Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Pengenalan pembentukan negara bangsa di Mesir
Mesir merupakan sebuah negara
yang terletak di benua Afrika. Penduduk asal Mesir ialah orang fellahin.Pembentukan
negara bangsa Mesir bermula apabila Mesir cuba mengasingkan diri daripada penguasaan
pemerintahan Uthmaniyyah.Berlaku beberapa percubaan untuk membebaskan beberapa
kawasan dari penguasaan Turki Uthmaniah tetapi gagal kerana gerakan ini tidak
mendapat sokongan rakyat berbangsa Arab yang lebih mengutamakan hubungan
keagamaan.Ali Bek al-Kabir cuba membebaskan diri daripada Turki Uthmaniah pada
separuh kedua kurun ke-18. Beliau menghalau Pasha Utmaniah dan mengawasi
angkatan tentera Utmaniah. Beliau cuba menguasai Syria dan menggabungkannya
dengan Mesir.[1]
Faktor pembentukan negara bangsa Mesir :
a. Penjajahan Perancis terhadap
Mesir – membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman
nasionalisme dan demokrasi.[2] Walaupun
penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja,namun kesan jangka
panjangnya telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Penaklukan Perancis
ke atas Mesir 1798 - 1801M meninggalkan kesan mendalam dalam bidang
ekonomi,politik, sosial dan pemikiran rakyat Mesir. Penaklukan ini merupakan peristiwa
penting yang mengubah landskap sosiopolitik Mesir. Konsep modenisme dan
sekularisme meresap dalam pemikiran rakyat.
Ia juga telah membawa kepada kejayaan penjajahan
Britain ke atas Mesir pada tahun 1882. Sebelum ini, Britain pernah cuba
menjajah Mesir pada tahun 1807, namun usaha tersebut tidak berjaya.Selama tiga
tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah
seperti membuka kilang senjata.,mengadakan perkhidmatan percetakan dan
menerbitkan akhbar dan menggalakkan pengkajian dalam bidang sains.[3]
b. Dasar pemerintahan Muhammad Ali Pasha –
Muhamad Ali Pasha merupakan
tokoh pembaharuan dan pembangunan Mesir moden. Muhamamad Ali merupakan pemimimpin
angkatan tentera yang dihantar oleh Sultan Salim III yang berpakat dengan
British untuk merampas Mesir dari tangan Perancis. Selepas berjaya menghalau
Perancis dari bumi Mesir, Sultan Turki Uthmaniah mengiktiraf kekuasaan Muhammad
Ali Pasha di Mesir.[4]
Pada awal pemerintahannya, Muhammad Ali
berusaha mengambil hati para ketua kaum sebagai membalas jasa mereka.Sedangkan
beliau sebenarnya menunggu masa yang sesuai untuk mengenepikan mereka. Akhirnya
beliau mencapai matlamatnya dan memerintah Mesir secara diktator.[v]
Menerusi Perjanjian London 1840, Britain menewaskan Ali Pasha dan mendesak
beliau berundur dari Mesir. Era pasca Muhammad
Ali Pasha diteruskan oleh anaknya, Khedif Ismail. Namun
pengganti-pengganti Ali Pasha terutamanya Ismail banyak dilanda masalah. Khedif
Ismail berhutang sebanyak 100 juta pound Euro dengan bank-bank Eropah. Ini
membuka pintu kuasa imperialis Barat campur tangan secara terang-terangan dalam
pentadbiran Mesir.[5]
Pembaharuan bidang ketenteraan.
Jurulatih tentera dari Barat
dijemput untuk melatih tentera Mesir. Pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
Pelajar Mesir dihantar ke luar negeri.
Meningkatkan ekonomi rakyat
dengan pelbagai pembaharuan.
Aktiviti penterjemahan.
c. Pemberontakan Urabi –
pemberontakan pertama oleh
keturunan asal (fellahin) menentang pentadbiran Muhammad Ali Pasha berketurunan
Turki kerana memberi layanan istimewa kepada tentera berketurunan
Turki-Circassia. Gerakan ini
menuntut dihapuskan pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir.
d. Dasar penjajahan British :
. Dasar diskrimanasi British
dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah
kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa British.
. British menggalakkan rakyat
Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan idenditi Mesir.
. Di sekolah agama dan sekolah
rendah, British menggalakkan penggunaan dialek tempatan (bahasaMisriyah atau
Amiiyah) dalam pengajaran. Ini mengukuhkan identiti bangsa Mesir sambil menjauhkan
generasi baharu Mesir memahami
bahasa Arab Fushah yang
digunakan dalam al-Quran.
e. Kemerdekaan Mesir
1922 Britain isytihar
kemerdekaan Mesir
18 jun 1953 Mesir menjadi
republik.Jeneral Muhamad Najib mengetuai pemberontakan tentera yang disokong
oleh rakyat sehingga mencetuskan Revolusi 23 Julai 1952. Raja Fuad I
menyerahkan takhtanya kepada Ahmad Fuad II
dan Mesir menjadi sebuah republik. Jeneral Muhammad najib menjadi
Presiden Mesir pertama
[1]Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 397.
[2] “Faktor
pembentukan negarabangsa Mesir”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah,20.
[3] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford
Fajar.2014) ,236.
[4] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 315.
[] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, 315.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan