Oleh- AHMAD BIN YAAKOB
Zaman pemerintahan Bani Abbasiyah dikenali sebagai zaman keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam. Dasar pendidikan Islam berteraskan wahyu al-Quran dan hadis. Manakala sumber pendidikan berasal daripada sumber al-Quran dan Hadis serta
sumber ilmu luar seperti dari India, Parsi dan Greek. Selain daripada
ilmu keagamaan ilmu lain ialah sains,peubatan, fizik, kimia, matematik ,
geografi, falsafah, asronomi, falak dan sebagainya.[1]
Ciri-ciri pendidikan zaman Khalifah Abbasiyah
Pada zaman Abbasiyah perkebangan ilmu dan sekolah telah mencapai kemajuan yang pesat. Zaman ini juga disebut sebagai keemasan dan kegemilangan pengajian Islam.
a. Institusi pendidikan dan bentuk pengajaran
Masjid merupakan pusat bagi pelajaran rendah,menengah, dan tinggi.
Masjid merupakan sekolah utama bagi mempelajari al-Quran, hadis dan fiqah. Di Basrah masjid telah
digunakan sebagai kelas-kelas pengajian bagi pelajaan tafsir,
hadis,fiqah,kesihatan dan lain-lain. Orang ang hadir kekelas-kelas
tersebut terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah
putera-putera raja , pembesar-pembesar dan para hartawan.[2] Di masjid juga diadakan majlis munazarah(perbincangan dan perbahasan isu semasa) oleh para ulama, sarjana danpujangga.
. Sekolah-sekolah tinggi (madrasah) ditubuhkan zaman Nizam al-Mulk seperti di Baghdad dan Basrah
.
Istana khalifah sebagai institusi pendidikan. Istana berfungsi
sebagai gedung ilmu dan pusat pengkajian sastera berbanding pusat
pemerintahan.
. Perpustakaan - menjalankan aktiviti pengkajian buku ilmiah dan tempat perbincangan. Contoh - Baitul Hikmah
b. Bidang pengajian
. Keagamaan dan bidang lain seperti ilmu nisab, fizik, kimia, ahli falak, ilmu logikal, ilmu falsafah dan lain-lain.
. Kurikulum peringkat rendah merangkumi pelajaran al-Quran, sirah Nabi SAW, membaca, menulis dan puisi.
. Kurikulum peringkat menengah dan tinggi.
merangkumi ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu kalam,falsafah, perubatan dan lain-lain
. Aktiviti penterjemahan dan pengkajian buku-buku ilmiah. Menggalakkan perkembangan ilmu.
Tenaga pengajar
. Muncul ramai cendiakawan Islam yang mempunyaipengetahuan yang berbeza-beza antara satu sama lain.
Pakar ilmu hadis
- al-Kindi, al-Farabi, Imam empat
Mazhab, al-Bukhari, al-Muslim dan lain-lain
Pakar perubatan
- Ibn Sina, al-Razi danAli al-Tabari.
Ibn Sina terkenal dalam bidang perubatan. Karya Ibn Siana iaitu al-Qanum fil-tib dan kitab al-Sifa merupakan karya penting dalam bidang peubatan Islam.[3]
Dasar dan perkembangan pendidikan :
Dasar pelajaran yang digunakan ialah al-Quran danhadis.
.
Sumber pengetahuan Islam berasal daripada duajurusan : sumber
internal (dalam) - al-Quran danhadis manakala sumber external (1uar -
ilmu-ilmudari India, Parsi dan Greek.[4]
[1] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2, (Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, 2014), 214.
[2] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, Edisi Kedua,235
[3] Mahdi Shuid, Sazlina Othman dan Arjuna @ Mohd. Noor Yunus, Teks STPM Pra U Sejarah Islam Penggal 2,227.
[4] “Falsafah Pendidikan Islam ”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan