2.2.2 Perkembangan pendidikan
Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
2.2.1 Falsafah pendidikan
Islam.
Hasil
pembelajaran-membincangkan falsafah dan ciri-ciri pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam
a.Falsafah pendidikan Islam.
Falsafah pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan
wahyu, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan
manusia dengan ilmu pengetahuan ang cukup agar ia kenal akan dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya atau mengetahui
cara untuk menjalankan atau melaksanakan anggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Ringkasnya falsafah pendidikan Islam adal
satu usaha berterusan untuk menyampaikan
ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran
dan Sunnah bagi membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah
swt yang mempunyai tanggungjawab
untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar
dan negara ke arah kebaikan di dunia dan kesejaheraan di akhirat.[1]
Definisi pendidikan Islam -
tarbiah, taklim, ta'dib, irsyad dan
tadris. Tarbiyah ialah proses pembenukan peribadi individu dari satu tahap
sehingga mencapai matlamat akhir iaitu insan sempurna yang mengabdi diri dengan
tulus ikhlas kepada Allah SWT.
Taalim dikaitkan dengan
pemindahan ilmu kepada manusia untuk merealisasikan fungsi, tugas dan statusnya
sebagai khalifah Allah SWT di bumi ini.
Tadris membawa maksud pengajaran sesuatu cabang ilmu yang ditujukan
kepada seseorang individu.Tadib dihubungkait dengan pembentukan adab atau
sahsiah sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Irsyad pula bermakna petunjuk
berasaskan syariah.[2]
Takrif umum
Pendidikan Islam - suatu proses pembentukan
keperibadian manusia
berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah supaya menjadi hamba Allah SWT yang
beriman, bertaqwa dan beramal
soleh.[3]
Surah al-Alaq ayat I hingga 5
membuktikan pendidikan dan berilmu pengetahuan merupakan risalah terpenting dalam Islam.
Islam menekankan pengetahuan berbentuk
fardu ain dan fardu kifayah di
samping tidak mengetepikan pengetahuan
lain.
Berbeza dengan pendekatan
sekularisme.
Islam memandang tinggi orang-orang
berilmu (ulama).
Sumber Pendidikan Islam : al-Quran, as-Sunnah dan ijmak ulama.
Tujuan Pendidikan Islam
:
a. Mencari keredhaan Allah
b. Membentuk akhlak dan keperibadian mulia
c. Perwujudan diri
(sempurna kendiri - roh dan jasad)
Pendidikan Islam
menekankan keseimbangan antara roh,jasad dan akal.
Lima punca pengetahuan yang
diakui oleh falsafah Islam -deria, akal, institusi, ilham dan wahyu.
Dr. Said Ismail Ali - enam punca Pendidikan Islam :
a. al-Quran
b. Hadis
c. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW
d. Permasalahan sosial
e. Adat istiadat dan etika
masyarakat (sejarah)
f. Para pemikir Islam
Ciri-ciri Pendidikan
Pendidikan Islam merupakan tanggungjawab
peribadi,Islam tanggungjawab masyarakat
dan tanggunglawab pemerintah.
Pendidikan Islam bersifat
pragmatis - teori dan praktik sekaligus.
Pendidikan Islam zaman Khalifah
Umayyah mencapai tahap kecemerlangan.
Faktor-faktor
yang mendorong peningkatan
kemajuan pendidikan pada zaman kerajaan Umayyah :
a. Perkembangan kerajaan
Islam itu sendiri
b. Perkembangan ilmu
c. Perkembangan masyarakat
Islam.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada zaman Umayyah
a. Gerakan agama
b. Gerakan falsafah
c. Gerakan sejarah.[4]
[1] Mohd
Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong
,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 221.
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM
Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah Alam: Oxford Fajar.2012) ,112.
[3]“Falsafah
Pendidikan Islam ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM
Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),60.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan