1.5 Institusi Khalifah.
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Pemilihan Khalifah
Hasil Pembelajaran;
Menghuraikan konsep dan ciri-ciri khalifah serta kaedah pemilihan khalifah.
Khalifah al-Rasyidin dan
Umayyah abad ke-7-8M (601-799M)
a)Konsep khalifah
Selepas zaman Nabi Muhammad
s.a.w, pemerintahan dan pentadbiran negara Islam diterajui oleh empat orang
khalifah iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan
Ali bin Abi Talib. zaman tersebut dikenali sebagai “Zaman Khulafa al-Rasyidin'.PemerintahanKhulafa,al-Rasyidin
merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam
selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Khilafah ialah institusi pemerintahan dan pentadbiran
Islam yang bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.Orang yang mengetuai
institusi ini dipanggil khalifah.Khalifah membawa maksud pengganti Nabi
Muhammad SAW oleh sebab tugas menerima wahyu sudah selesai dengan kewafatan
baginda,maka tugas seorang khalifah adalah:
(a)menurut al-Mawardi dalam
kitab al-Ahknmal-Sultaniyyah, memelihara agama (syariah) dan mentadbir dunia.
(b) menurut Ibn Khaldun dalam
kitab Muqaddimah- menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum syariah untuk kebaikan di
dunia dan di akhirat.
Hampir semua mazhab dalam lslam,kecuali
serpihan mazhab Khawarij dan Muktazilah,
mewajibkan masyarakat Islam mewujudkan institusi khilafah,atau dalam istilah Syiah
disebut
Imamah bagi memelihara agama
Islam dan mentadbir negara dan masyarakat Islam.
Pelaksanaan sistem berkhalifah
bermula pada zaman Khulafa al- Rasyidin, diikuti oleh khilafah
Umayyah,Abbasiyah,Fatimiyyah dan berakhir pada pemerintahan Uthmaniyah dengan
tertubuhnya Kerajaan Republik Turki pada tahun 1923.[1]
a)Sistem khilafah –isntitusi
pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis.
b)Hukum menegakkan khilafah
Umat Islam bersepakat bahawa
menegakkan atau melantik khilafah atau imamah adalah wajib.Dalil kewajipan
menegakkan khalifah adalah berasaskan kepada ijmak para sahabat, para tabiin
dan ulamak-ulamak Islam.
c)Jawatan penggantian khalifah.
Semasa kewafatan Abu Bakar dan
perlantikan Uma, tiada seoang pun dalam kalangan mereka yang menyatakan tidak
perlu kepada khalifah,imam atau pemimpin. Inilah ijmak paa sahabat yang
merupakan dalil yang kuat untuk menetapkan kewajipan meneggakkan khilafah atau
imamah.[2]
d)Pelaksanaan sistem khilafah
dengan sepenuhnya berlaku pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
e)Institusi khilafah berakhir
pada zaman Mustafa Kemal Attatuk apabila beliau mengistiharkan kerajaan
Republik Turki pada tahun 1924.
Ciri-ciri Khalifah
Pelantikan khalifah memenuhi
ciri-ciri kelayakkan tertentu
1 Khalifah merupakan ketua
negara. Sebagai khalifah, kuasa beliau tidak terhad pada aspek keagamaan
sahaja, malahan juga aspek keduniaan.
2 Dalam melaksanakan
tanggungjawabnya mentadbir negara lslam, khalifah mesti menjadikan al-Quran dan
as-sunnah sebagai panduan, seperti semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
3 Oleh itu, pemilihan seorang
khalifah atau calon khalifah mestilah berdasarkan kepada beberapa ciri.
Antaranya ialah:
(a) beragama Islam
(b) lelaki merdeka
(c) adil
Keadilan dalam semua aspek atau
perkaa seperti percakapan, perbuatan atau tindakan dengan berpaksikan al-Quan
dan sunnah. Seseorang pemimpin yang adilialah pemimpin yang bercakap benar,
bersikap amanah, sabar, menjaga batas pergaulan, menjauhi dosa dan menjaga
mauah. Keadilan akan mmewujudkan kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat
dan negara.
(d) berilmu
Ilmu membolehkan seseorang
khalifah memutuskan sesuatu hukum atau membuat keputusan tepat terhadap masalah
agama dan masalah duniawi. Khalifah bukan sahaja memerlukan ilmu agama tetapi
juga memiliki ilmu keduniaan seperti ilmu perundangan,kewangan dan sosial.Ilmu akan melicinkan urusan pemerintahan
dan pentadbiran.
(e) mempunyai pemikiran yang
waras dan tajam
(f) mempunyai wawasan yang
jelas terhadap masa depan negara (siasah)
(g) tidak cacat/sihat
Seseorang khalifah hendaklah
memiliki tubuh atau fizikal yang sihat atau tidak berpenyakit.Kesihatan
seseorang khalifah sangat perlu bagi menjamin pelaksanaan pemerintahan dan
pentadbiran berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat dan
negara.[3]
(h) warak
(i) berani
Kepentingan seorang ketua negara dalam
Islam tidak hanya dari aspek siasah, tetapi juga mengutamakan soal akhlak. Ini
kerana, beliau akan menjadi contoh kepada takyatnya.[4]
Tanggungjawab khalifah.
Kuasa dan Tanggungjawab Khalifah
Menurut Ibn Khaldun, tugas
khalifah ialah "menegakkan agama dan mentadbir dunia mengikut hukum
syariah untuk kebaikan dunia dan akhirat".
Seorang khalifah
bertanggungiawab dalam mengendalikan urusan pentadbiran negara dan juga melaksanakan
hukum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman tersebut pula mestilah
mengikut hukum seperti yang telah terkandung di dalam al-Quran. Di samping itu,
perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti pelantikan hakim,
saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.
3 Dalam membuat sebarang
keputusan berhubung urusan negara, seorang khalifah juga mesti berdasarkan
syura (permesyuaratan)
Dalam membuat sebarang
keputusan berhubung urusan negara, seseorang khalifah mesti berlandaskan syura.
Dalam melantik pegawai untuk menjalankan tugas pula, khalifah perlu menyerahkan
tanggungjawab tersebut kepada individu yang amanah dan jujur dalam melaksanakan
tugasnya. Tujuannya supaya tugas yang dilakukan berjalan dengan sempurna.
Dalam aspek ekonomi, khalifah
perlu melaksanakan sistem ekonomi yang selaras dengan kehendak Islam. Tujuannya
adalah untuk menjamin sumber pendapatan yang diperoleh kerajaan dan rakyat
bersih mengikut syariat. Beliau juga bertanggungjawab memungut cukai, zakat
serta menguruskan pendapatan baitulmal secara berhemat
Khalifah bertanggungjawab menyebarkan
ilmu kepada rakyat di samping menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat
seperti sekolah, masjid dan hospital. Selain itu, beliau juga perlu memastikan
perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah utuh.Khalifah juga bertanggungjawab
menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta negara daripada ancaman musuh
sama ada dari dalam mahupun luar negara. Untuk itu, khalifah perlu mengambil
langkah-langkah tertentu bagi mengukuhkan keselamatan negara. Contohnya, ketika
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah memperkemas pasukan
tentera Islam bagi melindungi keselamatan negara daripada ancaman kuasa asing,
iaitu Byzantine dan Parsi.[4]
Pentadbiran agama-menegakkan
agama dan memimpin rakyat mengikut ajaran Islam untuk kebaikan dunia dan
akhirat.Pentadbir negara seperti
mengetuai pentadbiran negara, membangunkan negara, memajukan ekonomi dan
sebagainya.[5]
[1] Ibid,45
[2 Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2,57.
[3] Mahdi
Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd,2013),70.
[4] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,36.
[5 Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,48.
[6]
“Intitusi Khalifah”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),17.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan