Isnin, 16 Mac 2015

SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
 Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Penaklukan kota Konstantinople  melalui pelbagai strategi dan perancangan  - membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah -
Serbia, Murah,  Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
 Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan  rakyat
c) Agama
Kebebasan  beragama
Gerakan jihad dakwah  Islamiah  ke benua Eropah.[1]
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
  Nama sebenar  baginda  ialah Muhammad bin Murad binMuhammad  bin Bayazid.Baginda telah dilahirkan  pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah  bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan  gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya  membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih  menaiki  takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan  ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar  yang begitu luas selama kira-kira  30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan  seorang negarawan  yang ulung dan seorang panglima  tentera yang agung  kerana telah memimpin  sebanyak  25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.  Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.[3]
 
Penaklukan kota Konstantinople 
Sejak  kecil, Muhammad  al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya  untuk menawan  kota Constantinople.  Sepanjang  dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda  mengkaji  pelan kota Costantinople  secara terperinci pada  setiap malam  bagi mengenal pasti  sebarang  faktor-faktor  kelemahan  kota tersebut.Baginda  juga turut mengkaji  sebab-sebab  kegagalan  kempen-kempen  panglima  Islam yang terdahulu  serta  berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi  terkini yang sesuai untuk digunakan.

      Baginda telah membuat  persiapan untuk menawan  kota Constantinople  dengan menyediakan  angkatan tentera yang besar dan  canggih. Angkatan  tenteranya disertai  kira-kira  265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan  400 buah kapal  laut. Baginda juga mengarahkan  pembinaan  peralatan  perang  termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak  bom seberat  300 kilogram dengan  jarak sejauh  1.5 kilometer.

Membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople.  Benteng ini dapat mengawal  rapi kapal-kapal  yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah mengikat  perjanjian  damai dengan  pihak Wallachia,  Serbia dan Hungary  untuk memencilkan  Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople,  baginda membawa  bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar,  semangat  jihad tenteranya terutama  semasa  mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.[4]

Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.[5]     

Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah –
  Tindakan penyatuan dilakukan  bertujuan menyekat  serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan  Serbia.Namun,  usaha mendapatkan  wilayah tersebut  tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad  al-Fatih berundur  seketika.Walau bagaimanapun,  ekoran  perebutan  takhta yang  berlaku dalam  kalangan  kerabat diraja Belgrade, peluang  tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad  al-Fatih untuk menawan Belgrade  dan akhimya baginda berjaya.Sultan  Muhammad  al-Fatih  juga berjaya mennghapuskan  perikatan tentera  kerajaan Albania yang  berhasrat menjatuhkan  baginda.Kesan kejayaan  ini, kekuasaan  kerajaan  Turki Uthmaniyah semakin berkembang  di Eropah.[6]

b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana  bilangan  penduduk  kota berkenaankian berkurangan  akibat  terkorban  dalam peperangan.Baginda mengarahkan  supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman  mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan  negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing  ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah  secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan  aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya  yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran  golongan imigran  ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan  Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya  tanpa diskriminasi.[7]

Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam.Pada hari ini, gereja  tersebut  dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid  diubah suai mengikut  seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan  ayat-ayat  al-Quran bertulisan  khat yang indah. Di luar masjid pula dibina  sebuah menara.  Padazaman sultan berikutnya,  bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina  1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb  al-Ansarri.  Di tepi masjid  ini dibina sebuah  kubah yang berwarna  putih. Tempat  ini akhirnya menjadi tumpuan  ahli tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Institusi  pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan  telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan  rakyat
Bagi menjaga kebajikan  rakyat, baginda mendirikan  hospital, rumah kebajikan,  rumah fakir-miskin  dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan keselamatan  pula, baginda telah membina  limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi  dengan menara kawalan.

Agama
Kebebasan  beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah  ke Istanbul.  Sultan Muhammad al-Fatih  juga telah membenarkan  agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta  pihak gereja berhimpun dan memilih seorang  ketua  paderi dalam  kalangan  mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius  kemudian berkata bahawa  beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada  melihat  topi Latin (Katholik)  kerana  pihak Katholik  Barat telah menindas  pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan  supaya gereja  tidak dimusnahkan  atau diapa-apakan.[9]




[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4] Ibid,155.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.

Khamis, 12 Mac 2015

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI

1.7.1       OLEH AHMAD BIN YAAKOB 
                        Kepimpinan
Latar belakang Salahuddin  al- Ayyubi.
Nama penuh beliau ialah Salahuddin Yusof bin Najmuddin Ayub.Di dunia Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.Beliau berketurunan Kurdi daripada kaum Quraisy suku Ruwaidhah.
Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah lran pada tahun 1138 dan meninggal di Damsyik pada tahun 1193.Ketika berusia 17 tahun, beliau mula berkhidmat dengan Khalifah
Nur al-Din di Damsyik.
      Salehuddin al-Ayubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada Zaman Perang Salib. Beliau penentang kuat Perang Salib. Kejayaan terbesarnya ialah menumpaskan tentera Salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada tangan Kristian pada abad ke-12.[1]

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYYUBI
Dasar kepemimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pengasas dinasti Ayyubiyah
Pemimpin yang warak dan bertoleransi
Memperkuatkan  angkatan tentera
Ekspedisi ketenteraan
menentang  kerajaan Fatimiyyah di Mesir dan tentera Salib di Palastin
Menawan Kota Baitulmuqaddis
Dasar terhadap  penganut agama Kristian dan Yahudi
b) Sosial
Menampilkan  akhlak yang mulia  untuk dicontohi
Memulih  dan membangunkan  negara
Memajukan  bidang pendidikan
c) Ekonomi
Sektor pertanian
Sektor percukaian
d) Agama
Menerapkan  semangat jihad
Menjadikan  ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah  pegangan rasmi negara  Mesir menggantikan fahaman  syiah
Kecintaan terhadap Islam khasnya  al-Quran dan Hadis.[2]





[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[2] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),34.

Jumaat, 6 Mac 2015

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

1.7.1        
                OLEH-AHMAD YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

    Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

  Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaan parit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran  Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadap golongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.



[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

Khamis, 5 Mac 2015

Pemerintahan pusat dan wilayah kerajaan Andalusia abad ke-13M

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB SMKJ2
Latar belakang pemerintahan kesultanan /Amir di Andalus.
Pemerintahan  di Andalusia  ditadbir  oleh amir atau khalifah. Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya  untuk mentadbir wilayah. Gabenor  Jeneral adalah wakil amir yang bertanggungjawab melantik  para pegawai  untuk membantu  pentadbiran.[1]

Pemerintahan  Bani Umayyah di Andalusia terbahagi  kepada
dua peringkat  :
a) Peringkat pertama para pemerintah bergelar  Amir (756-912M)
b) Peringkat kedua para pemerintah  bergelar Khalifah (912-1002M)
Selepas  tahun 1002M, kerajaan  Bani Umayyah  di Andalusia mengalami kemerosotan  dan berakhir berakhir pada 103lM. Kesannya,  muncul  kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di
pelbagai  kota.
PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ANDALUS ABAD KE-13
1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam  kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun  menggunakan gelaran berunsur  Syiah seperti al-Mahdi,  al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir dilantik  secara warisan (monarki). Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[2]

Pentadbiran  kerajaan  al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripada Mazhab Maliki Sistem pentadbiran adalah teratur termasuklah sistem  pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[3].Al-Mahdi dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan  untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan  diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan  untuk menguruskan  hal ehwal para penyair.[4]

Pentadbiran  kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun 1235M.Pusat  pemerintahan di Granada, selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[5] Ibn al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya. Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22  orang  amir (sultan).[6]





[1] Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 108.
[4]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),25.
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
[6] Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,25.

Ahad, 1 Mac 2015

PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH KHALIFAH UTHMANIAH ABAD KE-16-17M

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
LATAR BELAKANG KERAJAAN UTHMANIAH
Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun l28l hingga 1924. Pada tahun 1453, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.[1]

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN PUSAT
Sultan merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Umpamanya, ialah Murad II, yang menggunakan gelaran Sultan al-Baraiun wa al-Bahrain. Sultan memegang kuasa tertinggi dalam bidang agama,politik, pentadbiran dan kewangan.

Sultan dibantu oleh Wazir Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Dalam Kanunname, bidang kuasa Wazir Agung dinyatakan amat luas. Beliau merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran. Beliau juga memiliki cop mohor sebagai simbol wakil sultan.
Wazir Agung dibantu pula oleh:
(a) tiga orang hakim tentera.
(b) dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan).
(c) dua orang Defterdar (bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan).
(d) seorang Agha (waktl tentera darat).
(e) seorang Laksamana.
(f) seorang Nishanji bagi monogram sultan.[2]
Pada zaman pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan. Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk keputusan
berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.

Kadangkala sultan turut campurtangan daram soal fatwa, misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.Mufti juga diberikan hak merantik pegawai-pegawai istana di ibu kota Istanbul.
Penubuhan kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada kerajaanByzantine. Sistem pemerintahannya juga turut dibantu oleh golongan tentera yang dikenali sebagai fief. Fief merupakan tentera asasi kerajaan Uthmaniyah.
 Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara 3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak.[3]
      Fief yang berkhidmat secara peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan  yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan di Eropah menyediakan sebanyak 80 000
ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor kuda.
      Senjata yang.digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai. Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.Mereka ini dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau Liwa,). Ketua ini dilanggil bey.
      Antara bey ada beberapa orang beylerbey; terbesar iaiah beylerbey Anatolia dan kedua ialah Beylerbey Rumali di Eropah.Beybey ini juga memakai gelaran Pasha.Beylerbey merujuk kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
      Sistem feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada Belerbey. Pihak Belerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak memberikan tanah fief kepada mereka yang  menyokongnya dan merampas fief daripada orang yang melakulan kesalahan kecil.
     Penyalahgunaan kuasa ini telah dihapuskan semasa pemerintahan sulaiman al-Qanuni menerusi Kaiunname (1530 M). Walau bagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi syarat syaratnya diketatkan.
Lama-kelamaan tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata yang lebih canggih termasuk menggunakan  meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera thmaniyah di peringkat awarnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya kemudian bertambah  sehingga 11500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).[5].

STRUKTUR PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN WILAYAH.
Pemerintahan  wilayah  Khalifah Uthmaniyyah  :
Memandangkan sistem pemeritahan dan pentadbiran Uthmaniyahn mirip pentadbiran Byzantine, setiap wilayah ditadbir  oleh gabenor wilayah  yang bertanggungjawab  mentadbir tanah kurniaan yang luas yang akan dikendalikan  oleh para petani.

Kadi merupakan  ketua agama bagi setiap wilayah di mana tugas utama pegawai  berkenaan  ialah mengendalikan hukum  jenayah dan sivil berdasarkan hukum al-Quran dan Hadis

Multezim  bertanggungjawab  untuk mengutip  semua cukai dari kawasan-kawasan  tertentu dan sebahagian daripada kutipan  itu diserahkan  kepada perbendaharaan. Pada masa yang sama, pegawai kerajaan  diberi  kuasa  untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai balkshish untuk perkhidmatan yang diberikan  kepada orang awam.

Golongan intelektual  Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan  wakaf untuk menyokong perkembangan  sekolah dan hospital  serta pendidikan  belia Muslim.[v]Ada kalanya golongan ini berperanan sebagai orang tengah antararakyat dan cabang-cabang lain kelas pemerintahan.[6]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,61
[2] ibid
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,62.
[4] Ibid,63.
[5]“Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,22.
[6] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,63.