OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar belakang Sultan Muhammad al-Fatih
Kepimpinan
dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin yang warak
dan bertoleransi
Penaklukan kota
Konstantinople melalui pelbagai strategi
dan perancangan - membuka laluan
penaklukan ke Eropah /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah -
Serbia, Murah, Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b) Sosial
Pertambahan
penduduk Istanbul
Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan
rakyat
c) Agama
Kebebasan beragama
Gerakan jihad dakwah Islamiah
ke benua Eropah.[1]
Latar belakang
Sultan Muhammad al-Fatih
Nama sebenar
baginda ialah Muhammad bin Murad
binMuhammad bin Bayazid.Baginda telah
dilahirkan pada 29 Mac 1432 di
Adrianapolis iaitu sebuah bandar
bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota Constantinople.Sultan
Muhammad al-Fatih menaiki takhta seawal usia 19 tahun apabila
menggantikan ayahandanya Sultan Murad
II. Baginda telah memerintah empayar
yang begitu luas selama kira-kira
30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan
seorang negarawan yang ulung dan
seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak
25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481
ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin yang
warak dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti
sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak
terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani.
Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan
bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan
bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis,
feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan
ketenteraan. Baginda seorang pemuda yang
warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di
masjid.[3]
Penaklukan kota Konstantinople
Sejak kecil, Muhammad al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha
yang dibuat oleh ayahandanya untuk
menawan kota Constantinople. Sepanjang
dua tahun pertama selepas menaiki
takhta, baginda mengkaji pelan kota Costantinople secara terperinci pada setiap malam
bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor
kelemahan kota tersebut.Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab
kegagalan kempen-kempen panglima
Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya
tentang strategi-strategi terkini yang
sesuai untuk digunakan.
Baginda telah membuat persiapan untuk menawan kota Constantinople dengan menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih. Angkatan tenteranya disertai kira-kira
265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan 400 buah kapal laut. Baginda juga mengarahkan pembinaan
peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh
menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh
1.5 kilometer.
Membuka laluan penaklukan ke Eropah /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina
di tebing sebelah Eropah, lebih kurang
lapan kilometer dari kota Constantinople. Benteng ini dapat mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga
telah mengikat perjanjian damai dengan
pihak Wallachia, Serbia dan
Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.Dalam
usaha untuk menawan kota Constantinople,
baginda membawa bersama batalionnya
dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar, semangat
jihad tenteranya terutama
semasa mereka ,menghampiri
dinding kubu kota tersebut.
Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah
dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H
bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru
meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar
kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara
bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa
kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke
Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana
tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar
biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung
Emas.[4]
Kapal-kapal Byzantine habis
terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan
diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari
tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir
dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei
1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah
membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar
kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan
Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi
MasjidAya Sphia.[5]
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar hingga ke Eropah –
Tindakan penyatuan dilakukan bertujuan menyekat serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya,
baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan
Serbia.Namun, usaha
mendapatkan wilayah tersebut tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan
Sultan Muhammad al-Fatih berundur seketika.Walau bagaimanapun, ekoran
perebutan takhta yang berlaku dalam
kalangan kerabat diraja Belgrade,
peluang tersebut telah digunakan oleh
Sultan Muhammad al-Fatih untuk menawan Belgrade dan akhimya baginda berjaya.Sultan Muhammad
al-Fatih juga berjaya
mennghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat menjatuhkan baginda.Kesan kejayaan ini, kekuasaan kerajaan
Turki Uthmaniyah semakin berkembang
di Eropah.[6]
b) Sosial
Pertambahan
penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan
kerana bilangan penduduk
kota berkenaankian berkurangan
akibat terkorban dalam peperangan.Baginda mengarahkan supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota
berkenaan.Baginda juga mengarahkan negeri-negeri
di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang
Islam dari Asia turut berpindah secara
beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang
mendorong kebanjiran golongan imigran ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah
Sultan Muhammad al-Fatih yang sering
melayani rakyatnya tanpa diskriminasi.[7]
Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan
pusat ibadat orang Islam.Pada hari ini,
gereja tersebut dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan
masjid diubah suai mengikut seni bina Islam. Pada dinding dan tiang
masjid dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran bertulisan khat yang indah. Di luar masjid pula
dibina sebuah menara. Padazaman sultan berikutnya, bilangan menara meningkat kepada tiga
buah.Baginda juga membina 1l buah masjid
termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb al-Ansarri.
Di tepi masjid ini dibina
sebuah kubah yang berwarna putih. Tempat
ini akhirnya menjadi tumpuan ahli
tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Institusi pendidikan khasnya madrasah dan
perpustakaan telah dibuka dan ini
menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan.
Kebajikan rakyat
Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda mendirikan hospital, rumah kebajikan, rumah fakir-miskin dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan
keselamatan pula, baginda telah
membina limbungan kapal, gedung senjata
dan sebuah kubu yang dilengkapi dengan menara
kawalan.
Agama
Kebebasan beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab
yang ditindas di Andalus telah berpindah
ke Istanbul. Sultan Muhammad
al-Fatih juga telah membenarkan agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja
dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua
paderi dalam kalangan mereka. Akhirnya, Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius kemudian berkata bahawa beliau lebih suka melihat serban Sultan
daripada melihat topi Latin (Katholik) kerana
pihak Katholik Barat telah
menindas pihak Ortodoks.Sultan juga
mengarahkan supaya gereja tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.[9]
[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia
Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4]
Ibid,155.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini,
89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan