Sabtu, 22 Disember 2018

c)Struktur Pemerintahan di Madinah.

OLEH- AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Islam telah ditubuhkan di Madinah. Negara Islam tersebut diketuai oleh Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang Nabi dan Rasul.Pemerintahan di Madinah bersifat negara kota. Nabi Muhammad SAW telah meletakkan asas pemerintahan mengikut pengurusan dan pentadbiran Islam yang sebenar.

       Di Madinah, baginda telah berjaya menggubal Piagam Madinah. Piagam yang digubal tersebut mengandungi 47 fasal yang menerangkan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan umat Islam dan bukan Islam. Oleh itu, piagam tersebut dapat menjadi teras peraturan hidup masyankat baharu Madinah yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.[1]

Kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin  tertinggi di Madinah. Nabi menjadi Ketua Badan Eksekutif,legislatif dan kehakiman.
Al-Quan sebagai dasar pemerintahan.

Dasar pentadbiran.
a)Mengukuhkan akidah Islamiah.
b)Agama Islam sebagai landasan dan rujukan
c)Majlis syura dan amalan musyawarah dalam pentadbian.
d)Piagam Madinah sebagai Perlembagaan Negara.
e)keadilan sosial.

Pembentukan pasukan tentera.
Masjid sebagai institusi terpenting.
Pusat pemerintahan, pusat ibadat,pusat penyebaran ilmu, pusat kebudayaan dan pusat pertemuan umat Islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.
Usaha-usaha Nabi selepas berjaya menubuhkan negaa Islam di Madinah.[2]
a)Memperkasakan perpaduan.
b)Memakmurkan masjid.
c)Menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai asas pemerintahan.
d)Melaksanakan Piagam Madinah
e)Memimpin melalui teladan.
f)Penyingkiran golongan Yahudi.
g)Membendung kaum munafik.
h)Mempekenalkan pelbagai sistem Islam seperti ekonomi Islam,sistem sosial Islam, perundangan Islam dan kebebasan beragama.
i)Hubungan antabangsa.
j)Memperkasakan sistem pertahanan negara.[3]




[1] Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini (Shah Alam:Oxford Fajar,2013),36.
[2]Sistem Pemerintahan”,dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),9.  
[3]Ibid,10. 

Tiada ulasan: