Jumaat, 6 Mac 2015

Jihad zaman Nabi Muhammad SAW, Khalifah al-Rasyidin abad ke-7

1.7.1        
                OLEH-AHMAD YAAKOB
Pengertian Jihad
Kamus Dewan mentakrifkan jihad ialah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.[1]
Dari segi bahasa jihad bererti  kesulitan  atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad  menurut  pengertian  bahasa Arab adalah  pengerahan  segenap tenaga  manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.

    Menurut  istilah  syarak pula, makna jihad ialah perang  dan membantu  semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai  pandangan  yang berbeza  tentang jihad.Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad  sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al- Haq dan memerangi  mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi  pula,jihad adalah mengerahkan  segala  kemampuan  dan tenaga dengan melakukan  perkara perang fi sabilillah baik dengan diri, harta,mahupun  lidah.

  Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai berperang  dijalan Allah SWT dan mengerahkan  segala  kemampuan untuk memerangi  orang-orang  kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang menegakkan  kebenaran  melalui cara yang diredai-Nya, diistilahkan juga sebagai fi sabililIah.[2]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
b)  Jihad harta benda
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah
g) Jihad menentang  golongan munafik
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
i)  Jihad menentang  kemungkaran dan kezaliman
j)  Jihad ekonomi  - membasmi kemiskinan  dan kemunduran
k)  Jihad politik
- Dawlah  Islamiah - menegakkan  masyarakat dan syiar Islam
 Kepentingan  jihad dalam gerakan  dakwah Islamiah.
 Syahid.[3]

  Jenis –jenis jihad:
a) Jihad nyawa dan tenaga
Jihad nyawa  dan tenaga merupakan jihad yang paling utama, iaitu melalui  pengorbanan  jiwa dan raga.Lazimnya  jihad  sebegini  ialah jihad di medan perang  dan mereka yang terkorban  diistilahkan  sebagai  syahid.Contohnya,  Saidina  Hamzah telah gugur atau syahid  di medan Perang Uhud.
b)  Jihad harta benda
Pengorbanan  wang dan harta juga termasuk  dalam jihad fi sabillah.Bagi golongan  kaya, mereka boleh menyumbang  harta bagi menyokong usaha jihad golongan yang berperang di medan perang.Contohnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq  menyerahkan  semua hartanya demi menegakkan  syiar Islam.
c)  Jihad pemikiran, lisan dan penulisan
Idea yang bernas dan positif  serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.Contohnya,  Salman  al-Farisi  yang telah menyumbangkan  idea bagi pembinaan parit  dalam Perang  Khandak.[4]
d) Jihad mempertahankan  kebenaran
Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran  dan kezaliman  dalam  sesebuah pemerintahan.Oleh  sebab  itu, segala  kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah  ditentang  sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan  hati.Terdapat  dalil daripada al-Quran  yang menggesa  umat manusia melakukan  kebaikan,  iaitu surah al-Baqarah  ayat l12,"Tidak,  barang siapa yang menyerahkan  diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya  dan tidak  ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati'.
e) Jihad melawan hawa nafsu / syaitan  (zahit dan batin)
  Berjihad melawan  nafsu ialah jihad yang paling tinggi  darjatnya  di sisi Islam.Melaluinya  seluruh tenaga disalurkan  supaya menuruti  jalan (manhaj) yang digariskan  oleh Allah SWT.Perjuangan melawan  nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan  nafsu, iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal  kepada ajaran  Islam, menyebarkan  dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran  yang diterima.[5]
0  Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah.
Sikap dan keputusan Khalifah Abu Bakar terhadap golongan murtad  merupakan satu sikap yang sangat terpuji kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam. Keputusan Khalifah Abu Bakar bertegas memang tepat kerana sekiranya berlembut dengan golongan murtad maka ramai lagi kabilah Arab lain tidak akan membayar zakat. Walhal zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima dan sumber utama ekonomi umat Islam.[6]
g) Jihad menentang  golongan munafik
Jihad dalam  kategori ini bermaksud menentang  golongan  yang berselindung  di sebalik  nama Islam.Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan  munafik  ini. Misalnya,  dalam  surah ol-Munafiqun  yang menjadi panduan kepada umat Islam sewaktu berhadapan dengan golongan  ini.Antara dalil al-Quran yang  terdapat  surah at-Taubah ayat73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah"Wahai
Nabi, berjihadlah  menentang orang-orang  knfir dan orang-orang munafik,  dan bertindak keras terhadap  mereka".
h) Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan  kejahilan
Selain berjihad di medan perang, umat manusia  juga disyariatkan berjuang  dalam  bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat  Islam tidak ketinggalan dalam  setiap lapangan.
Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains, perubatan dan kejuruteraan.Tujuannya  supaya  umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi  wajib sekiranya tidak ada orang Islam yangunempelajarinya.



[1]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 124.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,75.
[3] “Pertahanan dan Pembukaan Wilayah”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[4] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,72.
[5]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,76.
[6] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 140.

Tiada ulasan: