OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
c)menilai sumbangan khalifah/
tokoh.
Khalifah Umar Abdul Aziz
683-720M
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
dilahirkan pada tahun 682/63 H di Mesir. Baginda meninggal dunia pada
tahun720/l0l H.Baginda terkenal sebagai seorang yang warak dan patuh kepada ajaran
agama Islam. Oleh itu, baginda berusaha melaksanakan dasar pemerintahan Islam
seperti yang dilakukan oleh datuknya,Khalifah Umar bin al-Khattab.Umar dilantik
menjadi pemerintah Umayyah kelapan pada tahun 717 hingga720.
Sumbangan Khalifah Umar Abdul
Aziz
a)Pentadbiran berdasarkan al-Quran
dan Hadis.
b)Menghidupkan kembali amalan
syura dalam pentadbian.
c)Dasar pelantikan gabenor dan
pegawai kerajaan
d)Mengemaskini dasar luar
negara dan polisi perluasan wilayah.
e)Menggalakkan perkembangan
pendidikan dan pengamalan ajaran Islam.
f)Memulihkan peranan Baitulmal.
g)Mengemaskini sistem pungutan
zakat agar lebih adil.
h)Mengadakan projek kebajikan
untuk rakyat.
i)Mengurangkan jurang
pendapatan dan kedudukan sosial-ekonomi rakyat.
j)Menghapuskan cacian terhadap
Saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat.
k)Menghapuskan jawatan pengawal
peribadi khalifah.
l)Perkembangan ilmu
pengetahuan.
m)Menggalakkan asimilasi
perkahwinan antara Arab dan bukan Arab.[1]
[1]
“Sumbangan Khalifah/Tokoh”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan