Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi
sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan
harta.benda mereka.Walau bagaimanapun, bukan
semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib
membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan,
merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Isi-isi Penting
(a) Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq
. Pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman NabiMuhammad s.a.w. Buktinya,
ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum berperang, panglima
Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun
membayar jizyah.
. Pemimpin kawasan Hirah telah
bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta
Ain al-Tamar bersetuju membayar I dinar per individu sewaktu ekspedisi ke
Daumat al-Jandal.
(b) Zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab
. Sumber pendapatan daipada
jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak
kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
. Pemimpin Baitulmuqaddis
sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan
jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. '
. Penduduk Qibti di Mesir
menjemput Amru bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah 2
dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per
individu bergantung kepada
status individu.
. Penduduk Azerbaijan pula
walaupun dilerikan kelonggaran membayar jizyah pada tahtn 22 H,
namun pada tahun berikutnya
dikenakan dengan kadar tertentu.
(c) Zaman Khalifah Uthman bin
Affan
. Susulan kejayaan menguasai
Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini.
. Jizyah dikenakan ke atas
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya
perjanjian damai.
(d) Zaman Khalifah Ali bin Abi
Talib
. Walaupun berlaku kegawatan
politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar
al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh
orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.
Kesimpulann ya, peningkatan sumber jizyah yang
dikumpul pada zaman ini telah dimanafaatkan untuk memajukan negara seperti
penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik
sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan