Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Peranan utama Piagam Madinah
a)Menyatukan penduduk Madinah
yang bebilang kaum.
Masyarakat Madinah khususnya
umat Islam dapat disatukan menerusi Piagam Madinah.Piagam ini juga
menitikberatkan hubungan baik antara masyarakat Islam dengan masyarakat bukan
Islam seperti saling hormat-menghormati, tolong-menolong dan sebagainya.
Melalui Piagam Madinah ini
dapat dirumuskan bahawa masyarakat Madinah yang dahulunya mengamalkan tradisi
jahiliah seperti mementingkan diri sendiri dan kaum masing-masing telah berubah
dengan menerapkan nilai-nilai persaudaraan Islam.[1]
b)Undang-undang tertinggi
Madinah selepas al-Quran bagi menyelesaikan pemasalahan penduduk.
Piagam Madinah telah
memperuntukkan layanan yang adil kepada orang Yahudi dan orang Islam serta
menyatupadukan penduduk Madinah yang berbilang kaum, keturunan,kebudayaan agama
dan kepercayaan. Maka terbentuklah ummah Madinah.[2]
c)Mengariskan dasar-dasar umum
pemerintahan negara dan pentadbiran masyarakat.
d)Pengistiharan bahawa Madinah
adalah sebuah negara yang berdaulat dan berperlembagaan.
Piagam Madinah juga membawa
kepada terbentuknya negara Madinah yang berdaulat dan bermaruah dan menjadi
sebuah negara Islam. Piagam Madinah ini bukan sahaja meletakkan nabi Muhammad
SAW sebagai nabi dan rasul, tetapi seorang pemimpin yang yang berwibawa dalam
semua urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.[3]
e)Melaksanakan syariat Islam
dalam semua aspek kehidupan temasuk bidang ekonomi, pendidikan dan sosial.[4]
f)Kedudukan Nabi sebagai pemerintah tertinggi yang
unggul.
Kedudukan Nabi Muhammad SAW
sebagai Pemerintah tertinggi dan Unggul
Baginda merupakan seorang
negarawan yang unggul dan berperanan sebagai pemimpin bagi kerajaan Madinah
yang memiliki masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.Masyarakat Madinah
menerima baginda sebagai ketua negara Madinah.
Baginda memberi tumpuan terhadap aspek
akidah dan juga aspek duniawi dalam pemerintahannya. Piagam Madinah meletakkan
baginda sebagai ketua kerajaan dan hakim yang tinggi dan unggul. Sebagai ketua
hakim, baginda menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah
seperti perselisihan kaum berdasarkan hukum Allah SWT dan keputusan baginda.
Masalah ini juga diselesaikan dengan adil dan bermusyawarah.Baginda juga
mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan untuk menyelesaikan masalah yang
timbul.[5]
g)Mewujudkan Rasa Tanggungjawab Mempertahankan Madinah
Semangat Piagam Madinah telah
mendorong masyarakat Madinah yang terdiri daripada umat Islam dan bukan Islam
bersama-sama mempertahankan kerajaan Madinah daripada serangan musuh.Masyarakat
Madinah dilarang menjalinkan hubungan dengan musuh-musuh Islam yang menentang
kerajaan Islam Madinah.
Untuk mengukuhkan perpaduan dan
mengelakkan sebarang permusuhan antara masyarakat Madinah, semangat cintakan
negara dipupuk. Oleh itu, semangat ini dapat mengelakkan musuh Islam mengambil
kesempatan menawan Madinah.Kaum Yahudi dianggap sebagai warganegara Madinah
seperti masyarakat Islam selagi mereka melaksanakan tanggungjawab mereka menurut
Piagam Madinah.[6]
[1] Mahayudin
Hj.Yahya et.al.,Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kemaskini,(Shah
Alam:Oxford Fajar,2013),35.
[2]Mahdi
Shuid. Et.al, Teks STPM Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi :Penerbitan
Pelangi Sdn.Bhd,2013),32.
[4]“Sistem
Pemerintahan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),9.
[5] “Sistem Pemerintahan”,dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),29.
[6]
Ibid,33.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan