Selasa, 5 Mei 2015

1.Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20. [20m]

TEMA 3
3.2 Reaksi masyarakat tempatan
1.Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20. [20m]
      Sejak abad ke-16, negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk negara-negaraBarat. Menjelang abad ke-19, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 128 l. Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh 37 orang khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan empayar ini adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh beberapa faktor.

      Antara faktor perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara negara-negara Eropah. Negaranegara seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah.Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan. Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin Kerajaan Turki Uthmaniyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula menguasai Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin Keraj aan Turki Uthmaniyah.

      Revolusi Perindustrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki Uthmaniyah. Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap, perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi Revolusi Perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api. Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah boleh membawa keuntungan yang besar untuk penjajah Barat.

      Selain itu, pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa Barat. Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa berkembang pesat kerana laluan. perdagangan dipendekkan dan dapat menjimatkan kos. British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat meluaskan kuasanya di Mesir.

      Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan kuasa.Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi,Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik attara kuasa-kuasa Barat. Jerman danAmerika Syarikat juga mula melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah.

      Kuasa Barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap Kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang kolot dan mundur. Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan komunikasi. Negara-negara Barat ini juga memburukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman . Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep modenisme.

      Kesimpulannya, Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah-belah kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintah khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah republik.

Tiada ulasan: