Isnin, 7 Mei 2018

Skema Percubaan Kelantan 2018 ( 940/2 : Sejarah Islam 500-1918 )

Soalan 1.    Huraikan usaha-usaha yang dijalankan oleh  Nabi Muhammad SAW dalam menyatupadukan masyarakat Madinah 
A. Pendahuluan 
1.Latar belakang demografi penduduk Madinah 
2.Kepimpinan Nabi Muhammad di Madinah 
3.Konsep ummah iaitu masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut 40 kali dalan al Quran. Umat-umat yang disebutkan dalam al Quran termasuklah umat Nabi Ibrahim as, Nabi Isa as dan umat Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks Madinah ,ummah meliputi orang Islam dan bukan Islam iaitu kaumYahudi dan Nasrani. Konsep ummah ialah masyarakat yang mematuhi undang-undang Islam yang termaktub dalam Piagam Madinah. Apabila kaum Yahudi disingkirkan dari Madinah , konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja. 
B. Isi-Isi Penting 
Usaha-usaha Rasulullah S.A.W dalam pembentukan ummah di Madinah  
1. Mendirikan dan memakmurkan masjid 
 -Peringkat awal baginda mendirikan masjid Quba dan masjid Nabawi .  Berfungsi sebagai pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-hal semasa termasuk urusan agama, politik, ekonomi dan sosial.  
-Jesteru itu masjid menjadi tempat asas pertemuan , interaksi dan membentuk ukhwah Islam. 
2. Menjadikan al Quran dan sunnah sebagai asas penyatuan dan perpaduan masyarakat Madinah 
-Baginda menjadikan al Quran dan sunnah sebagai pegangan dan panduan dalam pentadbiran Negara. 
-Keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk tindakan. Dengan ini lahirlah masyarakat bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. 
3. Penggubalan Sahifah Madinah 
-Baginda menggubal perlembagaan Madinah. Perlembagaan ini telah mengukuhkan kedudukan pelbagi kaum kerana undang-undang menjadi asas dan teras pemerintahan dan pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu. 

-Golongan zimmi iaitu Yahudi dan Nasrani menerima status dan patuh kepada perlembagaan. 
4. Menyatupadukan dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj 
-Kedua-dua kaum ini sering bermusuh sehingga membawa kepada Peperangan Buath. Rasulallah telah menyatukan mereka yang dikenali Ansar. 
-Persaudaraan Islam telah menamatkan semangat assabiyah telah membentuk masyarakat Madinah yang bersatu padu. 
5. Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin 
-Baginda Rasulallah SAW seterusnya mempersaudarakan pula kaun Ansar dengan Muhajirin iaitu masyarakat Islam yang berpindah dari Makkah ke Madinah. Contohnya Umar al Khattab dipersaudarakan dengan Utbah bin Malik. 
- Keakraban kedua-dua kaum ini mempercepatkan lagi perpaduan masyarakat Madinah. 
6. Mengawal dan membendung kegiatan kaum Munafik 
-Golongan ini merupakan mereka yang berpura-pura memeluk Islam dan berniat jahat untuk memecah perpaduan Umat Islam. 
-Nabi SAW dan masyarakat Islam sentiasa berwaspada terhadap niat jahat mereka. Ancaman ini berakhir apabila ketua mereka Abdullah Bin Ubay mati. 
7. Penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah 
-Kaum Yahudi Bani Qainuqa, Nadir dan Quraizah telah disingkirkan mengikut perundangan kerana melanggar aperlembagaan Madinah.  
-Penyingkiran ketuga-tiga puak Yahudi ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan masyarakat Islam 
8. Kepimpinan melalui teladan 
-Nabi Muhammad SAW juga mempamerkan sifat-sifat kepimpinan yang unggul seperti siddiq, amanah, tabligh, fatanah dan hikmah dalam pentadbiran.  
-Sifat baginda disenangi semua rakyat. Sifat tersebut telah berjaya mengeratkan dan menyatupadukan hubungan pemerintah dengan rakyat . 
9. Menegakkan keadilan dalam masyarakat dengan memperkenalkan sistem ekonomi Islam,perundangan dan syura. 
-Keadilan yang dibawa oleh Islam telah melahirkan masyarakat yang harmoni sesama mereka tanpa rasa tidak puas hati. 

-Hubungan pemerintah dengan rakyat erat. Seterusnya lahirlah masyarakat yang bersatu . 
C. Kesimpulan 
-Pengukuhan rohani berasaskan al Quran dan sunnah melalui institusi masjid, perlembagaan dan persaudaraan Islam merupakan usaha-usaha penting yang diambil oleh Rasulallah dalam menyatukan masyarakat Madinah. 
SUMBER-JPNP KELANTAN  2018

Tiada ulasan: