Kegiatan ekonomi zaman
kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
Ahli-ahli sejarah klasik dan moden
bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid
(170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi
sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip
K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia
mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding
dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana
pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan Abbasiyah juga menumpukan
kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama iaitu pertanian,
perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi .
Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya
pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan antarabangsa terpenting
dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan
Abbasiyah amat luas.
Pelabuhan Baghdad,Basrahdan lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana
terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan
berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris. Tanaman
seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan Bukhara
adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai hasil pertanian adalah sumber penting kerajaan.
Pemerintah berperanan memajukan
sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan menggalakkan
pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi meningkatkan
pengeluaran, usaha penyelidikan dilakukan. Dengan ini,
lahir ramai tokoh
cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara kawasan pertanian zaman
kerajaan Abbassiyah ialah Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]
Daerah Khurasan merupakan daerah
pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan
terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara
Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga
dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang
membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa
jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon,
limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih,
tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti
yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham.
Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu,
kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari
dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]
c.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4]
Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri yang terkenal pada masa itu ialah industri
gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan perdagangan internasional
pada zaman Abbasiyah sangat luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah
dan Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.
Pedagang-pedagang Islam telah
berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan
kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang sampai ke Sepanyol. Mereka
menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot
rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula
dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.
Baghdad merupakan kota dagangan terbesar di Asia setanding
Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak
saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah Abbasiyah, malah
menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru. Damsyik pula menjadi
kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat
dan pulang dari Mekah.[5]
[1] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi
Kedua,(Shah Alam:Oxford Fajar.2016)
,103.
[3] http://bfs131.blogspot.my/2010/02/perkembangan-ekonomi-di-zaman-kerajaan.html (diakses pada 8 Mac
2016).
[4]“Sisem
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan