2.3.2 : Sumbangan
tokoh
Hasil Pembelajaran : Menilai
sumbangan tokoh - al-Khawarizmi, Ibn Sina, al-Ghazali
dan Ibn Khaldun.
Masa / Kawasan Kajian :
Khalifah Abbasiyah abad ke-8 hingga 13M dan Mesir abad ke-
15M.
1.a.Al-Khawarizmi
Latar belakang Al-Khawarizmi
Kepakaran beliau dalam
ilmu matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah iaitu Khalifah Harun
al-Rashid yang melantiknya sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik
di Baitul Hikmah. Khalifah al-Makmum melantik
beliau sebagai pengarah arkib di
perpustakaan istana. Al-Khawarizmi mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut di Baitul Hikmah. Beliau turut bertugas mengetuai dan mengawasi
kerja penterjemahan buku-buku
Matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan Byzantine.[i]
Al-Khawarizmi seorang
tokoh Islam yang berpengetahuan
luas dalam bidang falsafah,
logik, aritmetik, geometri,
muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.
Sumbangan al-Khawarizmi :
a. Matematik:
Memperkenalkan sistem nombor India (kini dikenali angka Arab)
yang digunakan sehingga kini iaitu 0 hingga 9.Angka-angka tersebut
menggunakan simbol-simbol yang mewakili nilai-nilai tertentu.Beliau memperkenalkan beberapa
proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.
Tokoh pertama yang memperkenalkan algebra
dan matematik. Antara cabang matematik yang diperkenalkan beliau seperti
geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.
Memperkenalkan penggunaan angka dalam
karyanya De Numero Indorum yang berkaitan dengan aritmetik. Beliau menerangkan tentang
angka sifar. Dengan adanya angka
sifar, operasi tambah, tolak,
darab, bahagi, kuasa, logkosinus
dan lain-lain dapat diselesaikan dengan
mudah,malah membolehkan ilmu sains dan
teknologi berkembang dengan lebih pesat.Angka sifar yang diperkenalkan olehnya dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan sebutan cifre,chiffre danzero. Melalui angka
sifar akan terbitkan nombor yang
mencapai infiniti.
Sistem
angka juga dapat dikaitkan dengan
bidang lain termasuk astronomi yang membolehkan meramal gerhana, menentukan planet-planet
atau planet-palent dan lain-lain.
. Dalam konsep algebra (aljabar - ilmu persamaan), alKhawarizmi memperkenalkan kaedah
penyelesaian tersusun dan
sistematik sehingga digelar Bapa Ilmu Algebra. Karya algebra beliau
Hisab al-Jabal wa
al-Muqabalah.Buku beliau yang memperkenalkan kaedah arimetik al-Jabar telah diterjemahkan dalam
bahasa Latin dan menjadi
rujukan di universiti-universiti Eropah sejak abad ke 12 hingga 16M.
Beliau orang pertama yang mengajar algebra
dalam bentuk mudah dan
menyelesaikan banyak permasalahan seperti pewarisan, pembahagian
harta pusaka dan perniagaan melalui karyanya.
Al-Khawarizmi telah membangunkan bidang trigonometri iaitu ilmu matematik
mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang
mengandungi fungsi sin.. Beliau
menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus
yang membantunya menguasai
konsep perbezaan.
Karya beliau yang lain ialah Kitab al-Jam'a bil Hisab al-Hindi yang berkaitan
dengan konsep aritmetik.
Geografi :
Al-Khawarizmi telah membetulkan pandangan Ptolemy mengenai geografi
termasuk dalam melakar peta dunia.Beliau adalah saintis
pertama melakar peta dunia pada
tahun 830M.
Menghasilkan karya geografi
Kitab Surat al-Ard. Kitab ini telah
diterjemahkan bersama petanya ke dalam
bahasa lain.
Menulis tentang takwim Yahudi
yang berjudd Istikhraj Tarikh
al-Yahudi.
c. Astronomi:
Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh
AlKhawarizmi memberi sumbangan besar
terhadap kemajuan dalam bidang sains
astronomi.
Hasil kerjaya beliau turut meliputi kerjaa-kerja
berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan
waktu dengan bayangan matahari serta alat kaji bintang.
Beliau banyak
menghasilkankarya astronomi dan diterjemahkan
ke pelabagai bahasa asing. Antaranya
Kitab al-Tarikh dan Kitab al-Rukhmat
(buku berkenaan alat yang menunjukkan
waktu dengan bayagan matahari).
Khalifah al-Makmum telah melantik al-Khawaizmi
sebagai penasihat astronomi dan bertugas di balai cerap yang didirikan oleh baginda di Baghdad.[ii]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan