Rabu, 23 Mei 2018

skema Percubaan SEJARAH STPM P2 Kelantan 2018

Soalan 2 

 Jelaskan peranan Piagam Madinah terhadap keutuhan negara Islam Madinah

A..Pengenalan 

-Piagam Madinah merupaka perlembagaan bertulis pertama di dunia. Mengandungi 10 bab dan 47 fasal.

-Digubal oleh Nabi Muhammad SAW berasaskan Quran dan sunnah

-Piagam ini memainkan peranan penting sebagai dasar pemerintahan dalam konteks masyarakat majmuk. Antara peranan tersebut ialah;

B.Isi –Isi Penting

1. Menyatupadukan penduduk

-Melalui Piagam Madinah orang-orang Muhajirin dan Ansar dipersaudarakankan. Seterusnya pula masyarakat Islam dan Yahudi disatukan membentuk ummah

-Piagam ini telah membentuk ukhwah masyarakat Islam Madinah iaitu Muhajirin dan Ansar.

2. Menyelesaikan masalah penduduk.

-Piagam ini telah banyak menyelesaikan masalah penduduk Madinah seperti perbalahan di antara puak Aus dan Khazraj

-Melalui sahifah ini masalah yang ditimbulkan oleh masyarakat dapat diselesaikan apabila mereka mencabulinya dan telah membawa kepada penyingkiran Yahudi dari Kota Madinah.

3. Dasar umum pemerintahan Negara

-Piagam Madinah telah menggariskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin, kebebasan beragama, perpaduan , pertahanan,kepatuhan terhadap perlembagaan dan sebagainya

4



-Segala yang termaktub dalam perlembagaan tersebut telah diamal dan dipatuhi oleh pemimpin dan rakyat. Ini telah melancarkan pemerintahan negara.

-Contohnya dari segi pertahanan penduduk Madinah bersatu mempertahankan Negara dari ancaman Musyrikin Makkah.

4. Menjadikan Madinah negara berdaulat dan berpelembagaan

- Piagam ini menjadikan Madinah sebuah negara berdaulat dengan dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w, mempunyai rakyat berbilang bangsa,berlokasi di Kota Madinah dan mempunyai perlembagaan yang lengkap dan bertulis.

-Pengiktirafah kedaulatan Madinah diakui oleh Musyrikin Makkah melalui Perjanjian Hudaibiyah. 

5. Melaksanakan syariat Islam

-Selepas piagam ini digubal pelaksanaan syariat Islam semakin lancar. Pelaksanaan syariat Islam bukan terhadap agama sahaja malah tertumpu pula kepada ekonomi antaranya seperti pengharaman terhadap riba, zakat, jizyah dan baitul mal.

-Aspek sosial pula ialah antara yang dilaksanakan ialah pengharaman terhadap arak, kejiranan,hubungan antara kaum.Contohnya Rasulallah melawat orang Yahudi yang sakit dan mengusung jenazah orang Yahudi yang meninggal dunia. 

C. Kesimpulan

-Piagam Madinah merupakan asas kepada kemunculan Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w

-Piagam Madinah memainkan peranan penting dalam menyatu dan menyelesaikan masalah penduduk yang berbilang kaum.


Soalan 3. 
Huraikan pelaksanaan sistem percukaian pada zaman Khalifah Abbasiyah dari abad ke 9 hingga  abad ke 11 masihi.
PENDAHULUAN
Pada zaman Khalifah  Abbasiyah ,wujud dua buah diwan (jabatan) utama iaitu Diwan alJund (Jabatanketenteraan) dan Diwan al- Kharaj (Jabatan Percukaian). Selainitu, wujud juga pelbagai diwan  lain  seperti Diwan al-Rasa’il, al-Khatam, al-Barid, al-Azimmah, as-Sawafi,alSirrdan lain-lain. Setiap diwan diketuai seorang pegawai tadbir yang bertanggung jawab menjalankan urusan tertentu  mengikut keperluan negara. Pelaksanaan cukai pada zaman kerajaan Abbasiyah meliputi sumber utama iaitu kharaj, jizyah dan usyur. Kharaj merupakan cukai yang dikenakan oleh pemerintah Islam terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam. Jizyah adalah cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan islam (zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam ke atas nyawa ,harta dan amalan agama mereka. Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.
Pelaksanaan sistem percukaian zaman Khalifah Abbasiyah adalah dengan
1)   Penubuhan Diwan al- Kharaj
Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran cukai tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai dan menentukan jumlah cukai mengikut keadaan dan kawasan tertentu. Pegawai ini juga bertanggung jawab memastikan semua pihak mematuhi peraturan dan pelaksanaan kutipan cukai berkenaan. Penubuhan jabatan ini bertepatan dengan situasi semasa memandangkan sector pertanian merupakan bidang yang diceburi oleh majority penduduk.Hasil pungutan kharaj yang diperolehi begitu besar dan dianggap penyumbang utama baitumal negara.Dengan kata lain, sector pertanian menjadi nadi jentera pentadbiran kerajaan Abbasiyah. Pada zaman khalifah al-Mahdi, beliau menubuhkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengawal selia akaun setiap jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaannya. Pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid, beliau telah mengarahkan Abu Yusuf bin Yaaqub. Qadhi Besar Baghdad supaya menyusun segala peraturan mengenai pecukaian untuk dijadikan panduan dalam pentadbiran negara. Abu Yusuf Berjaya menghasilkan Kitab al-Kharaj yang menjelaskan secara terperinci berkenaan peraturan-peraturan yang berkaitan percukaian termasuk kadar-kadar yang harus dibayar oleh individu terbabit. Kitab ini dihasilkan agar para amil yang bertugas memungut cukai dapat memahami kaedah percukaian dengan cara lebih jelas dan menghindarkan unsure penindasan.
2)  Pelaksanaan Kharaj
Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan.Faktor yang menentukan kadar kharaj termasuk lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman. Lazimnya, minima 10 dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian. Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan
6

harta benda yang bernilai seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman. Syaratsyarat tanah yang dikenakan kharaj antaranya pemilik tanah merupakan penduduk zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj yang disewakan atau dipajak (kharaj yang dikenakan ke atas pemilik tanah bukan penyewa) dan pengecualian kharaj jika hasil pertanian musnah akibat bencana alam. Pada zaman Khalifah al-Mahdi, beliau memperkenalkan system percukaian Muqasamahia itu cukai dikenakan keatas sebahagian daripada hasil keluaran pertanian. Kharaj juga merupakan salah satu sumber terpenting baitumal berikutan kemajuan pesat dalam bidang pertanian dan pembangunan negara. Pada zaman khalifah al-Makmun, cukai kharaj yang dipungut di wilayah Iraq berjumlah 27.8 juta dirham manakala di wilayah Khurasan sebanyak 28 juta dirham.
3) Pelaksanaan Jizyah
Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem pungutan jizyah seperti mana zaman khulafa al-Rasyidin di mana kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham ke atas golongan kaya, 24 dirham ke atas golongan pertengahan dan 12 dirham ke atas golongan miskin yang mampu menyara hidup mereka. Pelaksanaan pungutan cukai jizyah dipantau oleh gabenor-gabenor wilayah yang diantik oleh khalifah. Golongan yang dikecualikan jizyah termasuk orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin, golongan cacat dan lemah hamba dan golongan sakit berpanjangan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah, berbeza dengan zaman Umayyah dimana orang Islam bukan Arab (Mawali) turut dikenakan jizyah . Situasi ini mungkin disebabkan pada zaman Abbasiyah yang menguasai pentadbiran adalah bangsa Parsi dan Turki.Hasil pungutan jizyah disimpan di bawah baitulmal.
4) Pelaksanaan Usyur
      Kadar usyur berbeza terhadap jenis pedagang dan berdasarkan nilai dagangan. Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5.0% ke atas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar nisabnya. Zaman Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi yang pesat dalam sector perdagangan, perindustrian dan pertanian. Baghdad muncul antara pusat pedagangan tersibuk di dunia. Pelabuhan utama terletak di Baghdad, Basrah, Kaherah dan lain-lain. Kapal-kapal membawa barang dagangan melebihi sejuta dirham.    Antara barang dagangan utama termasuk sutera, kasturi, rempah-ratus, batu permata dan lain-lain. Oleh itu, usyur menjadi cukai penting yang dikenakan ke atas barang para pedagang. Bermula zaman pemerintahan Khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah telah menggenakan cukai perniagaan di pasar dan kedai-kedai di sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam yang lain. Usyur digunakan untuk pembangunan Negara seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan sebagainya.


KESIMPULAN
Pelaksanaan system cukai yang sistematik dan terancang telah menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan kerajaan Abbasiyah. Sumber cukai yang stabil dan banyak menyebabkan kerajaan Abbasiyah mampu menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan oleh rakyat.

Soalan 4.  
Bincangkan sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi.
Pendahuluan
1. Ibn Majid atau nama sebenarnya Shihab al-Din bin Majid al-Najdi. Dilahirkan di Julphar (Oman). Beliau merupakan seorang ahli pelayaran Arab yang terkemuka pada abad ke-9 H/15 M. 2. Beliau adalah daripada keturunan ahli pelayaran dan digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya belayar di Lautan Hindi. 3. Beliau telah menghasilkan 25 buah kitab sama ada berbentuk prosa atau pun puisi yang merangkumi bidang pelayaran, perjalanan bintang, angin, ombak dan lain-lain yang menggambarkan penguasaannya dalam bidang pelayaran dan geografi.  Isi-isi utama
1. Menghasilkan penulisan kitab-kitab pengembaraan yang memberi sumbangan dalam bidang pelayaran.

a) kitab  al-Fawaid fi Usul ‘Ilm al-Bahar wa al-Qawaid (mengenai kaedah-kaedah dan faedah-faedah ilmu laut) i) Hasil karya dalam bentuk prosa yang dibahagikan kepada 12 buah bab. ii) Kandungan kitab ini mengenai permulaan pelayaran, jarum magnet, bulan, bintang, kompas, laluan Lautan Hindi, 10 buah pulau yang paling terkenal termasuklah Pulau Jawa, Sumatera dan Ceylon,  monsun yang sesuai bagi
8

pelayaran dengan tarikh mengikut perkiraan bangsa Parsi dan tentang Lautan Merah. iii) Tujuan beliau menghasilkan karya yang pertama ini disebabkan hasratnya ingin memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan catatan-catatan yang telah dilakukan oleh pelayar-pelayar sebelumya. b) Menghasilkan kitab Hawiyat al Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar i) Dihasilkan pada tahun 866 H. Kandungan buku ini mengenai ilmu tarikh (falak), ilmu bahasa dan ilmu bintang. Juga berkaitan dengan laut di pantai Laut Arab, Hijaz, Syam dan Afrika. ii) Beliau juga menjelaskan laluan di Teluk Parsi, Lautan Hindi, Laut China, pantai, pelabuhan, garis lintang dan ilmu astronomi (falak). c) Menghasilkan kitab al-Urjuzah al-Mu’arrabah i) Dihasilkan pada tahun 890 H membicarakan pelayaran di Teluk Aden secara terperinci.  ii) Karya ini telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja khalayak pembaca malahan juga dapat memberikan tarikan yang tersendiri kepada penjelajah-penjelajah lain.  d) Menghasilkan karya Qadimah Makkiyah i) Merupakan sebuah karya yang memberi huraian lengkap tentang laluan di Laut Merah dari Jeddah ke Tanjung Fartak (Selatan Semenanjung Tanah Arab), Calicut, Daibul, Kokan, Gujerat dan Hormuz.

e) Karya Aribah al-Dara’ib dan Urjuzah al-Maimiyah i) Karya Aribah al-Dara’ib pula merupakan huraian yang lengkap mengenai penggunaan bintang sebagai panduan dalam pelayaran.  ii) Beliau juga telah menghasilkan karya mengenai bintang-bintang di kutub utara berjudul Urjuzah al-Maimiyah.

2. Jurupandu a) Beliau telah memandu Vasco da Gama yang belayar dari Malindi iaitu pantai timur Afrika hingga ke Calicut (Kerala). b) Sumbangan Ibn Majid ini diikhtiraf oleh Portugis sehingga beliau digelar Malemo Canaqua.

3. Mengatasi masalah pelayaran a) Beliau menyelesaikan kekeliruan yang dialami oleh pelawat tentang nama-nama laut. b) Beliau memberi gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke Laut China Selatan dan laluan melalui Laut Hindi.  c) Malahan beliau juga memberi panduan kepada pelayar untuk menggunakan peralatan pelayaran seperti kompas.  



4. Meninggalkan legasi dalam bidang pelayaran a) Sumbangannya dalam bidang pelayaran telah dimanfaatkan oleh pelayar Eropah seperti Vasco Da Gama. b) Beliau juga telah menghasilkan lakaran peta laluan laut antara Eropah dengan India yang telah digunakan oleh pelayar Eropah.  c) Sejarawan Eropah pula beranggapan bahawa Ibn Majid telah berjasa kepada dunia pelayaran Eropah.  Buktinya, ada pandangan sejarawan yang mengatakan misi pelayaran Vasco Da Gama tidak menjadi realiti tanpa ilmu pelayaran yang dirintis oleh Ibn Majid.

5. Menghasilkan Ensiklopedia Ilmu Pelayaran a) Melalui ensiklopedia ini, Ibn majid telah mengemukakan prinsip-prinsip asas pelayaran, rumah agam lunar, perbezaan pelayaran antara pantai dan laut lepas, lokasi Bandar-bandar di Afrika Timur hingga Indonesia, kedudukan bantang, kisah mengenai monsun dan angin bermusim. Kesimpulan
a) Sumbangan Ibn Majid dalam bidang pelayaran dan geografi telah merangsang pelayaran tokoh-tokoh Islam lain dan memberi maklumat serta gambaran kepada masyarakat sejagat. b) Jelas bahawa Ibn Majid merupakan tokoh pelayaran Islam yang berjaya mengembangkan atau merintis ilmu pelayaran moden dan ilmu pelayaran ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat Barat untuk menjelajah dan neneroka dunia Timur.


Soalan 5. 
Sejauhmanakah pengaruh luar mempengaruhi  gerakan nasionalisme Mesir pada abad ke 20 masihi.
Pengenalan
Mesir pada awal abad ke-20 adalah di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah   tetapi   pengaruh   British   di     Mesir   amat   kuat.   British     telah mengukuhkan   kuasa   selepas   mengatasi   pemberontakan   Urabi   pada   tahun1881. British terus memerintah sehingga  Perang  Dunia Pertama. Semangat anti-British memuncak selepas Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam kalangan penduduk Mesir menjelang abad   ke-20,   antaranya     ialah   pengaruh   agama, peranan   bahasa   dan kesusasteraan, pengaruh   kewartawanan,peranan   golongan   intelektual   dan pengaruh luar.
Isi.
Pengaruh luar paling besar menpengaruhi gerakan nasionalisme  Mesir yang berjaya membuatkan penduduk Mesir bangkit melawan kuasa asing ialah Perang Dunia Pertama. Para petani di Mesir dikerah secara paksa oleh British meninggalkan ladang-ladang mereka dan menyertai Perang Dunia Pertama dengan membantu pertubuhan palang merah dan menjadi hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli serta Perancis. Kesannya  banyak nyawa rakyat Mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta ini. Keadaan ini menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Mesir untuk menentukan nasib mereka sendiri tanpa bergantung kepada orang luar yang membangkitkan semangat nasionalisme Mesir.
Faktor pengaruh luar berikutnya ialah Pengaruh Revolusi Prancis. Ketika Napoleon Bonaparte mendarat di Mesir, ia juga membawa suara Revolusi Prancis yang kemudian menimbulkan fahaman liberal dan nasionalisme Mesir. Napoleon berjaya menguasai Mesir walaupun dalam tempoh yang singkat berjaya membawa perubahan kepada senario bangsa Mesir. Ini berlaku apabila bijak pandai Mesir dapat mengenali percetakan  moden majalah dan surat khabar. Idea Revolusi Perancis seperti sistem pemerintahan republik, idea persamaan kedudukan dalam pemerintahan dan semangat kebangsaan mula tersebar di kalangan masyarakat Mesir. Keadaan ini mempengaruhi gerakan nasionalisme Mesir pada abad ke 20 masihi.
Faktor pengaruh luar seterusnya ialah pembukaan Terusan Suez yang telah menyebabkan penjajahan Perancis dan Inggeris di Mesir. Keadaan negara Mesir yang  mengalami krisis kewangan telah menyebabkan saham-saham Terusan Suez di jual kepada Inggeris telah menimbulkan rasa tidak puashati rakyat Mesir. Kesannya telah menimbulkan
11

penentangan terhadap penjajahan Inggeris dan Perancis di Mesir  yang membangkitkan nasionalisme Mesir pada abad ke 20 masihi.
 Faktor luar lain: o Pelajar menuntut ilmu di Eropah o Kehadiran tentera bersekutu di Mesir o Revolusi USA
Namun demikian faktor dalaman juga mempengaruhi gerakan nasionalisme Mesir pada abad ke 20 masihi.  Pengaruh agama merupakan salah satu daripada faktor dalaman kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir. Golongan reformis Islam muncul akibat usaha British membaratkan masyarakat Mesir. Mereka menubuhkan Ikhwanul Muslimin untuk menegakkan Islam berdasarkan Al-Quran dan hadith. Gerakan ini menggunakan pengaruh Islam untuk mewujudkan kesedaran dan berjihad. Golongan ini juga berasa bimbang tentang golongan cerdik pandai yang terpengaruh dengan Barat dan terus menyokong mereka dalam gerakan nasionalisme Mesir
Bahasa dan kesusasteraan memainkan peranan dalam gerakan nasionalisme Mesir. Pembunuhan  seorang hakim, Boutrous     Ghali telah mendorong masyarakat Mesir untuk menentang penjajahan asing. Kematian beliau yang diabadikan dalam sajak-sajak yang diterbitkan dalam Al-Muayyaddan al-Liwa menyemarakkan lagi semangat nasionalisme. Golongan modenis Islam seperti Razyid Rida memperjuangkan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran menggantikan bahasa Inggeris.
Bidang kewartawanan turut memainkan peranannya dalam menimbulkan semangat   kesedaran nasionalisme Mesir.  Surat   khabar   digunakan   oleh   sesetengah   pihak   untuk memperjuangkan hak mereka. Rasyid Rida,orang kanan Muhammad Abduh menimbulkan kesedaran melalui akhbar Salafiya. Beliau sentiasa mengkritik dan menyalahkan penjajah atas nasib malang masyarakat Arab. Penulis wanita seperti Malak Hifni Nazif pula tidak ketinggalan dalam memperjuangkan hak mereka terutama dalam isu pendidikan yang dipinggirkan oleh pemerintah.
Kesimpulan
 Kesan penentangan yang berterusan oleh nasionalis Mesir   mendorong British untuk mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922. Ahmad Fuad menggunakan gelaran sultan,iaitu Raja Fuad. Selepas pilihan raya, Saad Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir yang pertama.


Soalan  6
Bincangkan faktor luaran dan dalaman yang membawa kepada kemunculan Negara bangsa Turki pada abad ke 20.
A. Pengenalan.

1. Konsep ` Negara Bangsa’ ialah sebuah Negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya  yang mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama mempunyai  pemerintah tersendiri , sempadan wilayah, dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri.

2. Oleh itu, pembentukan Negara bangsa Turki yang bermula pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Pembentukan negara bangsa Turki disebabkan oleh faktor luar Negara dan dalam Negara. B. Isi.
      Faktor luar Negara.
i. Tekanan kuasa-kuasa Barat a. Faktor luar negara yang mpengaruhi pembentukan negara bangsa Turki ialah faktor tekanan kuasa Barat untuk menguasai kekayaan kawasan Turki Uthmaniyah. Hal ini demikian kerana kuasa imperialis iaitu Britain, Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama lain. Mereka bergambung untuk menghancurkan empayar Uthmaniyah. Pihak barat juga menghasut penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak.  b. Negara-negara Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Utmaniyah untuk merebut wilayah dan harta peninggalannya.Akibatnya, tindakan kuasa-kuasa barat ini mendorong Sultan Empayar Uthmaniyah untuk menguatkan pembentukan Negara bangsa Turki.

ii. Dasar Pan –Islamisme. a. Faktor luar negara yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki ialah dasar Pan Islamisme yang diasaskan oleh tokoh-tokoh dari luar negara .Dasar Pan Islamisme memainkan peranan dalam pembentukan Negara bangsa Turki
13

pada abad ke 20 Masihi.Hal ini disebabkan dasar ini menekankan fahaman perpaduan khalifah yang membela hak umat Islam sejagat. Fahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki sahaja tetapi diseluruh dunia. Melalui dasar ini, umat Islam digesa untuk bersatu di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II. Baginda berusaha membangunkan keagungan khalifah Islamiyah.  b. Jamaluddin al-Afgani dan Rashid Rida merupakan antara tokoh yang membantu menggerakkan program ini untuk menahan kemaraan kuasa barat. Kesannya penyatuan umat Islam di bawah dasar Pan Islamisme juga menyebabkan pembentukan Negara bangsa Turki.
Faktor dalam Negara.
i. Sistem Pendidikan a. Faktor dalam negara yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki ialah faktor pendidikan. Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, system pendidikan telah diberi keutamaan . Ini bertujuan untuk memajukan empayar Turki supaya setaraf dengan Negara-negara barat.Sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi dibina untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan. Oleh itu muncul ramai cerdik pandai yang mempunyai pemikiran nasionalisme. b. Idea nasionalisme dan sekularisme dapat menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan masyarakat Turki. Konsep Negara bangsa lahir kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam kalangan cerdik pandai. Ideologi yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam Turki membawa kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah dan penubuhan Negara bangsa Turki.

ii. Rejim Turki Muda. a. Faktor yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa di Turki seterusnya ialah peranan Rejim Turki Muda. Golongan Turki Muda menentang pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Golongan ini terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar Negara dan banyak dipengaruhi oleh idea-idea Revolusi Perancis 1789.  b. Pada tahun 1908, Rejim Turki Muda telah berjaya menguasai politik Turki telah menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan.  c. Rejim Turki banyak memberi sumbangan terutamanya dalam pembentukan Negara bangsa Turki iaitu menyelamatkan kerajaan Turki daripada gerakan kristianisasi.



14

iii. Peranan golongan minoriti a. Faktor yang mempengaruhi  pembinaan negara bangsa Turki seterusnya ialah bergantung kepada peranan golongan minoriti dalam empayar Turki. b. Jelaslah bahawa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan Ahli alDhimmah telah diberi pelbagai keistimewaan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan tuntutan Islam. Namun mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang-orang Barat untuk memberontak. c. Misalnya orang kristian dan yahudi di kwasan Balkan iaitu orang Armenia, Moronite dan Rom. d. Pemberontakan oleh orang Armenia dan campur tangan puak Yahudi dan Yahudi Dunama telah menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

iv. Perkembangan Ekonomi a. Faktor dalam negara yang seterusnya mempengaruhi peembentukan negara bangsa Turki  ialah faktor perkembangan ekonomi. Sultan Turki Uthmaniyah turut memberi perhatian yang serius dalam bidang teknologi terutama komunikasi dan pengangkutan. Kemudahan sistem telegraf di sediakan di seluruh negara dan masih terdapat sebahagian negara Eropah yang belum menyediakan kemudahan tersebut. Baginda mengarahkan supaya dibina talian telegraf sepanjang 30 000 km di seluruh negara dan menubuhkan Kementerian Telegraf untuk menjayakannya. Sistem ini dapat menyampaikan maklumat dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan politik dengan pantas serta telah membawa faedah kepada perkembangan ekonomi dan politik di seluruh empayar Turki Uthmaniyah. b. Dalam bidang pengangkutan baginda telah melancarkan projek landasan kereta api Hijaz yang dimulakan pada tahun 1901 dan berjaya disiapkan pada tahun 1908. Projek ini menghubungkan bandar Constantinapole dengan Madinah iaitu sepanjang 1327 batu. Ianya menelan belanja 3 juta paund sterling. Pembinaan dan pembiayaan jalan ini ditampung dilakukan sepenuhnya oleh orang Islam contohnya kakitangan awam dan tentera pula dipotong 10% daripada gaji mereka. Pembinaan landasan kereta api Hijaz merupakan langkah wajar kerana ia membawa faedah dalam bidang ekonomi, perdagangan, dakwah, politik dan strategi keselamatan. Ianya juga dapat merealisasikan dasar Pan-Islamisme yang diperkenalkan oleh baginda.

v. Politik dan Pentadbiran a. Faktor seterusnya yang mempengaruhi pembentukan negara bangsa Turki ialah kemajuan politik dan pentadbiran. Sultan Abdul Hamid II mewarisi sebuah kerajaan yang berada di peringkat muflis. Jumlah hutang pada peringkat awalpemerintahan berjumlah 300 juta lira. Baginda telah melunaskan semua hutang tersebut sebagai langkah untuk membebaskan Turki daripada tekanan politik barat. Dengan melunaskan hutang, baginda tidak memberi ruang kepada barat untuk melakukan pencerobohan ke atas wilayahnya. b. Semasa rejim Turki Muda menguasai politik Turki pada tahun 1910 hingga 1915 mereka menekankan dasar Turkifikasi bagi seluruh empayar tersebut sebagai reaksi kepada penentangan dan pemberontakan yang datangnya dari negerinegeri Balkan. c. Selepas penyingkiran Sultan Abdul Hamid II al-Itihad wa al-Taraqqi bermula secara rasmi pada tahun 1909 dan bukan pada tahun 1924 iaitu selepas Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan sistem Khalifah Uthmaniyah. Dalam tempoh tersebut semua keputusan utama dalam pentadbiran kerajaan dibuat oleh golongan ini termasuk apabila melibatkan diri dalam Perang Dunia 1. Golongan ini menimbulkan nasionalisme Turki sebenarnya dipelopori oleh bangsa Rusia dan Yahudi Danuma yang kebanyakkannya lepasan sekolah Kristian atau Eropah. Mereka yang mengasaskan gerakan ini kemudiannya bertanggungjawab meniupkan semangat nasionalisme Turki atas nama merealisasikan impian bangsa Turaniah. Gerakan ini menyeru ke arah fahaman baru yang berpaksikan kepada slogan ‘kebangsaan, perlembagaan, persamaan dan kebebasan’. Golongan ini telah menyebarkan fahaman mereka dalam kalangan Turki Muda. Rejim Turki Muda yang diketuai pemimpin tiga serangkai (Tal’at Pasha, Enver Pasha dan Kolonel Jamal Pasha) kemudiannya telah memaksa seluruh rakyat di bawah empayar Turki Uthmaniyah sama ada Arab, Armenia, Greek dan lain-lain menjadi Turki.

C. Kesimpulan. 1. Pembentukkan negara bangsa Turki dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berlaku di luar negara dan dalam negara.Pembentukan negara bangsa Turki telah melahirkan pemimpin politik daripada aliran sekular.
SUMBER-JPN KELANTAN

Jumaat, 18 Mei 2018

Isnin, 7 Mei 2018

Skema Percubaan Kelantan 2018 ( 940/2 : Sejarah Islam 500-1918 )

Soalan 1.    Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh  Nabi Muhammad SAW dalam menyatupadukan masyarakat Madinah 
A. Pendahuluan 
1.Latar belakang demografi penduduk Madinah 
2.Kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah 
3.Konsep ummah iaitu masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut 40 kali dalan al Quran. Umat-umat yang disebutkan dalam al Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim as, Nabi Isa as dan umat Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks Madinah ,ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam iaitu kaumYahudi dan Nasrani. Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah , konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja. 
B. Isi-Isi Penting 
Usaha-usaha Rasulullah S.A.W dalam pembentukan ummah di Madinah  
1. Mendirikan dan memakmurkan masjid 
 -Peringkat awal baginda mendirikan masjid Quba dan masjid Nabawi .  Berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi dan sosial.  
-Jesteru itu masjid menjadi tempat asas pertemuan , interaksi dan membentuk ukhwah Islam. 
2. Menjadikan al Quran dan sunnah sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah 
-Baginda menjadikan al Quran dan sunnah sebagai pegangan dan panduan dalam pentadbiran Negara. 
-Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Dengan ini lahirlah masyarakat bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. 
3. Penggubalan Sahifah Madinah 
-Baginda menggubal perlembagaan Madinah. Perlembagaan ini telah mengukuhkan kedudukan pelbagi kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu. 

-Golongan zimmi iaitu Yahudi dan Nasrani menerima status dan patuh kepada perlembagaan. 
4. Menyatupadukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj 
-Kedua-dua kaum ini sering bermusuh sehingga membawa kepada Peperangan Buath. Rasulallah telah menyatukan mereka yang dikenali Ansar. 
-Persaudaraan Islam telah menamatkan semangat assabiyah telah membentuk masyarakat Madinah yang bersatu padu. 
5. Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin 
-Baginda Rasulallah SAW seterusnya mempersaudarakan pula kaun Ansar dengan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berpindah dari Makkah ke Madinah. Contohnya Umar al Khattab dipersaudarakan dengan Utbah bin Malik. 
- Keakraban kedua-dua kaum ini mempercepatkan lagi perpaduan masyarakat Madinah. 
6. Mengawal dan membendung kegiatan kaum Munafik 
-Golongan ini merupakan mereka yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah perpaduan Umat Islam. 
-Nabi SAW dan masyarakat Islam sentiasa berwaspada terhadap niat jahat mereka. Ancaman ini berakhir apabila ketua mereka Abdullah Bin Ubay mati. 
7. Penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah 
-Kaum Yahudi Bani Qainuqa, Nadir dan Quraizah telah disingkirkan mengikut perundangan kerana melanggar aperlembagaan Madinah.  
-Penyingkiran ketuga-tiga puak Yahudi ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan masyarakat Islam 
8. Kepimpinan melalui teladan 
-Nabi Muhammad SAW juga mempamerkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pentadbiran.  
-Sifat baginda disenangi semua rakyat. Sifat tersebut telah berjaya mengeratkan dan menyatupadukan hubungan pemerintah dengan rakyat . 
9. Menegakkan keadilan dalam masyarakat dengan memperkenalkan sistem ekonomi Islam,perundangan dan syura. 
-Keadilan yang dibawa oleh Islam telah melahirkan masyarakat yang harmoni sesama mereka tanpa rasa tidak puas hati. 

-Hubungan pemerintah dengan rakyat erat. Seterusnya lahirlah masyarakat yang bersatu . 
C. Kesimpulan 
-Pengukuhan rohani berasaskan al Quran dan sunnah melalui institusi masjid, perlembagaan dan persaudaraan Islam merupakan usaha-usaha penting yang diambil oleh Rasulallah dalam menyatukan masyarakat Madinah. 
SUMBER-JPNP KELANTAN  2018

Sabtu, 5 Mei 2018

SKEMA STPM P2 PAHANG 2018

1.     Bincangkan peranan golongan Muhajirin di Makkah dan Madinah dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.                                                                                                                                 
PENDAHULUAN
Golongan Muhajirin  merupakan penduduk asal kota Makkah dan merupakan masyarakat Quraisy.  Golongan  ini merupakan masyarakat yang terawal memeluk islam.  Kemudiannya mereka berhijrah ke Madinah kerana penentangan dari Musyrikin Makkah. Di Madinah mereka dipanggil Muhajirin dimana istilah ini berasal daripada perkataan ‘muhajir’ yang bermaksud penghijrah.  Golongan Muhajirin sememangnya berperanan penting ketika di Makkah dan Madinah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW :

ISI
       Peranan Muhajirin di Makkah
1.  Menerima dan mempertahankan islam.
Sewaktu di Makkah merekalah kelompok pertama yang menerima dan mempertahankan keutuhan agama islam.  Merekalah golongan pertama yang melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan bersama-sama berjuang dengan Rasulullah.  Sebagai contoh Abu Bakar, Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung islam pada peringkat awal ketika dakwah  secara sulit. Selepas pengislaman Umar Al Khattab, umat islam mula berani  berdakwah secara terang-terangan.  Mereka bertindak membantu Nabi dalam usaha mengembangkan ajaran islam di Mekkah pada masa itu

2. Sanggup menghadapi rintangan  dan penentangan.
Golongan Muhajirin juga sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan hebat daripada kaum musyrikin Makkah dalam mengembangkan islam sama ada secara fizikal atau mental. Meskipun mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan penyiksaan  dan pembunuhan.  Bagaimanapun keimanan mereka tetap teguh dan kelompok ini terus tabah bagi memastikan islam terus berkembang. Contohnya penyiksaan ke atas Bilal bin Rabah dan  pembunuhan ke atas keluarga Ammar bin Yassir  tidak melemahkan keimanan umat islam yang lain. Kesemua ini dilakukan demi mengembangkan agama islam

3. Sanggup berkorban nyawa dan harta
Kelompok ini banyak menyumbang harta benda dalam mengembangkan agama islam menerusi gerakan dakwah. Sahabat-sahabat Rasulullah seperti Abu Bakar,  Umar,Uthman  dan Siti Khadijah berusaha membeli dan membebaskan hamba.Al Arqam  pula sanggup menghadiahkan rumahnya untuk dijadikan markas dakwah. Ali bin Abi Talib  sanggup tidur ditempat tidur Rasulullah pada malam peristiwa hjrah manakala Abu Bakar setia bersama Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah . Kesemua usaha ini dilakukan demi untuk mengembangkan agama islam


4. Menjalankan usaha dakwah
Sahabat-sahabat Rasulullah turut membantu mengembangkan  islam samada secara sembunyi mahupun secara terangan . Mereka menyeru kum keluarga, sahabat handai dan penduduk Makkah kearah agama yang benar. Pada peringkat awal penyebaran islam  Abu Bakar berjaya mengislamkan Abdul Rahman bin Auf, Talhah, Zubair dan lain-lain.Dakwah secara sulit selama tiga tahun  diikuti secara terangan .Bermula dari sinilah umat islam berdepan dengan cabaran ekoran usaha dakwah ditentang hebat oleh musyrikn Makkah.

5. Berhijrah ke Madinah
Golongan Muhajirin sanggup meninggalkan Makkah dan segala kekayaan  untuk berhijrah bersama Rasulullah ke Madinah demi mengembangkan agama islam. Ini merupakan pengorbanan yang paling besar kerana mereka sanggup meninggalan kampung halaman, harta benda, keluarga demi Allah dan RasulNya. Individu yang pertama berhijrah ialah Abu Salamah bin Abdul Asad dan diikuti Amir bin Rabiah dan isteriya Laila Jahsi.  Pada peringkat awal seramai 70 orang islam ( Muhajirin )berketurunan Quraisy berhijrah ke Madinah. Penghijrahan ini menandakan bermulanya hubungan diplomatik dengan kerajaan asing dan pengembangan agama islam sebagai agama yang benar.

Peranan Muhajirin di  Madinah

1.Membantu Rasulullah dalam Keagamaan dan Pentadbiran
Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama kepada perkembangan agama islam dalam aspek keagamaan dan pemerintahan.Contoh selepas peristiwa Aqabah 1 (622M) Mus’ab bin Umair telah diutus sebagai pendakwah bagi membantu penduduk Madinah mendalami ajaran islam. Mereka membina masjid di tengah kota Madinah dan dapat melakukan amal ibadat  secara terbuka yang tidak dapat dilakukan di Makkah.

2. Berkorban harta untuk agama
Demi mengembangkan agama islam golongan Muhajirin juga telah mengorbankan nyawa dan harta demi agama sebagai contoh Uthman bin Affan telah berkorban dengan menyumbangkan  100 ekor unta dan  1000 dinar ketika perang Tabuk dalam membantu tentera islam. Tindakan ini dibuat agama Islam dapat memenangi perang tersebut seterusnya syiar islam dapat di kembangkan


3. Mengukuhkan ketenteraan islam.
Selain itu golongan Muhajirin juga merupan tunggak ketenteraan dalam menghadapi musuh dan mengembangkan agama. Contohnya Umar al Khattab, Hamzah bin Abdul Muttalib, Ali bin Abi Talib  merupakan pejuang islam terkemuka dalam mengembangkan agama.
 4. Menjadi utusan dakwah ke luar Negara
Dalam mengembangkan agama islam di Tanah Arab Rasulullah telah bertindak menghantar golongan Muhajirin sebagai utusan dakwah keluar Semenanjung Arab. Contohnya Amru bin Umayyah ke Habsyah dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi. Usaha ini adalah amat penting dalam membantu gerakan dakwah Nabi terutama dalam mengembangkan agama islam.

KESIMPULAN

Golongan Muhajirin  telah terlibat sepenuhnya dalam membantu mempertahankan dan mengembangkan islam yang dibawa oleh Rasulullah. Golongan Muhajirin terus memainkan peranan penting selepas bergandingan dengan golongan Ansar bagi memastikan  kejayaan perjuangan  Rasulullah di Makkah dan Madinah.  Walau bagaimanapun selepas kewafatan Rasulullah penglibatan golongan muhajirin lebih terserlah apabila di kalangan merekalah dilantik khalifah-khalifah untuk memimpin umat dan negara islam Madinah

1.    Jelaskan konsep Jihad serta etika perang yang dipraktikkan pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Pengenalan
1.     Konsep pertahanan dalam Islam ialah bagaimana umat Islam mempertahankan kedudukan dan kesucian agama Islam daripada dicabul oleh musuh-musuh Islam.  Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan adalah pilihan terakhir dan terpaksa diharungi demi mempertahankan kesucian agama, maruah diri dan negara, serta menegakkan hukum Allah,
2.     Islam berasaskan dua prinsip yang utama. Pertama, yang berkaitan akidah, iaitu kepercayaan kepada Allah S.W.T dan mentauhidkanNya dan kedua, syariah, iaitu undang-undang yang diwahyukan.
3.     Konsep ketahanan dan pertahanan dalam Islam dimantapkan lagi dengan pengenalan jihad dan etika perang bagi menyemarak semangat tentera Islam dalam menyebarkan agama Islam serta menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat dan memberikan pengajaran kepada seteru- seteru Islam.  Etika peperangan  dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, etika semasa peperangan dan etika selepas peperangan.

Isi-isi
ISI
A.    Konsep Jihad
§  Perkataan jihad berasal dari kata akar ‘jahada’ bererti berusaha keras, bersungguh-sungguh dan berjuang. Dalam istilah syarak, bererti berjuang iaitu berjuang dalam peperangan, berjuang menentang hawa nafsu, berjuang untuk menegakkan keadilan dan kebenaran bagi menegakkan kalimah Allah. Dari sudut bahasa pula, jihad bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai satu cita-cita iaitu menegakkan syiar Islam. Menurut Abu’ a’la al-Maududi, erti jihad dalam Islam bukan sekadar suatu perjuangan, ia adalah perjuangan di jalan Allah dan fisabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam. Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal Islam.

§  Menurut Abdul Aziz Mat Zin dalam bukunya ‘Penghantar Dakwah Islamiah’, walaupun jihad itu adalah pelbagai jenis dan pengertian, namun selalunya ia dirujuk khusus kepada peperangan melawan musuh untuk menegakkan Islam. Dalam keadaan ini, beliau menegaskan bahawa jihad merupakan satu kemuncak kepada usaha dakwah iatiu menyebarkan syiar Islam terutama semasa zaman Nabi s.a.w. dan zaman sahabat yang dapat disaksikan dalam perang Badar, Perang Uhud, Ahzab, pembukaan Makkah. Dengan itu jihad telah memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan umat Islam.

B.    Etika Perang
1.     Tawaran kepada musuh sebelum berperang
·       Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada memeluk Islam atau  membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaan Islam.
·       Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakan serangan ke atas orang Islam.

2.     Patuh kepada arahan ketua tentera
·       Tentera Islam diwajibkan akur/patuh dengan arahan pemimpin atau ketua tentera demi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan.
·       Tentera Islam juga tidak boleh lari atau meninggalkan medan perang melainkan dengan keizinan ketua.
·       Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud berpunca daripada kesilapan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Nabi Muhammad SAW agar tidak meninggalkan posisi masing-masing.

3.     Larangan merosakkan harta benda
·       Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda penduduk dan kemudahan                    
 awam kecuali dalam keadaan darurat.
·       Perbuatan seperti memusnahkan harta benda musuh termasuk membakar   rumah penduduk, rumah ibadat dan kebun-kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepentingan awam, malah menyebabkan berlakunya pembaziran, menjejaskan matlamat peperangan dan sebagainya.
·       Keadaan ini membuktikan bahawa Islam mementingkan keamanan dan
  kesejahteraan.
4.     Larangan memerangi golongan lemah
·       Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan kafir yang lemah sama ada golongan wanita, kanak-kanak, orang tua, paderi dan pendeta.
·       Namun seandainya golongan ini memainkan peranan penting seperti penggerak atau pencetus tindakan keras sewajarnya boleh dilakukan.

5.     Mengutamakan perdamaian dan mematuhi perjanjian damai
·       Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon perdamaian, contohnya ketika Nabi Muhammad  SAW dan tentera berhasrat melancarkan serangan ke atas kota Makkah ,pihak musuh telah memohon perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian Hudaibiah.
·       Malahan,tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian damai yang telah dipersetujui.


6.     Layanan baik terhadap tawanan perang.
·       Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang berjaya dikalah dan ditawan.Tentera Islam dilarang menyeksa atau membunuh tawanan perang sewenang-wenangnya.
·       Islam menetapkan etika peperangan iaitu tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah. Kafir zimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Tindakan ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh nabi.
·       Umpamanya, tindakan Nabi Muhammad SAW yang memberikan pengampunan terhadap tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan yang adil terhadap tawanan Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 H.
·       Tentera Islam juga dilarang melakukan perbuatan yang boleh mengaibkan musuh seperti mencincang mayat musuh.

7.     Larangan memerangi musuh yang sudah menyerah kalah, kafir zimmi, kafir mu’ahad dan kafir musta’mar – kecuali mereka mengancam orang-orang Islam.
8.     Keadilan dalam pengagihan harta rampasan perang.
9.     Berperang bila diperangi dan menyerang bila keadaan memerlukan – Perang Khaibar.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa Jihad dan etika perang memainkan peranan penting dalam perkembangan syiar Islam dengan memberi  satu panduan kepada umat Islam dalam menghadapi peperangan.  Selain itu juga dengan adanya etika perang menyebabkan ketenteraan Islam semakin kukuh dan dipandang tinggi oleh pihak musuh.dan pembentukan umat Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW dan zaman selepasnya.










3.  Huraikan pelaksanaan kharaj pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab pada abad ke-7M.

A.Pengenalan
1. Dalam konteks sejarawan Islam, kharaj bermaksud cukai tanah. Kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam melalui peperangan atau secara aman.
2. Sistem cukai ini mula diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab sebagai salah satu sumber baitulmal. Kadar kharaj yang dikenakan adalah berbeza mengikut keadaan, mengikut jumlah yang mampu dibayar dan tidak membebankan. Kharaj terbahagi kepada dua iaitu Kharaj Wazifah dan Kharaj Muqasamah.
B.Isi
1.Pelaksanaan Kharaj di Iraq
a.         Pada zaman Khalifah Umar, terdapat 2 jenis tanah iaitu tanah bertuan dan tanah tidak bertuan. Bagi tanah bertuan, sekiranga pemiliknya orang Islam adalah tanah zakat manakala bagi tanah yang bukan Islam (zimmi) adalah tanah yang wajib dikenakan kharaj.
b.         Bagi  tanah yang tidak bertuan dikenali sebagai tanah Sawafi (awam) yang diletakkan di bawah pentadbiran golongan Ahl al-Ayyam sebagai Pemegang Amanah. Golongan Ahl al-Ayyam ini adalah merupakan orang Arab beragama Islam yang terlibat dalam ekspedisi penaklukan awal kawasan Iraq.
c.         Kutikan cukai kharaj adalah 1/5 daripada hasil tanah terdebut dan dihantar kepada kerajaan pusat di Madinah dan bakinya pula dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam gerakan ketenteraan.
d.         Semua tanah sawafi di Iraq telah diukur terlebih dahulu agar kadar kharaj yang dikenakan tidak membebankan. Tanah Sawafi yang boleh diusahakan adalah berkeluasan 36 juta jarib di Iraq. Kharaj wazifah ialah cukai tanah yang dikenakan berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman sepeti gandum sebanyak 2 dirham, barli 1 dirham dan sebagainya. Cukai ini dibayar sekali setahun.Kharaj Muqasamah pula dibayar berdasarkan hasil tanah yang diperoleh samada ½,1/3,1/4,1/5 atau 1/6 dan tidak membebankan rakyat.
e.         Jumalah kutipan kharaj di Iraq adalah berjumlah 80 juta dirham dan sistem kutipan yang adil dan sistematik ini telah berjaya meningkatkan pendapatan petani dan hasil tanaman di Iraq.
2. Pelaksanaan  Kharaj di Mesir
a.         Pada zaman Khalifah Umar, baginda telah mengubah sistem kutipan yang tidak adil di Mesir yang dikenakan ke atas rakyat  Mesir pada zaman Firaun dan pemerintah Rom yang membebankan rakyat.
b.         Khalifah Umar telah meminta pakar-pakar menganggarkan jumlah hasil tanaman dan kadar cukai yang harus dikutip kerana kebergantungan tanaman di Mesir adalah daripada air banjir Sg. Nil menyebabkan hasil tanaman sukar ditentukan dengan tepat.
c.         Dianggarkan jumlah kutipan tahunan cukai kharaj di Mesir adalah lebih kurang 1 juta dinar. Jelaslah, kutipan cukai kharaj ini telah berjaya memakmurkan lagi ekonomi Negara pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
3. Pelaksanaan Kharaj di Syria
a.         Di Syria, Khalifah Umar al-Khattab telah mengekalkan semula sistem kutipan cukai kharaj yang telah diperkenalkan oleh Raja Yunani.
b.         Tanah di Syria dikelaskan berdasarkan kualiti dan kesuburannya. Pendapatan kharaj di Syria berjumlah 14 juta dinar setahun.
c.         Jelaslah kutipan hasil kharaj yang tinggi telah menyumbang kepada lebih banyak pembinaan infrastruktur , prasarana serta pelbagai kegiatan pertanian turut dapat dimajukan untuk kemudahan rakyat.
C. Kesimpulan
Khalifah Umar al-Khattab telah berjaya meningkatkan pendapatan negara melalui kutipan cukai kharaj yang adil dan sistematik.  Sistem pelaksanaan kharaj yang adil telah menguntungkan para pemilik tanah dan pengusaha tanah di Iraq, Mesir dan Syria.  Walau bagaimanapun, sistem kharaj ini telah mengalami perubahan dan pengubahsuaian mengikut masa dan keadaan semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah dan kerajaan Bani Abassiyyah termasuklah pembentukan Diwan al-Kharaj yang menjadi sumber penting pendapatan negara.















4.     Bincangkan ciri-ciri pendidikan Islam pada zaman pemerintahan khalifah Umayyah dari abad 7 hingga 8 Masihi.
Pengenalan
Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan telah berlaku pada zaman kerajaan Bani Umayyah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti  pekembangan  masyarakat Islam, gerakan agama, falsafah dan sejarah.Galakan dan kecintaan para khalifah Bani Umayyah terhadap bidang pendidikan merupakan asas utama berlakunya perkembangan ilmu sama ada ilmu keagamaan mahupun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan.Usaha memperkasakan bidang pendidikan dapat dilihat melalui usaha-usaha khalifah Bani Umayyah menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik, Kufah dan Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
Isi-Isi
Ciri-Ciri Pendidikan Islam Zaman Khalifah Umayyah dari abad 7 hingga 8 Masihi
1. Asas pendidikan
·       Sumber utama pendidikan ialah al-Quran dan hadis(sunnah) dan diikuti sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan sesuatu perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh al-Quran dan hadis.
·       Pelaksanaan pendidikan bertujuan mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali penciptaNya serta mentaati segala perintahNya.
·       Pendidikan berlaku secara tidak formal dan formal.  Pendidikan tidak formal dijalankan di masjid. Contohnya di Masjid Amawiyin(umawi) di Damsyik yang didirikan oleh khalifah Khalid al-Walid yang berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan menghapuskan buta huruf dalam kalangan rakyatnya. Pendidikan secara formal berlaku di kuttab  dan di istana khalifah.
2. Dasar dan perkembangan pendidikan
·       Dasar pendidikan percuma diberikan kepada  golongan kurang berkemampuan di kuttab dan pengajian terbuka di masjid-masjid.
·       Kebanyakkan rakyat menuntut ilmu walaupun tiada dasar wajib belajar. Namun berbeza dengan putera-putera khalifah yang diberikan pelajaran wajib sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar ke halaqah pengajian.
·       Tiada sukatan kurikulum khas ditetapkan. Namun ia berkaitan dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
·       Perkembangan ilmu pengetahuan seiring dengan penyebaran agama Islam dan melahirkan tokoh-tokoh agama dan cendiakawaan Islam seperti Abdullah bin Abbas dan Hassan al-Basri.
·       Peranan khalifah dalam perkembangan ilmu dan penyebaran Islam seperti khalifah khalid al-Walid dan khalifah Umar Abdul aziz.
·       Ilmu sejarah turut berkembang dan dikhaskan kepada putera-putera khalifah agar mereka dapat memahami ilmu kenegaraaan, sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan silam sebagai panduan semasa menjadi khalifah satu masa nanti. Antara karya sejarah terkenal pada zaman Umayyah adalah Kitab al-Mulk wa Akbar al-Madin.
3.Institusi pendidikan dan bentuk pengajaran
·       Pada zaman kerajaan Umayyah, terdapat tiga buah insitusi pendidikan terpenting iaitu masjid, istana khalifah dan sekolah yang dikenali sebagai al-kuttab.
·       Masjid-masjid di Makkah, Madinah dan Damsyik merupakan pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid di Basrah dan Kufah merupakan pusat pengajian bahasa dan nahu secara saintifik ekoran pengislaman bangsa-bangsa Arab. Pada zaman Umayyah, tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah, pathah dan kasrah telah diperkenalkan untuk memudahkan orang bukan Arab mempelajari al-Quran dan hadis. Bentuk pengajaran di masjid dijalankan secara halaqah iaitu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan apabila murid berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi gurunya dengan menadah kitab yang diajar.
·       Istana khalifah turut menjadi pusat pendidikan yang berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan untuk putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar. Subjek yang diajar seperti sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato dan lain-lain. Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan sering mengundang para cendiakawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan tentang pelbagai disiplin ilmu pengetahuan, khasnya ilmu sejarah.
·       Kuttab merupakan sekolah permulaan yang menekankan pengajian al-Quran dan asas ilmu agama sebagai persediaan melangkah ke tahap pengajian lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid. Pada zaman Umayyah, terdapat dua jenis kuttab iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin yang diberi secara percuma.
4.Bidang-bidang pengajian
·       Bidang pengajian yang paling berkembang pesat adalah pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya.
·       Selain itu, Pengajian seni muzik dan puisi bertemakan cinta dan kasih sayang turut berkembang di Kota Makkah, Madinah dan Damsyik. Para pemuzik dan penyanyi telah menjadikan istana khalifah sebagai tempat untuk mendapatkan ganjaran lumayan. Perkembangan ilmu ini digalakkan oleh khalifah Umayyah untuk melalaikan umat Islam dari permasalahan pelantikan khalifah. Penggubahan syair merupakan antara bidang ilmu paling diminati berbanding disiplin ilmu lain pada zaman Umayyah. Ilmu syair dan pidato  pada mulanya digunakan untuk memajukan sektor perdagangan tetapi secara tidak langsung ia turut memperkembangkan bidang kesusasteraan Islam.
·       Perkembangan kesusasteraan dan ilmiah berkembang di masjid-masjid di Kota Basrah dan Kufah. Puisi memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu penerangan dan propaganda bagi pihak pemerintah. Para penyair diberi layanan istimewa kerana mereka berperanan membangkitkan semangat jihad dan meninggikan seseorang khalifah.  Antara tokoh penyair terkenal seperti Qays bin Mulawa yang menghasilkan karya Laila dan Majnun.
·       Pengajian sains dan perubatan turut berkembang pesat sehingga melahirkan ramai tokoh perubatan seperti  Ibn Usal. Aktiviti terjemahan karya perubatan asing juga giat dilaksanakan dan mendapat galakan daripada khalifah.
·       Pendidikan seni ukir dan seni pahat juga mendapat tempat di mana banyak ukiran ayat-ayat al-Quran, hadis, syair dan kata-kata hikmah dipahat dan diukir pada istana, mimbar, mihrab dan menara masjid.
5. Tenaga pengajar
·       Guru-guru dibayar gaji oleh pihak kerajaan dan ada yang berkhidmat secara sukarela.
·       Guru-guru di ketiga-tiga institusi pendidikan iaitu masjid, istana dan kuttab terdiri daripada pelbagai mazhab dan mempunyai tahap pendidikan masing-masing. Minat pelajar bergantung kepada kewibawaan guru-guru. Ulama yang terkenal dari segi ilmu dan menarik dari segi cara penyampaiannya akan mendapat perhatian ramai pelajar yang dikatakan mencecah ribuan orang.
·       Guru-guru di masjid terdiri dari golongan ulama yang mengajar dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Antara tokoh ulama terkenal yang mengajar di Masjidil Haram, Makkah ialah Abdullah bin Abbas yang mahir dalam bidang ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama  terkenal yang lain seperti Abu Musa al-Asyaari, Hasan al-Basri, Ubaidillah bin Zubayr dan ramai lagi.
·       Guru yang mengajar di istana khalifah dikenali sebagai muaddih yang bertanggungjawab mengajar anak-anak khalifah dan anak pembesar berkaitan budi pekerti, adab-adab dan sahsiah. 
Kesimpulan
Penglibatan khalifah dan sumbangan para ulama merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya perkembangan dalam bidang pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah pada abad 7 hingga 8 masihi. Kemajuan yang dilakukan oleh khalifah kerajaan Umayyah dalam bidang pendidikan menjadi asas kepada kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial umat Islam. Sesungguhnya kerajaan Umayyah telah meletakkan legasi yang kukuh untuk perkembangan pendidikan pada zaman-zaman kerajaaan Islam yang seterusnya.





5.     Sejauh manakah kepentingan Terusan Suez mempengaruhi faktor peluasan kuasa Barat ke atas wilayah kerajaan Uthmaniyyah sehingga awal abad ke 20.
A.  Pengenalan
Sejak abad ke 16 Masihi, kuasa Barat khususnya negara-negara Eropah giat melaksanakan perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, Perancis dan Britain mengakibatkan kawasan-kawasan di benua Afrika, Asia dan Amerika menjadi jajahan takluk Negara-negara Barat.  Menjelang abad ke 19 Masihi, orang-orang Eropah mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Uthmaniyyah. Mereka ingin menguasai wilayah-wilayah Eropah  yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Empayar ini diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281 dan dipimpin oleh 37 khalifah selama lebih 600 tahun mulai merosot pada abad ke 20.  Walaubagaimanapun selain kepentingan Terusan Suez terdapat pelbagai faktor lain yang mempengaruhi peluasan kuasa Barat ke atas kerajaan Turki Uthmaniyah seperti persaingan kuasa, revolusi industri, keperluan bahan mentah dan konsep modenisasi.
B.   Isi
Pembinaan dan pembukaan Terusan Suez
Perluasan kuasa Barat diperhebatkan selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869. Terusan Suez membenarkan laluan air secara dua hala dan menjadi kepentingan antara Eropah dan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.  Sebelum pembukaan Terusan Suez, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut. Melalui pembukaan terusan ini, urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan jauh dapat dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.  Britain berminat untuk menguasai Terusan Suez kerana sebahagian besar kapalnya menggunakan terusan tersebut. Peluang terbuka untuk Britain menguasai terusan tersebut timbul pada tahun 1875 apabila Khedif Ismail yang banyak berhutang hampir muflis menyebabkan beliau terpaksa menjual sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez.  Perdana Menteri Britain ketika itu, Disraeli mengambil kesempatan dengan membeli saham tersebut yang merupakan 45 % jumlah saham (4 juta paun Sterling) dalam kompeni tersebut.  Disraeli perlu bertindak dahulu sebelum Perancis mendahuluinya. Dengan cara demikian, Britain memperoleh bahagian yang terbesar dalam kompeni tersebut dan menguasai Terusan Suez. Sehubungan itu, Mesir jatuh ke tangan  Britain.

Faktor-faktor lain
1. Persaingan kuasa-kuasa Barat
Negara-negara Barat seperti Britain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyyah.  Keluasan tanah jajahan membangunkan kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diberikan.  Perancis telah mencerobohi dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman.  Rusia juga berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan.  Rusia telah bertindak dengan menghasut wilayah-wilayah Bulgaria, Pulau Crete, Greece supaya menentang Turki Uthmaniyah.  Manakala selepas Perjanjian Berlin, Russia telah berjaya menguasai Turkistan, Tajikistan, Kyrgstan, Firghanah, Faniah dan Khuqand.
Britain pula menguasai Cyprus, Mesir dan Teluk Arab. Britain juga mengadakan perjanjian dengan Sheikh Mubaraq al Sabah pada tahun 1899 dan membuat perjanjian di Hadramawt, Bahrain dan Muscat serta Amerika untuk menentang pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyyah.

2.     Kesan Revolusi Perindustrian
Sektor perindustrian berkembang pesat pada abad ke 18 menyebabkan kuasa Barat melaksanakan dasar perluasan kuasa.  Penciptaan enjin berkuasa wap adalah salah satu perkembangan penting dalam proses perindustrian. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk tujuan melebur besi. Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu.  Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi kehendak kilang-kilang.  Perdagangan antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada golongan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa.  Pemodal-pemodal Eropah banyak melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan jalan raya dan jalan kereta api.  Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah empayar Uthmaniyyah boleh membawa keuntungan besar untuk penjajahan Barat.

3.     Bahan mentah
Kawasan Turki Uthmaniyyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mendorong kuasa-kuasa Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain, Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka.  Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu carigali minyak petroleum.  Pada awal abad ke 20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan persaingan dan konflik antara kuasa-kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat juga melibatkan diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyyah.

4.     Konsep Modenisasi
Kuasa Barat mengkagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menolak konsep modenisasi sebagai manusia yang kolot dan mundur.  Kuasa-kuasa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisasi melalui sistem pendidikan dan komunikasi.  Negara-negara Barat juga memburuk-burukkan Islam sebagai agama yang ketinggalan zaman. Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah yang dipimpin oleh orang Islam kerana menolak konsep modenisasi.  Barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden, maju, progresif, seperti tanggapan mereka terhadap Mustafa Kamal Atartuk Midhat Pasha dan Zia Gokalp.  Manakala sesiapa yang menolak konsep modenisme dianggap kolot atau ketinggalan zaman.  Selain itu kuasa2 barat membawa budaya sekularisme, Dasar Pecah & Perintah (Divite & Role) serta “Beban Orang Putih”.

5.     Agama
Sentimen Perang Salib oleh kuasa Barat diteruskan ke atas Empayar Turki Uthmaniyah.  Kuasa Barat berusaha menyemai idea bahawa Islam agama mundur, anti kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.  Snouck Hurgronje merupakan seorang Yahudi Belanda yang beragama Kristian yang menyamar sebagai seorang Muslim dan memperkenalkan Dasar Islam Belanda.  Mereka turut berusaha menanam kebencian masyarakat dunia terhadap Islam dan umatnya.  Selain itu berlaku juga perebutan antara British & Rusia bagi menjadi wakil/ juru cakap bagi menjadi wakil penduduk minoriti Kristian di Empayar Uthmaniyah.

6.     Kelemahan Kerajaan Turki Uthmaniyah
Kelemahan kepimpinan, pentadbiran, dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan, yang lemah membawa kepada kehancuran empayar Turki Uthmaniyah.  Setelah kemangkatan Sultan Sulaiman Al-Qanuni, empayar Turki Uthmaniyah mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran.  Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan Sultan Murad III, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya. Kelemahan ekonomi Turki kerana hasil negara disalah guna/ penindasan/ rasuah/ cukai tetap (ikhitab). 

Selain itu kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.  Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan.  Kelemahan ketenteraan juga dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan. Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba menjadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera membenarkan anak-anak pegawai mendapat pangkatakan menghapuskan asas disiplin dalam tentera.

C.  Kesimpulan
Kepentingan Terusan Suez bukanlah faktor utama yang mempengaruhi perluasan kuasa Barat ke atas wilayah Uthmaniyyah sehingga 20 Masihi.  Walaubagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi perluasan kuasa Barat ke atas empayar Uthmaniyyah.  Empayar Turki Uthmaniyyah mulai runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini mula berpecah kerana Negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem pemerintahan khalifah dihapuskan dan Kerajaan Turki menjadi sebuah negara republik.






6.  Rasyid Rida dikatakan telah turut berperanan penting dalam mempengaruhi kebangkitan semangat nasionalisme di Syria pada awal abad ke 20. Bincangkan.
A.  Pendahuluan

1.    Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah yang menaungi  negara-negara Arab Islam. Kuasa imperialis Barat mula mengambil alih peranan empayar Turki Uthmaniyah.
2.    Di Syria, Perancis telah diberi mandat untuk menjaga hal ehwal negara tersebut. Walaupun Perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah negara tersebut selama tujuh tahun.
3.    Pada tahun 1927, Perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh Parti Blok Nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan Perancis tanpa mendapat kemerdekaan penuh.

B.  Isi

1.  Peranan Rasyid Rida
·     Rasyid Rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme Islam yang awalnya dipelopori oleh Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh.
·     Rasyid Rida mengkaji kelemahan masyarakat Islam ketika itu dibandingkan dengan masyarakat kolonial Barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyarakat Islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar Islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.  Rasyid Rida menekankan pendidikan dakwah dengan menyesuaikan pendidikan moden dan agama menerusi penubuhan Madrasah a-Dakwah al-Irshad pada tahun 1912M di Kaherah.
·     Penulisan beliau dalam majalah al-Manar banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat Islam ketika itu termasuk di Syria. 
·     Dalam penulisannya Rasyid Rida mengungkapkan tradisi pemikiran yang segar berasaskan idea-idea pembaharuan dan dakwah Islamiah.



Faktor-faktor Lain

2.  Agama
·     Pengaruh dan kesedaran agama juga telah menimbulkan keinginan untuk menyatukan kesemua negara dan bangsa Arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria.
·     Kedudukan Palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berat perihal saudara Islam mereka di Palestin yang ditindas penjajah British.
·     Gerakan Yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang Palestin jelas kelihatan apabila golongan Turki Muda yang memerintah Turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang Yahudi.  Suasana ini menyemarakkan lagi sentimen agama dan semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah.

2.   Bahasa dan kesusteraan
·     Perancis cuba menonjolkan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoriti. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minoriti. Dengan alasan tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria.
·     Antara kesan ketara dasar berkenaan ialah perjuangan bahasa oleh golongan minoriti agar diiktiraf seperti bangsa Kurdis yang menginginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki  oleh puak Kurdis.
·     Di Alexandrett, perkara sama turut berlaku, apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa Turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa Turki.

3.   Peranan pendidikan
·     Sebuah akademi bahasa telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistik di seluruh pelusuk tanah Arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.
·     Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menguasai bahasa masing-masing dengan keadaan masyarakat Arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu di bawah satu perkara, iaitu bahasa Arab.
·     Di Damsyik dan Beirut, beberapa buah universiti yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempatan.
4. Kewartawanan (majalah / akhbar)
·      Al-Manar merupakan majalah bulanan yang membahaskan idealisme  pembaharuan dan tajdid di Kaherah. Majalah tersebut dipelopori oleh Rasyid Rida yang dilahirkan di Syria.
·     Akhbar lain turut membicarakan keburukan dan kegawatan dunia Islam ketika itu, Al-Manar pula mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Islam.
·     Al-Manar menggerakkan perbincangan tentang dakwah, idealisme dan islah, menerangkan dasar-dasar pan-Islamisme, meneroka persoalan yang berkait dengan ajaran akidah dan hukum, membincangkan fahaman modenisme, sekularisme, nasionalisme, dan mempelopori dialog dan pertukaran idea antara budaya, dan meneroka pemikiran baharu berkait dengan falsafah agama dan budaya, serta menangani isu-isu social dan peradaban.
·     Majalah ini dikeluarkan setiap bulan dan tersebar dengan meluas ke seluruh jajahan Islam dalam wilayah Turki, India, Mesir, Syria, Maghribi dan turut diseludup ke Kepulauan Melayu.
5.   Pengaruh luar
·     Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana dasar pan-Islamisme menjadi dasar kerajaan Turki Uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menangkis ancaman pihak Barat.
·     Shakid Arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan menolak konspirasi Barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah.
·     Syaked Arselan yang berasal dari Lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara suka rela menentang pihak British semasa Perang Dunia Pertama, iaitu pada tahun 1916.

Kesimpulan
1.    Rasyid Rida adalah merupakan antara orang yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasiomalisma di Syria pada awal abad ke 20.
2.    Walaubagaimanapun masih terdapat kepelbagaian faktor lain yang mempengaruhi kebangkitan semangat nasionalisma di Syria pada awa abad ke 20.

SUMBER-JPNP PAHANG