Antara
sumber pendapatan negara ialah daripada cukai. Cukai seperti jizyah, kharaj, dan
usyurtelah dikenakan ke atas wilayah kerajaan Islam. Selain itu, terdapat juga
sumber pendapatanlain seperti zakat dan harta rampasan perang, iaitu ghanimah
dan al-fay .
Jizyah
merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang kafir
zimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan
harta benda mereka.Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir zimmi dikenakan
jizyah. Mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental,
akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta.
Secara
amnya jizyahterbahagi kepada dua kategori,iaitu jizyah yang kadarnya ditetapkan
secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh kerajaan
Islam.Biasanya jizyah dibayar setiap awal tahun. Kadar yang paling minima ialah
1 dinar. Namun,bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali,
kadarnya antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorang
individu.
Kewajipan
membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang itu menganut agama Islam atau kerajaan
Islam gagal memberikan jaminan keselamatan ke atas nyawa dan harta benda orang kafir
zimmi. . Sumber pendapatan daripada jizyah semakin meningkat ketika
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab. Keadaan ini berlaku disebabkan
banyak kejayaan telah dicapai dalam ekspedisi ketenteraan seperti di Iraq,
Syria, Jordan, dan Mesir.
Sumber
jizyah yang dikutip dimasukkan ke dalam baitulmal. Sumber berkenaan akan
dimanfaatkan demi kepentingan negara Islam seperti membiayai
kemudahan-kemudahan awam dan membayar gaji kakitangan kerajaan termasuk gaji
tentera.
Pemimpin
Baitulmuqaddis juga telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar bin al-Khattab.
Pemimpin tersebut menyatakan persetujuan untuk membayar jizyah selagi kerajaan Islam
mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa mereka.
Di Syam
pula, kadar jizyah yang dikenakan antara 1 hingga 4 dinar bergantung kepada
status individu.Penduduk Qibti di Mesir yang menjemput Amru bin al-As untuk
menghalau orang Rom juga bersetuju membayar jizyah kepada kerajaan Islam dengan
kadar 2 dinar setahun. . Di Asia Tengah, penduduk Azerbaijan telah diberi
kelonggaran untuk tidak membayar jizyah pada tahun 22 H. Namun pada tahun
berikutnya mereka perlu membayar jizyah dengan kadar tertentu.
Kesimpulannya,
zakat yang merupakan satu kewajipan menjadi sumber pendapatan yang penting pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Bantuan yang diberikan kepada golongan yang
kurang bernasib baik dilihat sebagai usaha pemerintah untuk menunaikan
tanggungjawab sosial demi kemakmuran negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan