Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelaran:Menjelaskan konsep ummah dan perkembangan masyarakat
Islam.
Nabi Muhammad SAW diutus bagi
menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda
ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku
suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang
membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena
baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah
kepada era-era selepasnya.[1]
A.Konsep ummah.
Definisi ummah dari segi bahasa
dan istilah.
Ummah bererti masyarakat atau
umat manusia.Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad SAW,masyarakat yang
mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam dan bukan Islam seperti kaum Yahudi
di Madinah ketika itu.Ringkasnya ummah zaman Nabi ialah masyarakat yang
mematuhi undang-undang Islam samada mereka seagama atau tidak. Namun berikutan
dengan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas kepada
umat Islam yang tinggal di Kota Madinah.[2]
Usaha-usaha Nabi Muhammad SAW
membentuk ummah di Madinah;
a)Penyatuan suku Arab Aus dan
Khazraj menjadi Ansar.
b)Penyatuan golongan Ansar dan
Muhajirin-ukhuwah Islamiah.
c)Penyatuan umat Islam dengan
bukan Islam melalui konsep ummah.
d)Penggubalan Piagam Madinah dan
penubuhan negara Islam.
e)Melaksanakan keadilan sosial
termasuk kebebasan beragama, jaminan keselamatan dan kebebasan ekonomi..
f)Penyingkiran golongan yahudi
Bani Qainuqa’, Bani Nadir dan Bani Quraizah.
g)Memperkasakan ekonomi Islam
–perniagaan, pertanian dan sebagainya.
h)Pembentukan pasukan tentera.
i)Dasar berhati-hati terhadap
golongan munafik.[3]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan