Ahad, 4 Mac 2018

SUMBANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
b)SultanMuhammad al-Fatih – Khalifah Uthmaniyyah
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
 Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Penaklukan kota Konstantinople  melalui pelbagai strategi dan perancangan  - membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah -
Serbia, Murah,  Romania, Albania dan Bosnia Herzegovina
b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
 Mendirikan masjid-masjid
Instituisi pendidikan
Kebajikan  rakyat
c) Agama
Kebebasan  beragama
Gerakan jihad dakwah  Islamiah  ke benua Eropah.[1]
Latar belakang  Sultan Muhammad al-Fatih
  Nama sebenar  baginda  ialah Muhammad bin Murad binMuhammad  bin Bayazid.Baginda telah dilahirkan  pada 29 Mac 1432 di Adrianapolis iaitu sebuah  bandar bersempadankan Turki-Bulgaria.Baginda juga dikenali dengan  gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya  membebaskan kota Constantinople.Sultan Muhammad al-Fatih  menaiki  takhta seawal usia 19 tahun apabila menggantikan  ayahandanya Sultan Murad II. Baginda telah memerintah empayar  yang begitu luas selama kira-kira  30 tahun (1451-1481).Baginda merupakan  seorang negarawan  yang ulung dan seorang panglima  tentera yang agung  kerana telah memimpin  sebanyak  25 kempen peperangan.Baginda telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.[2]
Kepimpinan  dan pentadbiran :
a) Politik
Pemimpin  yang warak  dan bertoleransi
Sultan Muhammad mengikuti sistem pendidikan yang sistematik di bawah pengawasan sekumpulan ulamak terkenal pada zamannya contohnya Syeikh Aq Shamsuddin dan Mulla al-Kurani. Kumpulan ulamak inibanyak mempengaruhi keperibadian dan pandangan bangindatentang kehidupan sehingga menjadi seorang pemimpin yang warak dan bertoleransi. Ketika zaman kanak-kanak baginda mempelajari al-Quran, hadis, feqah dan ilmu-ilmu semasa seperti matematik, falak, sejarah dan pendidikan ketenteraan.  Baginda seorang pemuda yang warak. Malah jarang sekali baginda menunaikan solat bersendirian, melainkan di masjid.[3]
Penaklukan kota Konstantinople 
Sejak  kecil, Muhammad  al-Fatih telah meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya  untuk menawan  kota Constantinople.  Sepanjang  dua tahun pertama  selepas menaiki takhta, baginda  mengkaji  pelan kota Costantinople  secara terperinci pada  setiap malam  bagi mengenal pasti  sebarang  faktor-faktor  kelemahan  kota tersebut.Baginda  juga turut mengkaji  sebab-sebab  kegagalan  kempen-kempen  panglima  Islam yang terdahulu  serta  berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi  terkini yang sesuai untuk digunakan.

      Baginda telah membuat  persiapan untuk menawan  kota Constantinople  dengan menyediakan  angkatan tentera yang besar dan  canggih. Angkatan  tenteranya disertai  kira-kira  265 000 orang para mujahid dan dilengkapi dengan  400 buah kapal  laut. Baginda juga mengarahkan  pembinaan  peralatan  perang  termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak  bom seberat  300 kilogram dengan  jarak sejauh  1.5 kilometer.

Membuka laluan penaklukan ke Eropah  /Balkan
Kota Rumeli Hisari telah dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang  lapan kilometer dari kota Constantinople.  Benteng ini dapat mengawal  rapi kapal-kapal  yang melintasi Selat Bosphorus.Baginda juga telah mengikat  perjanjian  damai dengan  pihak Wallachia,  Serbia dan Hungary  untuk memencilkan  Constantinople apabila diserang nanti.Dalam usaha untuk menawan kota Constantinople,  baginda membawa  bersama batalionnya dengan para ulama dan pakar motivasi ke medan perarig bagi membakar,  semangat  jihad tenteranya terutama  semasa  mereka ,menghampiri dinding kubu kota tersebut.

Mengepung dan membuka Kota Konstantinople
Kota Konstantinolple telah dikepun dan diserang pada hari Rabu 19 April 1453 bersamaan 12 Rabiulakhir 857H bersama angkatan tenteranya seramai 265 000 orang. Dengan dihujani peluru meriam selama 48 hari, namun hanya dapat merosakkan sebahagian dinding luar kota tersebut.Antara taktik peperangan yang digunakan ialah menggunakan menara bergerak yang lebih inggi daripada Kota Konstantinople. Baginda juga membawa kapal-kapal melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Golden Horn.Taktik peperangan ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini.Tentera Uthmaniyah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 67 kapal ringan dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas.[4]

Kapal-kapal Byzantine habis terbakar dibedil meriam tentera Islam. Tentera Islam turut diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad supaya tidak jemu kerana pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan menang. Tentera Islam beramai-meramai melaungkan takbir dan mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople. Akhirnya pada 29 Mei 1453 baginda bersama tenteranya berjaya menawan Konstantinople.Beliau telah membuktikan kebenaran hadis nabi Muhammad SAW. Nama kota Konstantinople ditukar kepada Istanbul. Istanbul telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Khalifah Uthmaniyah. Gereja besar St. Sophies kemudiannya telah ditukar menjadi MasjidAya Sphia.[5]     

Penyatuan wilayah dan peluasan empayar  hingga ke Eropah –
  Tindakan penyatuan dilakukan  bertujuan menyekat  serangan kaumMagyar. Bagi merealisasikannya, baginda terpaksa mengambil alih pemerintahan  Serbia.Namun,  usaha mendapatkan  wilayah tersebut  tidak direstui oleh tentera Kristian menyebabkan Sultan Muhammad  al-Fatih berundur  seketika.Walau bagaimanapun,  ekoran  perebutan  takhta yang  berlaku dalam  kalangan  kerabat diraja Belgrade, peluang  tersebut telah digunakan oleh Sultan Muhammad  al-Fatih untuk menawan Belgrade  dan akhimya baginda berjaya.Sultan  Muhammad  al-Fatih  juga berjaya mennghapuskan  perikatan tentera  kerajaan Albania yang  berhasrat menjatuhkan  baginda.Kesan kejayaan  ini, kekuasaan  kerajaan  Turki Uthmaniyah semakin berkembang  di Eropah.[6]

b) Sosial
Pertambahan  penduduk Istanbul
Tindakan ini dilakukan kerana  bilangan  penduduk  kota berkenaankian berkurangan  akibat  terkorban  dalam peperangan.Baginda mengarahkan  supaya orang Yunani yang meninggalkan kediaman  mereka kembali semula ke kota berkenaan.Baginda juga mengarahkan  negeri-negeri di bawah taklukannya menghantar wakil masing-masing  ke kota tersebut bagi memakmurkannya.Orang Islam dari Asia turut berpindah  secara beramai-ramai ke ibu kota yang baharu untuk menjalankan  aktiviti perniagaan disebabkan kedudukannya  yarrrg strategik.Namun, faktor utama yang mendorong kebanjiran  golongan imigran  ke kota ini ialah sifat baik dan pemurah Sultan  Muhammad al-Fatih yang sering melayani rakyatnya  tanpa diskriminasi.[7]

Mendirikan masjid-masjid
Gereja Besar St. Sophia dijadikan pusat ibadat orang  Islam.Pada hari ini, gereja  tersebut  dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.Bangunan masjid  diubah suai mengikut  seni bina Islam. Pada dinding dan tiang masjid dihiasi dengan  ayat-ayat  al-Quran bertulisan  khat yang indah. Di luar masjid pula dibina  sebuah menara.  Padazaman sultan berikutnya,  bilangan menara meningkat kepada tiga buah.Baginda juga membina  1l buah masjid termasuk sebuah masjid yang berhampiran dengan makam Abu Ayyrb  al-Ansarri.  Di tepi masjid  ini dibina sebuah  kubah yang berwarna  putih. Tempat  ini akhirnya menjadi tumpuan  ahli tasawuf.[8]
Instituisi pendidikan
Beliau mencintai ilmu, oleh itu beliau telah memperkasakan institusi pendidikan dan sains dan teknologi.Beliau memperhebatkan pembabitan para ulama Islam dalam kajian penemuan saintifik dan teknologi. Institusi  pendidikan khasnya madrasah dan perpustakaan  telah dibuka dan ini menggambarkan baginda amat mementingkan aspek pendidikan. Beliau turut memperkasakan institusi sekolah dan memberi pembiayaan percuma kepada semua kaum. Beliau tutur mencipta meriam pertama di dunia.
Kebajikan  rakyat
Bagi menjaga kebajikan  rakyat, baginda mendirikan  hospital, rumah kebajikan,  rumah fakir-miskin  dan menyediakan kemudahan telaga.Untuk tujuan keselamatan  pula, baginda telah membina  limbungan kapal, gedung senjata dan sebuah kubu yang dilengkapi  dengan menara kawalan.

Agama
Kebebasan  beragama
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Andalus telah berpindah  ke Istanbul.  Sultan Muhammad al-Fatih  juga telah membenarkan  agama.Kristian diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalanMazhab Ortodoks mereka.Baginda juga telah meminta  pihak gereja berhimpun dan memilih seorang  ketua  paderi dalam  kalangan  mereka. Akhirnya,  Anadius dipilih sebagai ketua. Anadius  kemudian berkata bahawa  beliau lebih suka melihat serban Sultan daripada  melihat  topi Latin (Katholik)  kerana  pihak Katholik  Barat telah menindas  pihak Ortodoks.Sultan juga mengarahkan  supaya gereja  tidak dimusnahkan  atau diapa-apakan.[9]




[1]Ibid,35.
[2]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 86.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 153.
[4] Ibid,155.
[5] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.
[6]Ibid,88.
[7]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2014)  ,83.
[8] Ibid,84.
[9]Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2 Edisi Kemaskini, 89.

Tiada ulasan: