OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Struktur Masyarakat Jahiliah
ASPEK SOSIAL
Pembahagian Masyarakat.
Masyarakat Jahiliah dapat
dibahagikan kepada dua golongan, iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.
Masyarakat Badwi
Masyarakat Badwi merujuk kepada
masyarakat yang menetap diluar bandar seperti di kampung dan kawasan pedalaman di bahagian tengah dan utara
Tanah Arab.Mereka terdiri daripada keturunan yang tidak bercampur gaul dengan
kaum lain. Mereka terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali
sebagai kabilah dengan institusi sosial dan politik yang tersendiri.[1]
Masyarakat Badwi tinggal
menetap di satu-satu kawasan dan sering berpindah randah dari satu tempat ke
tempat yang lain.Perpindahan tersebut berdasarkan kepada aktiviti kehidupan
seperti menjalankan pertanian dan penternakan, mencari tempat perlindungan di
padang pasir daripada bencana ribut pasir dan mencari kawasan yang bebas
daripada ancaman kabilah-kabilah lain.
Biasanya masyarakat Arab Badwi menetap
sementarta di wadi dan oasis dalam khemah yang diperbuat daripada kulit
binatang dan kulit kayu. Aktiviti kehidupan yang utama ialah menternak binatang seperti
unta dan kibas.
Sifat masyarakat Arab Badwi ialah tahan
lasak, berani, keras hati, semangat gotong-royong, pemurah, amanah dan mematuhi
janji. Ibn Khaldun menyatakan ,”Mereka sentiasa membawa senjata dengan
bersendirian di tengah-tengah padang pasir”. Situasi tersebut menggambarkan
sifat keberanian yang ada pada diri masyarakat Arab Badwi.[2]
MASYARAKAT HADARI.
Masyarakat Hadari merujuk
kepada masyarakat Arab yang menetap di bandar dan pinggir bandar di bahagian
Selatan Tanah Arab berhampiran Laut Merah dan Laut Hindi. Mereka terdiri
daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada golongan keturunan bangsawan. Mereka mempunyai
hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain terutama dalam
hubungan perdagangan.[3]
Corak kehidupan masyarakat Hadari berbeza
dengan masyarakat Badwi. Mereka memiliki
kemewahan , kesenangan hidup dan tinggal menetap. Selain daripada perdagangan,
aktiviti kehidupan mereka juga bergantung kepada pertanian dan pertukangan . Antara kawasan penenpatan
utama masyarakat Hadari ialah Makkah dan Taif sebagai pusat perdagangan,
Yathrib sebagai pusat pertanian dan Yaman sebagai pelabuhan bebas.
Walau pun masyarakat jahiliah Badwi dan
Hadari terdiri daripada beberapa suku kaum, tetapi mereka berasal daripada satu
keturunan sahaj, iaitu keturunan semitik.[4]
Sistem masyarakat sebelum Islam sama ada
masyarakat Badwi atau masyarakat Hadari adalah berdasarkan kabilah. Semua
anggota kabilah berasal daripada satu keturunan darah dan mereka bersatu di
bawah ketua yang dikenali sebagai “Sheikh”.
Kehidupan masyarakat Arab Zaman Jahiliah
diikat oleh semangat assabiah atau fanatik kekabilahan yang merupakan asas yang
kuat dalam masyarakat mereka demi kepentingan individu dan kabilah mereka.
Permusuhan dan peperangan sering tercetus antara satu kabilah dengan kabilah
yang lain, terutamanya disebabkan oleh perebutan mata air atau kawasan padang
rumput.Mereka juga mempunyai sikap membalas dendam yang membawa kepada
peperangan dan permusuhan yang
berpanjangan ekoran daripada semangat
assabiah ini.[5]
Keinginan kepada nama, kuasa, pengaruh
dan harta benda menjadi lambang kemegahan kabilah menyebabkan mereka sanggup
berperang sesama sendiri. Kadang kala hanya disebabkan seekor unta, peperangan
boleh berlarutan selama berpuluh-puluh tahun. Sebagai contoh peperangan yang
berlaku antara suku Bakr dan suku Taghlib yang berlangsung selama 40 tahun yang
berpuncadaripada seekor unta.
Pada Zaman Jahiliah, wanita tidak
diberikan tempat atau kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat, malahan
wanita dianggap membawa sial. Oleh itu, mereka sanggup menanam anak perempuan
mereka hidup-hidup dan mereka lebih suka mempunyai ramai anak lelaki.
Hal yang sama juga berlaku kepada
golongan hamba kerana mereka dipandang hina dan mempunyai staus yang rendah
pada pandangan masyarakat. Pada dasarnya, sistuasi sosial sebegini berlaku
kerana masyarakat Arab berada dalam kegelapan daripada sebarang petunjuk agama yang
benar dan mengalami keruntuhan akhlak menyebabkan mereka sering melakukan
kemaksiatan dan kemungkaran.[6]
ASPEK EKONOMI
Keadaan geografi dan ketidakstabilan
politik Semenanjung Tanah Arab tidak mengizinkan orang Arab mencipta kemajuan
ekonomi terutama masyarakat Badwi yang
hidup secara berpindah-randah. Kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab Badwi
ialah menternak binatang secara nomad. Antara binatang yang diternak ialah unta,kambing
dan biri-biri. Mereka hidup berpindah-randah untuk mencari kawasan rumput dan
air bagi binatang ternakan mereka.
Unta ialah binatang yang penting bagi
masyarakat ini kerana unta dijadikan sebagai alat tunggangan dan alat
mengangkut barang selain membekalkan susu, bulu dan belulang. Selain menternak
binatang , terdapat sebahagian daripada mereka yang melakukan aktiviti bercucuk
tanam di kawasan oasis.
Selain itu terdapat juga sebahagian orang
Arab Badwi yang menjalankan aktiviti rompakan dalam kalangan kafilah pedagang yang merentasi padang pasir. Corak
ekonomi masyarakat Badwi ini melambangkan kehidupan mereka yang primitif. [7]
Sementara itu, penduduk di kota
seperti Makkah dan Madinah pula kebanyakkannya bergantung pada perniagaan.
Umpamanya orang Quraisy berniaga hingga ke Syam, Yaman, Habsyah dan Mesir.
Aktiviti ekonomi yang lain sperti pertukangan dan kerja-kerja tangan termasuk
tukang besi tidak mendapat perhatian utama bagi masyarakat Arab terutama
masyarakat Badwi.
Oleh hal yang demikian jurang antara golongan kaya dengan golongan
miskin amat luas sekalidan jelas menyebabkan berlakunya permusuhan antara kedua-dua golongan ini. Permusuhan ini
berlarutan hingga menimbulkan huru-hara dan pergaduhan yang mengakibatkan
ekonomi gagal berkembang.[8]
ASPEK POLITIK
Pada zaman jahiliah, tidak terdapat sebuah
kerajaan yang mempunyai struktur pemerintahan yang teratur dan sistematik.
Masyarakat Badwi hidup dalam kabilah yang merupakan satu kelompok masyarakat
yang mempunyai sistem dan peraturan tersendiri. Pada mulanya mereka membentuk
sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak yang
dikenali sebagai a’ilah. Oleh kerana mereka tinggal dalam khemah-khemah
berdekatan dan berlaku interaksi sosial yang berdasarkan agama, bahasa dan
keturunan , maka terbentuklah hayy. Penyatuan beberapa hayy yang juga
berdasarkan interaksi, agama, bahasa dan keturunan maka terbentuk pula kabilah.
Kabilah ialah penyatuan masyarakat melalui satu agama, bahasa dan keturunan.
Setiap kabilah mempunyai institusi
tersendiri dengan melantik seorang ketua yang dikenali sebagai syeikh bagi
menerajui dan mengetuai pentadbiran dalam kabilah. Biasanya ketua dilantik
daripada golongan bangsawan yang berwibawa tinggi dalam semuaaspek seperti
berani, pintar, berilmu, dihormati dan sebagainya.[9]
Organisasi politik yang terdapat dalam
masyaraka jahiliah sangat sederhana, iaitu berdasarkan kepada kekuasaan yang
ada pada seseorang ketua. Dalam menjalankan pentadbiran ketua tidak mempunyai
kuasa politik sepenuhnya kerana segala keputusan adalah berdasarkan kehendak
bersama. Ketua hanya menjalankan tugas yang telah diputuskan. Dalam pada itu
sistem politik masyarakat hadari lebih stabil jika dibandingkan dengan
masyarakat Badwi.
Dlam bidang perundangan, masyarakat
jahiliah tidak mempunyai sistem perundangan yang sistematik. Hanya
undang-undang membalas dendam san semangat kesukuan. Contohnya sesuatu
kesalahan yang dilakukan oleh sesuatu suku kepada suku yang lain, hukumannya
ialah membalas dendam. Kelemahan dalam pentadbiran dan kedudukan politik
masyarakat jahiliah tergugat kerana penjajahan kuasa-kuasa besar seperti Rom
dan Parsi di Bahagian Utara dan Rom, Habsyah dan Parsi di Bahagian Selatan.
Makkah tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa.[10]
[1] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,2015),7.
[2]
Ibid,7.
[3] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,2015) 7.
[4] Ibid.
[5] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 5.
[6]Ibid.
[7] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,
(Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 6.
[8] Ibid.
[9] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd,2015),9.
[10] Ibid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan