SENI BINA
Andalusia abad ke - l3M dan
India abad ke-16 hingga 17M.
a) Ciri-ciri senibina di
Andalusia.
Pengenalan kesenian Islam
Kesenian tidak bercanggah dengan Islam selagi tidak disalahgunakan. Sebaliknya, ke senian
Islam dapat membawa dan membimbing
manusia ke arah ketaqwaan dan pengabdian diri kepada Allah SWT.
Seni yang diterima oleh Islam adalah berdasarkan kepada nilai-nilai akidah, syarak dan
akhlak.Seni di dalam Islam tidak berslogan'seni untuk seni tetapi sebagai 'seni kerana Allah untuk
manusio, makhluk dan alam sekitar.
. Seni bina membawa maksud
keindahan yang dicetuskan daripada kemahiran dalam binaan, reka bentuk binaan dan pertukangan.
Seni bina merupakan sebahagiandaripada bidang seni dan salah satu cabang kebudayaan dan tamadun yang dihasilkan oleh manusia.
Ibn Khaldun menyatakan
bahawa seni bina adalah salah
satu ciri ketamadunan yang penting
kerana ia merupakan lambang dan tanda
kegemilangan sesuatu bangsa aatat tamadun.
Binaan terawal dalam Islam
adalahKaabah yang merupakan binaan
terpenting dalam proses
permulaan Islam.[1]
Ciri-ciri seni bina di Andalusia :
a. Reka bentuk Islam
- istana, kota-kota dan kubu khasnya Alhambra (The Artistic Genius of Muslim Spain).
b. Binaan yang unik - menara
c. Reka bentuk masjid-
mihrab dan dinding
d. Konsep ruang dalam pembinaan bangunan – ciri keterasingan ruangan al-Hukmi
(Baitul Hukmi) ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj),Taman Singa (Hausyus Sibb), ruangan dua perempuan
bersaudara (Baitul al-Ukhtain) dan ruangan bersiram (Hausy
ar-Raihan). Ruangan lain termasuk ruang istirehat sultan dan permaisuri,
ruangan duta, ruangan as-Safra, ruangan Barkah dan ruang Masjid al-Mulk.[2]
e. Kesenian Granada
f. Kesenian Mudejar
g. Binaan yang berkualiti tinggi sehingga bertahan
berabad lamanya.
h. Pengaruh asing dalam senibina - pengaruh Kristian
i. Dihiasi dengan reka bentuk geometri yang halus dan kompleks serta disulami dengan motif flora dan tulisan khat atau
kaligrafi ayat-ayat quran yang indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan