Kegiatan ekonomi di Melaka pada
abad ke-15 dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ekonomi sara diri dan
ekonomi perdagangan.
1.Ekonomi saradiri
Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan seperti bercucuk tanam,
menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan, berburu dan menternak binatang.
Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi aktiviti penanaman padi. Fasal 20
Undang-Undang Melaka ada menyatakan
wujudnya tanah perhumaan, bendang sawah dan ladang.
2.Pertanian-bercucuk tanam ,penanaman
padi
Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di
Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di
Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah
mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan
ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang-
kerbau,lembu dan kambing.
Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang. Binatang yang diternak
ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara
Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan hukuman ke atas oramg yang mencuri
binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan
getah jelutung
Aktiviti memungut hasil hutan
juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan
oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup
dengan persekitaran sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip
ialah makanan seperti pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan
serta keperluan
lain seperti ubat-ubatan daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah
jelutung.
Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan dan getah jelutong
mendapat permintaan yang tinggi daripada pedagang luar.[3]
6.Memburu-kegiatan tradisi
Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai aktiviti sara diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk
menambah pendapatan. Kegiatan memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja
Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama
bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan
semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh Orang Laut di
Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti
menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun
1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke
laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang
kayu bulat bertebuk.[5]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor
Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[4] Ibid,
188.
[5]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, 168.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan