Isnin, 31 Disember 2018

Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).

Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi di Melaka pada abad ke-15 dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi perdagangan.
1.Ekonomi saradiri
      Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan  wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.

2.Pertanian-bercucuk tanam ,penanaman padi
      Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang- kerbau,lembu dan kambing.
     Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]  
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
     Aktiviti memungut hasil hutan juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah jelutung.

      Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]    
6.Memburu-kegiatan tradisi Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
      Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti  menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.[5]



[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[3]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 189
[4] Ibid, 188.
[5]Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah  Islam Penggal 2, 168.

Sistem ekonomi- zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi zaman kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
      Ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan Abbasiyah juga menumpukan kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama  iaitu pertanian, perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi . Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan antarabangsa terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad,Basrahdan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana  terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian  adalah sumber penting kerajaan.

      Pemerintah berperanan memajukan sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi meningkatkan pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan. Dengan ini, lahir ramai tokoh cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara kawasan pertanian zaman kerajaan Abbassiyah ialah Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]

Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]    

c.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4] 
      Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri  yang terkenal pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.

      Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang  sampai ke Sepanyol. Mereka menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.

      Baghdad merupakan  kota dagangan terbesar di Asia setanding Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)  ,103.
[4]“Sisem Ekonomi”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
[5]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, 187.

Sabtu, 29 Disember 2018

2.1.1 Sisem Ekonomi

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hp menghuraikan konsep dan ciri-ciri sistem ekonomi
a.Konsep ekonomi Islam
Definis ekonomi dari  segi bahasa dan istilah
Menurut al-Quran/pandangan tokoh Islam
Asas-asas ekonomi Islam
Konsep Rububiyyah
Konsep Tazkiyah
Konsep Ubudiyah
Konsep Uluhiyah.
b.Ciri-ciri ekonomi Islam
1.Ekonomi Islam berasaskan al-Quran dan hadis
2.Aktivii ekonomi adalah ibadah.
3.Kegiatan ekonomi tidak memisahkan antara kebendaan dan kerohanian.
4.Berasaskan keadilan dan kebajikan-mengurangkan jurang kaya dan miskin.
5.Pengharaman amalan berunsur penindasan seperi riba.
6.Agihan kekayaan –zakat, sdekah dan lain-lain.
7.Penggunaan harta-manfaat dunia dan akhirat, larangan pembaziran dan lain-lain.
 Prinsip ekonomi Islam
1.Harta hak milik Allah, hak milik individu dan hak milik umum (masyarakat dan negara)
2.Prinsip Isikhlaf –pertanggungjawaban.
3.Kebebasan terpimpin-aktiviti ekonomi yang diharuskan, halal dan diharamkan seperti riba, penipuan, rasuah, monopoli dan lain-lain.
4.Campur tangan dan kawalan pihak berkuasa –jaminan persamaan peluang, pengawasan pasaran dan polisi kerja upah buruh.
5.Perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi feudalisme, komunisme dan kapitalisme.[1]  

[1 ]“ Sistem Ekonomi ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah P2, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),46.

Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]

Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi menamatkan konflik yang timbul.
      Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV (1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
      Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.

      Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz (1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada Habsburg dan Poland. .

      Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun 1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.

      Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.

      Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

      Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru, kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.


Kesimpulannya kegagalan kerajaan Uthmaniyah menyerap tekanan kuasa-kuasa Barat telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar kuasa sultan dihadkan dan mengamalkan prinsip demokrasi. . Keengganan Sultan Abdul al-Hamid II melayan permintaan perjuangan gerakan Turki Muda yang mendapat sokongan golongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
sumber-Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,274..

Jumaat, 28 Disember 2018

Bentuk perhubungan luar zaman Khalifah Abbasiah abad ke-9M-13M

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Perjanjian
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan  Byzantine (Rom Timur)
Kerajaan  Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam sejak zaman berzaman. Permusuhan terhadap Islam bertambah hebat sejak Islam mula tersebar di negara-negara  yang  terletak di bawah jajahan Byzantine seperti Syam, Mesir dan Maghribi. Sejak era pertama kerajaan Abbasiah lagi telah berlaku pertempuran antara kerajaan Abbasiah dan kerajaan Byzantine di sempadan Utara Syam. Kerajaan Byzantine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Abbasiah pada awal penubuhannya dengan mengutus bala tentera berkuda untuk memerangi Islam.

      Keadaan yang berlaku memaksa Khalifah  Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di Sam bagi mematahkan serangan tersebut, namun gagal kerana beliau meninggal dunia terlebih awal. Pada zaman al-Mansur, beliau berusaha mendapat kembali kawasan yang dirampas    oleh kerajaan Byzantine. Beliau telah membina kekuatan di kawasan utama seperti Kubu al-Jazirah dan Kubu Syam. Akibatnya,Raja Byzantine, Contantinople IV mengajukan perjanjian damai dengan kerajaan Abbasiyah. Mereka bersedia membayar cukai kepada Baghdad setiap  tahun.      Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.

b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umayyah di Andalusia sentiasa tegang akibat permusuhan.Keadaan ini menebabkan Abdul Rahman bin Muawiah cuba melarikan diri daripada kerajaan Abbasiyah.Beliau berjaa menubuhkan kerajaan Umayyah di Andalusia dengan menjadikan Cordova sebagai ibu negara. Perisiwa ini berlaku pada ahun 755 M.

      Namun begitu kerajaan Abbasiyah berjaya mengepung sebahagian daripada kawasan Andalusia dan berjaya menewaskan kerajaan Umayyah.Khalifah Abu Jaafar al-Mansur telah membuat satu revolusi unuk menjatuhkan al-Ala bin Mughis al-Jazami di Kota Bajah pada tahun 763M. Namun gagal kerana pemerintah Andulia di Sepanyol Abdul Rahman al-Dakhil telah berjaya memaahkan usaha tersebut.Abdul Rahman juga berusaha untuk memisahkan Syam daripada jajahan Abbasiyah.[2]
c.Perjanjian  Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriatik di Selatan Perancis.
      Kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Laut Adriatik di Selatan Perancis pada zaman sekarang.Kerajaan ini di bawah pimpinan Raja Perancis Sharlaman ang elah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah. Kedua-dua kerajaan ini juga bertukar-tukar duta masing-masing khususnya zaman Khalifah Harun al-Rashid.Begiu juga dengan Shalaman  ang menjalin hubungan baik dengan negara Islam seperti sering bertukar-tukar hadiah antara kedua-dua pihak.
      Kerjasama antara Sharlaman dengan Khalifah Harun al-Rashid dibuat dengan dua tujuan;
Pertama memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umayyah di Andalusia, tetapi gagal kerana  kerajaan Umayyah memiliki kekuatan ang lebih besar. Kedua secara politik Sharlaman memperolehi beberapa faedah dari Baghdad terutama dalam keilmuan. Ini kerana Eropah dan orang Kristian ketika itu berada dalam zaman kegelapan ilmu. Hubungan ini membolehkan Sharlaman berusaha memperbaiki keadaan pemerintahnnya  dari segi undang-undang dan politik dengan mengikuti cara-cara Khalifah Harun al-Rashid.[3]
   Perlantikan dua kedua-dua pihak dan perukaran hadiah.
   Berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia Barat ang berada  pada zaman kegelapan.

Perjanjian-perjanjian zaman khalifah Uhmaniyah
a.Perjanjian Carlowiz (1699m) isi perjanjian dan kesannya
b.Perjanjian Passarowit 1718M- isi perjanjian dan kesannya
c.Perjanjian Radsin- isi perjanjian dan kesannya
d.Perjanjian Kainnarji/Perjanjian Kucuk Kanarcea/Perjanjian Cahaina 1774M- isi perjanjian dan kesannya
e.Perjanjian Sisova 1791M - isi perjanjian dan kesannya
f.Perjanjian Jass 1792M- isi perjanjian dan kesannya
g.Perjanjian Dardanela 1809M - isi perjanjian dan kesannya
h.Perjanjian San Sefano 1878- isi perjanjian dan kesannya
i.Perjanjian Berlin 1887M- isi perjanjian dan kesannya.[4]



[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 170.
[2]Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 172.
[3]Ibid, 173.
[4] “Perjanjian”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

1.8.3 Perjanjian

Unit 1.8 Perhubungan luar
1.8.3  Perjanjian
Hasil Pembelajaan-membincangkan benuk perhubungan luar zaman Khalifah Abbasiah abad ke-9M-13M dan Khalifah Uhmaniyah abad ke-17M-19M.
Perjanjian
Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomaik dengan negara luar.Namun hubungan inilebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan kedudukan kerajaan Abbasiyah ke aas negara wilayahnya.[1]
1.Perjanjian-perjanjian pada zaman Khalifah Abbasiyah.
A.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan  Byzantine (Rom Timur) iaitu musuh tradisi kerajaan Islam. Byzantine membayar cukai tahunan kepada kerajaan Abbasiyah.
b.Perjanjian Khalifah Abbasiyah dengan Kerajaan Umayyah di Andalusia.
c.Perjanjian  Khalifah Abbasiyah dengan kerajaan Karolonji di Laut Adriaik di Selatan Perancis.
   Perlantikan dua kedua-dua pihak dan perukaran hadiah.
   Berlaku interaksi ilmu Islam ke dunia Barat ang berada  pada zaman kegelapan.

Perjanjian-perjanjian zaman khalifah Uhmaniyah
a.Perjanjian Carlowiz (1699m) isi perjanjian dan kesannya
b.Perjanjian Passarowit 1718M- isi perjanjian dan kesannya
c.Perjanjian Radsin- isi perjanjian dan kesannya
d.Perjanjian Kainnarji/Perjanjian Kucuk Kanarcea/Perjanjian Cahaina 1774M- isi perjanjian dan kesannya
e.Perjanjian Sisova 1791M - isi perjanjian dan kesannya
f.Perjanjian Jass 1792M- isi perjanjian dan kesannya
g.Perjanjian Dardanela 1809M - isi perjanjian dan kesannya
h.Perjanjian San Sefano 1878- isi perjanjian dan kesannya
i.Perjanjian Berlin 1887M- isi perjanjian dan kesannya.[2]


[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 170.
[2] “Perjanjian”, ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),31.

Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]

Kewujudan sesebuah negara yang dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa' al-Rasyidin.

      Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan kerajaan Islam Madinah.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.

   Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan Byzantine dalam beberapa siri peperangan.

      Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah. Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.

    Pada zaman kerajaan Umayyah terutama sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.

      Kempen ketenteraan di India di bawah pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha, iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar  tertentu.

      Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
      Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.


      Kesimpulannya naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah melangkaui sempadan geografi

Unit 1.8- Perhubungan luar-Naungan

Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1.8.2 Hasil Pembelajaran
Membincangkan bentuk perhubungan  luar - naungan melalui pembayaran  jizyah
Khalifah al-Rasyidin  abad ke-7M (601 - 699 M) dan Khalifah Umayyah abad ke-7-8M
Maksud naungan.
Naungan merujuk kepada perlindungan yang diberikan oleh kerajaan yang lebih kuat dan berpengaruh terhadap kerajaan yang lemah atau yang berjaya dikuasai melalui kempen ketenteraan.[1]
1.Naungan-Zaman Khulafa al-Rasyidin,  naungan melalui  pembayaran jizyah ke
Atas kafir  zimmi dan al-Mustakim
. Definisi jizyah
Kadar jizyah - jizyah secara baik dan jizyah secara paksaan
Syarat-syarat jizyah
Naungan  yang berhak  diterima melalui  pelaksanaan  jizyah
a. Hak mendapat perlindungan
- ancaman luar, kezaliman,nyawa  dan harta benda
b. Hak mendapat  kehormatan  diri
c. Hak kebebasan beragama
d. Hak memperolehi perlindungan (kebajikan)  waktu miskin dan pada hari tua
e. Hak kebebasan  bekerja dan memegang jawatan  dalam kerajaan
f Kafir  zimmi dan al-Mustakimberkewajipan menunaikan tanggungiawab  terhadap negara  Islam :
a. Menghormati  undang-undang  Islam
b. Menghormati  syiar dan umat  Islam
c. Bersama-sama mempertahankan  negara Islam
d. Bersama-sama membangunkan  negara Islam.[2]
Perubahan dasar pelaksanaan  jizyah zamanNabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar
- jizyah diambil daripada wilayah  bukan Islam yang bernaung  di bawah negara Islam.
Perubahan dasar pelaksanaan  jizyah zaman Khalifah  Umar – jizyah diambil daripada orang kafir  zimmi yang tinggal dalam negara Islam.

Perubahan  dasar pelaksanaan  jizyah pada zaman Umaiyyah
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan) - jizyah diwajibkan ke atas kafir zimmi (Mawali)  yang memeluk Islam dan golongan  agama (rahib)
- satu bentuk diskriminasi Arab dan bukan Arab – jizyah sumber  kewangan  penting  negara - penubuhan  Diwan al-Kharaj
Perubahan  dasar pelaksanaan jizyah pada zaman  pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz
 - jizyah ke atas kafir zimmi  dihapuskan untuk menarik mereka  memeluk  Islam, menghapuskan  amalan diskriminasi terhadap  golongan Mawali  dan menggalakkan asimilasi  golongan Mawali  dan bukan  Arab. Kadar jizyah dikurangkan.
Namun khalifah-khalifah Umayyah  seterusnya telah mengembalikan  dasar diskriminasi terhadap  golongan Mawali  -dikenakan jizyah.[3]



[1]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,94.
[2] “Perhubungan Luar, Naungan ”, dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),40.
[3]Ibid,41.