Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin bermula
setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW, iaitu
pada tahun 632 M. dan
berlanjutan sehingga tahun 661 M.. Dalam tempoh ini, kerajaan Islam yang
berpusat di Madinah diperintah oleh empat orang khalifah, iaitu Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan, dan
Khalifah Ali bin Abi Talib. Selepas kewafatanNabi Muhammad SAW, masyarakat
Islam hampir berpecah-belah kerana ingin memegang jawatan khalifah sebagai
pemimpin negara dan umat Islam. Masalah ini dapat diselesaikan oleh Saidina Abu
Bakar. Ketokohan beliau mendorong masyarakat Islam memilih beliau sebagai
khalifah yang pertama.
Menurut Mahayudin Hj. Yahya dalam buku
Tamadun Islam menyatakan perkataan khalifah berasal daripada perkataan khulafa,
iaitu pengganti. Khalifah ialah satu jawatan untuk menggantikan Nabi Muhammad
SAW selepas kewafatan baginda. Khalifah merupakan pemimpin negara yang
menguruskan pemerintahan dan pentadbiran. Tugas dan tanggungjawab khalifah sama
seperti seorang rasul tetapi tidak menerima wahyu. Tugas khalifah ialah
memelihara dan menegakkan agama Islam
serta mentadbir dunia selaras dengan hukum syarak.
Pelaksanaan institusi
pemerintahan oleh khalifah mestilah berdasarkan ajaran al-Quran dan hadis.
Sebagai seorang pemimpin negara, khalifah
mesti memenuhi beberapa kriteria. Antaranya ialah ilmu. Seorang khalifah
mestilah memiliki ilmu agama dan ilmu duniawi supaya dapat membuat satu hukum
atau keputusan yang tepat. Beliau juga mestilah mempunyai unsur keadilan dalam
semua aspek dengan berpaksikan al-Quran dan sunah. Seorang khalifah juga
mestilah mempunyai kredibiliti dan keupayaan sebagai pemimpin. Beliau perlu
mempunyai pancaindera dan fizlkal yang sempuma. Status dan personaliti tokoh
juga diambil kira.
Kaedah pemilihan khalifah boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu syura dan baiah. Terdapat pelbagai kaedah
dilaksanakan dalam pemilihan khalifah. Kaedah pertama ialah perundingan secara
beramai ramai. Perundingan dan persetujuan diadakan tanpa ditetapkan calon
terlebih dahulu. Rasulullah SAW tidak meninggalkan wasiat kepada sesiapa untuk
dijadikan khalifah. Baginda memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk
memilih pemimpin mereka. Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, umat Islam
berkumpul di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah pertama.
Untuk mengelakkan permusuhan antara golongan Muhajirin dan Ansar, Saidina Umar
al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar. Cadangan ini disokong oleh majoriti
umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq terus dibaiahkan dalam syura.
Kaedah kedua ialah mengusulkan seorang
calon oleh khalifah yang sebelumnya terlebih dahulu. Nama khalifah itu kemudian
diputuskan dalam Majlis Syura. Perlantikan Khalifah Umar
al-Khattab sebagai khalifah
kedua adalah dengan cara ini. Semasa Khalifah Abu Bakar sedang sakit, beliau
mencadangkan Saidina Umar al-Khattab sebagai penggantinya bagi mengelakkan
kemunculan golongan al-Riddah. Pencalonan ini dipersetujui oleh paru sahabat
dan umat Islam. Selepas kewafatan Khalifah Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab
dilantik melalui musyawarah dan menerima baiah daripada umat lslam.
Kaedah ketiga ialah pengusulan sekumpulan
calon. Khalifah sebelumnya akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan
para sahabat. Kaedah ini digunakan dalam pemilihan Saidina Uthman bin Affan
sebagai khalifah ketiga. Khalifah Umar mengemukakan nama enam orang calon,
iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali bin Abu Talib, Abdul Rahman bin
Auf, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin Abi Waqas dan Zubair al-Awwam. Pemilihan
calon diadakan selepas kewafatan Khalifah Umar. Saidina Uthman dipilih kerana
kelebihan undi. Beliau terus dibaiahkan dan dilantik sebagai khalifah ketiga.
Kaedah keempat ialah pengusulan oleh
sekumpulan masyarakat. Melalui cara ini, masyarakat
Islam mencadangkan keturunannya
menjadi khalifah yang seterusnya. Cara ini digunakan dalam pemilihan Khalifah
Ali bin Abu Talib. Selepas kewafatan Khalifah Uthman, berlaku pergolakan
dalam menentukan bakal
khalifah. Penduduk Mesir mencadangkan Saidina Ali, penduduk Basrah mencadangkan
Talhah bin Ubaidillah, manakala penduduk Kufah pula mencadangZlbair al- Awwam
sebagai khalifah. Pemilihan dan musyawarah diadakan untuk menentukan khalifah.
Saidina Ali Abu Talib dipilih dalam musyawarah dan Khalifah Ali menerima
jawatan ini atas desakan para sahabat.
Kesimpulannya, perlantikan khalifah pada
zaman ini menunjukkan amalan demokrasi. Pemilihan dibuat dalam Majlis Syura dan
kemudian dibaiah oleh umat Islam. Pada zaman kerajaan Bani Umaiyah sistem ini
diubah dan jawatan khalifah menjadi warisan keluarga Bani Umayyah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan