OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kegiatan ekonomi zaman
kerajaan Abbasiyah (abad ke-11-12M)
Ahli-ahli sejarah klasik dan moden
bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid
(170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggi
sehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip
K.Hitti menyifatkan kejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia
mampu menaikkan taraf Baghdad dari satu keadaan yang mengagungkan setanding
dengan keagungan Bayzantin.[1] Sebagaimana
pemerintahan kerajaan-kerajaan Islam sebelumnya, kerajaan
Abbasiyah juga menumpukan kepada tiga bidang kegiatan ekonomi yang utama iaitu pertanian,
perdagangan dan perindusrian. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kerajaan Abbasiyah cenderung kepada kegiatan ekonomi . Antaranya mempunyai tanah yang subur dan tersedianya
pelabuhan-pelabuhan semulajadi.
a.Perdagangan-Baghdad sebagai hub/kota perdagangan
antarabangsa terpenting dunia. Jaringan perdagangan antarabangsa zaman kerajaan Abbasiyah amat luas. Pelabuhan Baghdad,Basrahdan
lain-lain. Pelbagai barang dagangan.
b.Pertanian
Kegitan pertanian ini dijalankan kerana
terdapat banyak kawasan yang subur khasnya kawasan berhampiran sungai Furat dan Dajlah dan sungai Euphrates dan Tigris.
Tanaman seperti gandum, kurma, kapas, anggur, tin,limau dan epal . Khurasan dan
Bukhara adalah wilayah paling subur dan produktif. Cukai
hasil pertanian adalah sumber penting
kerajaan.
Pemerintah berperanan memajukan
sektor pertanian. Contohnya menyediakan kemudahan sistem saliran seperti Ain Zubaidah dan
menggalakkan pembukaan tanah-tanah baharu serta melebarkan sungai dan terusan.Bagi
meningkatkan pengeluaran, usaha penyelidikan
dilakukan. Dengan ini, lahir ramai tokoh cendikiawan ang mencetuskan idea-idea baharu. Antara
kawasan pertanian zaman kerajaan Abbassiyah ialah
Mesir, Syam, Iraq, yaman, Maghribi dan Khurasan.[2]
Daerah Khurasan merupakan
daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukai kerajaan
terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara
Samarkan dan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga
dunia”, yaitu Shi’b Bawwan (celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang
membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa
jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik, prem, lemon,
limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih,
tembikai di datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti
yang diisi air batu, harga sebiji tembikai di Baghdad mencapai 700 dirham.
Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudah dikenal pada masa itu,
kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan dari
dunia baru . Dan Negara koloni eropah di seberang benua.[3]
c.Penernakan.
d.Perindustrian seperti industri tekstil , tenunan,gelas dan tembikar.[4]
Bidang perindustrian menjadi pemisah antara sektor kerajaan dan swasta. Beberapa bidang industri yang terkenal
pada masa itu ialah industri gelas dan tembikar dan industri tekstil dan tenunan.Jaingan
perdagangan internasional pada zaman Abbasiyah sangat
luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad, Basrah, Siraf, Kaherah dan
Iskandariah menjadi pelabuhan intenasional.
Pedagang-pedagang Islam telah
berniaga sampai ke negeri China. Mereka berdagang secara kafilah dan barangannya dibawa dengan kuda.. Disebelah Barat oang Arab telah berdagang sampai ke Sepanyol. Mereka
menjual kurma, gula,kapas,kain bulu, alat besi dan gelas.Mereka mengimpot
rempah ratus, kapur barus dan sutera dari negara-negara Asia. Dari Afrika pula
dimpot daging,gading,kayu arang dan hamba abdi.
Baghdad merupakan kota dagangan terbesar di Asia setanding
Iskandariah sebagai pusat perdagangan di Afrika. Kesemarakan kota ini tidak
saja disebabkan kedudukkannya sebagai ibu kota Daulah
Abbasiyah, malah menjadi pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru.
Damsyik pula menjadi kota dagang penting kerana diziarahi jemaah haji yang berangkat dan pulang dari Mekah.[5]
[1] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2015), 186.
[2] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2016) ,103.
[3] http://bfs131.blogspot.my/2010/02/perkembangan-ekonomi-di-zaman-kerajaan.html (diakses pada 8 Mac 2016).
[4]“Sisem
Ekonomi”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),47.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan