Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
HP-Menjelaskan jenis institusi pendidikan : halaqah, masjid/surau,pondok/madrasah, istana dan universiti.
a. Jenis institusi pendidikan
Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam di Mesir –
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu juga di Mesir. Masjid merupakan institusi pendidikan terawal ang pada mulanya menawarkan pemebelajaran ilmu keagamaan fardu ain diikuti ilmu-ilmu bukan agama atau fardu kifayah.[1]
Kota
Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya
selepas pembinaan Masjid Amru bin al-As.Kemudian pusat keilmuan
berpindah ke Kaherah dengan terbinanya Masjid al-Azhar zaman Dinasti F
atimiyyah.
Seterusnya
Masjid al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya zaman
pemerintahan khalifah Salehuddin al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai
tokoh-tokoh ilmuan Islam terkenal.
Jenis institusi pendidikan di Mesir
a.
Halaqah - lingkaran iaitu proses belajar dan mengajar dilaksanakan
apabila murid-murid melingkari gurunya. Kegiatan halaqah berlaku di
masjid atau rumah-rumah. Halaqah adalah lanjutan daripada pembelajaran
di kuttab dan kemunculannya lebih awal dari madrasah.
b.
Masjid - pusat pendidikan, pusat ilmu, dakwah, kebudayaan Islam dan
mahkamah keadilan. Pendidikan dan pengajaran yang berlangsung di
masjid-masjid merupakan proses awal daripada terbentuknya kuttab dan
halaqah di Mesir. Beberapa masjid di Kaherah berfungsi sebagai sekolah
Islam (madrasah) dan hospital. Antara masjid terkenal di Kaherah adalah
Masjid Jamie Amru dan Masjid Jamie Ibn Thulun.
c. Kuttab - pendidikan fardu ain dan fardu kifayah.
Penekanan kepada ilmu al-Quran, tafsir, hadis dan lain-lain. Kurikulum pendidikan di Kuttab berorientasi al- Quran
sebagai buku teks yang merangkumi pengajaran membaca dan menulis,
kaligrafi, sejarah Nabi Muhammad SAW dan hadis. Abad ke-8M, kuttab mulai
mengajar ilmu pengetahuan umum dan agama ekoran pertembungan antara
Islam dengan warisan budaya helenisme (budaya Yunani) sehingga berlaku
banyak perubahan dalam kurikulum pendidikan Islam. Muncul dua aliran
kuttab: pertama - kuttab yang mengajar ilmu agama (religious learning)
dan kuttab yang mengajar pengetahuan bukan agama (secular learning).
d. Madrasah - madrasah hadis (sistem pendidikan hadis)
Sejak penaklukkan Islam terhadap Mesir terdapat para sahabat Rasulullah SAW telah memasuki Mesir, misalnya Abdullah ibn Amru al-As, al-Zubair Awwam dan Miqdad al-Aswad. Terdapat riwayat yang mengatakan bahawa sejumlah 34 orang sahabat telah menetap di Mesir dan ada antara sahabat ini yang terlibat dalam pembentukan madrasah hadis di negeri Mesir.
Penglibatan para sahabat dalam pendidikan telah membuka satu ruang dakwah bagi mereka menyebarkan Islam, bahkan telah membentuk satu sistem yang
tersusun dalam menerapkan kefahaman Islam. Secara tidak langsung usaha
para sahabat telah membentuk satu sistem pendidikan hadis yang tersusun (madrasah hadis). Antara para sahabat yang
terlibat dalam madrasah hadis ini iaitu Abdullah Amru Al-As, Amru
al-As, Ukbah bin Amir, Maslamah dan Kharijah bin Huzafah Al-Adwi.
Abdullah bin Amru Al-As ahli hadis yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadis-hadis yang beliau dengar daripada Rasulullah SAW.Bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatannya, agar beliau idak lupa ketika ingin meriwayat hadis-hadis tersebut kepada murid-muridnya.[2]
e.
Padang pasir / badiah - badiah-badiah merupakan sumber pembelajaran
bahasa Arab yang asli sehingga banyak anak khalifah, ulama dan ahli ilmu
datang ke badiah-badiah untuk mempelajari bahasa kesusasteraan Arab.[3]
[1] Mahayudin Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, Edisi Kedua(Shah Alam: Oxford Fajar.2016) ,131.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 241.
[3] “Pendidikan”, ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),65.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan