OLEH- AHMAD BIN YAAKOB SMKJ2
Latar belakang pemerintahan
kesultanan /Amir di Andalus.
Pemerintahan  di Andalusia 
ditadbir  oleh amir atau khalifah.
Amir berkuasa melantik wakil-wakilnya 
untuk mentadbir wilayah. Gabenor 
Jeneral adalah wakil amir yang bertanggungjawab melantik  para pegawai 
untuk membantu  pentadbiran.[1]
Pemerintahan  Bani Umayyah di Andalusia terbahagi  kepada
dua peringkat  :
a) Peringkat pertama para
pemerintah bergelar  Amir (756-912M)
b) Peringkat kedua para
pemerintah  bergelar Khalifah (912-1002M)
Selepas  tahun 1002M, kerajaan  Bani Umayyah 
di Andalusia mengalami kemerosotan 
dan berakhir berakhir pada 103lM. Kesannya,  muncul 
kerajaan-kerajaan kecil yang berpusat di
pelbagai  kota.
PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH
ANDALUS ABAD KE-13
1.Pemerintahan dan pentadbiran pusat kerajaan al-Muwahhidun
Sistem pemerintahan  amir dalam 
kerajaan Muwahhidun :
 Pusat pemerintahan  di Maghribi.Para amir kerajaan  al-Muwahhidun 
menggunakan gelaran berunsur 
Syiah seperti al-Mahdi, 
al-Imam,  alNasir dan al-Mansur.Amir
dilantik  secara warisan (monarki).
Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga kerajaan ini
dikalahkan oleh tentera-tentera Kristian pada tahu 1212M.[2]
Pentadbiran  kerajaan 
al-Muwahhidun di peringkat pusat dan wilayah berasaskan perundangan  daripada Mazhab Maliki Sistem pentadbiran
adalah teratur termasuklah sistem 
pengurusan kewangan, perbendaharaan dan kehakiman.[3].Al-Mahdi
dibantu  10 orang berfungsi  sebagai kabinetPemerintahan Dewan 50 orang (penasihat)  dan Dewan 70 orang (Majlis  Rakyat).Majlis tentera  ditubuhkan 
untuk menyelia hal ehwal ketenteraan.Amir menjalinkan  hubungan 
diplomasi.Akhir pemerintahan Muwahhidun, sebuah kementerian  diwujudkan 
untuk menguruskan  hal ehwal para
penyair.[4]
Pentadbiran 
kerajaan Nasriyah  :
Kerajaan Nasriyah diasaskan
oleh Muhammad Yusuf bin Nasr yang dikenal sebagai Ibn al-Ahmar pada tahun
1235M.Pusat  pemerintahan di Granada,
selatan Sepanyol. Granada ialah wilayah yang didiami oleh orang Islam Sepanyol
apabila wilayah lain didduduki oleh pemerintah Kristian dan Yahudi.[5] Ibn
al-Ahmar menggunakan gelaran Amir. Amir mengamalkan dasar berbaik-baik  dengan kerajaan  Kristian bagi memastikan kestabilan pemerintahannya.
Kerajaan Nasriyah diperintah oleh 22 
orang  amir (sultan).[6]
[1] Bentuk 
Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),24.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam:Oxford Fajar.2014)  ,63. 
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd, 2014), 108.
[4]Bentuk  Pemerintahan”, dalam  Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013),25. 
[5] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor
Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 113.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan