Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
a.Definisi zakat
Dari segi bahasa bermaksud
penyucian atau penyuburan. Penyucian dikaitkan dengan menghapuskan sifat-sifat
kedekut atau bakhil dalam diri seseorang individu.Penyuburan pula dikaitkan
dengan penambahan pahala serta keberkatan dalam harta yang dimiliki.Dari segi
syarak pula, zakat dikaitkan dengan pemberian atau pengeluaran yang diwajibkan
ke atas umat Islam termasuk dalam rukun Islam.[1]
Kefarduan zakat telah disyariatkan pada tahun
kedua setelah Nabi Muhammad saw berhijrah ke Kota Madinah. Zakat ialah satu
daripada rukun Islam kelima. Keengganan membayar zakat boleh membawa
kepada hukuman bunuh atau mereka juga dipaksa membaa zakat oleh pemerintah.[2]
b.Syarat wajib zakat
Zakat wajib dikeluarkan bagi
mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat tertentu dan fardu ain ke atas orang yang cukup syaratnya. Namun
kedudukan mereka yang tidak mengeluarkan zakat dikategori kafir sekiranya ingkar dengan
kefarduan zakat dan fasiq sekiranya enggan
mengeluar zakat kerana sifat bakhil dan kedekut. Zakat wajib dikeluarkan
sekirana seseorang itu Islam, cukup nisab iaitu kadar tertentu ang diwajibkan
zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.[3]
c.Jenis zakat
Zakat terbahagi kepada dua,
iaitu zakat fitrah yang diwajibkan ke atas semua individu Muslim bermula
daripada bulan Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat
harta hanya diwajibkan ke atas individu yang mampu apabila harta yang dimiliki
cukup kadar (nisab) serta haulnya (genap setahun dimiliki).
Zakat harta terbahagi kepada zakat
pertanian, zakat binatang temakan, zakat pemiagaan, zakat emas dan perak dan
harta rikaz (harta karun).Harta yang dikeluarkan sebagai zakat akan diagihkan
kepada lapan golongan asnaf.[4]
d.Kadar zakat
Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang kira-kira 2.7 kilogram yang dikeluarkan
daripada jenis bahan-bahan makanan yang mengenyangkan dan makanan asasi penduduk sesebuah negara seperti beras,
gandum, barli dan seumpamanya. Imam Abu
Hanifah dan Mazhab Hanafi mengharuskan zakat fitrah dikeluarkan melalui mata
wang dengan mengikut kadar atau nilai harga bahan makanan asasi tersebut.
Manakala kadar zakat harta pula dikeluakan dengan kadar yang di tetapkan oleh syarak. Contoh kadar nisab pertanian ialah lima
ausuq.Kadar ausuq ialah kira-kira 900 liter secara timbangan. Manakala kadar
zakat tanaman ialah 1/10 jika menggunakan air hujan atau air sungai dan 1/20
jika diusahakan sendiri menggunakan ala penyiram.[5]
e.Asnaf zakat
(a) golongan fakir
(b) golongan miskin
(c) musafir
(d) mualaf
(e) hamba yang membebaskan diri
(f1 orang yang berhutang
(g) orang yang bejihad
(h) amil
f.Pelaksanaan zakat zaman Khulafah al-Rasyidin
Pelaksanaan zakat pada zaman
ini diteruskan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Sumber zakat
diagihkan kepada lapan golongan asnaf. Pada zaman pemerintahan
Zaman Abu Bakar
Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, timbul kontroversi berhubung dengan pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya
golongan al-Riddah yarag enggan membayar zakat. Golongan yang enggan membayar
zakat ini ialah penduduk Yaman, Yamamah dan Oman. Mereka menganggap zakat
sebagai cukai yang dipaksa. Sementara itu ada yang enggan membayar zakat kerana
tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-Quran yang mewajibkan zakat. Mereka
menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi
apabila baginda wafat, maka dengan sendiri zakat tidak wajib dibayar. Antara
yang termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani
Hanzlah yang memberi bantuan kepada Sajah.
Khalifah Abu bakar al-Siddiq
bersikap tegas ke atas orang yang cuba memisahkan antara kewajipan sembahyang
dengan kewajipan zakat kerana sembahyang merupakan tiang agama, manakala zakat
pula jambatannya. Walaupun Umar al-Khattab cuba menasihatinya supaya berbincang
terlebih dahulu, tetapi Khalifah Abu Bakar
tetap dengan pendiriannya yang tegas berdasarkan dalil al-Quran dan
hadis. Khalifah Abu Bakar bertindak
tegas menggempur golongan tersebut. Golongan ini telah ditangani melalui
pembentukan 11 buah pasukan tentera.
Misi ini telah bejaya termasuklah membunuh golongan yang mengaku merjadi nabi.
Zaman Umar
Zaman Khalifah Umar,
pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman. pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab pula, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah
dan ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang Parsi dan syiar
Islam berkembang di Parsi kerana mendapat layanan yang baik daripada
pemerintahan Khalifah Umar. Rakyat Parsi
dibenarkan menjalankan upacara keagamaan dan ibadat mengikut agama mereka dan
membayar jizyah. Mereka diberi jaminan keselamatan harta benda. Kesannya mereka
memeluk agama Islam dan dikenakan bayaran zakat.Hasil zakat telah dihantar ke
seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat telah dapat diagihkan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerimanya.
Zaman Uthman
Zakat dilaksanakan dengan jayanya zaman Khalifah Uthman. Khalifah
Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda. Pengenalan zakat kuda
ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun Khalifah
Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam
sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang
dikenakan ke atas binatang unta. Segala sumber zakat dimasukkan ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman Khalifah
Umar.
Masalah timbul apabila Khalifah Uthman
dituduh menyalahgunakan pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan
merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh sebilangan pihak dan menganggap
Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun, Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang
tersebut diambil sebagai wang pendahuluan yang akan dikembalikan.
Zaman Ali
Pada zaman Ali, walaupun
menghadapi konflik dalaman, namun pelaksanaan zakat tetap dijalankan seperti
biasa.[6]
[1] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,(Shah Alam:Oxford
Fajar.2015) ,103
[3]
Ibid,209.
[4]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,113.
[6] Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kemaskini,114.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan