Hasil pembelajaran: Menghuraikan
kandungan Piagam Madinah.
Kandungan Piagam Madinah
Penduduk Madinah terdiri
daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berbeza dari segi agama dan budaya
seperti orang Islam,Yahudi dan Musyrikin. Mereka sememangnya memerlukan sebuah undang-undang
bagi menjamin kesejahteraan dan keamanan hidup.
Nabi Muhammad SAW telah membentuk Piagam
Madinah untuk menjadi pedoman sebuah negara berdaulat setelah berjaya mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar. Undang-undang ini dipanggil Sahifah Madinah atau
Piagam Madinah yang digubal pada tahun pertama dan kedua Hijrah. Undang-undang ini
melibatkan perjanjian antara penduduk Madinah, iaitu antara orang Islam sesama
Islam (Muhajirin dan Ansar) dan antara orang Islam dengan kaum Yahudi.[1]
Piagam
ini digubal berdasarkan wahyu dan norma-norma masyarakat pada waktu itu yang
terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam yang kebanyakannya terdiri dari
kaum Yahudi.[2]
Kaum Yahudi pada mulanya memberikan sambutan yang baik.Baginda telah berusaha
untuk mendapatkan sokongan mereka.Baginda telah membentuk undang-undang yang
dikenali sebagai sahdah setelah kedua-dua pihak saling mempercayai.
Piagam yang dirangka oleh Nabi Muhammad
SAW merupakan piagam pertama di dunia yang mantap dari aspek isi kandungannya
kerana mampu memenuhi tujuan dan objektif berhubung kewajipan dan tanggungiawab
pemerintah rakyat serta keperluan-keperluan lain.
Piagam Madinah terdiri daipada
47 fasal . Secara umumnya piagam ini terbahagi kepada lima bahagian umum: ,
(a) Fasal I merupakan
pengenalan kepada piagam ini dan mengakui tentang keesaan Allah SWT dan
kerasulan Nabi Muhammad SAW.
(b) Fasal 2 hingga 11
menerangkan kedudukan kaum-kaum dalam negara Islam Madinah.
(c) Fasal l2,hingga 23
menerangkan kewajipan umat Islam dari segi tanggungiawab sesama sendiri dan
perkara-perkara yang patut dilakukan dan yang patut ditinggalkan.
(d) Fasal 24hingga 38 merupakan
fasal yang menyebut kedudukan kaum Yahudi dalam negara Islam Madinah.
(e) Fasal 39 hingga 47 pula
menerangkan kedudukan Yathrib (Madinah) sebagai sebuah kota yang suci dan harus
dipertahankan oleh penduduknya dalam segala peperangan.
Sahifah ini juga memberi garis panduan
tentang prinsip umum tentang dasar pentadbiran masyarakat dan negara Islam yang
penduduknya terdiri daripada berbilang kaum.
(a) Wahyu Allah SWT merupakan
sumber utama undang-undang negara.
(b) Masyarakat di Madinah
dianggap sebagai sebuah ummah yang bertanggungjawab ke atas negara mereka.
(c) Nabi Muhammad SAW ialah
pemimpin masyarakat.
(d) Semua anggota masyarakat
bebas menganut sebarang agama.
(e) Setiap anggota sahifah
mesti menjalinkan hubungan yang erat.
(f) Fungsi sahifah adalah untuk
menegakkan keadilan.
(g) Memberi jaminan keselamatan
kepada orang bukan Islam
Piagam Madinah, secara
khususnya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
a.Bahagian pertama mengandungi
23 fasal menyentuh tentang hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi dan
tanggungiawab sesama sendiri. Bahagian ini ditulis pada tahun pertama dan kedua
Hijrah, iaitu sebelum Perang Badar. Isi kandungannya adalah seperti yang
berikut:
Fasal 1: Piagam ini adalah daripada Nabi Muhammad
SAW, antara orang Islam dengan
penduduk Madinah yang lain, iaitu
kaumYahudi dan penyokong-penyokong mereka.
Fasal 2: Bahawa mereka
(penduduk Madinah samada orarg islam
atau bukan Islam) adalah
satu ummah.
Fasal 3: Golongan Muhajiirin bertanggjawab membayar dan menerima wang daripada
mereka yang ditawan seeara makruf
dan adil terhadap orang yang beriman.
Fasal 4; Bani Auf kekal dengan keadaan lama mereka dan sama-sama
bertanggugjawab
membayar dan menerima wang tebusan
seperti dahulu dau menebus daripada mereka
yang ditawan dengan cara makruf dan
adil sesama yang beriman.
Fasal 5: Banu Harith Ibnu Khazraj tetaplah dengan keadaan lama mereka sama-sama
bertanggungjawab menerima dan
membayar wang tebusan seperti dahulu dan
menebus daripada mereka yang
ditawan dengan cara makruf dan adil sesama
yang beriman.[3]
b)Bahagian kedua mengandungi 24
Fasal yang membabitkan kaum Yahudi dan tanggungjawab mereka terhadap negara
Islam Madinah. Bahagian ini ditulis selepas Perang Badar.Kandungan umum Piagam
Madinah meliputi perkara-perkara
yang berikut:
(a) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Muslimin.
(b) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Yahudi.
(c) Perjanjian yang berkaitan
dengan golongan Musyrikin
(d) Perjanjian yang melibatkan
semua pihak, berkaitan dengan peraturan-peraturan umum.
Umumnya, Piagam Madinah ini
menentukan kedudukan Nabi Muhammad SAW dan penduduk Madinah yang terdiri
daripadamasyarakat majmuk . Piagam ini menyusun sebuah negara kota serta
menggariskan hak-hak, tanggungjawab dan peraturan antara mereka berdasarkan
prinsip-prinsip Islam.
Piagam ini telah membolehkan Nabi
Muhammad SAW membina negara Islam yang aman dan damai. Piagam ini penting untuk
membentuk negara yang berdaulat, malah piagam ini dianggap undang-undang
bertulis yang pertama di dunia dan berjaya membuktikan keunggulan Nabi Muhammad
SAW.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan