Pendahuluan Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, rlegara
.Islam Madinah diterajui oleh sekumpulan para sahabat Baginda seramai empat
orang yang dikenali ' sebagai Khulafa' al-Rasyidin. Berikutan peluasan wilayah
Islam, masyarakat Islam terus berkembang.
Isi-isi Penting
Kemenangan tentera Islam dalam perang menentang golongan
murtad pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah memperkukuh lagi barisan
tentera Islam ke arah peluasan jajahan takluk Islam.
Dakwah Islamiah tersebar dengan meluas dalam kalangan
penduduk di wilayah utara Semenanjung Tanah Arab, khususnya di Iraq, Syria
(Syam), dan Mesir.
Apabila berlaku penaklukan dan peluasan jajahan takluk
Islam di luar Semenanjung Tanah Arab, hal ini menyebabkan bilangan umat Islam
bertambah ramai termasuk bangsa Parsi (di Iraq dan di timur Iraq), Qibti (di
Mesir), dan Barbar (di utara Afrika). Namun pada masa yang sama, masyarakat
Arab telah berpecah.
Bangsa Arab telah berpecah kepada beberapa kumpulan,
iaitu Muhajirin dan Ansar, golongan bekas murtad (Ahl al-Riddah), Ahl al-Ayyam,
Qurra', Khawarij dan Syiah.
Faktor-faktor yang membawa kepada kelahiran pelbagai puak
dalam masyarakat Arab ialah: (a) kewafatan Nabi Muhammad SAW. (b) perselisihan
tafsiran mengenai ayat al-Quran dan hadis (c) pertembungan afitara kaum Quraisy
dengan suku Arab yang lain. (d) perebutan kuasa antara Bani Hasyim pimpinan Ali
bin Abi Talib dengan Bani Umayyah pimpinan Mu'awiyah bin Abi Sufyan. (e) isu
tanah di Iraq, iaitu tanah yang tidak bertuan (tanah sawafi).
Perpecahan ini telah membawa kepada perang saudara, iaitu
Perang Jamal dan Perang Siffin pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi
Talib.
Perang Jamal yang berlaku pada Jamadil4khir 36
Hijrah/Disember 657 Masihi merupakan perang saudara pertama yang berlaku dalam
sejarah Islam. Peperangan ini berlaku antara penyokongpenyokong Khalifah Ali
bin Abi Talib dengan para sahabat termasuk A'ishah, isteri Nabi Muhammad SAW
untuk membela kematian Khalifah Uthman bin Affan.
Berikutan Perang Jamal yang memihak Khalifah Ali bin Abi
Talib, berlaku pula Perang Siffin antara pengikut-pengikut KhalifahAli bin Abi
Talib dengan penyokong-penyokong Mu' awiyah bin Abi Sufyan pada bulan Safar 37
Hijrah/Julai 657 Masihi. Perang saudara kali kedua ini adalah bermotifkan
politik dan berakhir dengan memihak kepada tentera Khalifah Ali bin Abi Talib.
Perang Siffin diakhiri dengan Majlis Tahkim, iaitu
rundingan damai antara Khalifah Ali bin Abi Talib dengan Mu'awiyah bin Abi
Sufyan pada bulan Syaaban 38 Hijrahr/Januari 659 Masihi' Perundingan ini gagal
mencapai persetujuan disebabkan gangguan oleh golongan Khawarij' .
Golongan Khawarij memberontak menentang tentera Khalifah
Ali bin Abi Talib sehingga meletusnya peperangan di Nahrawan pada bulan Safar
38 Hijrah/659 Masihi.
Disebabkan Khawarij tewas dalam Perang Nahrawan, mereka
bertindak membunuh Khalifah Ali bin Abi Talib pada tahun 40Hijrah/66l Masihi'
Dengan kematian
Khalifah Ali bin Abi Talib, tampuk pemerintahan kerajaan Islam diserahkan
kepada Sayidina Hassan, putera Sayidina Ali bin Abi Talib sebelum berpindah
secara kekal kepada Mu' awiyah, pengasas kerajaan Umayyah'
Kesimpulan
Dengan wujudnya pelbagai bangsa dan kaum dalam masyarakat Islam menyebabkan
kebudayaan dan pemikiran Islam bercambah dan berkembang. Kesan daripada
perkembangan kebudayaan dan pemikiran umat Islam telah membawa kepada tahap
ketamadunan Islam yang tinggi walaupun berlaku perpecahan dalam masyarakat.Perpecahan
dalam masyarakat Islam yang ditimbulkan oleh golongan-golongan yang
berkepentingan tidak menjadi halangan kepada kemajuan dan pembangunan umat
Islam dalam bidang ilmu Pengetahuan.
SUMBER- Mahayudin Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam
(500-1918) Penggal 2,Edisi Ketiga(Shah Alam:Oxford Fajar,2017),319-310.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan