Pendahuluan
Sebelum Nabi berhijrah ke Madina,
penduduk Madinah yang terdiri dari kaum Aus, Khazraj dan Yahudi hidup
berpuak-puak dan mengamalkan agama yang berbeza.Apabila Nabi berhijrah ke
Madinah, tindakan awal yang dilakukan ialah
menyatukan penduduk Madinah di bawah satu aqidah..Nabi Muhammad telah
membentuk Piagam Madinah dan mewujudkan sebuah institusi pemerintahan yang
tersusun dan teratur di Madinah.
USAHA-USAHA NABI
Memakmurkan masjid
Pada peringkat awal, baginda
telah mendirikan Masjid Quba dan Masjid Nabawi yang berfungsi sebagai pusat
ibadat dan tempat pertemuan masyarakat untuk membincangkan hal-hal semasa
termasuk urusan agama, politik, ekonomi, dan sosial. Justeru, masjid berperanan
sebagai tempat asas pertemuan dalam pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu
padu. Menjadikan al-Quran dan hadis sebagai asas pemerintahan
Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan al-Quran dan
hadis sebagai pegangan dan panduan dalam mentadbir negara. Keadilan dijadikan
asas dalam segala bentuk tindakan. Keadaan tersebut dapat melahirkan masyarakat
yang bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Menguatkuasakan Sahifah
Madinah (piagam Madinah)
Menggubal Perlembagaan Madinah yang mampu
memperkukuhkan kedudukan pelbagai kaum kerana undang-undang menjadi asas dan
teras kepada pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu.
Golongan Yahudi dan Nasrani menerima status mereka sebagai golongan zimmi dan
patuh kepada Perlembagaan Madinah.
Memperkukuhkan suku Aus dan
Khazraj Baginda telah menyatukan sukuAus dan Khazraj menjadiAnsar. Justeru,
persaudaraan lslam telah menggantikan semangat assabiah. lni merupakan titik
tolak kepada pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.[1]
Memperkukuhkan golongan Ansar dan
Muhajirin
Nabi Muhammad s.a.w. telah mempersaudarakan
kaum Muhajirin yang berpindah dari Makkah ke Madinah dengan penduduk Ansar
melalui semangat persaudaraan lslam yang mendalam sehingga mereka tidak merasa
wujudnya perbezaan antara golongan Muhajirin dengan Ansar. Perpaduan tersebut
telah mempercepatkan lagi pembentukan masyarakat Madinah yang mantap.
Mengawal dan membendung kegiatan
kaum munafik
Pembentukan masyarakat Madinah
sedikit rumit kerana kaum munafik merupakan kaum yang berpura-pura memeluk
lslam dan berniat jahat untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat
lslam. Melaluiwahyu, baginda menasihati para sahabat supaya berwaspada terhadap
niat jahat kaum munafik. Langkah baginda berjaya kerana tiada permusuhan secara
terbuka dan kematian ketuanya, iaitu
Abdullah bin Ubay melenyapkan cita-cita kaum munafik. Menyingkirkan kaum Yahudi
di Madinah
Kaum Yahudi, iaitu Bani Qunaiqa',
Bani Nadhil dan Bani Quraizah telah disingkirkan dari kota Madinah kerana
melanggar Piagam Madinah. Penyingkiran mereka dibuat secara perundangan
berteraskan keadilan. Langkah baginda ini berjaya memperkukuhkan kedudukan
lslam di Madinah. Dengan itu, masyarakat Madinah akhirnya terdiri daripada umat
lslam sahaja.
Memimpin melalui teladan
Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan dan
mengamalkan sifat kepimpinan yang unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, dan
fatanah dalam pemerintahan dan pentadbiran baginda sebagai ketua negara.
Kepimpinan tersebut berjaya menyatukan dan membangunkan masyarakat Madinah yang
mantap dari mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Tindakan lain
Menegakkan keadilan dalam masyarakat dengan
memperkenalkan sistem perundangan dan syura. Menjalin hubungan antarabangsa
dengan menghantar surat kepada pemimpinpemimpin luar dan surat kepada
pendakwah. Memperkasakan sistem pertahanan. Menggalakkan kegiatan perniagaan
dan melaksanakan sistem ekonomi lslam.
Kesimpulan Kepimpinan cemerlang
Nabi Muhammad s.a.w. diterjemahkan melalui usaha-usaha baginda melalui dasar
perundangan, ekonomi, sosial, dan politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan