Rabu, 30 November 2016
Isnin, 28 November 2016
1.Jelaskan reaksi masyarakat Mesir terhadap perluasan kuasa Barat pada abad ke-19 dan ke-20. 20m.
Pendahuluan
- Tentera Perancis di bawah Napoleon Bonaparte telah
menceroboh Mesir pada pertengahan tahun 1798 setelah menewaskan tentera
kerajaan Mamluk yang memerintah Mesir ketika itu. Perancis menduduki Mesir
selama tiga tahun.
- Selepas itu, British menceroboh Mesir pada tahun 1882.
Isi-isi penting
- Perancis yang muncul sebagai satu kuasa revolusi yang
agresif telah berjaya menundukkan sebahagian daripada kerajaan beraja di
Eropah. Namun begitu, Napoleon berasa belum puas selagi musuh utama Perancis
iaitu Britain, sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki
ditewaskannya.
- Napoleon telah mengambil langkah untuk menakluk Mesir
yang terletak di tengah-tengah jalan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain.
Dengan menundukkan Britain, Napoleon berharap menjadi pemimpin teragung di
dunia. Bagaimanapun, kekalahannya di tangan Duke of Wellington menghancurkan
cita-citanya itu.
- Pada bulan Mac 1801, tentera Turki Uthmaniyah yang
turut dianggotai penduduk Mesir di samping bantuan daripada pihak British
berjaya mengusir keluar tentera Perancis dari bumi Mesir. Tanpa bantuan tentera
British, mungkin Perancis dapat bertahan lebih lama di Mesir.
- Sebelum meletusnya Pemberontakan Urabi (1881), di Mesir
telah muncul dua golongan penentang terhadap penguasaan asing. Pertama,
penentang yang terdiri daripada golongan awam yang terdiri daripada golongan
bangsawan (pasha), ulama, dan tuan tanah. Kedua, ialah pegawai tentera Mesir
(yang berketurunan Mesir asli yang dikenali sebagai Fellaftin ).
- Golongan awam berhasrat untuk menentang penguasaan
asing ke atas bumi Mesir. Bagaimanapun, golongan kedua iaitu, pegawai tentera
pegawai tentera Mesir menentang kepimpinan Turki-Circassia yang mempunyai taraf
istimewa dalam bidang pentadbiran dan
ketenteraan.
- Apabila ada usaha untuk mengehadkan saiz tentera Mesir,
ramai daripada pegawai berketurunan Fellahin yang diberhentikan perkhidmatan
berbanding dengan pegawai tinggi tentera berketurunan Turki-Circassia yang
dikekalkan jawatan mereka.
- Dua golongan ini (golongan awam dan pegawai tentera
Mesir) telah bergabung mendokong dasar nasionalisme Mesir apabila bangsa Eropah
menunjukkan permusuhan terhadap mereka.
Pergerakan ini bersatu di bawah pimpinan Kolonel Ahmed
Urabi yang bercita-cita mengusir bangsa Eropah seluruhnya dari bumi Mesir.
- Urabi menubuhkan sebuah pertubuhan sulit dalam tentera
bagi mengatasi masalah diskriminasi sosial, kemelesetan ekonomi dan keruntuhan
akhlak masyarakat Mesir.
- Urabi dengan galakan daripada wakil pemerintah Turki
Uthmaniyah di Mesir iaitu Khedif Ismail telah menubuhkan sebuah parti yang
dikenali sebagai Parti Kebangsaan (Hizb al-Watani) yang berjuang menghapuskan
pengaruh asing dalam pentadbiran Mesir, menjamin agar hutang piutang asing dibayar
dengan syarat harta rakyat Mesir tidak dirampas serta menyeru agar kuasa Khedif
dipulihkan kembali serta segala pendapatan daripada perkhidmatan kereta api
Mesir dipulangkan kepada Kerajaan Mesir.
- Usaha tersebut tidak beriaya apabila pihak British dan
Perancis bertindak balas hingga menyebabkan Sultan Abdul Hamid II' Sultan Turki
Uthmaniyah didesak menfngkirkan Khedif Ismail dan digantikan puteranya sebagai
Khedif baru, iaitu Taufik pada tahun 1879.
- Biarpun percubaan pertama menghadapi British tidak
berjaya, tetapi golongan nasionalis ini tidak berputus asa. Pihak tentera terus
mendapat sokongan daripada pegawai kerajaan, ulama yang tertindas, dan golongan
Petani.
- Pada mulanya golongan nasionalis menuntut kepada pihak
British hal-hal yang menjadi sungutan Pihak tentera, pemerintahan sistem
perlembagaan, dan penubuhan sebuah parlimen yang tetap.
- Keadaan berubah menjadi lebih radikal apabla segolongan
ahli Majlis menuntut supaya belaniawan Mesir dibahaskan dalam Majlis Para
Pembesar Negara (Parlimen Mesir)' Kuasa Eropah yang diketuai British menolak
tuntutan tersebut kerana bimbang kadar pemotongan cukai daripada pendapatan
Mesir kepada kuasa-kuasa Eropah akan dicabar oleh golongan nasionalis Mesir.
- Sehubungan itu, British mendesak supaya Khedif Taufik menerima
ketetapan pihak Barat. Perkembangan ini menimbulkan ketegangan. Rusuhan berlaku
di hilir Mesir dan beberapa orang Kristian dibunuh.
- Pada akhir tahun 1881, Ahmed Urabi dan para
penyokongnya telah mengambil alih kuasa daripada KhedifTaufik dan akhirnya
Taufik meminta perlindungan daripada pihak British. Bagi
memulihkan keamanan dan menjaga kepentingan perdagangan dan
pertahanannya, British mengambil keputusan untuk menceroboh Mesir secara
langsung pada tahun 1882.
- Pada bulan Julai 1882, pihak berkuasa British telah
menghantar Laksamana Seymor dengan angkatan tentera lautnya memaksa pihak
nasionalis membubarkan pertahanan mereka di
iskandariah. Apabila tuntutan itu ditolak, tentera laut
British pun membedil Iskandariah dan seterusnya menakluk Port Said, lsmailiah,
dan bandar Suez.
- Urabi dan tenteranya cuba bertahan tetapi tidak dapat
menahan asakan British. Mesir terus meniadi tanah British. Taufik kembali ke
Mesir dan dilantik semula sebagai Khedif Mesir.
- Pemimpin nasionalis Mesir seperti Urabi telah dibuang
negeri di Sri Langka. Muhammad Abduh yang menyokong perjuangan Urabi pula telah
diusir ke Perancis.Dengan itu, Perlembagaan Mesir digubal pada tahun 1923, dan
Ahmad Fuad memakai gelaran sultan iaitu Raja Fuad I. Melalui pilihan raya, Saad
Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri Mesir.
Kesimpulnnya,Pihak British berjaya membendung penentangan penduduk
Mesir kerana kerajaan British terpaksa memberi keutamaan kepada isu-isu di
Mesir disebabkan penguasaan Terusan Suez
yang merupakan laluan antarabangsa.
Bincangkan ciri-ciri sistem pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah.20m
Rangka Jawapan
Pendahuluan
. Pendidikan dalam perspektif
Islam merupakan suatu proses yang berlaku sepanjang hayat.
. Tidak dinafikan pendidikan
Islam mengalami perkembangan pesat pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan
Abbasiyah. Hal ini disebabkan penglibatan dan sikap pemerintah yang mencintai
ilmu pengetahuan sama ada ilmu agama mahupun ilmu-ilmu berkaitan dengan
keduniaan.
Isi-isi penting
. Sebagaimanazaman awal Islam,
sumber utama pendidikan Islam ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang
sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga
berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan
perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber al-Quran dan sunnah.
Sesuai dengan perkembangan semasa,
pendidikan Islam pada zamar. kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah bertujuan
untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliahbagi
membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan
suruhan-NYa.
Pendidikan Islam pada kedua-kedua
kerajaan tersebut berlangsung secara forma| dan tidak
formal. pendidikan tidak formal
berlaku dimasjid, manakala pendidikan formal berlangsung di
institusi yang didirikan oleh
kerajaan seperti kuiabdan institusi pengajian tinggi serta madrasah
seperti Bait al-Hikmah di
Baghdad.
Kandungan kurikulum pendidikan yang
terdapat pada kedua-dua kerajaan ini merangkumi ilmu naqli dan llmu aqli.Aniara
ilmt naqli sepertitafsir, hadis, fikah, dan usuluddin' manakala ilmu aqii
seperrifalsaiah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam.
Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman
kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor
yang menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah bin
Abbas, Hassan al-Basri, wasil uin Ata" Imam Malik bin Anas' Imam Syafie'
Imam Abu Haniffah dan Imam
Ahmad bin Hambal.
Ciri pendidikan Islam lain yang ketara
pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudah kaedah
halaqah.Melalui kaedah ini,
murid-murid akan berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi
guru; mendengar apa yang
disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran.
Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan
Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah.
Umpamanya , pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah umar bin Abdul Aziz telah
mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan
yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh
pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan
Khalifah al-Makmun.
Ciri lain yang ketara pada sistem
pendidikan kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan aktiviti
penterjemahan karya-karya asing
khasnya daripada bahasaYunani. Di Baghdad,aktiviti tersebut giat dilakukan di
bait al-Hikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan
sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah
juga sebagai pusat penterjemahan.
Kesimpulan
Faktor utama yang membawa
kepada perkembangan pesat sistem pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah dan
kerajaan Abbasiyah ialah sokongan padu daripada pemerintah di sampingkemunculan
golongan ulama yang menjadi tenaga pengajar.
Sumber ujukan-Mohd Zaki Ahmad,
Score in SPM Sejaah Islam (500-1918) Keas 2 940/2 Keas Model, ,
(Shah Alam: Oxford Fajar.2014) ,52-53.
Pendidikan di Zaman Kerajaan Umaiyah
peranan institusi pendidikan pada zaman
Kerajaan Umaiyah
Pendidikan Islam menekankan
pertumbuhan manusia yang seimbang dalam melaksana tugas sebagai seorang
khalifah di muka bumi. Imam al Ghazali menjadikan ilmu pengetahuan sebagai
antara syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon khalifah. Khalifah Bani
Umaiyah juga berminat dengan perkembangan pendidikan. Khalifah Muawiyah
misalnya, akan membaca sampai sepertiga malam untuk mempelajari cerita-cerita
bangsa Arab, peperangan dan cerita-cerita bangsa asing. Pelbagai institusi
pendidikan dibina pada zaman pemerintahan kerajaan ini.
Institusi pendidikan yang ditubuhkan pada
awalnya ialah masjid. Banyak masjid dibina dan dijadikan pusat pendidikan
seperti Masjid Amawiyin/Umawi di Damsyik, masjid di Kufah, Basrah dan Fustat.
Khalifah Walid al Walid contohnya berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan
dengan menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam melalui pembinaan
masjid dan kuttab. Masjid Amawiyin dibina selama lapan tahun dan dijadikan
tempat beribadat serta tempat belajar kaum muslimin. Bilik-bilik disediakan
sebagai tempat menyalin dan perbincangan pelajar. Guru-guru berkhidmat secara
sukarela dan ada juga yang dibayar gaji. Kurikulum yang dipelajari ialah fardhu
ain dan fardhu kifayah (bahasa, kesusasteraan, ilmu hisab).
Istana khalifah juga dijaduikan pusat
pendidikan ketika ini khasnya istana di Damsyik, Syria. bahan-bahan bacaan
dalam bahasa Yunani diterjemah ke bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan
contohnya sering mengundang para ulama dan cendekiawan ke istananya bagi
membicarakan ilmu sejarah Arab, sejarah peperangan serta hal pentadbiran.
Tumpuan diberi kepada pendidikan putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar.
Guru berpengalaman dijemput untuk mengajar di istana berkaitan sejarah,
kesusasteraan, tatasusila, pidato serta moral.
Seterusnya ialah institusi kuttab
yang terbahagi kepada dua iaitu kuttab untuk orang awam yang dikenakan yuran
pengajian dan Kuttab al Sabil khas untuk kanak-kanak miskin yang tidak
dikenakan yuran pengajian. Fokus utama pembelajaran ialah pengajian al Quran serta
asas-asas ilmu agama sebagai persediaan memasuki peringkat pendidikan lebih
tinggi iaitu halaqah.
Pengajian halaqah diadakan di masjid.
Sistem pengajian tradisional ini berlangsung apabila pelajar berkumpul dalam
bentuk bulatan mengelilingi guru sambil menadah kitab. Jangka masa pembelajaran
tidak terhad namun semakin lama belajar, semakin tinggi ilmu seseorang. halaqah
telah berkembang ke negara-negara Islam lain termasuk Nusantara.
Jika dilihat dari aspek tenaga
pengajar, guru-guru yang dipertanggungjawabkan memiliki tahap pengetahuan yang
berbeza. Guru-guru yang kurang berpengalaman akan mengajar di kuttab. Di istana
pula, ‘muaddib’ yang lebih berpengalaman akan mengajar putera-putera khalifah
dan anak-anak pembesar tentang ilmu pengetahuan, budi bahasa, moral dan
sahsiah. Di masjid, para ulama terkenal yang mengajar, misalnya Hassan al
Basri, Abdullah bin Abbas dan Khatib al Baghdadi.
Terdapat pelbagai faktor yang
mendorong perkembangan pendidikan di zaman bani Umaiyah. Antaranya ialah
pemberia pendidikan secara percuma serta agresifnya dasar peluasan kuasa.
Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman Khulafah al-Rasyidin. 20m
Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang kafir dhimmi
sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan
harta.benda mereka.
. Walau bagaimanapun, bukan
semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya mereka yang wajib
membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan,
merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
Isi-isi Penting
(a) Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq
. Pada zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman NabiMuhammad s.a.w. Buktinya,
ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan Parsi, sebelum berperang, panglima
Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun
membayar jizyah.
. Pemimpin kawasan Hirah telah
bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk kawasan Anbar serta
Ain al-Tamar bersetuju membayar I dinar per individu sewaktu ekspedisi ke
Daumat al-Jandal.
(b) Zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab
. Sumber pendapatan daipada
jizyah semakin meningkat pada zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak
kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
. Pemimpin Baitulmuqaddis
sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan
menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan
jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka. '
. Penduduk Qibti di Mesir
menjemput Amru bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah 2
dinar per individu setahun, di Syam pula dikenakan 1-4 dinar per
individu bergantung kepada
status individu.
. Penduduk Azerbaijan pula
walaupun dilerikan kelonggaran membayar jizyah pada tahtn 22 H,
namun pada tahun berikutnya
dikenakan dengan kadar tertentu.
(c) Zaman Khalifuh Uthman bin
Affan
. Susulan kejayaan menguasai
Mesir, beberapa kawasan di utara Afrika berjaya dikuasai pada zaman ini.
. Jizyah dikenakan ke atas
wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan
setelah termeterainya
perjanjian damai.
(d) Zaman Khalifah Ali bin Abi
Talib
. Walaupun berlaku kegawatan
politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar
al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh
orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah.
Kesimpulannya,peningkatan sumber jizyah yang
dikumpul pada zaman ini telah dimanafaatkan untuk memajukan negara seperti
penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak bernasib baik
sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.
Huraikan kesan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Uthmaniah dengan kuasa-kuasa lain antara abad ke-17 hingga 19. [20m]
Selepas pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fatih,kerajaan Uthmaniyah mula mengalami zaman kemerosotan.Keadaan
semakin ketara antara abad ke-17 hingga 19. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi
tekanan kuasa-kuasa Barat termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi
menamatkan konflik yang timbul.
Pada tahun 1672, Sultan Muhammad IV
(1648-1687) telah menerajui ekspedisi menentang poland yang berakhir dengan perjanjian
damai (1796).Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada
kerajaan Uthmaniyah. Namun,perj'anjian damai ini telah membawa kepada konflik
dengan Rusia. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa campur tangan ke atas wilayah
Ukraine yang membawa kepada peperangan dengan Rusia. Setelah kedua-duanya
mengalami kerugian teruk, akhimya mereka berdamai pada tahun 1681.
Sultan Muhammad IV telah menandatangani
perjanjian dengan Rusia (1681) setelah kalah teruk dalam peperangan. Melalui
perjanjian ini, kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia
dan membuka perniagaan Cossack di Laut Hitam. Ini bermakna, orang Turki, telah
kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam.
Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III
(1703), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan tentera Kristian di bawah
pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan tentera Uthmaniyah pada
zaman Sultan Mustafa II. peperangan ini berakhir dengan Perjanjian Karlowitz
(1710). Kesan daripada perjanjian ini, sebahagian besar dari wilayah Uthmaniyah
di Hungary dan kawasan Laut Hitam termasuk Azov diserahkan semula kepada
Habsburg dan Poland. .
Serangan demi serangan yang dilancarkan
oleh Venice dan Austria tetah berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyah pada tahun
1716 dalam Perang Petewarden. Melalui Perjanjian passarowit, kerajaan
Uthmaniyah telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan
Romania. Manakala Venice menduduki kawasan pantai Dalmatia.
Walau bagaimanapun, dalam satu lagi siri
peperangan yang berlaku, kerajaan Uthmaniyah memperoleh semula wilayah Serbia
Utara dan Belgrade setelah termeterainya perj anjian Belgrade pada tahun 1739.
Pada tahun 1770, sewaktu kerajaan
Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan Sultan Mustaffa III, tercetus Perang
Chesme di pantaiAsia Kecil dengan Rusia. Peperangan yang ditamatkan dengan
suatu perjanjian pada tahun 1774 mertyaksikan kerajaan Uthmaniyah kehilangan
wilayah-wilayah seperti Kinbum, Venikala dan Kertoh di Crimea. Keadaan kerajaan
Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan kerjasama antara Rusia dan
Austria yang berusaha mewujudkan semula kerajaan Greek-Byzantine. Ini terbukti
apabita perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia. Sewaktu
pemerintahan Sultan Salim III pula,termeterai Perjanjian Jassy antara kerajaan
Uthmaniyah dengan Rusia. Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada
kerajaan Uthmaniyah dan Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.
Pada tahun I 876, menyaksikan kerajaan
Uthmaniyah diperintah oleh Sultan 'Abd al-Hamid II. Setahun selepas itu, Rusia
telah mengisytiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Konflik ini
diselesaikan melalui Perjanjian San Stefeno pada tahun l878 . Perjanjian ini
menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah semakin mengecil ekoran pembebasan
wilayah kekuasaannya yang kini berpindah milik kepada Rusia. Justeru,
kehilangan kuasa dan kerugian besar dialami oleh kerajaan Uthmaniyah.
Huraikan perlaksanaan sistem naungan pada zaman Khulafah al-Rasyidin dan kerajaan Umayyah pada abad ke-7 hingga 19 [20m]
Kewujudan sesebuah negara yang
dinaungi oleh kerajaan Islam berkait rapat dengan jizyah.Jizyah merupakan cukai
politik yang dikenakan ke atas golongan kafir dhimmi.Tujuan pelaksanaan cukai
ini adalah sebagai balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa orangorang
bukan Islam.Sumber jizyah ini sebenamya telah pun dipraktikkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w, namun pelaksanaannya lebih formal pada zaman Khulafa'
al-Rasyidin.
Pelaksanaan cukai jizyah ini sememangnya
amat ketara pada zaman Khulafa' al-Rasyidin berikutan banyak ekspedisi dakwah
dan ketenteraan dijalankan sama ada dalam mahupun luar Semenanjung Tanah
Arab.Melalui ekspedisi yang dijalankan ini, golongan kafir yang enggan menerima
agama Islamdiwajibkan membayar jizyah sebagai simbol berada di bawah naungan
kerajaan Islam.
Zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, kejayaan mengalahkan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh
Parsi di Iraq telah menyebabkan penduduk seperti di Hirah, Anbar dan Ain
al-Tamar sanggup membayar jizyah sebagai simbol.berada di bawah naungan
kerajaan Islam Madinah.
Zaman Khalifah
Umar bin al-Khattab pula menyaksikan semakin banyak negara menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.Mesir contohnya, sanggup
berada di bawah naungan kerajaan Islam setelah Amru bin al-As menghapuskan
penjajahan Byzantine di sana. Penduduk Baitulmuqaddis melalui pemimpinnya telah
menandatangani perjanjian damai dengan Khalifah Umar bin al-Khattab dengan
menyatakan kesanggupan membayar jizyah dengan syarat kerajaan Islam memberi
jaminan keselamatan jiwa,nyawa, harta benda, jaminan kebebasan beragama serta
amalan ibadat bagi semua penduduk di Baitulmuqaddis di samping bersedia
menyerahkan segala masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh penduduk
BaitulmuQaddis kepada pemerintahan Islam.
Selain itu, Syam, Palestin dan Jordan turut
sama menyatakan kesanggupan membayar jizyah berikutan kejayaan tentera Islam di
bawah pimpinan Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah mengalahkan
Byzantine dalam beberapa siri peperangan.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman
bin Affan pula, beberapa buah kawasan di utara Afrika menyatakan kesanggupan
berada di bawah naungan kerajaan Islam serta sanggup membayar jizyah.
Umpamanya, penduduk di kawasan Qairawan, Tripoli dan Nubah.
Pada zaman kerajaan Umayyah terutama
sewaktu pemerintahan Khalifah al-Walid bin Abdul Malik, kejayaan ekspedisi
ketenteraan merentasi benua Asia, Afrika dan Eropah telah menyebabkan beberapa
buah kawasan menyatakan kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.
Kempen ketenteraan di India di bawah
pimpinan Muhammad al-Qasim, bukan sahaja telah berjaya mengalahkan Raja Dhaha,
iaitu pemerintah Sind, malah kemaraan tentera Islam ke Multan telah menyebabkan
penduduknya menyerah diri dan bersetuju membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Begitu juga dengan kejayaan ekspedisi
ketenteraan di Asia Tengah, Marw, Karminiyah dan Bukhara. Penduduknya yang
enggan menganut agama Islam sanggup membayar jizyah sebagai balasan atau
jaminan keselamatan daripada kerajaan Umayyah melalui Gabenomya, Qutaibah bin
Muslim dan saudaranya, Bahar bin Muslim.
.
Di Afrika Utara pula, kejayaan panglima
Musa bin Nusair mengalahkan bangsa Barbar dan Zeutes membolehkan beliau
menguasai Tangier dan Ceuta sekaligus membolehkan kerajaan Islam memungut cukai
jizyah dan menjadi batu loncatan kemaraan tentera Islam ke Andalus.
Kesimpulannya
naungan yang diperoleh daripada kerajaan Islam amnya akan
membawa kepada pengiktirafan negara-negara lain termasuk Parsi dan Byzantine
meskipun kerajaan ini mempunyai sikap anti-Islam.Melalui hubungan yang
dijalankan ini, legasi atau keunggulan kerajaan Islam telah terserlah
melangkaui sempadan geografi
FOKUS STPM P2U 2016 ZAKAT ZAMAN KHULAFAH AL-RASYIDIN
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud
penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat
kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan
dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi
syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan
ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakat telah disyariatkan pada tahun
kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu
daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa
kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
Zakat wajib dikeluarkan bagi
mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun
kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan
kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan
mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan
sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan
zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]
c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua,
iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula
daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat
harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki
cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
Zakat harta terbahagi kepada zakat
pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan
harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan
kepada lapan golongan asnaf.[4]
d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan
daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras,
gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu
Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata
wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut.
Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima
ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar
zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20
jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil
f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman
ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat
diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya
golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar
zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat
sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana
tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi
apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara
yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani
Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.
Khalifah Abu bakar al-Siddiq
bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang
dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat
pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang
terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar
tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan
hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak
tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui
pembentukan 11 buah pasukan tentera.
Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.
Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar,
pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah
dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar
Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada
pemerintahan Khalifah Umar. Rakyat Parsi
dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan
membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka
memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke
seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat telah dapat diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerimanya.
Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah
Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda
ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah
Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam
sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang
dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah
Umar.
Masalah timbul apabila Khalifah Uthman
dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan
merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap
Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang
tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun
menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti
biasa.[6]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2015) ,103
[3]
Ibid,209.
[4]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[6] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.
FOKUS STPM P2U 2016-Sistem ekonomi zaman Kesultanan Melaka (abad ke-15).
FOKUS STPM P2U 2016-Sistem ekonomi zaman Kesultanan
Melaka (abad ke-15).
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
1.Ekonomi saradiri dan ekonomi perdagangan
Ekonomi sara diri melibatkan kegiatan
seperti bercucuk tanam, menanam padi,mengerjakan dusun,memungut hasil hutan,
berburu dan menternak binatang. Kegiatan pertanian di Melaka dilihat menerusi
aktiviti penanaman padi. Fasal 20 Undang-Undang Melaka ada menyatakan wujudnya tanah
perhumaan, bendang sawah dan ladang.
2.Pertanian-becucuk tanam ,penanaman
padi
Kegiatan penanaman padi dikatakan wujud di
Melaka bermula dengan kemunculan kerajaan Melaka.Oleh sebab pengeluaan beras di
Melaka tidak mencukupi bagi menampung penduduknya Melaka telah
mengimpot beras dari Siam, Palembang dan Jawa.[1]
3.Berdusun-pisang, pinang
Orang Melaka juga berdusun. Tanaman yang diusahakan ialah anaman seperti pisang, jagung,ubi kayu dan buah-buahan.
4.Menternak binatang-
kerbau,lembu dan kambing.
Masyarakat Melayu Melaka juga menternak binatang.
Binatang yang diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.Semasa pemerintahan Sultan
Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak berkandang-kandang kerbau di Kayu Ara.Malahan . fasal 11.4 Hukum Kanun Melaka menanyaakan
hukuman ke atas oramg yang mencuri binatang ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing.[2]
5.Memungut hasil hutan- rotan, damar dan getah jelutung
Aktiviti memungut hasil hutan
juga merupakan salah satu aktiviti ekonomi sara diri yang dilakukan
oleh masyarakat Melayu Melaka. Kegiatan ini
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu Melaka ketika itu kerana mereka bergantung hidup dengan persekitaran
sungai, bukit dan hutan. Antara hasil hutan ang dikutip ialah makanan seperti
pucuk-pucuk kayu dan buah-buahan serta keperluan lain seperti ubat-ubatan
daripada akar-akar kayu ,damar, rotan dan getah
jelutung.
Apabila masyaakat Melayu Melaka sudah terdedah dengan aktiviti perdagangan hasil damar, rotan
dan getah jelutong mendapat permintaan yang tinggi
daripada pedagang luar.[3]
6.Memburu-kegiatan tradisi
Raja-raja Melayu.
Kegiatan berburu juga dijalankan oleh masyaakat Melayu Melaka sebagai
aktiviti sara
diri,malah menjadi aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan. Kegiatan
memburu juga merupakan aktiviti tradisi raja-raja Melayu Melaka.[4]
7.Menangkap ikan
Masyarakat Melayu Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan dijadikan sumber proin utama
bagi masyarakat Melayu. Oleh itu,
Raja Iskandar Syah dan para pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan elah dijalankan oleh
Orang Laut di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong
aktiviti
menangkap ikan di Melaka. Beliau menyatakan pada tahun
1433, ramai penduduk Melaka bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke
laut menangkap ikan dengan menggunakan sampan ang diperbuat daripada sebatang
kayu bulat bertebuk.[5]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi Kedua,188
[2] Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 168.
[4]
Ibid, 188.
[5]Mahdi
Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam
Penggal 2, 168.
Langgan:
Catatan (Atom)