema di bawah ini.

Tema 1
Sejarah kehakiman dan perundangan

Tema 2
Sejarah ketenteraan

Tema 3
Sejarah pendidikan

Tema 4

Sejarah sains dan teknologi

Tiada ulasan: