Khamis, 14 Mei 2015

PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MESIR PADA ABAD KE-20

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan pembentukan negara bangsa di Mesir
Mesir merupakan sebuah negara yang terletak di benua Afrika. Penduduk asal Mesir ialah orang fellahin.Pembentukan negara bangsa Mesir bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada penguasaan pemerintahan Uthmaniyyah.Berlaku beberapa percubaan untuk membebaskan beberapa kawasan dari penguasaan Turki Uthmaniah tetapi gagal kerana gerakan ini tidak mendapat sokongan rakyat berbangsa Arab yang lebih mengutamakan hubungan keagamaan.Ali Bek al-Kabir cuba membebaskan diri daripada Turki Uthmaniah pada separuh kedua kurun ke-18. Beliau menghalau Pasha Utmaniah dan mengawasi angkatan tentera Utmaniah. Beliau cuba menguasai Syria dan menggabungkannya dengan Mesir.[1]
Faktor pembentukan negara bangsa Mesir :
a. Penjajahan Perancis terhadap Mesir – membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman nasionalisme dan demokrasi.[2] Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti membuka kilang senjata.,mengadakan perkhidmatan percetakan dan menerbitkan akhbar dan menggalakkan pengkajian dalam bidang sains.[3]

b. Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha –
Muhamad Ali Pasha merupakan tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Muhamamad Ali merupakan pemimimpin angkatan tentera yang dihantar oleh Sultan Salim III yang berpakat dengan British untuk merampas Mesir dari tangan Perancis. Selepas berjaya menghalau Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniah mengiktiraf kekuasaan Muhammad Ali Pasha di Mesir.[4]

      Pada awal pemerintahannya, Muhammad Ali berusaha mengambil hati para ketua kaum sebagai membalas jasa mereka.Sedangkan beliau sebenarnya menunggu masa yang sesuai untuk mengenepikan mereka. Akhirnya beliau mencapai matlamatnya dan memerintah Mesir secara diktator.[v] Menerusi Perjanjian London 1840, Britain menewaskan Ali Pasha dan mendesak beliau berundur dari Mesir. Era pasca Muhammad  Ali Pasha diteruskan oleh anaknya, Khedif Ismail. Namun pengganti-pengganti Ali Pasha terutamanya Ismail banyak dilanda masalah. Khedif Ismail berhutang sebanyak 100 juta pound Euro dengan bank-bank Eropah. Ini membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam pentadbiran Mesir.[5]  
Pembaharuan bidang ketenteraan.
Jurulatih tentera dari Barat dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
 Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri.
Meningkatkan ekonomi rakyat dengan pelbagai pembaharuan.
 Aktiviti penterjemahan.
c. Pemberontakan Urabi –
pemberontakan pertama oleh keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan
Turki-Circassia. Gerakan ini menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir.
d. Dasar penjajahan British :
. Dasar diskrimanasi British dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British.
. British menggalakkan rakyat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan idenditi Mesir.
. Di sekolah agama dan sekolah rendah, British menggalakkan penggunaan dialek tempatan (bahasaMisriyah atau Amiiyah) dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir sambil menjauhkan generasi baharu Mesir memahami
bahasa Arab Fushah yang digunakan dalam al-Quran.
e. Kemerdekaan Mesir
1922 Britain isytihar kemerdekaan Mesir
18 jun 1953 Mesir menjadi republik.Jeneral Muhamad Najib mengetuai pemberontakan tentera yang disokong oleh rakyat sehingga mencetuskan Revolusi 23 Julai 1952. Raja Fuad I menyerahkan takhtanya kepada Ahmad Fuad II  dan Mesir menjadi sebuah republik. Jeneral Muhammad najib menjadi Presiden Mesir pertama




[1]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 397.
[2] “Faktor pembentukan negarabangsa Mesir”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,20.
[3] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,236.
[4] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 315.
[v]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan  Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 399.
[] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 315.

Rabu, 13 Mei 2015

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Mesir pada abad ke-19 dan 20

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan : abad ke-18M, Mesir sebahagian wilayah empayar Uthmaniyah. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18M, Mesir mengalami beberapa konflik politik akibat perebutan kuasa antara pemerintah tempatan.
Penaklukan Perancis
Pada akhir abad ke-18, Perancis telah menawan Mesir.Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798. Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.
Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun sahaja.Perancis kemudiannya dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera Uthmaniyah dengan bantuan Britain pada tahun 1801.Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.[1]

     Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga  telah membawa kepada kejayaan penjajahan Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:
(a) membuka kilang senjata.
(b) mengadakan perkhidmatan percetakan.
(c) menggalakkan pengkajian sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.
Sejaktahun 1879, Britain dan Perancis semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang berkaitan dengan soal kewangan.Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk campur tangan. Namun, sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan Suez.

Zaman pemerintahan Muhammad Ali Pasha di Mesir.
Gerakan memisahkan Mesir dari Turki Uthmaniyyah. Meletus dua siri peperangan Mesir - Turki pada 1832-1833M dan 1839-1840M. Mesir mencapai kemenangan hasil bantuan Perancis.
Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882 - 1918M.
Sebelumnya, berlaku perjanjian memorandum Mesir dengan British pada 1840M melalui Konvensi Alexandria.Perjanjian ini menyebabkan Mesir secara perlahan-lahan terpaksa menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang diberikan kepada Perancis pada 1857 menambahkan curiga British terhadap Perancis dan Mesir.Kemerosotan ekonomi mendorong Mesir menjual saham
Terusan Suez kepada British. Sejak itu, British mulai mencampuri politik dan ekonomi serta hal ehwal Mesir.British terus melaksanakan misi ketenteraan di Mesir hingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882. Bermula penjajahan British di Mesir.

Penjajahan Britain
Penjajahan Britain merujuk kepada kekalahan tentera Mesir ditangan British pada bulan September 1882. Bermula pada tahun 1914-1918, Britaian mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.Pentadbiran Britain di Mesir pada peringkat awal dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883-1907. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar kepada masyarakat Mesir.

      Mereka yang mendapat pendidikan Barat terpisah dari segi sikap dan pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan yang didukung oleh ulamak dan juga rakyat biasa.   

Pentadbiran ekonomi yang teruk, sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai sesuka hati, dasar
menjadikan tanah milik negara dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Golongan ulama memimpin gerakan rakyat menentang kezaliman kerajaan.

Perjuangan kebebasan Mesir
Penaklukan perancis ke atas Mesir mencetuskan beberapa pemberontakan rakyat yang mewujudkan situasi politik yang tidak stabil. Antaranya, pemberontakan pimpinan Syeikh Muhammad sadat ekoran
Majlis Syura al-Azhar membuat keputusan melancarkan jihad.

Gerakan penentangan
Faktor agama merupakan faktor utama kebangkitan menentang Perancis. Muncul Gerakan Islah oleh tokoh-tokoh pemikir Islam seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat. Muncul gerakan dakwah diMesir seperti al-Ikhwan al-Muslimun yang lebih tersusun
 Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M :
gerakan menuntut kemerdekaan Mesir. Dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing (perancis, British danTurki). Namun, akhimya gerakan ini menuntut perubahan
dalam pentadbiran dan pemerintahan. British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Arabi pasha.Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Langka. Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.
Gerakan Islah
 Gerakan pemulihan Islam yang dipelopri oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. ciriciri
utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melaluipelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan anti-penjajah.
Revolusi 1919M –
 Tamatnya Perang Dunia Pertama memperlihatkan semangat nasionalisme rakyat Mesir terus berkobar. Muncul Parti Wafd 1919 pimpinan Saad Zaghlul Pasha yang berjuang menuntut kemerdekaan penuh.Penangkapan Saad Zaghlul membangkitkan revolusi besar menentang British di seluruh Mesir.
Kemerdekaan Mesir
 Akhirnya British terpaksa mengeluarkan Deklarasi Unilateral 1922 yang memberi kemerdekaan separa penuh Mesir. Britain mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada 22.2.1922. Kerajaan baru yang ditubuhkan bersifat raja berperlembagaan. Pilihanraya pertama diadakan dan Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1927. Tetapi pentadbiranya hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Antara tahun 1922-1936 pola yang sama berlaku, iaitu raja membubar parlimen dan pilihan raya diadakan yang selalunya membawa kemenagan kepada Parti Wafd. !927 Saad Zaghlul meninggal dunia dan Parti Wafd mula lemah.  Golongan nasionalis tetap menentang deklarasi ini kerana menuntut kemerdekaan penuh. 1932 Mesir beroleh kemerdekaan penuh. Pada tahun 1952 golongan nasionalis mengguling  Raja Faouk yang zalim, korup dan bersekongkol dengan Britain. Revolusi ini dipimpin oleh Jeneral Muhamad Naguib. Kekuasaan British berjaya diruntuhkan sepenuhnya pada 1952M. Mesir menjadi sebuah republik pada tahun 1953.

Gerakan Islah Ikhwanul Muslimin
Sebahagian senario politik Mesir hasil daripada reaksi rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat serta kejatuhan khilafah Uthmaniyyah di Turki. Dipelopori dan ditubuhkan oleh Hassan al-Banna
pada 1928.
Matlamat awal untuk menggulingkan penguasaan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada pengaruh pemikiran Barat. Menerbitkan majalah al-Manar untuk menyampaikan idea perjuangan. Peringkat awal menumpukan kepada isu-isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kepada masyarakat. Peringkat seterusnya perjuangan politik dengan menganjurkan protes kepada kerajaan Mesir bagi menentang kezaliman dan idea-idea sekular kerajaan yang boleh melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral tradisional.
Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya dipenjara dan dibunuh. Pada 1946 - 1948M, gerakan Ikhwanul Muslimin mengisytiharkan perang terhadap British. Gerakan ini diharamkan oleh kerajaan Mesir atas tuduhan merancang pemberontakan menjatuhkan Kerajaan British.




[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 187..  

Isnin, 11 Mei 2015

Reaksi masyarakat Algeria terhadap kuasa Barat.

3.2 Reaksi masyarakat tempatan di Algeria abad ke-19-20
OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

Pada abad ke 16 hingga 19M, Algeria merupakan sebahagian wilayah khilafah Uthmaniyyah Turki. Pernah dijajah Perancis selama I32 tahun. Algeria merupakan negara terbesar di Afrika dan di dunia Arab. Kaya dengan sumber minyak dan gas. Pada tahun 1827 tentera Perancis mula menceroboh Algeria.Serangan Marshall Bugeud ke atas Sidi Faraj 13 Jun 1830 telah membawa kepada penjajahan Perancis.[1]

Penaklukan Perancis di Algeria 1830.
 Algeria memiliki simpanan minyak yang besar dan posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Kempen asimilasi budaya Perancis - percakapan dan pengajaran bahasa Arab
diharamkan. Bahasa perancis menjadi bahasa rasmi menggantikan bahasa Arab dan Barber. polisi ini telah menghapuskan identiti kebangsaan dan warisan budaya rakyat Algeria.

      Perancis memberikan tekanan kepada rakyat Algeria dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Beribu pendatang Eropah telah berhijrah ke Algeria untuk membuka kebun kerana keluasan tanahyang dimiliki oleh Algeria. Mereka menduduki semua kota di Algeria.

   Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira Rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Dasar perancis ini menimbulkan reaksi tidak puas rakyat tempatan kerana hak mereka telah dirampas.

      [2]Lahir golongan nasionalis Algeria yang cuba menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasakan identiti nasional berdasarkan Islam dan mendaulatkan bahasa Arab.

Penentangan oleh Syeikh Abdur eader ar-lazair,Gabenor Mascara pada tahun 1832.
Sebagai ulama besar Algeria, beliau mengeluarkan fatwa kewajipan jihad mempertahankan negara dan mengisytiharkan negara Islam Algeria. Beribu umat Islam dibunuh dalam penentangan tersebut. Jihad berterusan telah berraku di Algeria menelan korban sejuta syuhada sehingga Algeria digelar sebagai ' Negara Sejuta Syuhada' .

Gerakan Persatuan Ulama Algeria pimpinan Syeikh Abdul Hamid Ben Badis.
Keahlian terdiri daripada guru-guru agama. Gerakan ini bertujuan menyatukan umat Islam. Gerakan ini menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama yang dilihat menjadi alat penjajah Perancis.

Penaklukan Jerman ke atas Algeria - era Perang Dunia
Kedua, Jerman berjaya mengalahkan Perancis dan menakluki Algeria. Ramai pemimpin dan nasionalis Algeria yang ditahan Jerman telah dibunuh dan ada yang dihantar ke kem-kem tahanan.

Pembunuhan Beramai-ramai Setif 1945.
Apabila Pihak Bersekutu berjaya mengalahkan Jerman pada 1942M dalam Perang Dunia Kedua, pihak nasionalis membayangkan kemerdekaan Algeria. 1943, Ferhat Abbas memberikan empat cadangan kepada Pihak Bersekutu, antaranya memberikan kemerdekaan serta penggubalan perlembagaan baharu Algeria. Rakyat Algeria menyokong dan berjuang bersama Pihak Bersekutu menentang penjajahan Jerman dengan harapan permintaan mereka dipenuhi namun ditolak. 8 Mei 1945,rakyat Algeria berkumpul sambil mengibarkan bendera bagi meraikan tamatnya peperangan. Namun,kemuncaknya tentera Perancis telah melepaskan tembakan rambang kepada orang awam. 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan kejam itu dan ramai yang cedera.Ekoran itu, segala aktiviti politik di Algeria diharamkan dan beribu rakyat ditahan tanpa alasan. Kezaliman Perancis membangkitkan reaksi rakyat tempatan di seluruh negara.Penentangan semakin meningkat dan Perancis bertindak balas.

Perang Kemerdekaan Aljazair 1954 -1962 (Revolusi Algeria).
1950an, gerakan nasionalisme Algeria semakin matang dengan menggabungkan semangat nilai Islam  yang dipelopori Syeikh Abdul Qader dengan fahaman moden Perancis seperti demokrasi. Justeru Revolusi Algeria mengambil inspirasi dari keduanya. perang gerila (perang Kemerdekaan Aljazair) merupakan peperangan berdarah dan sengit.

Pelindung pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kemerdekaan (ALN) ditubuhkan pada 1954M untuk mengetuai perang gerila. perancis enggan kehilangan Algeria kerana negara ini kaya dengan simpanan minyak dan gas asli.

Kemerdekaan Algeria juga memberi impak kepada gerakan nasionalisme negara-negara Arab
lain. Terjadi pembunuhan beramai-ramaidi mana banyak perkampungan dibakar oleh tentera perancis, tanaman dimusnahkan, ribuan haiwan ternakan dibunuh, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan. Situasi ini berterusan sehingga Algeria mencapai kemerdekaan pada 5 Julai 1962.

Kemerdekaan Algeria 1962M
Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan.Perancis meletakkan syarat kemerdekaan supaya FLN melaksanakan dasar sekular dalam pemerintahan negara di Algeria. Pergerakan FLN dan ALN bermesyuarat di Kaherah 1958 dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria. FLN dan perancis mengiytiharkan genjatan senjata melalui peranjian Evian dan Algeria akhirnya mengisytiharkan kemerdekaan pada 1962.

      Perjuangan kemerdekaan selama hampir tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria terbunuh. Perjuangan panjang rakyat Algeria pimpinan ulama dan nasionalis berjaya membentuk Algeria ke arah berkerajaan sendiri.

Algeria Selepas Era penjajahan.
FLN melantik Ahmed Ben Bella (bekas pelajar di sekolah perancis) sebagai presiden Algeria pertama. Beliau mendapat sokongan golongan elit sekular dan pihak elit tentera yang sekular yang mendapat latihan di Perancis. Kepimpinan Ben Bella digulingkan oleh Kol. Hawari Boumedienne pada 1965 ekoran kegagalan memberi kemakmuran ekonomi dan demokrasi. Nilai-nilai Islam juga kurang diendahkan.

FLN muncul sebagai parti yang mengongkong dalam bentuk sistem bernegara satu parti. Dasar sosialisme menjadi asas utama dalam pemerintahan Kol. Hawari Boumedienne. Beliau mengamalkan dasar anti-penjajah  dan sistem satu parti iaitu pembolotan kuasa oleh FLN.

Gerakan  Islam Algeria.
 Awal 1980an, muncul gerakan Islam yang dipelopori anak-anak muda Algeria akibat kecewa dengan sistem kediktatoran dan sosialisme. Gerakan Islam Algeria ini menubuhkan Barisan Penyelamat Islam (FIS) dan dalam pilihanraya tempatan, FIS telah mengalahkan FLN. FIS cuba memerintah kerajaan tempatan dalam lingkungan demokratik dan Islamik. Kemenangan
FIS mengejutkan dunia Barat, khasnya Perancis dan Amerika Syarikat. Atas sokongan mereka, kerajaan Algeria mengharamkan FIS dan menangkap pemimpinnya


[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 192.
[2] "Reaksi Masyarakat Tempatan”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),112.

Ahad, 10 Mei 2015

SENI BINA ISLAM DI INDIA ABAD KE-16-17


OLEH-  AHMAD BIN YAAKOB
Pada abad ke-19 India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang mengambil alih kerajaan Kesultanan Delhi. Kerajaan Mughal memerintah India dari tahun 1526 sehingga tahun 1857 apabila British membuang negeri pemerintah terakhir Bahadur Shah II. Tokoh terhebat kerajaan Mughal, Syah Jehan  1627-1658 telah menyumbang kemajuan dalam bidang seni bina di India. Pada zaman Syah Jehan, pelbagai bangunan telah didirikan yang menggambarkan kemajuan bidang seni bina pada era tersebut. Antaranya Istana Taj Mahal, Masjid Moti, Istana Fathpur, kompleks-kompleks kerajaan, kubu di Agra dan taman-taman bunga di Delhi, Lahore dan Kashmir.[1]    
Ciri-ciri  seni bina di India
Seni bina India abad ke 16 hingga  l7M.
Monumen  seni bina terkenal  di India  seperti Taj Mahal  di Agra, Kota Merah di Delhi, Masjid Jama di Delhi dan Makam Humayun di Delhi.
 ciri-ciri paling menonjol dalam  seni bina Islam di India ialah binaannya  banyak yang berkonsepkan masjid.
 Ciri-ciri  seni bina India :
a. Bahan binaan - batu dan kayu sebagai  sumber asas.
b. Senibina tempatan - dipengaruhi oleh budaya dan persekitaran, agama dan cuaca.
c. Pengaruh parsi,
Turki dan Arab dalam  seni bina tempatan.
d.Motif corak hiasan
- ukiran dan karigra fi ayat-ayat  arQuran di istana dan masjid. Juga dihiasi dengan ukiran
geometri dan ukiran berasaskan  alam seperti bunga dan tumbuhan.
e.Binaan  kubah
- kebanyakan  binaan masjid atau istana di India memakai  kubah berbentuk  bawang.
f.  Unsur  air dalam  seni bina India pengaruh tamadun Islam.
g. Pembinaan menara dalm seni bina India
h. Seni bina masjid khasnya Masjid Jama Delhi
- dua menara, tiga pintu gerbang, tiga kubah, ruang solat terbuka, lantai mannar dan batu merah, kolam takungan air dan dihiasi  kaligrafi  al-Quran khasnya pada mimbar di mihrab.
i.  Senibina  Taj Mahal
- merangkumi bahagian makam,dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
j.  Seni bina Kota Merah / Kubu Merah
- Dewan Umum
(Ruang Diwan - i- Aam),  D ew an Khu sus (D ew an - i -Khas),
Ruang peribadi maharaja (Nahr-i-Behrsft),  Ruangan Maharani (Zenana),  Masjid Moti, Hayat Bakhsh Bag,tempat bersiram diraja (Hammams),  Menara  Melati (Muthammam Bur), tempat  tinggal gundik-gundik dan isteri-isteri maharaja (Rang Malah), tempat tinggal peribadi maharaja  (Khas Mahal), Naqqar Khana dan ruang  kerja maharaja  (Shahi Burj).
k. Seni bina Makam Humayum
- mengandungi kubah, mihrab, ukiran  ayat-ayat al-Quran dan kedudukan makam  mengarah  ke kiblat. Terdapt juga beberapa monumen lain seperti Nai-ka-Gumbad,  makam dan Masjid Isa Khan, makam  dan kebun Bu Halima, makam dan Masjid Afsarwala dan Arab sarai.[2]





[1] Mahayudin Hj Yahya et, al, Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,151
[2] “Seni Bina”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,102

Sabtu, 9 Mei 2015

SENI BINA Andalusia abad ke - l3M dan India abad ke-16 hingga 17M.

SENI BINA
Andalusia abad ke - l3M dan India  abad ke-16 hingga  17M.
a) Ciri-ciri senibina di Andalusia.
Pengenalan kesenian Islam
Kesenian  tidak bercanggah  dengan Islam selagi tidak disalahgunakan.  Sebaliknya,  ke senian  Islam dapat membawa dan membimbing  manusia  ke arah ketaqwaan  dan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Seni yang diterima  oleh Islam adalah berdasarkan  kepada nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak.Seni di dalam Islam tidak berslogan'seni untuk seni  tetapi sebagai 'seni kerana Allah untuk manusio,  makhluk dan alam sekitar.
. Seni bina membawa  maksud  keindahan  yang dicetuskan daripada  kemahiran dalam binaan,  reka bentuk binaan  dan pertukangan.
Seni bina merupakan  sebahagiandaripada  bidang seni dan salah satu cabang kebudayaan  dan tamadun yang dihasilkan oleh manusia.
Ibn Khaldun  menyatakan  bahawa  seni bina adalah salah satu ciri ketamadunan  yang penting kerana ia merupakan  lambang dan tanda kegemilangan sesuatu bangsa aatat tamadun.
Binaan terawal dalam Islam adalahKaabah yang merupakan binaan  terpenting dalam proses  permulaan  Islam.[1]
Ciri-ciri seni bina di Andalusia  :
a. Reka bentuk Islam
- istana, kota-kota  dan kubu khasnya Alhambra  (The Artistic Genius of Muslim Spain).
b. Binaan yang unik - menara
c. Reka bentuk masjid- mihrab  dan dinding
d. Konsep  ruang dalam pembinaan  bangunan – ciri keterasingan ruangan al-Hukmi (Baitul Hukmi) ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj),Taman  Singa (Hausyus Sibb), ruangan dua perempuan bersaudara (Baitul al-Ukhtain) dan ruangan bersiram  (Hausy  ar-Raihan). Ruangan lain termasuk ruang istirehat sultan dan permaisuri, ruangan duta, ruangan as-Safra, ruangan Barkah dan ruang Masjid al-Mulk.[2]
e. Kesenian  Granada
f.  Kesenian Mudejar
g. Binaan  yang berkualiti tinggi sehingga bertahan berabad lamanya.
h. Pengaruh asing dalam  senibina - pengaruh Kristian
i.  Dihiasi dengan reka bentuk  geometri yang halus dan kompleks  serta disulami  dengan motif flora dan tulisan khat atau kaligrafi  ayat-ayat quran  yang indah.



[1]“Seni Bina”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),101.
[2] Ibid,102

Selasa, 5 Mei 2015

1.Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20. [20m]

TEMA 3
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
1.Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20. [20m]
      Sejak abad ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negaraBarat. Menjelang abad ke-19, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 128 l. Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh 37 orang khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan empayar ini adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh beberapa faktor.

      Antara faktor perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara negara-negara Eropah. Negaranegara seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah.Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan Turki Uthmaniyah.

      Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi Revolusi Perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah Barat.

      Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana laluan. perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di Mesir.

      Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan kuasa.Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa Barat. Jerman danAmerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.

      Kuasa Barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap Kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang kolot dan mundur. Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara Barat ini juga memburukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman . Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep modenisme.

      Kesimpulannya, Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.